Itu adalah satu kenyataan seorang menteri yang bertanggung jawab terhadap kemudahan jalan raya yang ada di Malaysia. Walaupun telah diberitahu dan menerima permintaan dari pelbagai pertubuhan yang perihatin terhadap keadaan jalan raya Pan Borneo ini serta kemalangan yang selalu berlaku di atas jalan raya ini, tetapi kementerian yang berkenaan dengan bangganya menterinya berkata, "Jalan raya Pan Borneo hanya akan dinaik taraf kepada sekurang-kurangnya 4 lorong jika kapasiti kenderaan menggunakan jalan raya tersebut lebih daripada 20K."
Betapa "fakta" menjadi penentu kepada nyawa seseorang...
Fakta yang dipercayai oleh kementerian ini adalah, kenderaan yang menggunakan satu-satu jalan raya haruslah mencapai 20K untuk dinaikkan ke taraf jalan raya 4 lorong. Ya, memang diakui kenderaan yang menggunakan jalan raya Pan Borneo tidaklah sebanyak di Tanah Semenanjung sehingga di sana lebih raya nya ada 4 hingga ke 6 lorong.
tetapi, ketahuilah, inilah satu-satunya jalan raya yang dapat menghubungkan bandar-bandar yang utama di Sarawak dan yang paling murah. Tetapi, keadaan jalan raya yang semakin sempit oleh kerana meningkatnya kenderaan di jalan raya Pan Borneo ini menjadikan satu medan pertarungan nyawa apabila seseorang itu memulakan perjalanannya di jalan raya ini. Sudah lah sempit dan banyal selekoh tajam, pemanduan di waktu malam sangat berbahaya kerena keadaan jalan yang gelap gulita!
Nyawa orang Sarawak murah sangat kah?
Oleh kerana penggunaan tidak mencapai 20K di jalan raya ini, kerajaan melalui kementerian tersebut tidak meluluskan penaikkan taraf jalan kepada 4 lorong. Kenapa? Begitu murah kah harga nyawa orang Sarawak? Apakah kita ingin melihat lebih ramai orang kehilangan yang tersayang di jalan raya ini baru kerajaan mahu bertindak?
Untuk pengetahuan menteri berkenaan, setiap hari kita akan mendengar kemalangan berlaku di jalan raya ini, dan selalunya pemandu dipersalahkan. Tetapi, cuba kerajaan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat, sudah pasti permintaan rakyat Sarawak untuk mendapat 4 lorong jalan raya Pan Borneo ini akan digenapi.
Untuk Kerajaan yang memerintah, terima kasih kerana peruntukan membaiki dan mencadangkan selekoh memotong, tetapi rakyat Sarawak terutama pengguna Jalan Pan Borneo ini memerlukan jalan empat (4) lorong dan oleh kerana ada banyak empangan di Sarawak, jalan-jalan ini diterangi oleh lampu-lampu jalanlah!
Apa macam YB????
No comments:
Post a Comment