sesamamu

Friday, December 12, 2025

Gema Tapi'


Menjadi satu mercu tanda baru bagi Tapi' pada tahun ini apabila telah berlangsung Gema Tpi', pada 5 dan 6 Disember 2025, di Arena Lawas, Lawas. Di mana bermulanya perjalanan untuk 2R (To revive and Reontroduce) Tapi' kepada masyarakat Lun Bawang Khususnya dan komuniti sekitar umumnya. 

A. Objektif Gema Tapi’

i. Untuk meneruskan kesinambungan 2R Tapi’ dari, bengkel Tapi. Jelajah Tapi’ 1 & 2 kepada generasi muda Lun Bawang.

ii. Untuk mendekatkan Tapi’ kepada generasi Muda Lun Bawang demi kesinambungan akan alat musik tradisi ini, Tapi’.

iii. Untuk dedahkan generasi muda Lun Bawang kepada beberapa Tune Tapi’ yang menjadi identiti kepada bunyian Tapi’ dan tarian yang diserapkan.

iv. Untuk ketengahkan bakat Muda Lun Bawang terhadap Tapi’ di pentas umum di Lawas.

 Nota:

Gema Tapi’ ini adalah kombinasi bunyian-bunyian alat music tradisional Lun Bawang, seperti Pek’ Bu, ruding, Kaeng dan Binasaing. Dan setiap bunyian akan diiringi dengan tarian-tarian traditional suku kaum Lun Bawang.Dan ia nya akan dipersembahkan semasa mini konsert, di komuniti yang ada di Lawas sempena Bazaar Krismas yang diadakan di sekitar Arena Lawas.

 Tarian;

a.      Talandi Tulu Tapi’

b.   Belaca’

c.       Rong Sia

d.      Alai tau (Alai Nguan)

e.      Alai Sigar Suba

f.        Busak Elai


 

1.      B. Seni Budaya Tapi’ Lun Bawang diperkasakan.

Memperkenalkan alat musik Tapi’ ini kepada generasi muda Lun Bawang ini menyedarkan mereka akan satu khazanah seni yang telah ditinggalkan kepada suku Lun Bawang yang perlu di hidupkan Kembali.

Ini juga akan menentukan kelangsungan identiti seni budaya Suku Lun Bawang sendiri ditengah-tengah arus pemodenan musik moden.

 Dengan adanya Gema Tapi’ ini, ia kan mendedahkan anak-anak muda Lun Bawang bahawa alat music Tapi’, bertali dua ini dapat digabungkan dengan alat-alat musik modern untuk terus diketengahkan sebaris dengan sape’. Oleh yang demikian, Bata’ Uduh band yang merupakan satu-satunya Kontemporari band yang menengahkan Tapi’ didalam pertunujkan pentas dan persembahan mereka.

 Dalam masa yang sama, ini akan lebih besar kesannya terhadap anak-anak muda suku Lun Bawang untuk menjadikan Tapi’ salah satu alat musik yang diketengahkan didalam persembahan pentas mereka suatu hari kelak.

 Begitu juga dengan Tarian-tarian yang diperkenalkan daripada kesemua tune Tapi’ ini akan menjadai idnetiti yang membawa budaya tarian suku Lun Bawang dan dalam masa yang sama, Tapi’ ke peringkat yang lebih jauh lagi. 


C. Maklum Balas

Setelah Boot Camp” Tapi’ 2.0 yang lepas, bunyian Tapi’ seperti Rong sia dan Belaca telah menjadi satu tarian yang akan dipersebahkan di banyak acara-acara rasmi dan tradisi di Sarawak, malah di Sabah baru-baru ini.  Ini adalah hasil daripada usaha Jelajah Tapi’ sebelum ini. Sehinggakan PLBS menjadikan tarian dan bunyian Tapi’ “Rong Sia” dan “Belaca”, dipersembahkan untuk memperkenalkan Tradisi budaya suku kaum Lun Bawang. 

Oleh kerana ia berkonsepkan “Boot Camp”, kebanyakan daripada Pelajar yang terlibat respon dengan baik, terutama setiap mereka mempunyai banyak masa yang dipergunakan untuk menguasai permainan Tapi’ ini terutamanya untuk dua melodi yang diperkenalkan dan diketengahkan oleh Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) iaitu “Rong sia” dan “Belaca”.


Dan kali ini, Gema Tapi’ telah mengukuhkan lagi akan kewujudan Tapi’ dalam kalangan komuniti Lun Bawang dan komuniti yang lain di Lawas apabila, Tapi’ bergema dua hari di tengah-tengah bandar Lawas dengan persembahan pentas yang menyajikan Bunyian Tapi’ Bersama dengan Band Bata’ Uduh yang merupakan satu-satunya band yang telah mengeluarkan beberapa lagu melalui bunyian Tapi’ seperti, “Rong Sia”, “Pulung Tau”, “Samal” dan banyak lagi. (Kesemua single ini telah diterbitkan melalui platform Spotify dan secara atas talian)

 

Sepanjang Gema Tapi’ Berlangsung yang juga diadakan sempena Krismas Bazaar ini telah membuka persepktif yang baru bagi kebanyakan pengunjung Ketika itu.

 Gema Tapi’ adalah kesinambungan Jelajah Tapi 1& 2 dan kemuncaknya ialah membawa para pelajar ini mempersembahkan bunyian Tapi’ ditengah-tengah komuniti di Lawas terutamanya untuk mengalami sendiri bunyian Tapi’ secara langsung.

Ini juga mendekatkan Tapi’ kepada komuniti yangbukan dari kalangan suku kaum Lun Bawang malah kepada para pengunjung Krismas Bazaar di mana Tapk Gema Tapi’ berlangsung pada malam nya.

 Bukan sahaja bunyian-bunyian Tapi’ dimainkan di banyak acara Rasmi di Lawas dan sekitar nya, malah Tarian daripada Bunyian Tapi’ ini telah menjadi memperkukuhkan lagi identiti budaya suku Lun Bawang dan memperkayakan lagi bentuk persembahan pentas dari suku Kaum Lun Bawang sendiri.

Bengkel Tapi' dan Tarian di sebelah Petang 6 Disember

 Dalam masa yang sama, Band Bata’ Uduh yang selama menjadikan Tapi’ sebagai alat musik utama yang didalam setiap persembahan pentas mereka telah menjadi sebutan dan buah mulut di Arena Lawas Ketika itu dan dengan Publisiti yang berkumandang melalui RTM Limbang, Radiotau (Radio berbahasa Lun Bawang) telah membantu serba sedikit akan adanya sebuah band yang sudah sekian lama memperagakan bunyian Tapi’ ini di kalangan pendengar utara Sarawak, Limbang dan Lawas. Ini akan menambah kepada kepelbagaian alat musik traditional yang selama ini didominasikan hanya alat music Sape’.


D. Legasi Tapi’

Sarawak selama ini dikenali dengan sampe’/sape’ di seluruh dunia. Ini terbukti dengan jayanya RWMF ke 25 kali telah diadakan dan telah menjadi ikon besar didalam memperkenalkan Sarawak secara langsung dan RWMF .

Dan melalui Jelajah Tapi’ ini, besar harapan ia akan menjadi satu titik permulaan bukan Sahaja Tapi’ dihidupkan Kembali dalam kalangan anak-anak muda generasi suku kaum Lun Bawang ini tetapi, Sarawak secara umumnya.

Tapi’ juga menjadi salah satu alat music “Boat Lute” yang harus diketengahkan keperingkat yang seterusnya agar sekurang-kurangnya selari dengan Sampe’/Sape’.

Selain itu, kali ini, lagu “Belaca” dan “Rong Sia” yang diperdendangkan dengan bunyian alunan Tapi’ dan alat-alat musik dari suku Lun Bawang seperti, Pek’ Bu’ (Bamboo zither), Tubung bulu (Beduk buluh), tubung kubil (Beduk kulit binatang) juga memperkenalkan tarian yang di kareograph dan diajar sendiri kepada para peserta akan menjadi satu pemangkin kepada penambahan keaslian tarian daripada suku Lun Bawang sendiri serta kepada kepelbagaian tarian etnik yang ada si Sarawak, dan Malaysia amnya


E. Ucapan Terima kasih 

Terima kasih sekali lagi kepada MTCP yang terus menyokong dari segi peruntukan yang diberikan untuk kali ini. Untuk Menjayakan Mini konsert ini terutamanya dengan fokus untuk 2R (To Revive and Reintroduce) Tapi' ini adalah satu perjalanan yang sangat mencabar dan penuh dengan onak dan duri nya.

Bata' Uduh Band yang sempat menghadiri Gema Tapi'

Dengan peruntukan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meneruskan perjuangan meneruskan legasi Tapi' ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Dan kali ini, dengan kehadiran Band Bata' uduh mengiringi kesemua protegee Tapi' dan penari yang sedia ada di Lawas dapat mempertengahkan Tapi' boleh pergi jauh apabila dapat dipertonotonkan dan bergema alunan bunyian Tapi' yang diiringi dengan alat-alat musik kontemporari. Terima kasih juga Bata' uduh kerana tanpa mengenal penat lelah terus memperkasakan Tapi' di satu peringkat yang kita impikan suatu hari kelak.

Terima kasih juga untuk PLBS dan Lun Bawang Enterprenieur yang membenarkan Gema Tapi' berkongsi lokasi kejadian aturcara ini. Sebenarnya, ini adalh tujuan kita iaitu untuk berada di tengah-tengah komunit Lawas yang ada.

Harapan saya secara peribadi, siri Jelajah Tapi' ini akan diperluaskan luar Lawas agar pengenalan akan Tapi' Lun Bawang "2 strings boat lute" akan mulai dikenali di kalangan Sarawakia sendiri khususnya dan Masyarakat Malaysia am nya. Dan dari situ suatau hari kelak ia akan pergi jauh diperingkat antarabangsa.



















Saturday, January 6, 2024

Jelajah Tapi' Lun Bawang

 Jelajah Tapi' Lun Bawang 



Pada penghujung tahun 2023 yang lepas, dengan bantuan Tajaan daripada MOTAC (Ministry Of Tourism, Creative Industry and Performing Arts) Sarawak dan kerjasama daripada  Persatuan Lun Bawang Sarawak(PLBS), serta Pihak sekolah menengah di Lawas, program ini telah berjalan dengan jaya nya.

Ini adalah julung kalinya program jelajah Tapi' Lun Bawang ini dilaksanakan seumpamanya. Selari dengan Tagline Lepo' Tapi Rining, 3R (To Revive, Reintrodcue and Restore) Tapi'. 





Objektif Jelajah Tapi' Lun Bawang ini adalah seperti berikut;

i. Untuk meneruskan bengkel Tapi’ yang lepas dengan memperkenalkan Tapi’ kepada generasi muda Lun Bawang.

ii. Untuk mendekatkan Tapi’ kepada generasi Muda Lun Bawang demi kesinambungan akan alat musik tradisi ini, Tapi’.

iii. Untuk dedahkan generasi muda Lun Bawang kepada beberapa Tune Tapi’ yang menjadi identiti kepada bunyian Tapi’ dan tarian yang diserapkan.

- Tune Belaca’

- Tune Rong Sia

Iv. Untuk memperkasakan identiti diri generasi Muda Lun Bawang agar seiringan dengan perkembangan dunia sekarang.

 

Seperti yang termeterai di dalam objektif tersebut, golongan sasaran pada kali ini adalah pelajar-pelajar dari suku Lun Bawang, dari sekolah-sekolah Menengah yang ada di daerah Lawas.

4 Buah sekolah menengah di Lawas, iaitu SMK MERAPOK, SMK SUNDAR, SMK TRUSAN DAN SMK LAWAS.


Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Pertama

Jelajah Tapi' LB ini dimulakan di SMK Merapok. SMK Merapok terletak di persempadanan Sarawak dan Sabah. Memakan masa lebih kurang 20 minit pemanduan daripada bandar Lawas. 

Pada hari pertama Jelajah ini, destinasi pertama di SMK Merapok adalah "Flag Off" ataupun merupakan hari pelancaran siri Jelajah Tapi' Lun Bawang yang pertama kali diadakan ini.

Sesampai sahaja kami di SMK Merapok, kami dibawa untuk bertemu Pengetua SMK Merapok di pejabat beliau. Encik Julkipli Bin Hj. Tangah menyatakannya minatnya terhadap musik traditional ini dan memperkasakannya daripada pupus telan dek harus pemodenan musik sekarang ini. 

Setelah beberapa ketika bersama-sama dengan Pengetua SMK Merapok ini, kami dibawa ke dewan utama sekolah untuk meneruskan program Jelajah Tapi'.  Kami dikejutkan dengan sambutan tarian traditional menyambut tetamu oleh pelajar-


pelajar daripada kelab kebudayaan sekolah ini. Saya difahamkan, musik dan tarian ini dikareograph sendiri oleh Cikgu sekolah tersebut.

"Flag off", ataupun pelancaran Jelajah telah disempurnakan oleh Cik Melina Binti Abdul Manan mewakili MOTAC  Sarawak dan beberapa pegawai daripada MOTAC sendiri seperti, Cik Nor Syakinah Binti Jali dan Syifa Sebi Binti Mohammad.

Cik Melina(Baju Putih) 


Setelah pelancaran Jelajah Tapi' ini, pengacara Majlis daripada Rombongan Jelajah Tapi' mengambil alih program, yang dimulakan dengan ucapan pengenalan Jelajah Tapi' Lun Bawang oleh Encik Jude Benjamin Lisa sebagai Koordinator Program yang merupakan Ketua Biro Kebudayaan PLBS.


Dan selesai sahaja ucapan pengenalan Encik Jude, Rining Peter Paris, penggiat seni dan memertabatkan Tapi' Lun Bawang ini mempersembahkan bunyian Tapi' buat pertama kalinya di SMK Merapok. Kemuncak kepada persembahan yang bersahaja dan "hidup" tersebut, pelajar-pelajar dipanggil untuk kehadapan memegang Tapi' ini sendiri. Kebanyakan Pelajar sangat teruja kerana ini adalah pertama kalinya didalam hidup mereka, mereka berkesempatan memegang alat Musik nenek moyang suku Lun Bawang, suku kaum mereka sendiri, Tapi'. 





Miri dan bertemu dengannya. Ketika Saudara Hezakiah Hashim menyerahkan Tapi' tersebut kepada saya, dan memegang Tapi' itu secara fizikal buat pertama kalinya didalam hidup saya, saya tahu ini adalah warisan saya, suku bangsa Lun Bawang, yang perlu diteruskan, dihidupkan dan diperkenalkan kepada dunia.

Melihat para pelajar ini memegang sendiri Tapi' buat pertama kalinya dalam hidup mereka sebagai anak Lun Bawang sendiri, saya merasa tersentuh dan dapat melihat ada sinar harapan Tapi' akan "hidup" dan tidak akan dilupakan ataupun pupus daripada suku Lun Bawang sendiri.

Hari pertama Jelajah Tapi' Lun Bawang yang sangat emosi dan bermakna bagi saya secara peribadi. Ia nya berjalan dengan lancar dan kami tidak sabar untuk ke sekolah yang seterusnya pada keesokan harinya.




Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Kedua



12 Haribulan Disember 2023, hari Selasa, merupakan hari kedua Jelajah Tapi' Lun Bawang. Destinasi pada hari kedua ini adalah SMK Sundar. SMK Sundar juga mengambil masa sekitar 20 minit pemanduan daripada bandar Lawas. 


Kali ini kamu terus dibawa neneruskan program Jelajah Tapi' ini ke Dewan utama sekolah SMK Sundar. Sedikit demographi SMK Sundar, pada amnya, pelajar-pelajar yang meneruskan pelajaran diperingakt menengah di SMK Sundar adalah pelajar-pelajar yang berasal daripada kawasan tanah tinggi Lawas sehingga ke Ba' Kelalan. Mereka terdiri dapripada suku kaum Lun Bawang yang tinggal di Ba' Kelalan, Long Semadoh sehingga ke Long Sukang.

Di sekolah ini juga, pelajar-pelajar Lun Bawang yang seramai 80 orang ini juga buat pertama



kalinya mendengar bunyian Tapi' dipermainkan dengan secara langsung dan memegangnya buat pertama kalinya. Dengan melihat dan mendengar Tapi' ini secara lebih dekat lagi dan "Personal", sudah pasti akan menimbulkan satu rasa bangga dan jati diri yang kuat akan identiti anak-anak Lun Bawang ini. 

Puan Serlin

Seperti di SMK Merapok, Puan Serlin Sakai juga memperkenalkan tarian Rong Sia yang diiringi musik Tapi dan Tubung secara langsung daripada Rining Peter Paris dan Bata' uduh (Libat). "Tune" Rong Sia ataupun topi yang berwarna merah yang digunakan oleh para wanita suku kaum Lun Bawang dipertengahkan didalam Jelajah ini bagi memperkasakan lagi satu tanda kepada budaya suku Lun Bawang, iaitu Rong Sia. Dengan adanya lagu Rong Sia ini,
Libat of Bata' uduh

bukan hanya Tapi' dan tariannya diperkenalkan dengan lebih meluas kepada generasi muda Lun Bawang ini, tetapi, pelindung kepada(Topi) merah untuk wanita suku Lun Bawang ini juga akan terus menjadi identiti yang menarik dan menjadi kebanggaan setiap wanita Lun Bawang.

Tidak ketinggalan juga, Encik Jude juga mengajar tarian pahlawan Lun Bawang bagi pelajar-pelajar lelaki dengan diiringi Tune Tapi' "Tapi' menengang". Sekurang-kurangnya, anak-anak muda Lelaki Lun Bawang juda didedahkan dengan tarian Tradisi Lun Bawang.

Presiden PLBS, Puan Dolphina Alau Balang
Didalam perkongsiannya, Puan President PLBS, Dolphina Alau Balang mengingatkan golongan muda Lun Bawang ini betapa pentingnya mengenali dan
memperkasakan identiti diri suku kita Lun Bawang. Di dalam semua aspek kehidupan. 

Jude, Ketua Biro Kebudayaan PLBS








Jelajah Tapi LB 2023 Hari ketiga



Hari ketiga dalam Jelajah Tapi' Lun Bawang 2023, Tapi' singgah di SMK Trusan, juga lebih kurang 20 minit pemanduan dari Lawas.  "Kembali" ke SMK Trusan. Ya, "Kembali". Saya pernah menjadi guru sandaran di sekolah ini sebanyak 2 Kali, setelah tingkatan 6 dan selepas menanmtkan pelajaran diperingkat Ijazah. kalau di kira, menjadi guru sandaran di SMK Trusan adalah sebanyak 4 tahun.(Terkumpul).




Kembali ke sekolah di mana yang pernah mengajar saya banyak erti hidup sebagai seorang pengajar. 

Tetapi, kali ini saya datang dengan membawa Tapi', memberitahu dan memperagakan Tapi' kepada generasi muda Lun Bawang ini.Baik kepada pelajar yang hadir mahupun beberapa guru yang dahulunya adalah bekas pelajar saya. Melihat pelajar-pelajar ini, baik lelaki mahupun perempuan serbu ke hadapan pentas dan memegang Tapi' ini mengingatkan saya betapa usaha selama ini tidak sia-sia. Lepo' Tapi' Rining, bukan sahaja mencipta musik-musik menggunakan Tapi' malah membuat Tapi' untuk dijual, bagi sesiapa yang ingin memiliki sebuah. Tidak seperti Sampe/Sape', sudah dikenali ramai peminatnya, perjalan Tapi' ini masih jauh dan satu hari nanti, sebaris dengan Sampe/Sape ini. 


Ya, selain lagu Rong Sia, Jelajah Tapi' ini juga memperkenalkan satu lagi lagu yang dipersembahkan sepenuhnya dengan petikan Tapi', serta alat musik Lun Bawang yang lain seperti, Pek Bu, Tubung dan Tubung bulu'. Lagu yang dipanggil, "Belaca", ataupun sapu tangan. Lagu ini merupakan satu kisah cinta sepasang kekasih sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Lagu yang menjadikan "Belaca", sapu tangan ini menjadi tanda ataupun bukti akan kisah cinta mereka. 


Kebetulan juga, Puan Serlin dengan beberapa penari beliau adalah pelajar dari sekolah ini. Kumpulan penari yang menggelarkan diri mereka, "Busak Elai'. Kumpulan penari ini juga mempersembahkan tarian Rong Sia yang di Kareograph sendiri oleh Puan Serlin. Setelah mereka mempersembahkan

Kumpulan Penari Busak Elai

tarian Rong Sia ini, para pelajar dan juga guru-guru yang hadir diajak untuk menari sendiri tarian Rong Sia ini dengan diiringi alunan musik Tapi' dan Tubung secara langsung.

Lagu Rong Sia dan Belaca ini sebenarnay telah dirasmikan diperdendangkan ke masyarakat Lun Bawang khususnya semasa Irau Aco Lun Bawang, 2023. In adalah sejajar dengan usaha 3R Tapi' dan mengetengahkan kebudayaan serta adat resam suku Lun Bawang didalam semua aspek kehidupan.


Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Keempat



Hari ini, 14 Disember, hari Khamis merupakan kemuncak kepada Jelajah Tapi' Lun Bawang ini. Jelajah Tapi' ini singgah di SMK Lawas sebagai destinasi terakhirnya. Dan kali ini ia berlangsung di pagi hari dan bukan di sebelah petang seperti 3 sekolah yang lain. Ini berlaku kerana, SMK Lawas mempunyai aktiviti yang telah dirancang lebih awal untuk sekolah mereka. Jadi, Jelajah kali ini dibawa ke pagi hari.




Pada hari ketiga Jelajah Tapi'(SMK Trusan), saya menceritakan tentang sekolah yang dimana saya pernah menjadi guru sandaran. Dan kali ini, SMK Lawas adalah sekolah pendidikan menengah bagi saya. Walaupun bersekolah di SK. St. Edmund, Limbang sehingga darjah 6, saya menyambung persekolahan diperingkat menengah di Lawas setelah Bapa saya dipindahkan bertugas di Lawas pada ketika itu.

Jadi, melihat persekitaran terutamanya dewan yang kita gunakan untuk Jelajah Tapi' ini, membawa kembali kenangan-kenangan sewaktu bersekolah di SMk Lawas ini.

Sambutan di SMK Lawas sangat menarik dengan beberapa  guru yang kelihatan terlibat secara langsung kepada program ini. Seperti didalam melibatkan diri menari bersama mengikut alunan lagu Rong Sia dan nyanyi bersama-sama lagu Krismas (bulan Krismas dan juga minggu terakhir persekolahan 2023). 


Persembahan istimewa dipersembahkan oleh Rining Peter Paris, dengan membawa lagu rakyat Lun Bawang, "Pun ku nekeli nemu" disusuli rentak Rap. Sangat menarik kerana ramai diantara pelajar ini pernah melihat persembahan Bata' uduh di Irau Aco Lun Bawang, 2023 yang membawa lagu ini. Tujuan persembahan istimewa ini adalah untuk memberitahu generasi muda Lun Bawang ini bahawa Tapi' juga boleh dendangkan lagu moden.

Tidak lupa juga, antara protegee yang awal di Lawas juga datang daripada pelajar SMK Lawas ini. Mereka adalah Protegee yang pertama dari anak-anak Muda Lun Bawang di Lawas yang diajar untuk, bukan sahaja bermain Tapi', tetapi membuat Tapi' ini. tiga orang daripada mereka juga telah membuat persembahan bersama Bata' uduh sewaktu Irau Aco Lun Bawang 2023.

Grace Padan duet bersama Rining Peter

Dalam masa yang sama juga, seorang "Influencer" anak muda Lun Bawang, Saudari Grace Padan juga datang menghadirkan diri memberi sokongan kepada kita di SMK Lawas. Dia juga membawa Tapi' beliau sendiri untuk diperagakan dan juga sempat berduet bersama Rining Peter Paris dalam mempersembahkan lagu, "Busak Elai" kepada para hadirin.


Hari terakhir Jejajah Tapi' Lun Bawang menjadi satu petanda aras kepada arah tuju 3R Tapi' ini di masa yang akan datang. 

Cikgu Cythia Alau Juruacara


Jelajah Tapi' Lun Bawang 2.0?


Terima kasih tidak terhingga untuk bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak(MOTAC) yang merealisasikan Jelajah Tapi' ini. 

Corlina Beck Juruhebah
Untuk dimasa akan datang, setelah melihat kejayaan Jelajah Tapi' pertama ini, di kalangan pelajar sekolah menengah, besar juga harapan saya untuk membawa Jelajah Tapi' ini ke peringkat sekolah-sekolah rendah di Lawas. 


Dalam masa yang sama, tindakan susulan dari pihak Lepo' Tapi' Rining ialah, untuk mengadakan beberapa siri Bengkel permainan Tapi' di Lawas pada tahun 2024 sebelum Irau Aco Lun Bawang, 2024. Ini adalah setelah mendengar maklum balas di setiap sekolah yang di lawati sewaktu Jelajah Tapi' ini berminat untuk menyertai mana-mana bengkel permainan Tapi' yang akan ditawarkan.


3R Tapi' masih jauh perjalanannya, tetapi, ia hanya berlaku sekiranya ada usaha yang berterusan tanpa penat lelah menjayakan.

kata-kata ini menjadi pegangan Lepo' Tapi' Rining, "Ide te terayen, ide te latin", didalam 3R(Revive-Reintroduce and Restore) Tapi'.

Wednesday, December 27, 2023

Hidup ini adalah kesempatan melayani sesamamu

 Pada 2 Januari 20222 yang lepas, saya menyambut dan merayakan 50 tahun saya hidup di dunia ini.Dengan saya yang amat saya tidak terduga iaitu berbasikal selama 18 hari dan berkayoh sepanjang 1645KM. Satu pencapaian peribadi dan juga jubilee yang sungguh bermakna kepada diri sara secara peribadi.



Ya, 50 tahun adalah tahun Jubilee kepada saya, Jubilee dalam banyak perkara terutamanya berkat Tuhan yang maha esa yang memberi kesihatan dan hidup yang lebih bermakna. Dalam tahun Jubilee ini juga saya merasakan berkat-berkat Maha Esa yang terjadi didalam hidup ini sungguh nyata. Kalau hendak disebut satu-persatu, pasti tidak terkira adanya, tetapi ada beberapa yang menjadi "Highlights" kepada saya, antaranya ialah, perjalanan membangkit kembali dan memertabatkan Tapi' alat musik suku Lun Bawang ini ditahap yang ia ada sehingga ke saat ini.


Begitu juga dengan penglibatan didalam terus menjadi suara kepada alam semulajadi ciptaan Tuhan ini, baik melalui berbasikal mahupun dalam banyak lagu yang telah saya karyakan.

Tidak lupa juga, yang paling utama dimana saya dibentuk sehingga hari ini, ialah perjalanan bersama-sama dengan anak-anak muda melalui pelayanan pelajar Universiti dan Kolej didalam pelayanan FES (Fellowship of Evangelival Students Malaysia). Ini adalah rumah ku, kampus ku dan tempat pengembaraan ku yang membentuk aku secara peribadi untuk lebih "advanteroues" dan tidak mengenal perkataan "Give up" ataupun putus asa. Saya selalu diingatkan oleh satu penyataan dari salah seorang tokoh pelayanan Pelajar universiti dan kolej di awal penglibatanny pada thaun 70an dan menjadi ikon kepada kelangsungan saya dalam pelayanan selama 20 tahun ini, Uncle Goh Keat Peng, "Just say yes, and worry later", . Ha ...ha...satu


penyataan yang saya terjemahkan sebagai, "selagi ada tenaga dan nafas dikandung badang, lakukan apa sahaja yang diamanahkan kerana itu adalah kepercayaan yang diberi kepada saya, dan apabila engkau risau ataupun khuatir, ini membuktikan bahawa engkau bukan melakukan nya dengan kekuatan mu sendiri tetapi Tuhan, atau dalam erti kata lain, saya katakan Ya, kerna saya tahu saya perlukan DIA!. Jadi kenapa takut dengan cabaran? kenapa takut dengan banyak Tugas ataupun tanggung jawab? bukankah ini semua kita lakukan nya seperti kita melakukan kepada Tuhan bukan manusia? baik apa yang kamu makan-minum- lakukannya untuk Dia dan bagi kemuliaanNya bah kan??!!! Kenapa perlu mengatakan Tidak?!...itu sudah mengalah nama nya taupun kata yang lebih kasar lagi, MALAS!!!


Jubilee ini sangat mengajar saya untuk bebas daripada pemikiran yang mengatakan saya Tidak mampu, saya kurang bijak, saya tiada kekuatan, saya gagal, saya lemah dan segala yang negatif didalam fikiran saya. Bebas daripada segala "negativity". dan jika kalian bertanya bagaimana kamu mampu berada di mana kamu berada sekarang? Kata kunci nya ialah, "KEBEBASAN".


Oleh yang demikian, untuk tahun selepas Jubilee ini, saya dedikasikan diri saya untuk melakukan apa yang diamanahkan kepada saya dengan sungguh-sungguh. Masa untuk kerja lebih keras dan tanpa penat lelah lagi. Tetapi berhenti untuk menikmati kehidupan ini supaya dapat menerusan segala amanat yang dipertanggung jawabkan. Dengan harapan, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan yang luar biasa agar mampu melakukan semuanya. Bukan untuk kebanggaan diri tetapi untuk kemuliaan Nya.



Hidup ini adalah kesempatan dan layanilah sesamamu manusia.