sesamamu

Friday, May 10, 2013

Politik ugut dan Harapan pembangunan di Sarawak?

PRU13 kita sudah dengar keputusan yang tidak memuaskan banyak pihak. Kalau di lihat dari segi peratusan undi Popular, Pakatan Rakyat telah mendahalui sebanyak 3%, bermakna, majoriti Rakyat menolak Parti BN yang telah membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen mereka.

Suara Rakyat Suara Keramat...

Seperti yang dilaporkan buletin utama TV3, oleh kerana hujan, 1K sahaja rakyat yang bangkit menentang penipuan dan penindasan PRU13 hadir di stadium Kalana Jaya.

Ha...ha...laporan Buletin Utama TV3 itu adalah satu contoh PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN  yang selama ini media perdana tersebut banggakan. Bangga? Ya! mereka bangga menjadi media perdana yang meracuni minda rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang dipendalaman yang hanya boleh di akses dengan laporan media perdana yang dikawal oleh BN!

Ahli politik BN???

Lain pula kisahnya ahli-ahli politik dari pihak BN. Dengan slogan mereka "Janji ditepati", dan yang terus dilaungkan sepanjang tempoh berkempen PRU13 tempoh hari, tidak kurangnya ahli-ahli politik terutama di Sarawak yang mempunyai slogan keramat mereka selama 50 tahun mereka memerintah Sarawak.

Slogan yang berbau ugutan ini berbunyi;

"Anang enda milih printah, Tulah lagi" (Jangan tidak pilih Printah (BN), nanti terkutuk!)

" Nanti kamu tidak pilih BN, kita tiada api, air dan jalan nanti".

Yang terkini, "Asal muyuh na mili BN, na sideng tau neh pengeh- Bahasa Lun Bawang". (Kalau kita tidak pilih BN, gereja kita tidak akan siap dibina nanti)...yang ini ugutan yang sangat menarik yang Sesamamu dengar dari kawasn P222 yang keluar dari mulut seorang yang digelar Ketua Kampung dan bekas Pastor di sebuah kampung tempat mengundi. ishhh!!! Jijik! Perkataan Allah dilarang digunakan, dia DIAM tak ambil kisah!

Jadi, persoalannya, kenapa perlu menggunakan unsur-unsur ugutan ini?

Wahai para ahli politik BN, kemudahan insfrastruktur itu adalah keperluan ASAS rakyat! Sekali lagi, keperluana ASAS rakyat!. Ia tiada kena mengena dengan kamu pilih BN kah atau Pilih PR. Yang penting, keperluan ini harus disediakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!

Satu lagi tentang ugutan ini, selalaunya dan masih lagi digunakan teknik ini, Kerajaan BN yang baru menang ini akan pandai-pandai melebelkan "Ini kampung "black area", ini kawasan "black area". Jadi, oleh kerana sudah dilebel "black area", kampung ataupun kawasan itu akan dilupakan dan api-air-jalan raya yang sepatutnya menjadi kemudahan ASAS yang PATUT disediakan tidak akan diberi.

Apa ni???? Mengugut atas kepentingan sendiri adalah Jenayah! dan apatah lagi diperlaukan semasa kempen PRU. Sangat keji lah ...terlalu keji dan kotor!

Rakyat Masih Mengharap...

Bercakap tentang Sarawak sebagai aset tetap BN. Sesamamu setuju! Lebih-lebih lagi mereka yang di pendalaman seperti saya. Di mana-mana pun saya pergi, rata-rata orang dipendalamn akan berkata " Kita perlu BN untuk air bersih, untuk jalan raya, untuk api!

Tahu kenapa rakyat pendalamn masih mempunyai harapan yang begitu besar kepada BN walaupun sudah menunggu 50 tahun untuk mendapat air bersih, jalan raya elok, bekalan api elektrik?

KERANA KERAJAAN BN SENDIRI YANG TELAH MEMBIARKAN KEMUDAHAN ASAS ITU TIDAK DISALURKAN DENGAN SEGERA.  Salah satu teknik mereka untuk memancing undi orang pendalaman supaya mereka tersu mengharap kepada mereka sampai bila-bila.

Kalau kita lihat di bandar-bandar, semua kemudahan asas ini telah ada dan orang bandar sekarang tahu mengatasi isu yang sebenar bila menjelang PRU. Tetapi, bagi kita yang di pendalaman, kita terus mengharap walaupun sudah 50 tahun...ini disebabkan oleh teknik pihak BN yang SENGAJA memperlahankan ataupun langsung tidak memberi kemudahan itu. Supaya kita terus mengharap!

Mengharap + Ugutan

Jadi, apabila kedua-duak teknik mereka ini digabungkan, ia menjadi satu senjata yang amat penting untuk BN memenangi PRU terutama di pendalaman Sarawak. Akhitnya, Sarawak menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan BN di PRU13 ini.

Sangat menyedihkan dan sangat terharu melihat rakyat pendalaman di Sarawak dimanipulasi dengan teknik-teknik ugutan dan politik pembangunan yang mengharap ini. Ia menjadi lebih sangat keji dan kotor apabila ia dilakukan oleh ahli-hali Politik se-kaum dengan majoriti kaum di pendalaman Sarawak. Sungguh dikesali dan memalukan!

Seruan Bangkit!

Sesamamu menyeru rakyat Bangkit terutamanya rakyat Sarawak untuk berdiri menegakkan ketidak adilan di dalam politik UGUTAN dan janji HARAPAN PEMBANGUNAN ini. Ketahui hak anda bahawa air-api(Elektrik) dan Jalan raya adalah kemudahan asas yang selayaknya rakyat Malaysia miliki dan harus diutamakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!

Bukanya digunakan untuk mengugut dan membiarkan rakyat terus mengharap dan terus mengharap! Dan lagi satu, CUKUP lah dengan manipulasi ini!

Wahai rakyat Sarawak di pendalaman sana, tolong buat YB anda sibuk dengan "tagih semua yang dia telah janjikan sewaktu berkempen tempoh hari". Jangan biar dia goyang kaki dan duduk senang. Itu hak kamu. Hak untuk mendapatkan kemudahan asa tersebut. Tolong dan tolong lah jangan diam tunggu hingga  PRU Sarawak atau PRU14....nanti kita balik kepada takuk asal, "mengharap-dan terus mengharap".

Tuesday, May 7, 2013

Selepas 505

Keputusan PRU13 telah kita sama-sama ketahui. Komponen parti Barisan Nasional telah kembali membentuk kerajaan pusat dengan kemenangan majoriti mudah sebanyak 133 berbanding Parakatn Rakyat memenangi 89 kasawan Parlimen. tetapi perlu diingat, kemenangan BN ini adalah berkurangan sebanyak 7 kawasan parlimen berbanding PRU12 yang sudah. tetapi biar keputusannya, rakyat telah memilih yang terbaik dan inilah keputusannya.

Tahniah juga kepada PR kerana telah menambah 7 lagi kerusi parlimen untuk kem mereka. Ini merupakan satu peningkatan yang boleh dikatakan baik selepas10 tahun mencuba untuk menakluk Putera Jaya.

Sesamamu dan kekecewaan...

Selesai sudah satu sejarah PRU yang boleh dikatakan sangat hebat kerana "pelbagai" karenah mahupun cerita yang kita perolehi melalaui media massa internet ini. Ini telah membuka mata setiap rakyat Malaysia yang perihatian sehingga peratusan yang turun mengundi telah sangat memberansangkan. Syabas...

Ya, secara peribadi, keputusan PRU13 sangat-sangat melukankan hati dan mengecewakan. Sesamamu berharap kita dapat mengubah pemerintahan yang ada setelah sekian lama kita terperuk ditempat yang sama dengan isu yang sama sejak 50 tahun yang lepas. Tetapi, perubahan yang diimpikan itu sangat lah mendukacitakan. Sesamamu tidak tahu bagaimana menahan kekecewaan itu. Sudah lah malam pengiraan dan pengumuman kawasan-kawasan pengundian di umumkan sangat lambat. Seakan-akan sengaja diperlahankan!

Apatah lagi media massa banyak mempersoalkan SPR dan dakwat kekalnya yang tidak kekal itu dan laporan pengundi bangsa asing yang dibekalkan Mycard secara mudahnya masuk dalam barisan pengundi dan membuang undi...dan semasa pengiraan undi, "blackout"lah, peti undi lambat sampailah...dan banyak lagi laporan yang mencurigakan kita sebagai rakyat Malaysai yang inginkan pilihanraya yang telus dan adil ini!

Sesamamu dan Harapan...

Harapan? masih adakah sinar harapan itu? Harapan untuk apa?

Harapan?

Apa itu harapan setelah keputusan yang sangat mengecewakan ini. Ia seperti pepatah "menjirus air kedaun keladi". Atau dalam erti kata lain, langsung tiada Harapan la!

Itulah jawapan yang sesuai jka diberi kepada persoalan tentang harapan ini.

Tetapi, apabila dilihat dari segi  pengundi muda yang balik mengundi sejauh ke pendaaman di PRU13 ini, Sesamamu katakan...ya ini lah HARAPAN tersebut. Bukan hanya perkataan tetapi mereka ada dan sudah ada disekeliling kita. Mereka anak-anak muda itulah HARAPAN tersebut! Harapan yang dahagakan perubahan, dahagakan kebenaran, dahagakan keadilan dan dahagakan Malaysia yang B.A.G.U.S! (Bersih.Adil.Gemilang.Utama.Sejahtera)

Masih adakah Harapan?

Sesamamu tertanya-tanya dalam menangisi kekalahan ini, "Masih adakah Harapan?" "Masih adakah Harapan?"...

Dan...ketika air mata mengalir menangisi kekecewaan hati, Sesamamu melihat cahaya yang kecil hasil daripada bara kayu api tersebut. YES! "masih ada HARAPAN!", "Masih ada HARAPAN!". Walaupun hanya secubit bara tetapi apabila di tiup dan letakkan kayu api padanya,pastiakan menjadi api yang besar dan terus memberi cahaya yang terang!

Cahaya yang kecilpada awalnya (bara kecil) ini sebenarnya semangat yang ada pada para pengundi muda di PRU13 ini. Mereka punya semangat untuk UBAH. Mereka punya semangat untuk Malaysia yang B.A.G.U.S ini, tetapi yang penting, semua pihak yang selari dengan visi dan misi mereka ini harus berjalan bersama-sama dengan mereka. Berjalan bersama-sama bermaksud, kita sama-sama mendokong serta menyokong jatuh dan bangun perjuangan mereka.

Jadi, YES!!! Masih ada harapan!


Dan soalan yang akhir tentang harapan;"Harapan untuk apa?"

Jawapan langsung dari Sesamamu ialah, "HARAPAN  untuk Malaysia Bagi Kemuliaan MU".

Generasi ini dan yang akan mendatang, terletak satu "amanat" yang amat agung dan mulia untuk kita sama-sama laksanakan di Bumi Malaysia. Nampak mustahil di mata manusia tapi tidak di mata Tuhan.

Tiada lagi kebencian, tiada lagi sak wasangka, tiada lagi perbezaan kaum mahupun kepercayaan kerana kita akan berpegang kepada amanat yang agung ini, yang menuntut kita melakukan keadilan dan kebenaran serta berjalan dengan penuh kerendahan hati dan penuh kasih!

Sesamamu dan masa hadapan...

Masa dean kita bermula dari sekarang!. PRU13 menjadi Sejarah dan menjadi ingatan kepada kita untuk menuju kepada Malaysia yang B.A.G.U.S ini.

Tiada lagi sedih, tiada lagi tangis, semuanya itu sebagai pengubat kedukaan.

Sekarang masa untuk melihat ke depan. Sebab segala sesuatu ada masa dan ketikanya, yang penting kita BERSATU! Katakan TIDAK kepada "PERKAUMAN!!!