sesamamu

Saturday, June 30, 2012

"Tabi"- Kuasa ada padanya...

"Tabi" yang bermaksud, berjabat tangan, bahasa yang digunakan bagi kebanyakan suku kaum peribumi di Sarawak.
"Tabi" ini adalah satu perbuatan berjabat tangan setiap kali seseorang tersebut bertemu dengan orang yang baru dia temuai ataupun lama tidak jumpa mahupun "tabi" menunjukkan epkresi diri kepada seseroang yang kita temui itu

Kuasa yang ada?

Setiap kali kita ber"tabi", kita sebenarnya membebaskan satu kuasa yang semulajadi bagi orang yang kita "tabi" tersebut. Salah satu kuasa yang paling ketara ialah, kuasa "kemesraan", kuasa "Kasih", kuasa "hormat", Kuasa "memberkati", dan kuasa "penerimaan" antara dua orang yang ber"tabi" atau berjabat tangan tadi.

Jadi, setiap kali kita ber"tabi" dengan seseoran itu, perlu kita ingan bahawa kita telah memindahkan kuasa tersebut secara semulajadi kepada orang tersebut.

Kaum Orang Ulu tabi banyak kali bial bertemu...

Ha...ha...sesamamu tersenyum panjang apabila mendengar komen tentang "tabi" ini dari suku kaum Orang Ulu, iaitu Lun Bawang mahupun Kelabit.
Dua suku kaum ini sangat mesra dan terkenal dengan "tabi" merek yang akan dihulurkan setiap kali bertemu. Tabi yang ada seperti "tabi" ketika bertemu dan juga "Tabi" ketika mahu meninggalkan sesuatu "acara" tersebut.

Malah ada juga yang rasa kurang senang dengan terlalu kerabnya "tabi" ini berlaku. Tetapi, ini telah menjadi kebiasaan dan sesamamu rasakan, kemesraan dan hidup berkomuniti itu sendiri yang membawa kepada adat "bertabi" ini.

Jadi, sesamamu galakkan budaya ini tidak hilang dan makin pudar dari masyarakat kita. Ketahuilah ada satu kuasa yang kita bakal bebaskan setiap kali kita "bertabi".

Selamat Bertabi!!!

Saturday, June 9, 2012

Kalau 20K kenderaan di Pan Borneo, baru naik taraf!

Itu adalah satu kenyataan seorang menteri yang bertanggung jawab terhadap kemudahan jalan raya yang ada di Malaysia. Walaupun telah diberitahu dan menerima permintaan dari pelbagai pertubuhan yang perihatin terhadap keadaan jalan raya Pan Borneo ini serta kemalangan yang selalu berlaku di atas jalan raya ini, tetapi kementerian yang berkenaan dengan bangganya menterinya berkata, "Jalan raya Pan Borneo hanya akan dinaik taraf kepada sekurang-kurangnya 4 lorong jika kapasiti kenderaan menggunakan jalan raya tersebut lebih daripada 20K."

Betapa "fakta" menjadi penentu kepada nyawa seseorang...

Fakta yang dipercayai oleh kementerian ini adalah, kenderaan yang menggunakan satu-satu jalan raya haruslah mencapai 20K untuk dinaikkan ke taraf jalan raya 4 lorong. Ya, memang diakui kenderaan yang menggunakan jalan raya Pan Borneo tidaklah sebanyak di Tanah Semenanjung sehingga di sana lebih raya nya ada 4 hingga ke 6 lorong.

tetapi, ketahuilah, inilah satu-satunya jalan raya yang dapat menghubungkan bandar-bandar yang utama di Sarawak dan yang paling murah. Tetapi, keadaan jalan raya yang semakin sempit oleh kerana meningkatnya kenderaan di jalan raya Pan Borneo ini menjadikan satu medan pertarungan nyawa apabila seseorang itu memulakan perjalanannya di jalan raya ini. Sudah lah sempit dan banyal selekoh tajam, pemanduan di waktu malam sangat berbahaya kerena keadaan jalan yang gelap gulita!

Nyawa orang Sarawak murah sangat kah?

Oleh kerana penggunaan tidak mencapai 20K di jalan raya ini, kerajaan melalui kementerian tersebut tidak meluluskan penaikkan taraf jalan kepada 4 lorong. Kenapa? Begitu murah kah harga nyawa orang Sarawak? Apakah kita ingin melihat lebih ramai orang kehilangan yang tersayang di jalan raya ini baru kerajaan mahu bertindak?

Untuk pengetahuan menteri berkenaan, setiap hari kita akan mendengar kemalangan berlaku di jalan raya ini, dan selalunya pemandu dipersalahkan. Tetapi, cuba kerajaan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat, sudah pasti permintaan rakyat Sarawak untuk mendapat 4 lorong jalan raya Pan Borneo ini akan digenapi.

Untuk Kerajaan yang memerintah, terima kasih kerana peruntukan membaiki dan mencadangkan selekoh memotong, tetapi rakyat Sarawak terutama pengguna Jalan Pan Borneo ini memerlukan jalan empat (4) lorong dan oleh kerana ada banyak empangan di Sarawak, jalan-jalan ini diterangi oleh lampu-lampu jalanlah!
Apa macam YB????