sesamamu

Monday, June 24, 2013

Tebang dulu baru tanam!

(Ehsan Borneo Post online)
Di tengah negara kita mengalami suatu keadaan cuaca yang amat kering dan jerebu yang semakin menyelimuti seluruh negara kita, maka kedengaranlah suara-suara sumbang yang menuding jari, membuat tuduhan ini dan itu dalam cuba mencari kesalahan orang lain.

Tidak kurangnya ada pihak yang ingin menjadi "hero segera" dengan mencadangkan supaya lebih banyak pokok ditanam dan mempertahankan kempen menghijaukan bumi ini.

Tahi dah nak keluar baru cari tandas!

Sikap ini sudah dan kerap kali terjadi apabila kita merasakan kita rasa terancam! Apabila jerubu datang lagi, mual lah idea-idea untuk terus "survival" akan diutarakan. Tidak kurangnya ada yang sanggup menjadi "hero segera" bumi ini dalam sekelip mata dengan kempen-kempen "menyelamatkan bumi" kononnya.

Kita tidak pernah serik dan sedar tentang apa yang berlaku 30 tahun lalu. Ini bukan perkara baru melanda negara kita. Jerebu! Musim yang kering melampau! Hujan dan banjir yang dahsyat! semuanya ini adalah amaran kecemasan alam ini!

Sedihnya, kita masih belum sedar daripada leka dengan menghancurkan bumi ini.Dan sekarang baru mahu cari tandas!

Tanam pokok! 

Aduhai manusia yang rakus dan tamak. Kenapa sekarang baru mahu tanam? Setelah kehijauan hutan rimba ini dan khazanah alam semulajadi ini engkau "perkosa", dan sekarang mahu tanam pokok? Kenaa masa mahu tebang hari tu, tidak fikir tanam dahulu?

Ini satu masalah kerajaan yang memerintah, satu sistem pengurusan hutan yang Tamak dan pentingkan diri sendiri. Pembangunan di war-warkan dan tanah hutan rimba digadaikan sedemikian rupa. Jikalah pemerintah BN yang memerintah selama 50 tahun di Malaysia sangat perihatan akan pemuliharaan Hutan kita, sesamamu percaya, sistem yang diguna pakai ialah, "Tanam dulu sebelum tebang". Sebagai contoh, mana-mana syarikat pembalakan yang ingin melakukan aktiviti pembalakannya, mereka seharusnya menamam pokok terlebih dahulu seluas hutan semula jadi yang mereka akan tebang. Mungkin biarkan mereka menanam dan sehingga 10 tahun barulah aktiviti pembalakan ini dibenarkan keatas mereka.

Tetapai sangat sedih lah, "tebang dulu dan baru mahu Fikir tentang menanam semula.

Hanya dalam FIKIRAN

Satu lagi masalah disini, menanam semula ini hanya di dalam FIKIRAN dan bukan penglibatan secara aktif. Sesamamu tidak pernah mendengar syarikat-syarikat besar dengan aktifnya melakukan kempen penanaman semula pokok ini. Tidak pernah dengar ataupun tidak pernah ada!

Akhir kata...selamat menyelamatkan bumi ini ...bagi mereka yang mahu dan sanggup memepertahankannya...

Saturday, June 1, 2013

Selamat Hari Gawai...gayu guru gerai nyamai

Perayaan sempena merayakan hari selepas menui ini dirayakan oleh semua kaum Dayak di Sabah dan Sarawak. Ia menjadi satu perayaan di mana para petani suatu ketika dahulu sama-sama merayakan hasil tuaian mereka untuk tahun tersebut. Dan ia dirayakan dengan begitu meriah dengan melibatkan semua seisi komuniti didalam masyarakat di satu-satu kawasan itu.

Tetapi sekarang, perayaan ini sudah bertukar corak. Ia masih dirayakan dan objektif perayaan masih sama, tetapi corak perayaan berubah mengikut pola perubahan zaman ini. Dahulu tuak akan menjadi minuman wajib dan terutama. Tetapi sekarang ia telah diambil alih oleh minuman keras moden sekarang ini. Tuak hanya menjadi minuman pengalas tradisi sahaja, ataupun sampingan kepada jenama-jenama mahal minuman beralkohol lain. Yang pasti, perbelanjaan yang dahulunya hanya dari hasil beras diganti dengan wang ringgit yang mungkin mencecah ribuan ringgit untuk membeli minuman keras yang berjenama ini.

Berjimat...

Ya, diperayaan ini, kadang kala amalan tradisi dan "adat" selalu diutamakan. Tetapi haruslah diingat betapa semuanya ini memerlukan wang ringgit yang banyak. Ada pepatah yang selalu menjadi gurauan dan kadang-kala menjadi gurau senda yang penuh dengan penyindiran, " Bukan Dayak kamu kalau tidak Minum" (Dayak-semua kaum yang ada di Sarawak di dalam kategori besar seperti Iban-Orang Ulu- Bidayuh - Melanau). Jadi, setiap kalai ditegur dengan kenyataan tersebut, seakan-akan kita dicabar da tercabar untuk menyediakan atau mengambil minuman tersebut.

Tetapi, biarlah kita berjimat didalam semua perkara ini. Berjimat dalam erti kesederhanaa dalam semua perkara. Baik berbelanja sewaktu perayaan ini mahupun "ngirup".

Apa apa pun, selamat hari Gawai...