Jelajah Tapi' Lun Bawang
Pada penghujung tahun 2023 yang lepas, dengan bantuan Tajaan daripada MOTAC (Ministry Of Tourism, Creative Industry and Performing Arts) Sarawak dan kerjasama daripada Persatuan Lun Bawang Sarawak(PLBS), serta Pihak sekolah menengah di Lawas, program ini telah berjalan dengan jaya nya.
Ini adalah julung kalinya program jelajah Tapi' Lun Bawang ini dilaksanakan seumpamanya. Selari dengan Tagline Lepo' Tapi Rining, 3R (To Revive, Reintrodcue and Restore) Tapi'.
Objektif Jelajah Tapi' Lun Bawang ini adalah seperti berikut;
i. Untuk meneruskan bengkel Tapi’ yang lepas dengan memperkenalkan Tapi’ kepada
generasi muda Lun Bawang.
ii. Untuk mendekatkan Tapi’ kepada generasi Muda
Lun Bawang demi kesinambungan akan alat musik tradisi ini, Tapi’.
iii. Untuk dedahkan generasi muda Lun Bawang kepada
beberapa Tune Tapi’ yang menjadi identiti kepada bunyian Tapi’ dan tarian yang
diserapkan.
-
Tune Belaca’
-
Tune Rong Sia
Iv.
Untuk memperkasakan identiti diri generasi Muda Lun Bawang agar seiringan
dengan perkembangan dunia sekarang.
Seperti yang termeterai di dalam objektif tersebut, golongan sasaran pada kali ini adalah pelajar-pelajar dari suku Lun Bawang, dari sekolah-sekolah Menengah yang ada di daerah Lawas.
4 Buah sekolah menengah di Lawas, iaitu SMK MERAPOK, SMK SUNDAR, SMK TRUSAN DAN SMK LAWAS.
Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Pertama
Jelajah Tapi' LB ini dimulakan di SMK Merapok. SMK Merapok terletak di persempadanan Sarawak dan Sabah. Memakan masa lebih kurang 20 minit pemanduan daripada bandar Lawas.
Pada hari pertama Jelajah ini, destinasi pertama di SMK Merapok adalah "Flag Off" ataupun merupakan hari pelancaran siri Jelajah Tapi' Lun Bawang yang pertama kali diadakan ini.
Sesampai sahaja kami di SMK Merapok, kami dibawa untuk bertemu Pengetua SMK Merapok di pejabat beliau. Encik Julkipli Bin Hj. Tangah menyatakannya minatnya terhadap musik traditional ini dan memperkasakannya daripada pupus telan dek harus pemodenan musik sekarang ini.Setelah beberapa ketika bersama-sama dengan Pengetua SMK Merapok ini, kami dibawa ke dewan utama sekolah untuk meneruskan program Jelajah Tapi'. Kami dikejutkan dengan sambutan tarian traditional menyambut tetamu oleh pelajar-
pelajar daripada kelab kebudayaan sekolah ini. Saya difahamkan, musik dan tarian ini dikareograph sendiri oleh Cikgu sekolah tersebut.
"Flag off", ataupun pelancaran Jelajah telah disempurnakan oleh Cik Melina Binti Abdul Manan mewakili MOTAC Sarawak dan beberapa pegawai daripada MOTAC sendiri seperti, Cik Nor Syakinah Binti Jali dan Syifa Sebi Binti Mohammad.
Cik Melina(Baju Putih) |
Setelah pelancaran Jelajah Tapi' ini, pengacara Majlis daripada Rombongan Jelajah Tapi' mengambil alih program, yang dimulakan dengan ucapan pengenalan Jelajah Tapi' Lun Bawang oleh Encik Jude Benjamin Lisa sebagai Koordinator Program yang merupakan Ketua Biro Kebudayaan PLBS.
Dan selesai sahaja ucapan pengenalan Encik Jude, Rining Peter Paris, penggiat seni dan memertabatkan Tapi' Lun Bawang ini mempersembahkan bunyian Tapi' buat pertama kalinya di SMK Merapok. Kemuncak kepada persembahan yang bersahaja dan "hidup" tersebut, pelajar-pelajar dipanggil untuk kehadapan memegang Tapi' ini sendiri. Kebanyakan Pelajar sangat teruja kerana ini adalah pertama kalinya didalam hidup mereka, mereka berkesempatan memegang alat Musik nenek moyang suku Lun Bawang, suku kaum mereka sendiri, Tapi'.
Berbicara tentang memegang alat musik Tardistiona Lun Bawang ini, Tapi', diawal penglibatan saya menghidupkan alat muik ini, saya tidak punya satu Tapi' pun. Apatah lagi melihatnya secara fizikal dan memegangnya(Mungkin pernah sewaktu kecil semasa didodoikan oleh arawah datuk dengan alunan Tapi", tetapi ingatan ke zaman tersebut tidak jelas). Dan suatu hari saya diberitahu oleh seorang teman bahawa dia punya satu Tapi', dan saya sanggup memandu dari Kuching ke
Miri dan bertemu dengannya. Ketika Saudara Hezakiah Hashim menyerahkan Tapi' tersebut kepada saya, dan memegang Tapi' itu secara fizikal buat pertama kalinya didalam hidup saya, saya tahu ini adalah warisan saya, suku bangsa Lun Bawang, yang perlu diteruskan, dihidupkan dan diperkenalkan kepada dunia.Melihat para pelajar ini memegang sendiri Tapi' buat pertama kalinya dalam hidup mereka sebagai anak Lun Bawang sendiri, saya merasa tersentuh dan dapat melihat ada sinar harapan Tapi' akan "hidup" dan tidak akan dilupakan ataupun pupus daripada suku Lun Bawang sendiri.Hari pertama Jelajah Tapi' Lun Bawang yang sangat emosi dan bermakna bagi saya secara peribadi. Ia nya berjalan dengan lancar dan kami tidak sabar untuk ke sekolah yang seterusnya pada keesokan harinya.
Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Kedua
12 Haribulan Disember 2023, hari Selasa, merupakan hari kedua Jelajah Tapi' Lun Bawang. Destinasi pada hari kedua ini adalah SMK Sundar. SMK Sundar juga mengambil masa sekitar 20 minit pemanduan daripada bandar Lawas.
Kali ini kamu terus dibawa neneruskan program Jelajah Tapi' ini ke Dewan utama sekolah SMK Sundar. Sedikit demographi SMK Sundar, pada amnya, pelajar-pelajar yang meneruskan pelajaran diperingakt menengah di SMK Sundar adalah pelajar-pelajar yang berasal daripada kawasan tanah tinggi Lawas sehingga ke Ba' Kelalan. Mereka terdiri dapripada suku kaum Lun Bawang yang tinggal di Ba' Kelalan, Long Semadoh sehingga ke Long Sukang.
Di sekolah ini juga, pelajar-pelajar Lun Bawang yang seramai 80 orang ini juga buat pertama
kalinya mendengar bunyian Tapi' dipermainkan dengan secara langsung dan memegangnya buat pertama kalinya. Dengan melihat dan mendengar Tapi' ini secara lebih dekat lagi dan "Personal", sudah pasti akan menimbulkan satu rasa bangga dan jati diri yang kuat akan identiti anak-anak Lun Bawang ini.
Puan Serlin |
Seperti di SMK Merapok, Puan Serlin Sakai juga memperkenalkan tarian Rong Sia yang diiringi musik Tapi dan Tubung secara langsung daripada Rining Peter Paris dan Bata' uduh (Libat). "Tune" Rong Sia ataupun topi yang berwarna merah yang digunakan oleh para wanita suku kaum Lun Bawang dipertengahkan didalam Jelajah ini bagi memperkasakan lagi satu tanda kepada budaya suku Lun Bawang, iaitu Rong Sia. Dengan adanya lagu Rong Sia ini,
Libat of Bata' uduh |
bukan hanya Tapi' dan tariannya diperkenalkan dengan lebih meluas kepada generasi muda Lun Bawang ini, tetapi, pelindung kepada(Topi) merah untuk wanita suku Lun Bawang ini juga akan terus menjadi identiti yang menarik dan menjadi kebanggaan setiap wanita Lun Bawang.
Tidak ketinggalan juga, Encik Jude juga mengajar tarian pahlawan Lun Bawang bagi pelajar-pelajar lelaki dengan diiringi Tune Tapi' "Tapi' menengang". Sekurang-kurangnya, anak-anak muda Lelaki Lun Bawang juda didedahkan dengan tarian Tradisi Lun Bawang.
Presiden PLBS, Puan Dolphina Alau Balang |
memperkasakan identiti diri suku kita Lun Bawang. Di dalam semua aspek kehidupan.
Jude, Ketua Biro Kebudayaan PLBS |
Jelajah Tapi LB 2023 Hari ketiga
Hari ketiga dalam Jelajah Tapi' Lun Bawang 2023, Tapi' singgah di SMK Trusan, juga lebih kurang 20 minit pemanduan dari Lawas. "Kembali" ke SMK Trusan. Ya, "Kembali". Saya pernah menjadi guru sandaran di sekolah ini sebanyak 2 Kali, setelah tingkatan 6 dan selepas menanmtkan pelajaran diperingkat Ijazah. kalau di kira, menjadi guru sandaran di SMK Trusan adalah sebanyak 4 tahun.(Terkumpul).
Kembali ke sekolah di mana yang pernah mengajar saya banyak erti hidup sebagai seorang pengajar.
Tetapi, kali ini saya datang dengan membawa Tapi', memberitahu dan memperagakan Tapi' kepada generasi muda Lun Bawang ini.Baik kepada pelajar yang hadir mahupun beberapa guru yang dahulunya adalah bekas pelajar saya. Melihat pelajar-pelajar ini, baik lelaki mahupun perempuan serbu ke hadapan pentas dan memegang Tapi' ini mengingatkan saya betapa usaha selama ini tidak sia-sia. Lepo' Tapi' Rining, bukan sahaja mencipta musik-musik menggunakan Tapi' malah membuat Tapi' untuk dijual, bagi sesiapa yang ingin memiliki sebuah. Tidak seperti Sampe/Sape', sudah dikenali ramai peminatnya, perjalan Tapi' ini masih jauh dan satu hari nanti, sebaris dengan Sampe/Sape ini.
Ya, selain lagu Rong Sia, Jelajah Tapi' ini juga memperkenalkan satu lagi lagu yang dipersembahkan sepenuhnya dengan petikan Tapi', serta alat musik Lun Bawang yang lain seperti, Pek Bu, Tubung dan Tubung bulu'. Lagu yang dipanggil, "Belaca", ataupun sapu tangan. Lagu ini merupakan satu kisah cinta sepasang kekasih sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Lagu yang menjadikan "Belaca", sapu tangan ini menjadi tanda ataupun bukti akan kisah cinta mereka.
Kebetulan juga, Puan Serlin dengan beberapa penari beliau adalah pelajar dari sekolah ini. Kumpulan penari yang menggelarkan diri mereka, "Busak Elai'. Kumpulan penari ini juga mempersembahkan tarian Rong Sia yang di Kareograph sendiri oleh Puan Serlin. Setelah mereka mempersembahkan
Kumpulan Penari Busak Elai |
tarian Rong Sia ini, para pelajar dan juga guru-guru yang hadir diajak untuk menari sendiri tarian Rong Sia ini dengan diiringi alunan musik Tapi' dan Tubung secara langsung.
Lagu Rong Sia dan Belaca ini sebenarnay telah dirasmikan diperdendangkan ke masyarakat Lun Bawang khususnya semasa Irau Aco Lun Bawang, 2023. In adalah sejajar dengan usaha 3R Tapi' dan mengetengahkan kebudayaan serta adat resam suku Lun Bawang didalam semua aspek kehidupan.
Jelajah Tapi' LB 2023 Hari Keempat
Hari ini, 14 Disember, hari Khamis merupakan kemuncak kepada Jelajah Tapi' Lun Bawang ini. Jelajah Tapi' ini singgah di SMK Lawas sebagai destinasi terakhirnya. Dan kali ini ia berlangsung di pagi hari dan bukan di sebelah petang seperti 3 sekolah yang lain. Ini berlaku kerana, SMK Lawas mempunyai aktiviti yang telah dirancang lebih awal untuk sekolah mereka. Jadi, Jelajah kali ini dibawa ke pagi hari.
Pada hari ketiga Jelajah Tapi'(SMK Trusan), saya menceritakan tentang sekolah yang dimana saya pernah menjadi guru sandaran. Dan kali ini, SMK Lawas adalah sekolah pendidikan menengah bagi saya. Walaupun bersekolah di SK. St. Edmund, Limbang sehingga darjah 6, saya menyambung persekolahan diperingkat menengah di Lawas setelah Bapa saya dipindahkan bertugas di Lawas pada ketika itu.
Jadi, melihat persekitaran terutamanya dewan yang kita gunakan untuk Jelajah Tapi' ini, membawa kembali kenangan-kenangan sewaktu bersekolah di SMk Lawas ini.
Sambutan di SMK Lawas sangat menarik dengan beberapa guru yang kelihatan terlibat secara langsung kepada program ini. Seperti didalam melibatkan diri menari bersama mengikut alunan lagu Rong Sia dan nyanyi bersama-sama lagu Krismas (bulan Krismas dan juga minggu terakhir persekolahan 2023).
Persembahan istimewa dipersembahkan oleh Rining Peter Paris, dengan membawa lagu rakyat Lun Bawang, "Pun ku nekeli nemu" disusuli rentak Rap. Sangat menarik kerana ramai diantara pelajar ini pernah melihat persembahan Bata' uduh di Irau Aco Lun Bawang, 2023 yang membawa lagu ini. Tujuan persembahan istimewa ini adalah untuk memberitahu generasi muda Lun Bawang ini bahawa Tapi' juga boleh dendangkan lagu moden.
Tidak lupa juga, antara protegee yang awal di Lawas juga datang daripada pelajar SMK Lawas ini. Mereka adalah Protegee yang pertama dari anak-anak Muda Lun Bawang di Lawas yang diajar untuk, bukan sahaja bermain Tapi', tetapi membuat Tapi' ini. tiga orang daripada mereka juga telah membuat persembahan bersama Bata' uduh sewaktu Irau Aco Lun Bawang 2023.
Grace Padan duet bersama Rining Peter |
Dalam masa yang sama juga, seorang "Influencer" anak muda Lun Bawang, Saudari Grace Padan juga datang menghadirkan diri memberi sokongan kepada kita di SMK Lawas. Dia juga membawa Tapi' beliau sendiri untuk diperagakan dan juga sempat berduet bersama Rining Peter Paris dalam mempersembahkan lagu, "Busak Elai" kepada para hadirin.
Hari terakhir Jejajah Tapi' Lun Bawang menjadi satu petanda aras kepada arah tuju 3R Tapi' ini di masa yang akan datang.
Cikgu Cythia Alau Juruacara |
Jelajah Tapi' Lun Bawang 2.0?
Terima kasih tidak terhingga untuk bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak(MOTAC) yang merealisasikan Jelajah Tapi' ini.
Corlina Beck Juruhebah |
3R Tapi' masih jauh perjalanannya, tetapi, ia hanya berlaku sekiranya ada usaha yang berterusan tanpa penat lelah menjayakan.
kata-kata ini menjadi pegangan Lepo' Tapi' Rining, "Ide te terayen, ide te latin", didalam 3R(Revive-Reintroduce and Restore) Tapi'.
No comments:
Post a Comment