sesamamu

Friday, February 1, 2019

"Love Bird"


“Love bird”


Sebagai seorang “Sarawakian”, kita tidak asing lagi dengan simbol kebanggaan kita, iaitu Burung Kenyalang Rhinoceros. Burung kenyalang yang dikenali dengan “tanduk”nya yang melengkung berwarna oren dan kemerahan.

Setelah dua hari saya berada di Sukau Rainforest Lodge, di sepanjang sungai Kinabatangan, Sandakan-Sabah, hari terakhir “Boat cruise” menuju ke hilir sungai Kinabatangan, menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan keranan dapat  melihat dan mendengar sendiri Burung Kenyalang Rhinoceros. Di Sarawak sendiri, jarang sekali dapat terserempak dengan Burung kenyalang Rhinoceros ini. Secara peribadi,ini adalah pertama kali didalam hidup saya terserempak dengan burung kebanggaan Sarawak ini. Kenapa di Sabah pula?

Emm satu soalan yang saya sebagai orang Sarawak harus fikirkan dan jawab lah ye….
Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah, gelaran yang diberi untuk kebanyakan spesis Burung di Sukau ini adalah “Love Bird” ataupun kalau diterjemahkan secara langsung, “Burung cinta”. Kenapa?

Satu fakta yang menyebabkan burung spesis ini dikenali sebagai “Love Bird” adalah kerana sifat burung ini sendiri yang akan tetap setia kepada pasangannya, hingga keakhir hayat mereka. Tidak hairan jika kita terserempak dengan burung kenyalang ini, mereka akan terbang berpasangan kecuali burung kenyalang “ Asian black pie” yang berkomuniti.
Sebagai contoh, “Love Bird” ini akan tetap setia bersama dengan pasangan mereka masing-masing dari awal musim mengawan, sehinggakan anak burung ini boleh terbang dan keluar dari sarangnya. Sepanjang proses menjaga telur sehingga si anak burung tumbuh sayap, si ibu akan berada di dalam sarangnya yang ditutup sepenuhnya kecuali paruhnya sahaja yang terkeluar membolehkan si ayah menyalurkan makanan kepadanya. Si Ibu akan berada tertutup keseluruhan badannya selama, paling singkat sebulan ke tiga bulan lama. Di dalam sarangnya yang tertutup keseluruhan itu, si ibu akan memastikan anaknya yang baru menetas dipelihara dan diberikan makan sepanjang masa sehingga lah si anak boleh berdikari barulah si ibu pecahkan sarang tersebut.
Dalam tempeh masa yang sama, si ayah akan terus memberi makanan melalui paruh si ibu yang tertonjol keluar tadi. Setelah si anak mulai tumbuh pelepah sayapnya, dan boleh berdikari, dan keluar dari sarangnya, pasangan kenyalang ini tetapi kekal bersama sehingga ke akhir hayat mereka, sekurang-kurangnya 10 tahun untuk jangka hayat seekor burung kenyalang.
Tetapi, jika si ayah di tangkap ataupun di bunuh, bayangkan si ibu yang didalam sarang yang tidak tahu apa-apa yang berlaku kepada si ayah, dia akan tetap menanti dan terus menanti sehingga keakhir hayatnya di dalam sarang tersebut. Bayangkan betapa setianya mereka, hanya kematian yang memisahkan mereka.
Bagi saya, lawatan ini membuka mata saya mengenali lebih dalam lagi akan spesis burung ini, iaitu burung kenyalang, yang juga dikenali sebagai “Love Bird”.
Apa yang saya ingin kongsikan disini dan hasil refleksi saya terhadap kehidupan si kenyalang ini, Ia menytakan kepada saya tentang “KESETIAAN”, “KASIH SAYANG” dan “KEDAMAIAN”.
KALAU BURUNG KENYALANG MAMPU melakukannya nya, bagaimana pula dengan kita, sebagai ciptaan Tuhan yang sangat istimewa ini? Jom fikir-fikirkan.