Benar, bak kata "punch line" Suib Sepahtuh di Maharaja Lawak Mega 2013, PENINGLAH!.
Sesamamu sebagai rakyat Malaysia yang bukan Islam merasakan isu ini semakin PENINGLAH!
Tidak tahu bagi rakan Muslim kita, adakah isu ini juga membuat mereka PENINGLAH!
Apa tidaknya, Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan yang berbeza dengan hasil kajian mereka terhadap coklat Cudbary ini. Hingga menyebabkan beberapa NGO yang menjaga hak dan keadaulatan agama Islam bersuara dengan membuat laporan Polis supaya siasatan dijalankan keatas kedua pihak yang bertanggung jawab ini.
Halal dan Haram sangat penting
Bagi rakan rakan Muslim kita, Halal dan haram satu-satu makanan adalah sangat penting. Oleh yang demikian, kebenaran tentang Halal dan haramnya sesuatu produk makanan jenama terkenal seperi coklat ini adalah amat dititik beratkan akan kesahihannya.
Kerana ia melibatkan kesucian sesuatu makanan yang akan diambil oleh penganut agama Islam ini. Dan Sesamamu percaya, kedua pihak yang bertanggung jawab amat arif dalam hal ini, tetapi jangan sampai setiap keputusan dan hasil kajian bercanggah seperti yang berlaku sekarang ini.
Bak kata pendapat Presiden PERKASA, "Malaysia menjadi bahan jenaka orang luar."
Sejurus dikeluarkan loporan(bocor maklumat tu) menyatakan coklat ini mengandungi DNA babi, heboh satu Malaysia, sehingga ada yang ,inta ganti rugi untuk menukar darah semua yang termakan coklat ini, tidak kurangnya yang ingin menyaman pengeluar coklat ini.
Mungkin ini yang dimaksudkan si presiden PERKASA itu?
Belajar dari kesilapan ini...
Sebagai rakyat Malaysia dan teman bagi ramai rakan Muslim, Sesamamu pasti, isu ini dapat ditangani dengan bijak oleh semua rakan-rakan Muslim diluar sana. Belajar dari kesilapan ini, dan renungkan kembali, kenapa yang maha esa benarkan kita melalui akan hal Halal dan Haram ini.
Mungkinkah Dia ingin menyatakan kepada kita, "perhatikan juga apa yang keluar dari mulut kita, segala dusta, fitnah, cacian, kata-kata kesat dan kotor, tidak kurang pentingnya, samada yang keluar itu juga Halal mahupun Haram. Perhatikan hal ini juga. Termasuk semua rakyat Malaysia tak kira latar belakang pegangan agama mu.
Salam kasih dan damai sejahtera
No comments:
Post a Comment