sesamamu

Wednesday, July 22, 2020

Kayohan "Sarawak Ibu Pertiwiku dan P.E.D.R.O-KGM".

Pada 19 Julai yang lepas, 3 hari sebelum "hari Sarawak", saya dan seorang teman daripada satu pergerakan yang dipanggil "Keep Green Movement"-KGM yang membawa maskot pergerakan tersebut, P.E.D.R.O untuk berkayuh dari Kuching ke Telok Melano, iaitu hujung Sarawak yang bermulanya Kilometer 0 untuk jalan Pan Borneo yang sedang dibina.

Perjalanan Bermula daripada seawal jam 6 pagi dan memakan masa selama 19 jam untuk sampai ke destinasi! 9 jam berkayuh dan 10 jam lagi banyak diambil untuk berhenti disepanjang jalan, baik untuk berehat, memulihkan tenaga serta memperbaiki keadaan basikal yang digunakan sepanjang kayuhan ini serta yang pasti, menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Nya.

Kayohan "Sarawak Ibu Pertiwiku dan P.E.D.R.O-KGM" hanya satu kayuhan untuk mengingati dan berdoa untuk keadilan kepada alam semulajadi dan kehidupan yang lain di bumi Kenyalang ini.
Jadi, setiap kayuhan adalah satu doa yang dipanjatkan kepada Tuhan yang maha Esa, yang empunya bumi dan segala isinya, serta pencipta yang Agung ini.

Bagaimana tercetus nya inspirasi kayuhan ini.

Bermula dengan melihat seorang teman dan rakannya yang berkayuh ke Telok Melano sebelum ini.  Boy IMaiden dan rakan seperjuangan "Tour Bike" nya, Sifu Ramlee. Yang berkayuh Ke Telok Melano dan Sri Aman.
Kata-kata semangat daripada Boy IMaiden sepert "Bukan basikal yang mahal, tetapi hati mahu kuat dan semangat",, menjadi sumber inspirasi kepada kami berdua Feridi. "Yang penting sampai ke destinasi"-Boy IMaiden, itu juga salah satu faktor pendorong kepada kami berdua untuk berkayuh sehingga ke destinasi yang di tuju.

Bagi Feridi secara peribadi, Dia namakan pengalaman ini ialah , "No Pain No Gain"


Saya kongsikan nukilan Feridi di sini...

"Jarak dari Kuching (tempat mula berkayuh) ke Telok Melano (0KM) bersama 141km.(Termasuk Lundu, 147KM)
Berfikir tentang jarak tersebut saya mempersoalkan kemampuan saya, mampukah atau tidak dan ini adalah pertama kali berkayuh ke tempat yang lebih jauh.

Semangat yang terus mendorong saya untuk meneruskan journey ini ialah, hati saya yang ingin untuk pecahkan rekod berkayuh yang seterusnya dalam hidup saya, yang selama ini hanya berkayuh sejauh 64KM jer paling jauh pun. "Saya boleh pergi lebih jauh"

Kedua, walapun saya tidak cukup "fit" dan "strong enough " untuk berkayuh jarak jauh, tetapi teruskan dengan "strong mentality" yang berpegang kepada "SAYA BOLEH" dan tanpa berputus asa. Biar lambat asalkan sampai, akhir saya tetap sampai ke destinasi dangan selamat dan jayanya."-Feridi

Sarawak nang kacak

Apabila kita mengerahkan tenaga kita, bersatu dengan bumi dan alam ciptaan Nya didalam kayuhan ini. Ternyata ego saya sebagai manusia luntur sama sekali sama seperti keringat yang terus mengalir dibawa terik panas matahari sepanjang 
kayuhan. Tiada yang dapat menandingi Sang Pencipta, bumi dan segala ciptaan nya yang lain ini. Ketika panas matahari yang tepat di dinihari, bahangnya sangat terasa, di situ saya terkagum dengan betapa Sang Pencipta itu penuh dengan kasih anugerah Nya. Bayangkan apa yang berlaku kepada kami kalau matahari diletakkan 0.0001 darjah dekat kepada bumi???

Begitu juga apabila sangat keletihan mencabar untuk mengayuh bukit yang securam 46 Meter ke 98 meter tinggi sebanyak lebih kurang 43 dakian kayuhan, berhenti, terus berbaring di sisi jalan, bersyukur mempunyai Bumi Sarawak yang masih indah ini dan yang pasti membawa kembali perhatian kami kepada Dia yang maha Esa, Sang pencipta langit dan bumi serta segala isinya ini.

beralaskan rumput-tanah mahupun kokrit, dan melihat di langit, wow sungguh megah Tangan Sang Pencipta ini meletakkan nya nun di atas langit tepat di tempatnya untuk kami sama-sama nikmati, dan merasakan angin bayu yang segar dan nyaman semasa menuruni bukit dengan lajunya, membuat kami merasa lega.

Setibanya di Telok Melano, tepat jam 12 tengah malam ataupun 00.00 jam serta di 0 KM. Satu kepuasan yang tidak pernah diduga dan terimpikan selama ini. Penat lelah hilang seketika setelah tiba ke destinasi dengan selamatnya walaupun basikal saya mengalami kerosakan yang mungkin membawa kecelakaan kepada saya jika gagal berfungsi dengan baiknya ketika menuruni bukit yang tinggi ini. (Sistem break "Disc" depan rosak"). Di sini kami sama-sama mensyukuri kekuatan-dan perlindungan daripada Dia yang kami pohon semasa bermulanya perjalanan. Kalau ikutkan keupayaan dan stamina saya secara peribadi, ini bukan saya, kerana saya tahu had kecergasan saya, tetapi saya tahu ini semua dari DIA dan untuk DIA.

Memasang Khemah di tepi pantai Telok Melano, tidur dengan beralaskan Pasir didodoi dengan bunyian alunan ombak melenakan tidur.

Ada masih ruang untuk Dipulihkan


Berbicara tentang pemuliharaan alam semulajadi dan ciptaan Nya yang lain. Sepanjang kayuhan ini, memang terbentang luas ladang-ladang kelapa sawit. Ada yang sudah berusia dan lama, dan ada juga yang setahun jagung serta yang baru diterokai, dan ada satu kawasan yang tidak menjadi pertumbuhan tanaman sawitnya.
Terlintas dihati saya untuk mengatakan, "Cukup lah sudah memberi ruang kepada Pokok Sawit".

Dan walaupun kawasan Feri yang besar papan tanda mengatakan "Dilarang membuang sampah" tetapi masih lagi banyak sampah dibuang di sekitar tepi jalan ke Feri dan dalam sungai, Saya masih lihat ada sinar harapan untuk semua ini boleh diperbetulkan.

Begitu juga pantai Telok Melano, yang di mana ada banyak longgokan sampah, mahupun serpihan kaca, saya rasa ada ruang untuk pemuliharaan ini jika "SIKAP" kita terhadap Ciptaan DIA ini kita pandang sangat berharga di mata Sang pencipta ini.

Saya percaya hanya satu tindakan yang mudah dan ringkas, seperti, dalam kayuhan ini, segala plastik botol, mahupun bungkusan makanan yang kami bekalkan sebagai bekalan, bungkusan ini kami bawa sepanjang kayuhan dan hanya membuangnya sehingga ke destinasi dimana kami menjumpai tong sampah.


Basikal-Alam-aku-Dia bersatu

Apa yang saya pelajari secara peribadi didalam kayuhan ini?
Basikal-ciptaan manusia, yang hanya boleh bergerak jika manusia mengerahkan tenaga keatasnya. Dalam erti kata lain, "diberikan kehidupun" ke atasnya oleh tenaga manusia itu sendiri, yang di mana datangnya dairpada nafas yang diberikan kepada saya oleh Tuhan yang Esa ini untuk saya nikmati kehidupan serta alam Maka, alam, bumi cipataa Nya yang lain mengajar saya, mengingatkan saya betapa saya hanya manusia biasa jika dibandingkan dengan bukit setinggi 98 meter yang terpaksa setengah jalan basikal saya yang penuh dengan beban itu terpaksa di tolak. Ego luntur! kemegahan diri hancur! apabila mengingatkan DIA lagi hebat!
semulajadi Nya yang begitu indah ini. Kerana esok, belum tentu saya miliki kehidupan ini kerana nafas ini DIA pinjamkan kepada saya.


Jadi, saya mendorong kita semua, sempena perayaan hari Sarawak yang ke 57 ini, sama-sama menghargai Bumi Kenayalang ini dan segala ciptaan Nya yang lain dengan apa sahaja aktiviti yang "Simple and easy". Ia salah satu cara kita menyatakan betapa kita mensyukuri apa yang kita ada di Bumi Kenyalang ini.

oh...akhir kata daripada saya...

" Mun mok berkayoh,  sik kira berapa laju ko mauk sikal, yang penting, ko sampai di destinasi yang dituju dengan selamat dan jaya nya...ati mok kuat".

"KEEP GREEN LIFSTYLE"-Gaya Hidup Hijau

Wednesday, May 6, 2020

Diciptakan untuk hidup harmoni




Semua yang telah ada dari awal bumi dan segala isinya telah diciptakan untuk saling hidup harmoni. Ini termasuk hubungan kehidupan yang harmoni antara manusia dan juga ciptaan  yang lain. Hidup harmoni bererti kita saling bergantungan antara ciptaan yang lain, baik pepohonan mahupun kepada serangga yang paling kecil pun di dunia ini.
Saling Kebergantungan ini menentukan kesinambungan dan kelangsungan hidup setiap yang ada dan telah diciptakan.

Tetapi, dalam semua ciptaan Tuhan ini, manusia lah ciptaan yang paling istimewa dan diamanahkan untuk memelihara keharmonian kehidupan di muka bumi ini. Kita yang menentukan pola rantai kehidupan ini berjalan dengan adil dan saksama...sepatutnya!
Itu lah kehidupan yang harmoni yang Sang Pencipta ingin lihat sebenarnya, seperti keharmonian hidup antara semua ciptaan Nya yang lain di Taman Eden.

Malangnya...itu hanya seketika cuma, dan kejatuhan manusia yang pertama ini telah menyebabkan keharmonian, ataupun keseimbangan hidup semua ciptaan Nya sudah hilang. Lama-kelamaan, manusia telah jauh dari tujuan asal penciptaan ini sehingga ketamakan, dan penyalah gunaan kuasa yang sepatutnya untuk memelihara dan menjaga segala ciptaan Nya telah berubah menjadi sikap untuk memusnahkan atas nama kesinambungan hidup. Tetapi, manusia tidak pernah rasa cukup dan puas akhirnya kerakusan menguasai diri, memutuskan pola rantai kehidupan ciptaan Nya sudah musnah.

Tiada lagi pola rantai yang yang sepatutnya yang menentukan kesinambungan kehidupan di muka
bumi ini. Kita bersaing sesama kita malah seamama ciptaan Tuhan yang lain. Tidak hairan lah, jika Buaya mula menyerang manusia untuk ia meneruskan kelangsungan hidupnya di sungai-sungai kita di Sarawak, akibat keperluan makanan si Buaya ini sudah berkurangan hasil daripada kerakusan kita memusnahkan habitat hutan kita. Hutan yang dahulunya adalah hutan sebenar telah diganti kepada hutan komersial "kelapa sawit", pembukaan lebih banyak hutan komersial ini telah memusnahkan habitat hutan kita, air tercemar, maka ikan-ikan mahupun kehidupan sungai yang lain yang menjadi sumber makanan si Buaya ini makin hari-makin berkurangann, ditambah lagi kena bersaing dengan manusia yang tidak pernah rasa puas ini. Kebanyakan kaum yang ada di Sarawak, terutama yang di ulu-ulu kampung masih bergantung kepada sumber hutan. Malah hutan juga dilihat seperti "supermarket" kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi semua itu telah berubah, begitu sukar untuk mendapatkan binatang, ikan mahupun buah-buahan hutan kerana hutan utama yang ada sudah semakin berkurangan kerana memberi peluang kepada aktiviti pembalakan.
Dan banyak lagi contoh-contoh lain

Ini yang saya maksudkan "diciptakan untuk hidup harmoni" didalam tulisan kali ini. Kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain dan alam semulajadi serta segala isinya.

* Perlu ada keseimbangan didalam segala aktiviti kita yang melibatkan penggunaan sumber alam semulajadi serta  segala isinya. 
*Perlu punyai sikap yang sederhana didalam penggunaan, sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir secara rasional.
* Perlu ada didalam hati dan fikiran kita untuk memikirkan tentang orang lain sebelum kita bertindak.

Mari kita sama-sama mulai satu kehidupan yang harmoni dengan ciptaan Nya yang lain...

Wednesday, March 25, 2020

Covid19 "Signpost" nya


Kenapa saya namakan tema penulisan kali ini sedemikian? Bukan kerana saya ingin mengagungkan Civid19 ini ataupun corona virus yang sedang menghantui dunia pada ketika ini, tetapi saya ingin membawa kita semua , sebagai manusia ciptaan yang MAHA ESA ini untuk melihat disebalik pandemik Covid19 yang melanda kita sekarang ini.

Dan kenapa pula Covid19 "signpost" ataupun papan tanda Covid19?...ya persoalan ini yang akan saya utarakan ditulisan kali ini.

Bumi dan segala isinya buat sekian lama selepas Banjir Besar Nuh, merupakan peluang kedua yang Tuhan berikan kepada kita untuk kita "membina" semula dari awal lagi selepas kejadian. Sangat menarik semasa banjir besar Nuh, Tuhan sang pencipta bumi dan segala isinya membenarkan setiap pasangan haiwan dan segala ciptaan nya tidak termasuk pepohonan untuk menaiki Bahtera Nuh dan akhirnya, setiap pasangan haiwan ini lah yang meneruskan kesinambungan "segala" ciptaan Tuhan ini hidup hingga ke hari ini.

Dan dari zaman tersebut hinggalah sekarang, saya percaya, bumi ini terus diperah, dikorek, diperlakuan seperti hamba dengan rakusnya oleh manusia yang dicipta serupa dengan gambaran Nya itu. Tiada berhenti bumi ini terus menerus menyumbang segala kemhuan dan keinginan manusia yang tiada batasnya ini. Tanpa HENTI!!! berkurun lamannya... bumi terus "diperkosa" dengan rakusnya.
Image result for satellite picture of planet earth before and after covid 19
Pict from Google Image Nasa Image published- CNBC
Covid19 muncul! Pergerakan manusia terbatas, malah aktiviti seharian menoreh-mengorek-memerah bumi ini berhenti seketika dibeberapa negara yang terkenal dengan kerakusannya! Kematian berlaku di sana-sini, ramai yang tertewas, ketakutan bermaharajalela didalam benak fikirin setiap penduduk bumi ini. Terhenti seketika, seakan virus ini menguasai setiap pelusuk bumi. Negara yang gah dengan kemajuan nya, bangga dengan kemodenannya, dan angkuh dengan kehebatannya tersungkur longlai pasrah dengan virus yang halus-mulus ini. Keadaan panik di setiap penjuru kota dan akhirnya Covid19 telah menghantui kita!

"Signpost" kenapa SANG PENCIPTA bumi dan segala isinya...

Tanpa kita sedari, dengan terhentinya banyak aktiviti industri besar terutamanya, malah aktiviti harian kita manusia, seakan bumi ini mendapat "REHAT SEPENUHNYA" buat sekelian lamanya. Bayangkan kamu bekerja 24 jam dan beribu-ribu tahun lamanya tanpa "cuti" ataupun "Berehat", sudah pasti betapa leganya Bumi ini pada ketika ini!
Maka disinilah sepatutnya kita setelah melihat "SIGNPOST" COVID19 ini mengarahkan pandangan kita kepada DIA SANG PENCIPTA yang agung itu! Sepatutnya kita mengakui ada satu kuasa yang lebih besar daripada kekuasaan yang manusia ada setelah melihat "SIGNPOST" ini iaitu, TUHAN yang menciptakan kita di bumi ini. INILAH WAKTUNYA!!!!

Selayaknya manusia pada saat ini berpaling kepada DIA...hanya satu-satunya sumber harapan kepada permasalahan ini! Sudah jelas sekali didepan mata kita "SIGNPOST COVID19" mengingatkan kita kembali kepada NYA dan yang terutama sekali..."SIGNPOST" ini harus membawa perhatian kita kepada DIA, SANG PENCIPTA itu. Membawa kita lebih dekat lagi untuk mengenali DIA.

Perbualan Ayub dengan PENCIPTA nya

Si Ayub, satu watak didalam Alkitab pernah berdebat dengan PENCIPTA ini. Banyak persoalan tentang kehidupan ini diutarakan kepada Ayub oleh teman-temannya malah juga kepada PENCIPTA Nya.Sehingga lah suatu hari, PENCIPTA Ayub ini berkata kepada Ayub..."Tanya lah binatang, apa yang mereka fikirkan - biarkan mereka mengajar kamu; biarlah Burung memberitahu, apa yang sedang berlaku pada saat ini...

Dan bahagian perbualan ini yang paling menarik apabila si Ayub ini diberitahu oleh PENCIPTA nya untuk mengarahkan telinganya ke pada bumi - peljari apa yang dasar daripada bumi ini sendiri.

Di sambung lagi, "Kepada ikan, DENGAR-apa yang ia akan ceritakan tentang latan samudera raya".

Akhir sekali SANG PENCIPTA ini katakan kepada Ayub..."Bukankah semuanya jelas mereka semuanya tahi dan amat bersetuju bahawa SANG PENCIPTA bumi dan semua yang ada ini sangat BERDAULAT, segalanya ada didalam TNAGAN NYA....Dan didalam tangan NYA terleatk nyaw segala yang hidup dan nafas setiap manusia". (Perbualan ini terdapat didalam Alkitab, Ayub 12:7-10)


Respon kita pada saat ini?

Kerajaan Malaysia telah melanjutkan tempoh MCO sehingga 14 April. Dan bagi saya, ambil masa ini untuk kita merenungkan kehidupan kita secara peribadi kepada SANG PENCIPTA ini. Begitu jelas sudah SIGNPOST ini ditujukan kepada kita untuk kita "kembali" kepada SANG PENCIPTA YANG AGUNG ini. Hanya DIA adalah satu-satunya HARAPAN kita pada saat ini. Memang sukar, ya memeng bahaya COVID19 ini, tetapi sejarah sudah membuktikan, hanya yang waras dan kembali kepada HARAPAN yang sangat pasti ini akan dapat melalui kepayahan ketika ini.

Mari!, Jom! arahkan perhatian mu kepada nya kerana SIGNPOST ini telah mengajak kita dan menuntun kepada DIA!


Dunia sudah Koyak



 "Beach Cleaning-Miri"-Kelvin Filex

Saya sangat terinspirasi dari gerakan "keep green movement" mereka adalah keluarga saya, bagaimana saya boleh memghidupi jiwa ini apabila saya mengerjakannya. “Cleaning beach” di miri 1.0 pada mula nya saya buat di kalangan youth saya, kami buat di pantai lutong ramai youth ikut turut serta, parents ada beberapa juga ikut pada masa itu. Kami puas hati bila sudah selesai, meskipun ada beberapa sisa lagi tak dapat kami selesaikan kerana kekurangan plastik untuk membawa sampah-sampah tersebut. For 2.0 pula, sebenarnya one of my mentee pass me the group, coco cabana cleaning, saya tambah excited lagi kenapa? Kerana

1. My mantee tangkap visi green.
2. Sebenarnya banyak yang care about miri.

Jadi saya sign up for 2.0, pada pula nya saya join group ini, offer my self for design poster for them, kami mau sebarkan kepada seluruh mirians supaya beramai-ramai join pembersihan ini. Sesi 2.0 agak sedih sebab pada masa itu juga ada pencemaran udara, tapi itu tidk mematahkan semangat kami untuk mengutip sampah, ramai orang pada masa itu kami seronok kerana melihat pelbagai kaum, darjat dan agama. Jauh dari hati saya yang terdalam dimana kah gereja ku? Dimana kah anak muda di gereja ku? Teringat cerita nehemiah 11, ini rasanya kalau ada orang lain takut untuk menjadi volunteer, saya bersyukur ada satu orang ikut saya, dia bgtau mcm ini, saya ikut ini kerana kamu sahaja ini pastor, saya tersenyum kenapa? 

Pada mulanya niat nya mau ikut kerana ada orang dari news paper akan turun padang macam big scale la, tapi itu tak terjadi. Miri city council tak jadi datang, kami go ahead sahaja, seperti niat nehemiah sekurang kurang nya ada 1/10 sudah bagus. Untuk 3.0 pula mula nya Kawalan pergerakan berlaku pada masa ini belum tentu strick sangat, so kami kutip sampah, agak kurang berbanding sebelum ini, saya sedih bila dengar khbar dari supang berbunyi seperti ini, kami pernah buat di sini dulu semua sampah2 ini dari sungai miri, sebab itu sampah2 di sini makin banyak, susah mau buang ini, sebab mereka terus menerus buang sampah.

Reflection: bagi saya setiap golongan umur harus dididik dalam menjaga persekitaran kerana ini akan memberi kesedaran kepada diri kita, dahulu tidak kita kenal macam-macam penyakit, tapi sekarang dalam usia muda banyak dan macam-macam penyakit kenapa? Sebab alam sekeliling kita sudah rosak, udara tak segar lagi, tanah tak subur lagi, sayur-sayuran tak sihat lagi, binatang banyak yang tak sihat sebab dari tanaman yang tak sihat. Dunia sudah koyak. Sedih, kecewa

Ps Kelvin Filex, dengan Keep Green Lifestyle T-shirt (Tshirt Hijau)