sesamamu

Friday, December 12, 2025

Gema Tapi'


Menjadi satu mercu tanda baru bagi Tapi' pada tahun ini apabila telah berlangsung Gema Tpi', pada 5 dan 6 Disember 2025, di Arena Lawas, Lawas. Di mana bermulanya perjalanan untuk 2R (To revive and Reontroduce) Tapi' kepada masyarakat Lun Bawang Khususnya dan komuniti sekitar umumnya. 

A. Objektif Gema Tapi’

i. Untuk meneruskan kesinambungan 2R Tapi’ dari, bengkel Tapi. Jelajah Tapi’ 1 & 2 kepada generasi muda Lun Bawang.

ii. Untuk mendekatkan Tapi’ kepada generasi Muda Lun Bawang demi kesinambungan akan alat musik tradisi ini, Tapi’.

iii. Untuk dedahkan generasi muda Lun Bawang kepada beberapa Tune Tapi’ yang menjadi identiti kepada bunyian Tapi’ dan tarian yang diserapkan.

iv. Untuk ketengahkan bakat Muda Lun Bawang terhadap Tapi’ di pentas umum di Lawas.

 Nota:

Gema Tapi’ ini adalah kombinasi bunyian-bunyian alat music tradisional Lun Bawang, seperti Pek’ Bu, ruding, Kaeng dan Binasaing. Dan setiap bunyian akan diiringi dengan tarian-tarian traditional suku kaum Lun Bawang.Dan ia nya akan dipersembahkan semasa mini konsert, di komuniti yang ada di Lawas sempena Bazaar Krismas yang diadakan di sekitar Arena Lawas.

 Tarian;

a.      Talandi Tulu Tapi’

b.   Belaca’

c.       Rong Sia

d.      Alai tau (Alai Nguan)

e.      Alai Sigar Suba

f.        Busak Elai


 

1.      B. Seni Budaya Tapi’ Lun Bawang diperkasakan.

Memperkenalkan alat musik Tapi’ ini kepada generasi muda Lun Bawang ini menyedarkan mereka akan satu khazanah seni yang telah ditinggalkan kepada suku Lun Bawang yang perlu di hidupkan Kembali.

Ini juga akan menentukan kelangsungan identiti seni budaya Suku Lun Bawang sendiri ditengah-tengah arus pemodenan musik moden.

 Dengan adanya Gema Tapi’ ini, ia kan mendedahkan anak-anak muda Lun Bawang bahawa alat music Tapi’, bertali dua ini dapat digabungkan dengan alat-alat musik modern untuk terus diketengahkan sebaris dengan sape’. Oleh yang demikian, Bata’ Uduh band yang merupakan satu-satunya Kontemporari band yang menengahkan Tapi’ didalam pertunujkan pentas dan persembahan mereka.

 Dalam masa yang sama, ini akan lebih besar kesannya terhadap anak-anak muda suku Lun Bawang untuk menjadikan Tapi’ salah satu alat musik yang diketengahkan didalam persembahan pentas mereka suatu hari kelak.

 Begitu juga dengan Tarian-tarian yang diperkenalkan daripada kesemua tune Tapi’ ini akan menjadai idnetiti yang membawa budaya tarian suku Lun Bawang dan dalam masa yang sama, Tapi’ ke peringkat yang lebih jauh lagi. 


C. Maklum Balas

Setelah Boot Camp” Tapi’ 2.0 yang lepas, bunyian Tapi’ seperti Rong sia dan Belaca telah menjadi satu tarian yang akan dipersebahkan di banyak acara-acara rasmi dan tradisi di Sarawak, malah di Sabah baru-baru ini.  Ini adalah hasil daripada usaha Jelajah Tapi’ sebelum ini. Sehinggakan PLBS menjadikan tarian dan bunyian Tapi’ “Rong Sia” dan “Belaca”, dipersembahkan untuk memperkenalkan Tradisi budaya suku kaum Lun Bawang. 

Oleh kerana ia berkonsepkan “Boot Camp”, kebanyakan daripada Pelajar yang terlibat respon dengan baik, terutama setiap mereka mempunyai banyak masa yang dipergunakan untuk menguasai permainan Tapi’ ini terutamanya untuk dua melodi yang diperkenalkan dan diketengahkan oleh Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) iaitu “Rong sia” dan “Belaca”.


Dan kali ini, Gema Tapi’ telah mengukuhkan lagi akan kewujudan Tapi’ dalam kalangan komuniti Lun Bawang dan komuniti yang lain di Lawas apabila, Tapi’ bergema dua hari di tengah-tengah bandar Lawas dengan persembahan pentas yang menyajikan Bunyian Tapi’ Bersama dengan Band Bata’ Uduh yang merupakan satu-satunya band yang telah mengeluarkan beberapa lagu melalui bunyian Tapi’ seperti, “Rong Sia”, “Pulung Tau”, “Samal” dan banyak lagi. (Kesemua single ini telah diterbitkan melalui platform Spotify dan secara atas talian)

 

Sepanjang Gema Tapi’ Berlangsung yang juga diadakan sempena Krismas Bazaar ini telah membuka persepktif yang baru bagi kebanyakan pengunjung Ketika itu.

 Gema Tapi’ adalah kesinambungan Jelajah Tapi 1& 2 dan kemuncaknya ialah membawa para pelajar ini mempersembahkan bunyian Tapi’ ditengah-tengah komuniti di Lawas terutamanya untuk mengalami sendiri bunyian Tapi’ secara langsung.

Ini juga mendekatkan Tapi’ kepada komuniti yangbukan dari kalangan suku kaum Lun Bawang malah kepada para pengunjung Krismas Bazaar di mana Tapk Gema Tapi’ berlangsung pada malam nya.

 Bukan sahaja bunyian-bunyian Tapi’ dimainkan di banyak acara Rasmi di Lawas dan sekitar nya, malah Tarian daripada Bunyian Tapi’ ini telah menjadi memperkukuhkan lagi identiti budaya suku Lun Bawang dan memperkayakan lagi bentuk persembahan pentas dari suku Kaum Lun Bawang sendiri.

Bengkel Tapi' dan Tarian di sebelah Petang 6 Disember

 Dalam masa yang sama, Band Bata’ Uduh yang selama menjadikan Tapi’ sebagai alat musik utama yang didalam setiap persembahan pentas mereka telah menjadi sebutan dan buah mulut di Arena Lawas Ketika itu dan dengan Publisiti yang berkumandang melalui RTM Limbang, Radiotau (Radio berbahasa Lun Bawang) telah membantu serba sedikit akan adanya sebuah band yang sudah sekian lama memperagakan bunyian Tapi’ ini di kalangan pendengar utara Sarawak, Limbang dan Lawas. Ini akan menambah kepada kepelbagaian alat musik traditional yang selama ini didominasikan hanya alat music Sape’.


D. Legasi Tapi’

Sarawak selama ini dikenali dengan sampe’/sape’ di seluruh dunia. Ini terbukti dengan jayanya RWMF ke 25 kali telah diadakan dan telah menjadi ikon besar didalam memperkenalkan Sarawak secara langsung dan RWMF .

Dan melalui Jelajah Tapi’ ini, besar harapan ia akan menjadi satu titik permulaan bukan Sahaja Tapi’ dihidupkan Kembali dalam kalangan anak-anak muda generasi suku kaum Lun Bawang ini tetapi, Sarawak secara umumnya.

Tapi’ juga menjadi salah satu alat music “Boat Lute” yang harus diketengahkan keperingkat yang seterusnya agar sekurang-kurangnya selari dengan Sampe’/Sape’.

Selain itu, kali ini, lagu “Belaca” dan “Rong Sia” yang diperdendangkan dengan bunyian alunan Tapi’ dan alat-alat musik dari suku Lun Bawang seperti, Pek’ Bu’ (Bamboo zither), Tubung bulu (Beduk buluh), tubung kubil (Beduk kulit binatang) juga memperkenalkan tarian yang di kareograph dan diajar sendiri kepada para peserta akan menjadi satu pemangkin kepada penambahan keaslian tarian daripada suku Lun Bawang sendiri serta kepada kepelbagaian tarian etnik yang ada si Sarawak, dan Malaysia amnya


E. Ucapan Terima kasih 

Terima kasih sekali lagi kepada MTCP yang terus menyokong dari segi peruntukan yang diberikan untuk kali ini. Untuk Menjayakan Mini konsert ini terutamanya dengan fokus untuk 2R (To Revive and Reintroduce) Tapi' ini adalah satu perjalanan yang sangat mencabar dan penuh dengan onak dan duri nya.

Bata' Uduh Band yang sempat menghadiri Gema Tapi'

Dengan peruntukan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meneruskan perjuangan meneruskan legasi Tapi' ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Dan kali ini, dengan kehadiran Band Bata' uduh mengiringi kesemua protegee Tapi' dan penari yang sedia ada di Lawas dapat mempertengahkan Tapi' boleh pergi jauh apabila dapat dipertonotonkan dan bergema alunan bunyian Tapi' yang diiringi dengan alat-alat musik kontemporari. Terima kasih juga Bata' uduh kerana tanpa mengenal penat lelah terus memperkasakan Tapi' di satu peringkat yang kita impikan suatu hari kelak.

Terima kasih juga untuk PLBS dan Lun Bawang Enterprenieur yang membenarkan Gema Tapi' berkongsi lokasi kejadian aturcara ini. Sebenarnya, ini adalh tujuan kita iaitu untuk berada di tengah-tengah komunit Lawas yang ada.

Harapan saya secara peribadi, siri Jelajah Tapi' ini akan diperluaskan luar Lawas agar pengenalan akan Tapi' Lun Bawang "2 strings boat lute" akan mulai dikenali di kalangan Sarawakia sendiri khususnya dan Masyarakat Malaysia am nya. Dan dari situ suatau hari kelak ia akan pergi jauh diperingkat antarabangsa.