sesamamu

Monday, October 12, 2015

Masih 70% milik mereka tu...

70% masih milik mereka itu yang sesamamu maksudkan ialah, kerajaan BN yang akan kekal kan kuasa kerana ada 70% rakyat di luar bandar menjadi penyumbamg besar kepada "fixed deposit" dalam poket kerajaan yang memerintah, BN.

Perbualan sepanjang jalan ke lapangan terbang Bintulu bersama pemandu teksi tadi memberi satu gambaran jelas kepada Sesamamu setelah mendengar dan membuat pemerhatian sepanjang trip ini.

Dan tidak hairan lah, daripada perdana menteri, sehingga ke Timbalannya malah Menteri Belia juga datang dan akan datang ke Sarawak akhir-akhir ini.

Kalau di Tanah Semenanjung, pergolakan dalaman parti UMNO sedikit sebanyak telah membuat konco-konco PM Najib tidak duduk senang. Jadi untk mengekalkan genggaman mereka ke atas Malaysia, Sarawak lah kubu terakhirnya!

Memandangkan Sarawak akan menghadapi pilihan raya umum tahun depan, jadi, inilah masa yang sesuai bagi kerajaan yang memerintah masa ini menaburkan semua janji janji mansi dan projek yang hebat kepada penduduk Sarawak.

Sudah menjadi amalan pilihanraya umum, menjelang sahaja PRU, inilah masa untukdatang melawat tunjukkan muka beserta bakul penuh dengan "hadiah".

70% sudah pasti diberi untuk mereka terus kekal diatas sana. Dan hasil daripada 70% yang seia ini, 100% menanggung satu lagi penggal bergelap tiada elektrik, tiada air bersih dan membayar harga yang tinggi untuk kelangsungan hidup mereka.

No comments:

Post a Comment