Tetapi tanyalah kepada haiwan-haiwan,
nescaya mereka akan mengajar engkau; kepada burung-burung di udara, nescaya
akan mereka memberitahu engkau. Atau,
berkata-katalah dengan bumi, nescaya ia akan mengajar engkau, dan ikan-ikan di
laut pun akan mengisytiharkan kepadamu.
Siapakah antara semua itu yang tidak tahu bahawa tangan Tuhan yang
melakukan hal ini? Dalam tangan-Nyalah
nyawa semua yang hidup dan nafas seluruh umat manusia.
Ayub 12:7-10 AVB
Dua hari dikelilingi kehijauan alam
semulajadi di Ulu Baram membuat aku sedar betapa kita kadang Kala leka dan lupa
bahawa Alam semulajadi yang ada disekitar Kita ingin berkomunikasi kepada Kita.
Kesibukan dan desakan hidup yang menuntut kita lajukan pergerakan, sehingga Kita
terlepas pandang dengan alarm yang Cuba memberitahu Kan sesuatu kepada Kita.
Sepatutnya, kita memperlahankan pergerakan hidup ini buat seketika, nikmati
Hijau Bumi ciptaan NYA, pasti kita mendengar apa yang ingin alam ini katakan
kepada kita. Baik pokok yang besar mahupun sekecil semut ciptaan NYA yang lain
ini, sudah pasti Ada sesuatu Yang ingin dibicarakan kepada Kita.
Pendidikan tidak formal
Ini merupakan pendidikan luar kelas.
Mengenali hidup dan kelangsungan hidup yang saling bergantung antara Kita,
ciptaan Yang istimewa ini dengan ciptaan NYA yang lain. Pendidikan Yang sepatutnya diwariskan kepada
Kita, turun-temurun, dari satue generasi kepada satu generasi Yang lain. Dengan
yang demikian, generasi ini tahu betapa pentingnya akan menjaga dan memelihara
alam semulajadi dan ciptaan NYA yang lain. Dengan mengekalkan kehijauan alam
semulajadi ini, secara Langsung juga memastikan kelangsungan hidup ciptaan NYA
yang lain ini ianya semudah itu, tidak
perlu menjadi saintis alam sekitar untuk memastikan alam semulajadi dan ciptaan
NYA KEKAL Berkomunikasi kepada Kita
Mendengar untuk mengkagumi
Mengkagumi alam semulajadi ciptaan Tuhan
secara Langsung sebenarnya membawa Kita mensyukuri hidup yang diberi ini serta
mengakui betapa hebat perbuatan Tangan Sang Pencipta ini. Dengan kekalnya
kehijauan Bumi ini, menjadi satu papan tanda kepada Kita untuk tidak bongkak
dan sombong akan siapa diri Kita ini.
Dalam masa yanng sama, ia seakan satu papan tanda yang menunjukkan kita kepada Si Pencipta ini. Agar sepenuh perhatian kita hanya tertumpu kepada Nya dan menjadikan kita sentiasa sedar akan diri kita yang diciptakan Nya untuk menyembah DIA.
Oleh yang demikian, jaga dan peliharalah
agar alam semulajadi ini kekal hijau.