10.10.2012, 7.50 pagi, Sesamamu dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Bapa mengatakan Mama sudah tiada. Satu kehilangan yang bukan cara yang Sesamamu bayangkan ketika itu.
Sangat sibuk waktu itu, sehingga pemergian itu Sesamamu tiada di sisi mu keika hembusan nafas nafas teakhir Mama. Benar, ada penyesalan dan kecewa dengan keadaan itu. Apakan daya, tidak dapat ku ulangi masa ini.
Rayakan "Legacy" Mama...
Tetapi hidup ini harus diteruskan...
Merenungkan Mama pada hari ini, telalu banyak yang telah ditinggalkan untuk Sesamamu secara peribadi. Kehidupan Mama adalah satu kesaksian yang sangat berkesan, jika mahu menceritakan tentang KASIH.
KASIH membakar diri sendiri
Seperti lilin yang membakari dirinya sendiri, begitulah bagaimana Mama menunjukkan kasih itu. Bukan dalam kata kata, tetapi secara diam dalam perbuatan mu, engkau menyatakan kasih itu. Tidak pernah engkau membesarkna atau menghebohkan perbuatan kasih itu, secara diam walaupun sakit, engaku tetap melakukannya demi kasih.
Selalu mengutamankan orang lain daripada kepentingan sendiri. "Mileh ngerawe ke'"
BERBAKAT besar
Muzik, salah satu "Legacy" Mama yang bukan sahaja tumpah keatas Sesamamu, malah kesemua anak-anak Mama. Baik menyanyi, mengubah lagu, dan bermain guitar, semua itu telah Mama tinggalkan kepada kami.
Berniaga, kemahiran Mama menjahit malah mereka fesyen juga tiada tandingnya. Tiada pendidikan formal dalam jahitan, tetapi boleh mereka pakaian dengan sangat ke,as dan menarik. Ini menjadikan Mama membuka kedai jahitan dan dobi.
PEMIMPIN yang semulajadi.
Menjadi pengerusi kepada banyak pertubuhan ataupun cabang mana-mana organisasi. Mama salah katakan, "Saya tiada pendidikan, tidak pandai Bahsa Inggeris". Teapi Sesamamu melihat, Mama tetap dipilih dan mengetuai banyak fungsi organisasi yang Mama wakili. Memang kepimpinan yang semulajadi.
TUHAN jadi sandaran
"Legacy" yang paling Sesamamu banggakan dan mahu raikan ialah, bagaimana Mama meletakkan Tuhan ditempat yang paling utama didalam hidup. Ini juga yang Mama selalu tekan kan kepada kami, malah tidak pernah jemu percaya kepada Tuhan yang akan mengubah kehidupan Sesamamu yang jahat ini. Dan benar sekali doa Mama yang tidak pernah putus asa kepada Tuhan itu mengubh Sesamamu.
Jadi Mama, Sesamamu ingin merayakan apa yang Mama tinggalkan, atau "Legacy" ini, supaya ingatan akan kewujudan Mama didunia ini suatu ketika dahulu lebih bererti. Damailah kau di sana, disisi Tuhan Yang Maha Esa.
sesamamu
Sunday, October 11, 2015
Wednesday, July 15, 2015
TIDAK kepada PERKAUMAN
Gara-gara sentimen dan mesej yang berbaur perkauman yang sebarkan di media sosial, sehingga tindakan yang diluar batas sebagai manusia ini telah menyebabkan banyak pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak telah merasakan akibat.
Bagi negara Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaiannya, peristiwa pergaduhan di Low Yat tempoh hari adalah satu nokhta hitam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum harus "pause" untuk berfikir sejenak dan bertanyakan soalan ini, "Apakah peranan saya sebagai rakyat Malaysia yang katakan TIDAK kepada perkauman ?"
Peranan saya...
Setiap kita yang diam di bumi Malaysia dan selagi Malaysia masih wujud, kita mempunyai peranan yang penting didalam menangani masalah perkauman ini.
Ia seperti sejenis penyakit barah, yang hanya boleh dicegah seawal peringkat penemuannya. Perkauman ini sudah lama wujud di negara kita yang berbilang ini. Tetapi, kita tidak bertindak begitu agresif untuk menanganinya kerana demographi politik yang menjurus kepada satu-satu kaum. Ditambah lagi dengan NGO-NGO tertentu yang berjuang memperkasakan kedaulatan satu-satu kaum, malah semakin parah lagi dengan slogan ketuanan ataupun keperkasaan satu - satu kaum itu keatas kaum yang lain.
Sesamamu berpendapat, ini lah punca barah tersebut.
Jadi peranan kita ialah dengan mengatakan TIDAK dan seterusnya bertindak dengan menunjukkan sikap toleransi kepada orang lain.
Dan akhirnya, beringat selalu, apapun kepercayaan kita, Tuhan ciptakan kita berbeza supaya lahirlah perkataan KESATUAN untuk kita hidup harmoni.
Mari mulakan dengan slogan, TIDAK kepada perkauman!

Thursday, March 19, 2015
Sarawak 4 Sarawakian
Sesamamu tidak akan menghuraikan apakah yang temaktub didalam perjanjian yang dimeteraikan dalam perkara 18/20, tetapi cuba untuk mengongsikan kenapa wujudnya S4S?
Pergerakan S4S semakin lantang dan menjadi satu "panggilan" yang semakin popular dikalangan anak-anak muda Sarawak pada masa ini. Mereka sudah menjadi semakin sedar dan perihatin dengan apa yang berlaku di Tanah Tumpah Darah mereka pada ketika ini. Ini adalah zaman teknologi maklumat, dimana segala ketidak puasan hati dan cerita yang berlaku berkisar tentang hak kenegerian mereka akan menjadi satu faktor yang membuat mereka respon dengan pantas!
Lahirnya S4S...
Ianya lahir hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pembahagian royalti minyak kepunyaan Sarawak. Petronas telah mengambil alih pengurusan hasil minyak ini semenjak tahun 1976 lagi dan hanya memberi 5% royalti kepada Sarawak!
Dan baru-baru ini, tuntutan untuk menaikkan royalti dari 5% kepada 20% telah ditolak.
Berkaitan dengan royalti minyak dan hasil bumi Sarawak. Negeri ini yang sepatutnya kaya dan penyumbang yang besar kepada ekonomi serta kewangan negara Malaysia ketinggalan jauh dari segi kemudahan insfrastruktur asas jika berbanding dengan negeri-negeri di Tanah Malaya! Malah kadar kemiskinan negeri ini juga sangat tinggi!
Jawatan tinggi serta peluang pekerjaan disektor awam juga dimonopoli oleh mereka dari Tanah Malaya, iaitu majoriti -Melayu. Ini menyebabkan ramai anak-anak muda Sarawak tiada pekerjaan. Koata untuk mereka begitu tinggi jika dibandingkan dengan anak tempata Sarawak. Sebagai contoh, penempatan guru-guru dari Tanah Malaya yang kebanyakannya mengisi kekosongan di sekolah- sekolah Sarawak.
Baru-baru ini Sesamamu menaiki pesawat dari KL ke Bintulu. Sangat terperanjat dimana 90% penumpang pesawat tersebut adalah orang - orang Tanah Malaya. Ini mengesahkan apa yang Sesamamu dengar tentang kebanjiran pekerja dari Tanah Malaya mengisi kekosongan jawatan di syarikat minyak di dua bandar utama Sarawak, Bintulu dan Miri.
Janji-janji pilihan raya yang hanya "manis ba pun, tabar ba ujung". Sebagai contoh, perkara 10 yang dikemukan oleh BN untuk memancing undi rakyat Sarawak telah memakan diri. Itu hanya janji untuk mereka memastikan kekuasaan mereka berpanjangan di Malaysia. Dan banyak lagi janji-janji lain!
Jadi...?
Semua alasan yang diatas adalah serba sedikit kemungkinan besar punca lahirnya S4S! Jika semua yang diatas ini masih berlaku, jangan hairan, kebangkitan anak-anak muda Sarawak untuk menuntut hak mereka akan tejadi dan MEMBARA!
Ini hanya adalah satu permulaan akan sebuah kebangkitan!

Thursday, February 12, 2015
Adakah "yang arif" masih arif?
Sesamamu bukanlah pakar tentang hal perundangan. Bukanlah seorang bijak pandai dari segi undang-undang. Tetapi dengan hanya menilai sendiri ucapan terakhir DSAI semasa diberi kesempatan membuta ucapan akhirnya dihadapan 5 orang " yang arif" keika itu, Sesamamu dapat simpulkan bahawa kredibiliti kelima pembuat keputusan tempoh hari dicabar akan KEADILANnya.
Ucapan akhir ini sudah pasti akan membuka satu lambaran baru sejarah bagi pelajar-pelajar undang-undang untuk mereka kaji dan malah akan menjadi satu "case study" yang baik untuk dimuatkan didalam sebuah journal undang-undang. Ini sudah pastinakan membuka satu lambaran baru bagi pelajar-pelajar perundangan, bukan sahaja di Malaysia mahupun di seluruh dunia untuk mengkaji dan menggali sebanyak mungkin hikmat disebalik kes ini.
Satu persatu dikupas...
Didalam ucapan teakhir DSAI ini juga menyatakan bahawa setiap keputusan yang telah diambil akan dikaji secara terperinci oleh pelajar undang-undang ini dan juga pemegang amanah kepada institusi kehakiman negara ini. Ini menjadi medan para cendiakwan undang-undang berhujah akan keputusan kes ini, dan sudah pasti, lambat laun keadilan dan kebenaran pasti akan diketengahkan.
Hanya Sang Maha Adil...
DSAI dalam ucapan terakhirnya di makhamah semalam (10 Febuari 2015) menegaskan, hanya yang maha adil yang maha mengetahui akan siapa dipihak yang benar. Dan di hadapan Nya lah baru kita tahu, siapa sebenarnya "YANG ARIF". Benar, seperti yang dikatakan DSAI, di hadapan DIA kelak, tiada kata mahupun perbuatan yang dapat mengatasi kuasa keadilan dan kebenaran YANG ARIF ini. Ya, tiada kuasa di dunia ini yang dapat mengatasinya.
Pangkat dan wang ringgit tidak mampu membelinya, hanya mereka yang dibutakan oleh kuasa, darjat dan pangkat serta harta duniawi ini sahaja yang tewas. Teapi bukan YANG ARIF ini.
Suatu hari nanti kita akan berhadapan denganNya dan diadili, barulah kuta tahu betapa kerdilnya kita!
Demi sebuah keadilan dan kebenaran, SESAMAMU berdiri sama tinggi dengan mereka yang dianiaya oleh kerakusan dan ketamakan dunia ini demi nama KUASA!

Tuesday, January 27, 2015
Hantu Takut
Sesamamu ingin respon kepada artikel yang bertajuk, "kiasu ultra", mengenai salah satu isi bicaranya - Takut!
Ya, sungguh sukar untuk melihat muhibbah dikalangan rakyat majmuk di Malaysia pada ketika ini kerana kita telah ditanam dengan nilai Takut!
Takut hilang hak!
Takut hilang identiti!
Takut ditindas kaum lain!
Takut orang lain lebih berhasil!
Takut akan segala hal yang akan memudaratkan kepentingan peribadi atau individu sesuatu bangsa!
Semua jenis ketakutan ini telah menjadikan rakyat Malaysia mempunyai sikap prejudis-rasis-dan syak wasangka yang sangat menebal. Malah tembok pemisah ini semakin tinggi dibawah slogan 1Malaysia ini!
Agama yang ...
Agama yang sebenarnya membentuk kita menjadi manusia yang menyintai keamanan dan kedamaian telah disalah ertikan sebagai agama yang menimbulkan kebencian dan keganasan!
Ini adalah hasil daripada sikap dan perasaan takut yang dicanang oleh sekelompok manusia yang masih jahil.
Takut tak bertempat...
Takut kepada Dia yang empunya nafas ini! Takut kepada Pencipta alam semesta ini! Disitulah seharusnya takut itu wujud!

Subscribe to:
Posts (Atom)