sesamamu

Thursday, February 12, 2015

Adakah "yang arif" masih arif?

Sesamamu bukanlah pakar tentang hal perundangan. Bukanlah seorang bijak pandai dari segi undang-undang. Tetapi dengan hanya menilai sendiri ucapan terakhir DSAI semasa diberi kesempatan membuta ucapan akhirnya dihadapan 5 orang " yang arif" keika itu, Sesamamu dapat simpulkan bahawa kredibiliti kelima pembuat keputusan tempoh hari  dicabar akan KEADILANnya.

Ucapan akhir ini sudah pasti akan membuka satu lambaran baru sejarah bagi pelajar-pelajar undang-undang untuk mereka kaji dan malah akan menjadi satu "case study"  yang baik untuk dimuatkan didalam sebuah journal undang-undang. Ini sudah pastinakan membuka satu lambaran baru bagi pelajar-pelajar perundangan, bukan sahaja di Malaysia mahupun di seluruh dunia untuk mengkaji dan menggali sebanyak mungkin hikmat disebalik kes ini.

Satu persatu dikupas...

Didalam ucapan teakhir DSAI ini juga menyatakan bahawa setiap keputusan yang telah diambil akan dikaji secara terperinci oleh pelajar undang-undang ini dan juga pemegang amanah kepada institusi kehakiman negara ini. Ini menjadi medan para cendiakwan undang-undang berhujah akan keputusan kes ini, dan sudah pasti, lambat laun keadilan dan kebenaran pasti akan diketengahkan.

Hanya Sang Maha Adil...

DSAI dalam ucapan terakhirnya di makhamah semalam (10 Febuari 2015) menegaskan, hanya yang maha adil yang maha mengetahui akan siapa dipihak yang benar. Dan di hadapan Nya lah baru kita tahu, siapa sebenarnya "YANG ARIF". Benar, seperti yang dikatakan DSAI, di hadapan DIA kelak, tiada kata mahupun perbuatan yang dapat mengatasi kuasa keadilan dan kebenaran YANG ARIF ini. Ya, tiada kuasa di dunia ini yang dapat mengatasinya.
Pangkat dan wang ringgit tidak mampu membelinya, hanya mereka yang dibutakan oleh kuasa, darjat dan pangkat serta harta duniawi ini sahaja yang tewas. Teapi bukan YANG ARIF ini.

Suatu hari nanti kita akan berhadapan denganNya dan diadili, barulah kuta tahu betapa kerdilnya kita!

Demi sebuah keadilan dan kebenaran, SESAMAMU berdiri sama tinggi dengan mereka yang dianiaya oleh kerakusan dan ketamakan dunia ini demi nama KUASA!


Tuesday, January 27, 2015

Hantu Takut

Sesamamu ingin respon kepada artikel yang bertajuk, "kiasu ultra", mengenai salah satu isi bicaranya - Takut!

Ya, sungguh sukar untuk melihat muhibbah dikalangan rakyat majmuk di Malaysia pada ketika ini kerana kita telah ditanam dengan nilai Takut!
Takut hilang hak!
Takut hilang identiti!
Takut ditindas kaum lain!
Takut orang lain lebih berhasil!
Takut akan segala hal yang akan memudaratkan kepentingan peribadi atau individu sesuatu bangsa!

Semua jenis ketakutan ini telah menjadikan rakyat Malaysia mempunyai sikap prejudis-rasis-dan syak wasangka yang sangat menebal. Malah tembok pemisah ini semakin tinggi dibawah slogan 1Malaysia ini!

Agama yang ...

Agama yang sebenarnya membentuk kita menjadi manusia yang menyintai keamanan dan kedamaian telah disalah ertikan sebagai agama yang menimbulkan kebencian dan keganasan!
Ini adalah hasil daripada sikap dan perasaan takut yang dicanang oleh sekelompok manusia yang masih jahil.

Takut tak bertempat...

Takut kepada Dia yang empunya nafas ini! Takut kepada Pencipta alam semesta ini! Disitulah seharusnya takut itu wujud!

Tuesday, December 2, 2014

Bantah Baram Dam! ---siapa sokong? identiti hilang!

Kebelakangan ini, bantahan cadangan pembinaan sebuah lagi empangan di Baram mendapat bantahan dari banyak pihak terutamanya penduduk yang trlibat secara langsung dengan cadangan pembinaan empangan ini di tempat kediaman mereka.

Tetapi yang menyedihkan ialah, apabila wakil wakil rakyat malah ketua masyarakat yang sepatutnya menolong  orang-orang mereka seakan-akan menjadi duri dalam daging tehadap mereka yang membantah cadangan pembinaan empangan ini. Malah, bagi mereka yang membantah akan dilabelkan sebagai menolak pembangunan serta dikaitkan dengan dengan propaganda "pembangkang".

Hilangnya identiti...

Bagi pemimpin yang loba dan gila kuasa, tanahair sanggup digadai demi mempertahankan apa yang mereka miliki. Tidak hairan lah pelbagai tipu helah digunakan untuk menyatakan sokongan akan pembinaan empangan ini. Tanahair ataupun Tanah dan Air mereka sanggup digadaikan! ditenggelami! demi nama pembangunan kononnya! dan bagi mereka yang membantah dikatakan menolak pembangunan!

Apakah eri sebuah pembangunan dimana tanah nenek moyang kita, tempat dimana bermulanya sebuah komuniti yang penuh dengan harga diri dan adat yang tinggi suatu hari nanti akan hilang ditenggelami. Tanah-Air-Hutan adalah sinonim dengan identiti masyarakat peribumi yang penuh dengan adat dan resam.

Tidak sedarkah para ketua dan wakil rakyat ini bahawa tanah yang bakal mereka gadaikan itu adalah temlat besemadinya nenek moyang mereka yang bejuang demi sebuah masyarakat yang penuh dengan adat dan resam yang tinggi? Sampai hati mereka mengenepikan identiti mereka demi pemimpin yang rakus dan tidak behati perut ini?!

Generasi penerus...

Kita tidak boleh terus menerus bangga dengan masa lampai kita jika ingin melihat geneasi sekarang terus ingat akan asal usul serta adat resam mereka. Untuk mengetahui betapa kukuhnya adt resam sesuatu kaum, ianya hanya dapat kita lihat dengan lahirnya sebuah rakyat yang masih mengekalkan identiti mereka. Iaitu, TANAHAIR nya!  Jadi, kalau ianya sudah tenggelam!, maka hilanglah identiti dan tiadalah generasi penerus itu!

Kelangsungan generasi penerus kita harus diutamakan, bukannya pembangunan yang tidak seimbang yang hanya tahu untuk merampas apa yang kita miliki sekian lama.

Oleh yang demikian, buat mereka yang menyokong cadangan pembinaan empangan Baram, jika kuasa dan wang menjadi taruhanmu, amat malang dan durjana perbuatanmu kepada generasi masa depan. Kerana, kalian semua sudah menjual identiti mereka begitu sahaja.

Dan buat pejuang "STOP BARAM DAM!", Terima kasih kerana peduli dengan suara geneasi penerus kita! Perjuangan kalian bukan sia-sia demi identiti bangsa!

Wednesday, October 8, 2014

Pemandangan tercemar "Matang Family Park"

Apa yang Sesamamu maksudkan disini ialah, kebanyakan kita hanya tahu menggunakan sesuatu benda itu, selepas pakai, dibuang begitu sahaja. Terutama hal berkaitan penjagaan serta pemuliharaan alam semulajadi ini.
Kita hanya tahu menikmati dan mengggunakan apa yang ditawarkan kepada kita oleh alam semulajadi ini.

Pada cuti hujung minggu yang lepas, Sesamamu berkesempatan melawat sebuah taman rekreasi di Matang, iaitu "Matang Family Park", dimana pada waktu yang sama ramai juga  orang mengambil kesempatan untuk beriadah sambil menikmati kedinginan Sungai Cina (Nama diberi) yang mengalir ditengah-tengah taman hutan rimba ini. RM4 bayaran dikenakan untuk memasuki kawasan hutan simpan ini. Tetapi melangkah asuk sahaja ke kawasan rekreasi ini, satu pemandangan yang amat mengecewakan, sampah sarap, plastik bekas makanan ataupun keropok, botol-botol plastik, tin-tin dimerata-rata tempat, terutama sekali di sekitar tebing-tebing Sungai dan tidak kurangnya yang "tertanam" di dasar sungai.

Oh tidak!!!
( sampah yang dikutip sekitar tebingan sungai "kolam" didepan itu)



Respon pertama Sesamamu setelah menyaksikan pemandangan ini ialah, "Oh tidak!", Sungai yang masih mengalir deras dan jernih ini dicemari dengan satu pemandangan yang tidak bretemadun oleh segolongan pelawat Taman Rekreasi ini.Sebagai manusia, Sesamamu sangat malu melihat kesan-kesan yang mengaibkan peninggalan manusia yang tidak perihatin langsung tentang alam semulajadi. Hanya mementingkan diri sendiri, memuaskan keinginan diri yang mengatasi panggilan untuk menjaga serta memuliharakan alam semulajadi ini!

Tidak kurangnya, kawasan-kawasan "BBQ" dipenuhi dengan "langau" sejenis lalat yang besar berterbangan mengganggu kita yang mahu menikmati hasil "BBQ" tadi, malah lenguh tangan menghalau langau-langau ini yang juga dalam misinya cuba mencemari makanan yang kita panggang. Ini adalah manifestasi betapa kotornya kawasan "BBQ" yang ditinggalkan oleh mereka yang tahu "pakai dan buang" selepas menggunakan kawasan "BBQ" tersebut. Sungguh tidak ambil kisah!

Sungai terakhir!
Jika Sungai yang ada ditengah-tengah hutan "Matang Family Park " adalah sungai yang terakhir yang masih wujud di Kuching, dan dengan sikap yang tidak kisah terhadap memuliharakan sungai ini, Sesamamu berpendapat, suatu hari nanti, sungai ini akan menjadi longkang longgokan sampah -sarap!. Apa tidaknya, sekarang sudah sampah-sarap ada disekitar tebingan sungai malah di dasar sungai yang tiada jemu memberi khidmatnya kepda mereka yang ingin merasakan kedinginan airnya dan melepaskan rasa lelah dibadan yang kesegarannya ditawarkan oleh alam semulajadi ini.
Ya, sungguh malang, jika ini adalah sungai yang terakhir...terutama bagi generasi yang akan mendatang!

Jom Bertindak!
Bagi siapa-siapa yang datang melawat ataupun beriadah di "Matang Family Park", tolong-tolong ringankan tangan untuk mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh manusia separa temadun ini. Kalau bukan kamu, siapa lagi? Jangan sampai terlambat, sungai ini akan menjadi LONGKANG besar untuk anak-anak kita mandi manda suatu hari nanti!

Friday, August 15, 2014

Setiap kali terbang...aku ingat kamu.

Tragedi yang menimpa MH17 masih lagi segar dan sentiasa bermain difikiran. Setiap kali Sesamamu menaiki pesawat, setiap kali melihat juruterbang pesawat, Sesamamu teringat akan nasib malang yang menimpa mereka.
Setiap kali melihat gerak geri pramugari/pramugara pesawat, Sesamamu menangis sayu mengenangkan nasib mereka ini yang tiada dosa dan silap yang menjadi mangsa keadaan.
Setiap kali mendengar tangisan si bayi dan ketawa riang anak-anak kecil didalam pesawat, Sesamamu terkenangkan nasib mereka yang sudah pasti menjadi tangisan dan tawa riang yang terakhir didalam peswat malang ini.
Setiap kali melihat penumpang yang duduk dikedua-dua sisi, depan dan belakang. Ya, mereka bukanlah orang yang Sesamamu kenali, tetapi terasa seakan Sesamamu bersama mereka yang didalam pesawat malang itu. Dalam hati, penuh dengan harapan untuk bertemu dengan yang tercinta setiba kelak. Tetapi...

Dan setiap kali pesawat ynag Sesamamu sampai dan mendarat dengan selamat, terkenang Sesamamu keluarga dan orang yang tersayang pesawat malang MH17 ini yang menanti akan ketibaan mereka . Tetapi...

Aku ingat kamu...

Setiap kali melihat pesawat berlepas, datang dan pergi...Sesamamu akan terus mengingati MH17 bah kan MH370...
Setiap kali berada didalam mana-mana pesawat, Sesamamu merasa begitu dekat kepada mereka. Terasa tangis tawa mereka, dan saat-saat genting sebelum malapetaka ini menimpa keatas mereka.
Setiap kali mengenangkan akan hal ini, Sesamamu bertanya, "Apakah didalam benak fikiran dan terkubur didalam hati masing-masing mereka pada ssat akhir hidup itu?"
Setiap kali Sesamamu melihat apa yang berlaku ini, "Masih kah aku akan memanggil DIA saat-saat terakhir itu?"

Tetapi setiap kali aku melihat ke langit biru...dalam hati kecil ku berkata "AKU INGAT KAMU".

bersemadilah dengan aman...MH17 dan MH370...AKU INGAT KAMU