Saling Kebergantungan ini menentukan kesinambungan dan kelangsungan hidup setiap yang ada dan telah diciptakan.
Tetapi, dalam semua ciptaan Tuhan ini, manusia lah ciptaan yang paling istimewa dan diamanahkan untuk memelihara keharmonian kehidupan di muka bumi ini. Kita yang menentukan pola rantai kehidupan ini berjalan dengan adil dan saksama...sepatutnya!
Itu lah kehidupan yang harmoni yang Sang Pencipta ingin lihat sebenarnya, seperti keharmonian hidup antara semua ciptaan Nya yang lain di Taman Eden.
Malangnya...itu hanya seketika cuma, dan kejatuhan manusia yang pertama ini telah menyebabkan keharmonian, ataupun keseimbangan hidup semua ciptaan Nya sudah hilang. Lama-kelamaan, manusia telah jauh dari tujuan asal penciptaan ini sehingga ketamakan, dan penyalah gunaan kuasa yang sepatutnya untuk memelihara dan menjaga segala ciptaan Nya telah berubah menjadi sikap untuk memusnahkan atas nama kesinambungan hidup. Tetapi, manusia tidak pernah rasa cukup dan puas akhirnya kerakusan menguasai diri, memutuskan pola rantai kehidupan ciptaan Nya sudah musnah.
Tiada lagi pola rantai yang yang sepatutnya yang menentukan kesinambungan kehidupan di muka
bumi ini. Kita bersaing sesama kita malah seamama ciptaan Tuhan yang lain. Tidak hairan lah, jika Buaya mula menyerang manusia untuk ia meneruskan kelangsungan hidupnya di sungai-sungai kita di Sarawak, akibat keperluan makanan si Buaya ini sudah berkurangan hasil daripada kerakusan kita memusnahkan habitat hutan kita. Hutan yang dahulunya adalah hutan sebenar telah diganti kepada hutan komersial "kelapa sawit", pembukaan lebih banyak hutan komersial ini telah memusnahkan habitat hutan kita, air tercemar, maka ikan-ikan mahupun kehidupan sungai yang lain yang menjadi sumber makanan si Buaya ini makin hari-makin berkurangann, ditambah lagi kena bersaing dengan manusia yang tidak pernah rasa puas ini. Kebanyakan kaum yang ada di Sarawak, terutama yang di ulu-ulu kampung masih bergantung kepada sumber hutan. Malah hutan juga dilihat seperti "supermarket" kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tetapi semua itu telah berubah, begitu sukar untuk mendapatkan binatang, ikan mahupun buah-buahan hutan kerana hutan utama yang ada sudah semakin berkurangan kerana memberi peluang kepada aktiviti pembalakan.
Dan banyak lagi contoh-contoh lain
Ini yang saya maksudkan "diciptakan untuk hidup harmoni" didalam tulisan kali ini. Kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain dan alam semulajadi serta segala isinya.
* Perlu ada keseimbangan didalam segala aktiviti kita yang melibatkan penggunaan sumber alam semulajadi serta segala isinya.
*Perlu punyai sikap yang sederhana didalam penggunaan, sebagai manusia yang ada akal dan boleh berfikir secara rasional.
* Perlu ada didalam hati dan fikiran kita untuk memikirkan tentang orang lain sebelum kita bertindak.
Mari kita sama-sama mulai satu kehidupan yang harmoni dengan ciptaan Nya yang lain...