Agak memeranjatkan apabila Forum Pengangkutan Antarabangsa menyenaraikan Malaysia sebagai juara dan jaguh kepada kadar kematian bagi 100,000 orang penduduk berbanding dengan negara-negara lain di dunia pada tahun 2009.
Berikut adalah statistik kadar kematian jalan raya bagi 100,000 penduduk pada tahun 2009.(Forum Pengangkutan Antarabangsa)
1-Malaysia - 23.8
2- Argentina - 18.4
3- Greece - 13.8
4- Cambodia -12.6
5. Korea - 12.0
6- Poland 12.0
7- USA - 11.1
8- Lithuana - 11.0
9- New Zealand - 8.9
10 - Belgium - 8.9
Malaysia Boleh???
Ya, slogan Malaysia boleh juga dipertontonkan kepada dunia dalam rekod kemalangan yang besar bagi Malaysia. Selalunya , kematian kemalangan jalan raya di negara kita meningkat dengan mendadak apabila adanya musim-musim perayaan. Masa ini lah kita akan menghitung jumlah kematian yang mencecah angka yang begitu ramai pada satu-satu perayaan.
Sebagai contoh, pada Ops Sikap Sempena Tahun Baru China tahun ini, Bernama melaporkan 136 kematian selepas hari ke-9 ops sikap dilancarkan diseluruh negara. Dan pada Cuti Hari Raya yang lepas, pada hari yang ke-10 ops sikap dilancarkan iaitu pada 3 September, sebanyak 169 kematian kemalangan jalan raya dilaporkan.
Paling menghayat hati apabila satu kemalangan yang terjadi di jambatan Pulau Pinang pada bulan yang lepas. Akibat kemalangan tersebut, sepasang suami isteri muda terbunuh dan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru berumur 2 bulan menjadi anak yatim piatu serta merta. Kereta yang mereka pandu telah bertembung dengan sebuah lori yang hilang kawalannya menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian itu.(Bernama)
Pemandu Malaysia "transformed" kalau masuk kereta...
Sesamamu akui ini adalah punca sebenar kepada berlakunya kematian yang menjadi-jadi akibat kemalangan jalan raya. Apabila sahaja seseorang pemandu itu telah masuk ke dalam keretanya, sikap dan perwatakan pemandu itu akan berubah. Tidak kira, siapa orang itu, kalau sudah duduk di kerusi pemandu, bermulalah "transformation" kepada pemandu itu. Pemandu itu boleh menjadi berubah sikapnya dengan serte merta. Dia menjadi orang lain!
Bukti "transformation" itu ialah...Cuba lihat cara dia bercakap, menyumpah serakah di dalam kereta, seakan-akan dia memiliki satu "kuasa" yang luar biasa apabila duduk di kerusi memandu itu.
Bukan sahaja melalui cara dia bercakap berubah, sikap pemanduan juga mula berubah, kerja paling mudah tidak sampai pun 0.01 saat tindakan untuk menekan butang "signel" pun tidak larat mahu buat. Alasan...LUPA!. Tahukah bahwa tindakan yang semudah itu boleh membawa maut kepada orang lain?
Pandu laju? itu adalah bukti terunggul jaguh pembunuh jalan raya la...mereka tidak ada orang tersayang yang akan meratapi kematian mereka kelak...tapi orang lain pula menjadi mangsa keadaan.
Banyak lagilah sikap yang buruk yang berlaku apabila sudah duduk di kerusi pemandu itu.
Seakan-akan kerusi pemandu itu ada "kuasa" yang boleh mengubah sikap seseorang itu...terutama di Malaysia...???
Sikap itu yang membunuh...
Bayangkan kamu apa akan berlaku kepada bayi yang kehilangan ibu bapanya didalam kemalangan jalan raya itu. Di manakah hala tuju masa depannya?
Kadang kala kita merasakan betapa berhati-hatinya kita di jalan raya, tetapi orang lain TIDAK!. Kerana sikap yang tidak bertanggung jawab itu telah menyebabkan orang lain kehilangan orang yang tersayang. KEJAM!!! ya memang KEJAM!!! sesamamu sangat simpati kepada "bayi 2 bulan ini" yang tidak akan merasakan belaian kasih sayang dari ibu bapanya. Tidak dapat dibayangkan keadaan nya kelak.
Sampai bila Malaysia terus ingin mempertahankan KEJAGUHAN sebagai pembunuh utama di jalan raya?
Bagi pengguna jalan raya di luar sana, baik apa jenis kenderaan pun, kalau tak ingat kan keselamatan diri tu, ingat-ingatlah orang yang lain? Mereka ada orang yang sayang...
Bayi yang berumur 2 bulan ini kehilangan kedua ibu bapanya yang terlibat didalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada Bulan September 2010 yang lepas.
SHALOM...benar sekali..bila duduk kat kerusi driver tu terus transform..kdg2 kita yg warak dan alim ni pon sama2..hairan..kenapa ya,besar sgt ka kuasa kerusi tu..sdgkan pilot terbang kan kpal terbang besar dan terbang tinggi..rlx jak,n hati2 lgi oo..jrg blaku crash..utk org pcaya DOA lah dulu sblm jln@driving..ELOHIM
ReplyDeletejangan hanya mementingkan keaadan diri kita sendiri di kala berada dalam satu situasi di mana kita terpaksa membuat keputusan yang mungkin membuat kita terus buntu untuk di fikirkan,tetapi telah menyelamatkan ramai jiwa...
ReplyDelete...BERDOA DULU SEBELUM MELAKUKAN SESUATU PERENCANAAN....