(Gambar ehsan BP) |
26 September 2012 menjadi satu titik sejarah hitam yang harus menjadi sejarah kepada negeri Sarawak yang kaya dengan sumber alamnya apabila sekumpulan peribumi yang keluar dengan membuta sekatan jalan menuju ke kawasan mereka menuntut hak yang sama rata mahupun seimbang terhadap pembinaan empangan Murum.
Hari ini, hampir sebulan sudah sekatan ini dan tuntutan mereka masih tidak diindahkan. Mereka hanya mahu tanah yang bakal hilang- hutan yang bakal lesap dan air yang bakal tercemar sekiranya empangan Murum yang separuh jalan kerja pembinaannya dapat menggantikan TANAHAIR mereka yang sangat bernilai itu. Malah tuntutan mereka tidaklah seberapa untuk menggantikan apa yang hilang itu kelak.
Dengar kah kerajaan?
(Gambar ehsan BP) |
Polis akan mengambil tindakan!
Ketua Polis Belaga, DSP Bakar Sebau telah menyatakan akan mengambil tindakan kepada semua yang terlibat dengan sekatana ini dengan mengenakan mereka didakwa di bawah Seksyen 143 atau 147 Penal Code, kerana berhimpun secara haram. Hellooooo....adakah ini satu perhimpunan haram dan merupakan jenayah yang besar yang harus pihak Polis tangani? Sepatutnya pihak Polis melindungi mereka, tetapi ketua Polis Sarawak, mengarahkan lebih anggota di hantar ke Belaga untuk mengawasi keadaan. Tak payah buang tenaga lah pak Polis...sanan sini jenahay berlaku di Kuching dan Sibu...jadi, jaga keamanan di sini dulu lah...
(Gambar ehsan BP) |
Pesan dari alam ini...
"Keindahan ku ini hanya engkau nikmati seketika cuma,
Kalau di hati mu ada tamak haloba menguasai,
Esok tak perlu ditangisi akan pemergian ku,
Hilang musnah ku angkara kamu yang memusnahkan!"
KEEP GREEN!
didakwa di bawah Seksyen 143 atau 147 Penal Code, kerana berhimpun secara haram..?? haiyaa...Ni pak polis pandai guna undang2 ka..?
ReplyDelete