sesamamu

Thursday, December 31, 2015

2016: Korbankan PEMBANGUNAN demi KEHIJAUAN

Menjelang tahun yang baru ini, sudah pasti, ramai daripada kita siap sedia melancarkan resolusi ataupun azam untuk ditahun yang baru ini. Sudah pasti, azam untuk mendapat kesihatan yang baik menjadi azam yang paling popular ataupun ditempat yang pertama didalam azam tahun baru, dan seteusnya diikuti dengan azam ingin menguruskan badan! ataupun azam untuk menjadi senang(Kaya raya).

Bagaimana dengan anda? Apa azam ditahun baru ini?

Izinkan sesamamu untuk memesongkan sedikit "radar azam" yang kebanyakan menjurus atau berpusat kepada diri sendiri, kepada azam yang mengambil peduli akan kepentingan sejagat. Iaitu, "mengorbankan PEMBANGUNAN demi KEHIJAUAN".

Maksud azam ini;

1. Kita cuba berfikir supaya tidak berpusat kepada diri kita sendiri.(Think others)

Dalam erti kata lain, "mementingkan diri sendiri". dan tidak memikirkan tentang orang lain. Sekiranya kita memikirkan orang lain, kita akan menanam semangat kekitaan sesama kita manusia. Dengan ini, pembangungan yang tidak seimbang yang terus memusnahkan alam semulajadi dengan rakusnya dapat dielakkan.

2. Kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.(Simplicity)

Korbankan PEMBANGUNAN ini juga bermaksud, kita hidup dalam kesederhanaan dialam semua aspek kehidupan kita. Baik dari segi pemakanan, pemakaian, dan kepenggunaan gajet yang terkini di pasaran, sudah pasti akan membantu mengurangkan kepesatan pembangunan aspek kehidupan ini serta memberi ruang kepada kehidupan kehijauan flora dan fauna.

3. Mengagumi keindahan ciptaan Tuhan.(Embrace)

Selain daripada peka kepada bencana alam yang berlaku, apa kata kita fokus kepada keindahan ciptaan alam semujadi dan isi nya, ciptaan yang maha esa. Cuba ba
ik ke pendalaman seberapa kerap ataupun meneroki ciptaan Tuhan seperti gunung-ganang, lautan, sungai dan lembah lebjh kerab pada tahun ini. Dengan cara ini, kita sedar betapa kerdilnya kita ini, salah satu ciptaan NYA yang agung it. Dalam erti kata lain, MENGKAGUMI ciptaan NYA dalam keadaan sederhana yang mampu.

4. Kitar guna semula (Recycle)

Kitar guna semula harus bermula dengan sikap diri kita sendiri terlebih dahulu. Melihat semua benda yang kita gunakan harus dikitar semula. Dengan itu, kita berusaha untk mempunyai "items" yang digunakan untuk kitar semula.

Jadi lengkap sudah cara kita untuk menjadikan azam  "KORBANKAN PEMBANGUNAN DEMI KEHIJAUAN" Untuk tahun 2016. Cuba! mana tahu azam kita ini akan menyumbang kepada pengurangan pemanasan global? mana tahu kan?

Monday, October 12, 2015

Masih 70% milik mereka tu...

70% masih milik mereka itu yang sesamamu maksudkan ialah, kerajaan BN yang akan kekal kan kuasa kerana ada 70% rakyat di luar bandar menjadi penyumbamg besar kepada "fixed deposit" dalam poket kerajaan yang memerintah, BN.

Perbualan sepanjang jalan ke lapangan terbang Bintulu bersama pemandu teksi tadi memberi satu gambaran jelas kepada Sesamamu setelah mendengar dan membuat pemerhatian sepanjang trip ini.

Dan tidak hairan lah, daripada perdana menteri, sehingga ke Timbalannya malah Menteri Belia juga datang dan akan datang ke Sarawak akhir-akhir ini.

Kalau di Tanah Semenanjung, pergolakan dalaman parti UMNO sedikit sebanyak telah membuat konco-konco PM Najib tidak duduk senang. Jadi untk mengekalkan genggaman mereka ke atas Malaysia, Sarawak lah kubu terakhirnya!

Memandangkan Sarawak akan menghadapi pilihan raya umum tahun depan, jadi, inilah masa yang sesuai bagi kerajaan yang memerintah masa ini menaburkan semua janji janji mansi dan projek yang hebat kepada penduduk Sarawak.

Sudah menjadi amalan pilihanraya umum, menjelang sahaja PRU, inilah masa untukdatang melawat tunjukkan muka beserta bakul penuh dengan "hadiah".

70% sudah pasti diberi untuk mereka terus kekal diatas sana. Dan hasil daripada 70% yang seia ini, 100% menanggung satu lagi penggal bergelap tiada elektrik, tiada air bersih dan membayar harga yang tinggi untuk kelangsungan hidup mereka.

Politik "projek"

Mendengar dan berbual dengan seorang pemandu teksi 20 minit tadi membjat Sesamamu berfikir mengenangkan nasib orang Sarawak.

Hari ini, dan ketika ini, keadaan politik di Malaysia secara khususnya di Semenanjung sangat tidak menentu. Pergolakan dalaman parti Politik yang memerintah terutamanya masalah dalaman UMNO membuat pemimpin yang memerintah kerajaan ketika ini sangat goyah. Dan memandangkan situasi ini akan menentukan riwayat politk mereka akan berakhir, semua terarah ke Sarawak.

Dari Perdana menteri, timbalannya yang baru itu serta menteri-menteri yang lain, malah menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal Belia juga sudah dan akan datang ke Sarawak LAGI!!!

Kenapa?
1. Pilihan raya umum Sarawak akan menjelang tidak lama lagi.
2. Untuk mengekalkan berkuasa kerana hanya segelintir orang Sarawak yang masih setia kepada dacing.
3. Menaburkan janji dan projek pilihanraya, projek bermusim, 5 tahun sekali.
4. Memujuk Sarawak kekal undi mereka. BN

Tetapi, pada hakikatnya, ini semua hanyalah politk projek, yang datang pada musim pilihan raya umum sahaja. Dan, setelah pilihan raya, yang terus miskin dan merana ialah rakyat yang setia bangang yang takut "mali", ngelaban perintah!



Sunday, October 11, 2015

Merayakan "Legacy" mama.

10.10.2012, 7.50 pagi, Sesamamu dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Bapa mengatakan Mama sudah tiada. Satu kehilangan yang bukan cara yang Sesamamu bayangkan ketika itu.

Sangat sibuk waktu itu, sehingga pemergian itu Sesamamu tiada di sisi mu keika hembusan  nafas nafas teakhir Mama. Benar, ada penyesalan dan kecewa dengan keadaan itu. Apakan daya, tidak dapat ku ulangi masa ini.

Rayakan "Legacy" Mama...

Tetapi hidup ini harus diteruskan...

Merenungkan Mama pada hari ini, telalu banyak yang telah ditinggalkan untuk Sesamamu secara peribadi. Kehidupan Mama adalah satu kesaksian yang sangat berkesan, jika mahu menceritakan tentang KASIH.

KASIH membakar diri sendiri

Seperti lilin yang membakari dirinya sendiri, begitulah bagaimana Mama menunjukkan kasih itu. Bukan dalam kata kata, tetapi secara diam dalam perbuatan mu, engkau menyatakan kasih itu. Tidak pernah engkau membesarkna atau menghebohkan perbuatan kasih itu, secara diam walaupun sakit, engaku tetap melakukannya demi kasih.

Selalu mengutamankan orang lain daripada kepentingan sendiri. "Mileh ngerawe ke'"

BERBAKAT besar

Muzik, salah satu "Legacy" Mama yang bukan sahaja tumpah keatas Sesamamu, malah kesemua anak-anak Mama. Baik menyanyi, mengubah lagu, dan bermain guitar, semua itu telah Mama tinggalkan kepada kami.

Berniaga, kemahiran Mama menjahit malah mereka fesyen juga tiada tandingnya.  Tiada pendidikan formal dalam jahitan, tetapi boleh mereka pakaian dengan sangat ke,as dan menarik. Ini menjadikan Mama membuka kedai jahitan dan dobi.


PEMIMPIN yang semulajadi.

Menjadi pengerusi kepada banyak pertubuhan ataupun cabang mana-mana organisasi. Mama salah katakan, "Saya tiada pendidikan, tidak pandai Bahsa Inggeris". Teapi Sesamamu melihat, Mama tetap dipilih dan mengetuai banyak fungsi organisasi yang Mama wakili. Memang kepimpinan yang semulajadi.

TUHAN jadi sandaran

"Legacy" yang paling Sesamamu banggakan dan mahu raikan ialah, bagaimana Mama meletakkan Tuhan ditempat yang paling utama didalam hidup. Ini juga yang Mama selalu tekan kan kepada kami, malah tidak pernah jemu percaya kepada Tuhan yang akan mengubah kehidupan Sesamamu yang jahat ini. Dan benar sekali doa Mama yang tidak pernah putus asa kepada Tuhan itu mengubh Sesamamu.

Jadi Mama, Sesamamu ingin merayakan apa yang Mama tinggalkan, atau "Legacy" ini, supaya ingatan akan kewujudan Mama didunia ini suatu ketika dahulu lebih bererti. Damailah kau di sana, disisi Tuhan Yang Maha Esa.


Wednesday, July 15, 2015

TIDAK kepada PERKAUMAN

Gara-gara sentimen dan mesej yang berbaur perkauman yang sebarkan di media sosial, sehingga tindakan yang diluar batas sebagai manusia ini telah menyebabkan banyak pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak telah merasakan akibat.

Bagi negara Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaiannya, peristiwa pergaduhan di Low Yat tempoh hari adalah satu nokhta hitam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum harus "pause" untuk berfikir sejenak dan bertanyakan soalan ini, "Apakah peranan saya sebagai rakyat Malaysia yang katakan TIDAK kepada perkauman ?"

Peranan saya...

Setiap kita yang diam di bumi Malaysia dan selagi Malaysia masih wujud, kita mempunyai peranan yang penting didalam menangani masalah perkauman ini.
Ia seperti sejenis penyakit barah, yang hanya boleh dicegah seawal peringkat penemuannya. Perkauman ini sudah lama wujud di negara kita yang berbilang ini. Tetapi, kita tidak bertindak begitu agresif untuk menanganinya kerana demographi politik yang menjurus kepada satu-satu kaum. Ditambah lagi dengan NGO-NGO tertentu yang berjuang memperkasakan kedaulatan satu-satu kaum, malah semakin parah lagi dengan slogan ketuanan ataupun keperkasaan satu - satu kaum itu keatas kaum yang lain.
Sesamamu berpendapat, ini lah punca barah tersebut.

Jadi peranan kita ialah dengan mengatakan TIDAK dan seterusnya bertindak dengan menunjukkan sikap toleransi kepada orang lain.
Dan akhirnya, beringat selalu, apapun kepercayaan kita, Tuhan ciptakan kita berbeza supaya lahirlah perkataan KESATUAN untuk kita hidup harmoni.

Mari mulakan dengan slogan, TIDAK kepada perkauman!

Thursday, March 19, 2015

Sarawak 4 Sarawakian

Sesamamu tidak akan menghuraikan apakah yang temaktub didalam perjanjian yang dimeteraikan dalam perkara 18/20, tetapi cuba untuk mengongsikan kenapa wujudnya S4S?

Pergerakan S4S semakin lantang dan menjadi satu "panggilan" yang semakin popular dikalangan anak-anak muda Sarawak pada masa ini. Mereka sudah menjadi semakin sedar dan perihatin dengan apa yang berlaku di Tanah Tumpah Darah mereka pada ketika ini. Ini adalah zaman teknologi maklumat, dimana segala ketidak puasan hati dan cerita yang berlaku berkisar tentang hak kenegerian mereka akan menjadi satu faktor yang membuat mereka respon dengan pantas!

Lahirnya S4S...

Ianya lahir hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pembahagian royalti minyak kepunyaan Sarawak. Petronas telah mengambil alih pengurusan hasil minyak ini semenjak tahun 1976 lagi dan hanya memberi 5% royalti kepada Sarawak!
Dan baru-baru ini, tuntutan untuk menaikkan royalti dari 5% kepada 20% telah ditolak.

Berkaitan dengan royalti minyak dan hasil bumi Sarawak. Negeri ini yang sepatutnya kaya dan penyumbang yang besar kepada ekonomi serta kewangan negara Malaysia ketinggalan jauh dari segi kemudahan insfrastruktur asas jika berbanding dengan negeri-negeri di Tanah Malaya!  Malah kadar kemiskinan negeri ini juga sangat tinggi!

Jawatan tinggi serta peluang pekerjaan disektor awam juga dimonopoli oleh mereka dari Tanah Malaya, iaitu majoriti -Melayu. Ini menyebabkan ramai anak-anak muda Sarawak tiada pekerjaan. Koata untuk mereka begitu tinggi jika dibandingkan dengan anak tempata Sarawak. Sebagai contoh, penempatan guru-guru dari Tanah Malaya yang kebanyakannya mengisi kekosongan di sekolah- sekolah Sarawak.

Baru-baru ini Sesamamu menaiki pesawat dari KL ke Bintulu. Sangat terperanjat dimana 90% penumpang pesawat tersebut adalah orang - orang Tanah Malaya. Ini mengesahkan apa yang Sesamamu dengar tentang kebanjiran pekerja dari Tanah Malaya mengisi kekosongan jawatan di syarikat minyak di dua bandar utama Sarawak, Bintulu dan Miri.

Janji-janji pilihan raya yang hanya "manis ba pun, tabar ba ujung".  Sebagai contoh, perkara 10 yang dikemukan oleh BN untuk memancing undi rakyat Sarawak telah memakan diri. Itu hanya janji untuk mereka memastikan kekuasaan mereka berpanjangan di Malaysia. Dan banyak lagi janji-janji lain!

Jadi...?

Semua alasan yang diatas adalah serba sedikit kemungkinan besar punca lahirnya S4S! Jika semua yang diatas ini masih berlaku, jangan hairan, kebangkitan anak-anak muda Sarawak untuk menuntut hak mereka akan tejadi dan MEMBARA!

Ini hanya adalah satu permulaan akan sebuah kebangkitan!

Thursday, February 12, 2015

Adakah "yang arif" masih arif?

Sesamamu bukanlah pakar tentang hal perundangan. Bukanlah seorang bijak pandai dari segi undang-undang. Tetapi dengan hanya menilai sendiri ucapan terakhir DSAI semasa diberi kesempatan membuta ucapan akhirnya dihadapan 5 orang " yang arif" keika itu, Sesamamu dapat simpulkan bahawa kredibiliti kelima pembuat keputusan tempoh hari  dicabar akan KEADILANnya.

Ucapan akhir ini sudah pasti akan membuka satu lambaran baru sejarah bagi pelajar-pelajar undang-undang untuk mereka kaji dan malah akan menjadi satu "case study"  yang baik untuk dimuatkan didalam sebuah journal undang-undang. Ini sudah pastinakan membuka satu lambaran baru bagi pelajar-pelajar perundangan, bukan sahaja di Malaysia mahupun di seluruh dunia untuk mengkaji dan menggali sebanyak mungkin hikmat disebalik kes ini.

Satu persatu dikupas...

Didalam ucapan teakhir DSAI ini juga menyatakan bahawa setiap keputusan yang telah diambil akan dikaji secara terperinci oleh pelajar undang-undang ini dan juga pemegang amanah kepada institusi kehakiman negara ini. Ini menjadi medan para cendiakwan undang-undang berhujah akan keputusan kes ini, dan sudah pasti, lambat laun keadilan dan kebenaran pasti akan diketengahkan.

Hanya Sang Maha Adil...

DSAI dalam ucapan terakhirnya di makhamah semalam (10 Febuari 2015) menegaskan, hanya yang maha adil yang maha mengetahui akan siapa dipihak yang benar. Dan di hadapan Nya lah baru kita tahu, siapa sebenarnya "YANG ARIF". Benar, seperti yang dikatakan DSAI, di hadapan DIA kelak, tiada kata mahupun perbuatan yang dapat mengatasi kuasa keadilan dan kebenaran YANG ARIF ini. Ya, tiada kuasa di dunia ini yang dapat mengatasinya.
Pangkat dan wang ringgit tidak mampu membelinya, hanya mereka yang dibutakan oleh kuasa, darjat dan pangkat serta harta duniawi ini sahaja yang tewas. Teapi bukan YANG ARIF ini.

Suatu hari nanti kita akan berhadapan denganNya dan diadili, barulah kuta tahu betapa kerdilnya kita!

Demi sebuah keadilan dan kebenaran, SESAMAMU berdiri sama tinggi dengan mereka yang dianiaya oleh kerakusan dan ketamakan dunia ini demi nama KUASA!


Tuesday, January 27, 2015

Hantu Takut

Sesamamu ingin respon kepada artikel yang bertajuk, "kiasu ultra", mengenai salah satu isi bicaranya - Takut!

Ya, sungguh sukar untuk melihat muhibbah dikalangan rakyat majmuk di Malaysia pada ketika ini kerana kita telah ditanam dengan nilai Takut!
Takut hilang hak!
Takut hilang identiti!
Takut ditindas kaum lain!
Takut orang lain lebih berhasil!
Takut akan segala hal yang akan memudaratkan kepentingan peribadi atau individu sesuatu bangsa!

Semua jenis ketakutan ini telah menjadikan rakyat Malaysia mempunyai sikap prejudis-rasis-dan syak wasangka yang sangat menebal. Malah tembok pemisah ini semakin tinggi dibawah slogan 1Malaysia ini!

Agama yang ...

Agama yang sebenarnya membentuk kita menjadi manusia yang menyintai keamanan dan kedamaian telah disalah ertikan sebagai agama yang menimbulkan kebencian dan keganasan!
Ini adalah hasil daripada sikap dan perasaan takut yang dicanang oleh sekelompok manusia yang masih jahil.

Takut tak bertempat...

Takut kepada Dia yang empunya nafas ini! Takut kepada Pencipta alam semesta ini! Disitulah seharusnya takut itu wujud!