Perayaan sempena merayakan hari selepas menui ini dirayakan oleh semua kaum Dayak di Sabah dan Sarawak. Ia menjadi satu perayaan di mana para petani suatu ketika dahulu sama-sama merayakan hasil tuaian mereka untuk tahun tersebut. Dan ia dirayakan dengan begitu meriah dengan melibatkan semua seisi komuniti didalam masyarakat di satu-satu kawasan itu.
Tetapi sekarang, perayaan ini sudah bertukar corak. Ia masih dirayakan dan objektif perayaan masih sama, tetapi corak perayaan berubah mengikut pola perubahan zaman ini. Dahulu tuak akan menjadi minuman wajib dan terutama. Tetapi sekarang ia telah diambil alih oleh minuman keras moden sekarang ini. Tuak hanya menjadi minuman pengalas tradisi sahaja, ataupun sampingan kepada jenama-jenama mahal minuman beralkohol lain. Yang pasti, perbelanjaan yang dahulunya hanya dari hasil beras diganti dengan wang ringgit yang mungkin mencecah ribuan ringgit untuk membeli minuman keras yang berjenama ini.
Berjimat...
Ya, diperayaan ini, kadang kala amalan tradisi dan "adat" selalu diutamakan. Tetapi haruslah diingat betapa semuanya ini memerlukan wang ringgit yang banyak. Ada pepatah yang selalu menjadi gurauan dan kadang-kala menjadi gurau senda yang penuh dengan penyindiran, " Bukan Dayak kamu kalau tidak Minum" (Dayak-semua kaum yang ada di Sarawak di dalam kategori besar seperti Iban-Orang Ulu- Bidayuh - Melanau). Jadi, setiap kalai ditegur dengan kenyataan tersebut, seakan-akan kita dicabar da tercabar untuk menyediakan atau mengambil minuman tersebut.
Tetapi, biarlah kita berjimat didalam semua perkara ini. Berjimat dalam erti kesederhanaa dalam semua perkara. Baik berbelanja sewaktu perayaan ini mahupun "ngirup".
Apa apa pun, selamat hari Gawai...
No comments:
Post a Comment