sesamamu

Sunday, November 3, 2019

Hijau Bumi akan mengajar kamu

Dengarlah Alam Semulajadi Berbicara


"Tetapi tanyalah kepada haiwan-haiwan, nescaya mereka akan mengajar engkau; kepada burung-burung di udara, nescaya akan mereka memberitahu engkau.  Atau, berkata-katalah dengan bumi, nescaya ia akan mengajar engkau, dan ikan-ikan di laut pun akan mengisytiharkan kepadamu.  Siapakah antara semua itu yang tidak tahu bahawa tangan Tuhan yang melakukan hal ini?  Dalam tangan-Nyalah nyawa semua yang hidup dan nafas seluruh umat manusia."Ayub 12:7‭-‬10 AVB

Dua hari dikelilingi kehijauan alam semulajadi di Ulu Baram membuat aku sedar betapa kita kadang Kala leka dan lupa bahawa Alam semulajadi yang ada disekitar Kita ingin berkomunikasi kepada Kita. Kesibukan dan desakan hidup yang menuntut kita lajukan pergerakan,
sehingga Kita terlepas pandang dengan alarm yang Cuba memberitahu Kan sesuatu kepada Kita. Sepatutnya, kita memperlahankan pergerakan hidup ini buat seketika, nikmati Hijau Bumi ciptaan NYA, pasti kita mendengar apa yang ingin alam ini katakan kepada kita. Baik pokok yang besar mahupun sekecil semut ciptaan NYA yang lain ini, sudah pasti Ada sesuatu Yang ingin dibicarakan kepada Kita.

Pendidikan tidak formal

Ini merupakan pendidikan luar kelas.
Mengenali hidup dan kelangsungan hidup yang saling bergantung antara Kita, ciptaan Yang istimewa ini dengan ciptaan NYA yang lain.  Pendidikan Yang sepatutnya diwariskan kepada Kita, turun-temurun, dari satue generasi kepada satu generasi Yang lain. Dengan yang demikian, generasi ini tahu betapa pentingnya akan menjaga dan memelihara alam semulajadi dan ciptaan NYA yang lain. Dengan mengekalkan kehijauan alam semulajadi ini, secara Langsung juga memastikan kelangsungan hidup ciptaan NYA yang lain ini  ianya semudah itu, tidak perlu menjadi saintis alam sekitar untuk memastikan alam semulajadi dan ciptaan NYA KEKAL Berkomunikasi kepada Kita

Mendengar untuk mengkagumi

Mengkagumi alam semulajadi ciptaan Tuhan secara Langsung sebenarnya membawa Kita mensyukuri hidup yang diberi ini serta mengakui betapa hebat perbuatan Tangan Sang Pencipta ini. Dengan kekalnya kehijauan Bumi ini, menjadi satu papan tanda kepada Kita untuk tidak bongkak dan sombong akan siapa diri Kita ini.

Oleh yang demikian, jaga dan peliharalah agar alam semulajadi ini kekal hijau.