PRU13 kita sudah dengar keputusan yang tidak memuaskan banyak pihak. Kalau di lihat dari segi peratusan undi Popular, Pakatan Rakyat telah mendahalui sebanyak 3%, bermakna, majoriti Rakyat menolak Parti BN yang telah membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen mereka.
Suara Rakyat Suara Keramat...
Seperti yang dilaporkan buletin utama TV3, oleh kerana hujan, 1K sahaja rakyat yang bangkit menentang penipuan dan penindasan PRU13 hadir di stadium Kalana Jaya.
Ha...ha...laporan Buletin Utama TV3 itu adalah satu contoh PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN yang selama ini media perdana tersebut banggakan. Bangga? Ya! mereka bangga menjadi media perdana yang meracuni minda rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang dipendalaman yang hanya boleh di akses dengan laporan media perdana yang dikawal oleh BN!
Ahli politik BN???
Lain pula kisahnya ahli-ahli politik dari pihak BN. Dengan slogan mereka "Janji ditepati", dan yang terus dilaungkan sepanjang tempoh berkempen PRU13 tempoh hari, tidak kurangnya ahli-ahli politik terutama di Sarawak yang mempunyai slogan keramat mereka selama 50 tahun mereka memerintah Sarawak.
Slogan yang berbau ugutan ini berbunyi;
"Anang enda milih printah, Tulah lagi" (Jangan tidak pilih Printah (BN), nanti terkutuk!)
" Nanti kamu tidak pilih BN, kita tiada api, air dan jalan nanti".
Yang terkini, "Asal muyuh na mili BN, na sideng tau neh pengeh- Bahasa Lun Bawang". (Kalau kita tidak pilih BN, gereja kita tidak akan siap dibina nanti)...yang ini ugutan yang sangat menarik yang Sesamamu dengar dari kawasn P222 yang keluar dari mulut seorang yang digelar Ketua Kampung dan bekas Pastor di sebuah kampung tempat mengundi. ishhh!!! Jijik! Perkataan Allah dilarang digunakan, dia DIAM tak ambil kisah!
Jadi, persoalannya, kenapa perlu menggunakan unsur-unsur ugutan ini?
Wahai para ahli politik BN, kemudahan insfrastruktur itu adalah keperluan ASAS rakyat! Sekali lagi, keperluana ASAS rakyat!. Ia tiada kena mengena dengan kamu pilih BN kah atau Pilih PR. Yang penting, keperluan ini harus disediakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!
Satu lagi tentang ugutan ini, selalaunya dan masih lagi digunakan teknik ini, Kerajaan BN yang baru menang ini akan pandai-pandai melebelkan "Ini kampung "black area", ini kawasan "black area". Jadi, oleh kerana sudah dilebel "black area", kampung ataupun kawasan itu akan dilupakan dan api-air-jalan raya yang sepatutnya menjadi kemudahan ASAS yang PATUT disediakan tidak akan diberi.
Apa ni???? Mengugut atas kepentingan sendiri adalah Jenayah! dan apatah lagi diperlaukan semasa kempen PRU. Sangat keji lah ...terlalu keji dan kotor!
Rakyat Masih Mengharap...
Bercakap tentang Sarawak sebagai aset tetap BN. Sesamamu setuju! Lebih-lebih lagi mereka yang di pendalaman seperti saya. Di mana-mana pun saya pergi, rata-rata orang dipendalamn akan berkata " Kita perlu BN untuk air bersih, untuk jalan raya, untuk api!
Tahu kenapa rakyat pendalamn masih mempunyai harapan yang begitu besar kepada BN walaupun sudah menunggu 50 tahun untuk mendapat air bersih, jalan raya elok, bekalan api elektrik?
KERANA KERAJAAN BN SENDIRI YANG TELAH MEMBIARKAN KEMUDAHAN ASAS ITU TIDAK DISALURKAN DENGAN SEGERA. Salah satu teknik mereka untuk memancing undi orang pendalaman supaya mereka tersu mengharap kepada mereka sampai bila-bila.
Kalau kita lihat di bandar-bandar, semua kemudahan asas ini telah ada dan orang bandar sekarang tahu mengatasi isu yang sebenar bila menjelang PRU. Tetapi, bagi kita yang di pendalaman, kita terus mengharap walaupun sudah 50 tahun...ini disebabkan oleh teknik pihak BN yang SENGAJA memperlahankan ataupun langsung tidak memberi kemudahan itu. Supaya kita terus mengharap!
Mengharap + Ugutan
Jadi, apabila kedua-duak teknik mereka ini digabungkan, ia menjadi satu senjata yang amat penting untuk BN memenangi PRU terutama di pendalaman Sarawak. Akhitnya, Sarawak menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan BN di PRU13 ini.
Sangat menyedihkan dan sangat terharu melihat rakyat pendalaman di Sarawak dimanipulasi dengan teknik-teknik ugutan dan politik pembangunan yang mengharap ini. Ia menjadi lebih sangat keji dan kotor apabila ia dilakukan oleh ahli-hali Politik se-kaum dengan majoriti kaum di pendalaman Sarawak. Sungguh dikesali dan memalukan!
Seruan Bangkit!
Sesamamu menyeru rakyat Bangkit terutamanya rakyat Sarawak untuk berdiri menegakkan ketidak adilan di dalam politik UGUTAN dan janji HARAPAN PEMBANGUNAN ini. Ketahui hak anda bahawa air-api(Elektrik) dan Jalan raya adalah kemudahan asas yang selayaknya rakyat Malaysia miliki dan harus diutamakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!
Bukanya digunakan untuk mengugut dan membiarkan rakyat terus mengharap dan terus mengharap! Dan lagi satu, CUKUP lah dengan manipulasi ini!
Wahai rakyat Sarawak di pendalaman sana, tolong buat YB anda sibuk dengan "tagih semua yang dia telah janjikan sewaktu berkempen tempoh hari". Jangan biar dia goyang kaki dan duduk senang. Itu hak kamu. Hak untuk mendapatkan kemudahan asa tersebut. Tolong dan tolong lah jangan diam tunggu hingga PRU Sarawak atau PRU14....nanti kita balik kepada takuk asal, "mengharap-dan terus mengharap".
No comments:
Post a Comment