sesamamu

Monday, July 29, 2019

"Ui Sikel nani bang niat ku" (How Great Thou Art)


Pemandangan Batu Lawi dari puncak Gunung Murud
Batu di kebun batu Gunung Murud


Batu Lawi

Batu Lawi





Batu Lawi




Kebun Batu, Gunung Murud









"1. O Tuhan ku, ui pelaba mawa
Nier amung- amung luk inau' Allah
Kareb ui nier amung gituen merasat,
idi lalud Mu bang amung pudut,

Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah, Ryeh tu-tu
Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah , Rayeh tu-tu

2. Kareb ui nalan bang pulung ini
idi ninger amung suit nani
kareb ui luun pengkung luk medita'
ninger uni amung bued abpa'

3. idi kereb ui ngerawe Anak Mu
Luk bire Mu ngeceku sala ku
luk mabeh sala' luun kayuh tepalang
idi ngutang dara' luk Meligan

4. Kareb Keristus macing ac muci
sikal nguit demulun Neh muli
ui sikal munel idi sembayang
idi pebala , "Rayeh tu Tuhan."



Dalam bahasa Lun Bawang, sebuah lagu kemenangan iman, kalau di dalam bahasa Inggerisnya, "How Great Thou art".
Apabila saya berada di puncak gunung Murud dan melihat keindahan bumi ciptaan yang empunya bumi ini, saya merasakan lagu tersebut lebih bermakna dinyanyikan dipuncak gunung ini di kawasan yang terbuka berbanding dengan melaungkan nya didalam gedung gereja yang tertutup dan yang kita nampak hanya skrin besar pojek kan lirik lagu, para pemuzik, jemaat gereja yang lain dan kedinginan penghawa dingin.

Apabila terkenangkan situasi sedemikian, barulah saya sedar bahawa "Laungan How Great Thou art" itu hanya sekadar laungan tanpa pengalaman sebenar melihat, merasakan dan meresponi secara spontan, "How Great thou art"!.

Berdirinya saya di puncak gunung Murud ini, dengan kehijauan pepohonan, biru lautan awan dan teguhnya batuan, saya diingatkan betapa kecilnya saya, manusia yang Tuhan ciptakan khusus menurut gambaranNya dengan harapan pada awalnya untuk menjaga dan memelihara (Kejadian 2:15) ciptaan si empunya bumi ini.

Setelah melaungkan "How  great Thou art", saya meresponi dengan hati yang penuh dengan ucapan syukur kerana kebesaran, keperkasaan, kekuasaan Nya dapat saya rasakan dengan melihat ciptaan Tangan Nya disekeliling saya ketika itu.Tiada yang dapat mengatasai kehebatan kejadian ini. Hanya berfirmanlah DIA, segala sesuatu di bumi ini telah dijadikan Nya.

Sebagai gantinya akan keajaiban ciptaan Tangan Nya, selayaknya lah hidup ini memuliakan Nya dengan memelihara apa yang telah Dia jadikan kepada kita. Hutan, Batuan, gunung-gunung dan lembah, serta semua yang hidup, selayaknya menerima pelayanan daripada kita supaya ia akan terus kekal ada untuk menyatakan KEMULIAAN NYA kepada kita manusia ini.
Kerana semua yang telah diciptakan dan bernafas memuliakan Tuhan yang memberi kehidupan ini.

Mari kita amalkan gaya hidup Hijau, iaitu hidup dengan penuh kesederhanaan. (Keep Green Lifestyle)

Thursday, July 25, 2019

Apa yang anda bawa naik, bawa ianya turun (KGM)

2017 Mt. Murud
Pada tahun 2017, ketika mengikuti satu acara kebaktian di atas Gunung Doa, Gunung Murud, Di Bakelalan, ketika itulah saya tergerak hati untuk melibatkan diri didalam projek mengutip sampah yang ditinggalkan oleh para "Penyembah" yang sembarangan membuang sampah di atas gunung doa ini, baik di puncak mahupun di tapak kem.
Pada satu ahad di tapak kem gunung Doa ini, saya mengambil masa sendiri di atas Batu Linanit. Membuat saat teduh sendirian, jauh daripada "1000 penyembah" lain yang berada di gedung gereja. Salah satu panggilan ketika itu yang Tuhan letakkan beban di hati saya ialah, kebersihan di atas gunung doa ini. "Reked Meligan" dalam bahasa tempatan Lun Bawang atau "Holy ground" didalam bahasa Inggeris, Memandangkan ianya adalah tempat kudus, "Reked Meligan", bukan sahaja kebersihan Rohani sahaja yang ditekankan malah kebersihan fizikal harus diambil berat oleh semua yang datang ke sini.

KGM 2019 yang sempat ke Gunung Murud
Pada tahun 2019, saya menyahut cabaran tersebut. Timbullah satu idea dimana saya akan membawa  ahli KGM (Keep Green Movement) untuk mendaki bersama-sama kali ini. Puji Tuhan, diberkati dengan beberapa hati yang mahu turut serta dan menyahut cabaran untuk mengumpul sampah serta mengutipnya dari puncak Gunung Murud, ke Tapak kem serta ke Lepo Bunga. Sudah pasti, Iman disusuli dengan perbuatan menjadi kunci kepada kempen ini, dan melihat keindahan alam semulajadi yang diciptkan oleh Tuhan ini sebagai milik nya, "My Father's world".
KGM berlatar belakangkan Tapak Kem


Tidak cukup hanya "complaint" tentang hal ini, apa kata kita sendiri menjadikan menyatakan iman percaya kita kepada Bapa yang empunya bumi dan segala isi Nya melakukannya sendiri. Walaupun dengan sedikit tenaga yang ada, kepenatan dan juga timbul satu suara yang mengatakan, "ah...biar sahaja, tak payah kutip, nanti ada yang kutip...ataupun, ah...tak payah kutip, ini bukan tempat saya', tetapi kebanyakan ahli-ahli KGM mahupun yang bukan ahli dengan sukarelanya memperlahankan langkah mereka dan turut serta mengutip sampah yang ditinggalkan oleh rakan seiman ini. Dengan melupakan kepenatan dan pengisytiharan dan kemegahan bahawa,mereka sudah sampai dalam masa yang singkat ke destinasi yang dituju.

Sampah dipuncak selepas ibadah
Dari puncak Murud sehingga ke Tapak Kem Gunung Murud, KGM telah mengutip dan membawa turun sebanyak 10.3 KG! Satu pemandagan yang sangat memilukan hati ahli-ahli KGM pada masa dipuncak apabila selesai sahaja ibadah dipuncak, semua tergesa-gesa membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dengan tiada seorang pun berfikir dengan waras, "Siapakah yang akan membawa sampah yang dibuang kedalam tong sampah tersebut ke bawah?".
Bahagikan sampah dalm kuantiti kecil
supaya senang dibawa turn dari puncak Murud
selepas ibadah di puncak.

Secara peribadi, saya sangat terharu dengan tindakan anak-anak muda ini, KGM bukan sekadar pergerakan menimbulkan kesedaran memelihara "Father's world" tetapi MELAKUKAN nya!. Dua tahun yang lepas, saya merasakannya sangat mustahil kerana saya rasa hanya saya seorang sahaja yang terpanggil untuk "membersihkan" apa yang dibuang sepanjang perjalanan di sini, tetapi tahun ini, diberkati dengan banyak hati yang sanggup berhenti, membongkokkan diri untuk mengutip sampah yang secara sengaja ataupun tidak sedar dibuang oleh para-para teman seiman yang datang menyembah di gunung doa ini.

Disini, dengan rendah hati, mewakili KGM, saya ingin memohon daripada semua yang akan bertandang ke Gunung Doa, "Reked meligan" gunung Murud pada tahun 2021 menyatakan betapa "Daulat" dan "AGUNG" Tuhan yang kita sembah di atas gunung ini dengan sama-sama menjaga "Father's world" ini. Ini baru penyataan iman kehidupan yang penyeluruh (Wholistic).
"Apa yang anda bawa naik, bawa ianya turun". (What you bring up, bring it down).

Pada tahun 2019, hari ahad waktu kebaktian umum di Tapak Kem, sekali lagi saya naik ke Bt. Linanit mengambil masa sendirian dan seperti buku yang terbuka dihadapan Allah, dan saya diingatkan akan panggilan untuk menjaga kebersihan di Gunung Doa Murud ini sekali lagi. Dan tidak semena-mena, saya mencucurkan air mata apabila perkataan ini dinyatakan oleh Roh Kudus Tuhan didalam hati saya daripada pemilik Dunia ini, Abba Bapa, "TERIMA KASIH".

TERIMA KASIH Daripada Abba Bapa kepada semua yang terlibat memuliharakan alam sekitar gunung Doa Murud pada thaun 2019. Daripada KGM untuk semua...

Mengutip sampah sepanjang turun dari Tapak Kem ke Lepo Bunga

Meletakkan peringatan akan "tuala wanita"

Nah ambi kao...Bawa naik...bawa turun juga jangan buang dalam tandas tau!!!
sampah ni siapa yang bawa bawah nanti?








dah makan-minum tinggal jak??!!
Tapak pelupusan sampah-Sakit ati mek koh

Lupus dengan bakar sahaja...400 tahun tau umur plastik tu...ini yang ko tinggalkan untuk generasi anak-cucu-cicit kamu???
Ada amaran sebenarnya...