Keputusan PRU13 telah kita sama-sama ketahui. Komponen parti Barisan Nasional telah kembali membentuk kerajaan pusat dengan kemenangan majoriti mudah sebanyak 133 berbanding Parakatn Rakyat memenangi 89 kasawan Parlimen. tetapi perlu diingat, kemenangan BN ini adalah berkurangan sebanyak 7 kawasan parlimen berbanding PRU12 yang sudah. tetapi biar keputusannya, rakyat telah memilih yang terbaik dan inilah keputusannya.
Tahniah juga kepada PR kerana telah menambah 7 lagi kerusi parlimen untuk kem mereka. Ini merupakan satu peningkatan yang boleh dikatakan baik selepas10 tahun mencuba untuk menakluk Putera Jaya.
Sesamamu dan kekecewaan...
Selesai sudah satu sejarah PRU yang boleh dikatakan sangat hebat kerana "pelbagai" karenah mahupun cerita yang kita perolehi melalaui media massa internet ini. Ini telah membuka mata setiap rakyat Malaysia yang perihatian sehingga peratusan yang turun mengundi telah sangat memberansangkan. Syabas...
Ya, secara peribadi, keputusan PRU13 sangat-sangat melukankan hati dan mengecewakan. Sesamamu berharap kita dapat mengubah pemerintahan yang ada setelah sekian lama kita terperuk ditempat yang sama dengan isu yang sama sejak 50 tahun yang lepas. Tetapi, perubahan yang diimpikan itu sangat lah mendukacitakan. Sesamamu tidak tahu bagaimana menahan kekecewaan itu. Sudah lah malam pengiraan dan pengumuman kawasan-kawasan pengundian di umumkan sangat lambat. Seakan-akan sengaja diperlahankan!
Apatah lagi media massa banyak mempersoalkan SPR dan dakwat kekalnya yang tidak kekal itu dan laporan pengundi bangsa asing yang dibekalkan Mycard secara mudahnya masuk dalam barisan pengundi dan membuang undi...dan semasa pengiraan undi, "blackout"lah, peti undi lambat sampailah...dan banyak lagi laporan yang mencurigakan kita sebagai rakyat Malaysai yang inginkan pilihanraya yang telus dan adil ini!
Sesamamu dan Harapan...
Harapan? masih adakah sinar harapan itu? Harapan untuk apa?
Harapan?
Apa itu harapan setelah keputusan yang sangat mengecewakan ini. Ia seperti pepatah "menjirus air kedaun keladi". Atau dalam erti kata lain, langsung tiada Harapan la!
Itulah jawapan yang sesuai jka diberi kepada persoalan tentang harapan ini.
Tetapi, apabila dilihat dari segi pengundi muda yang balik mengundi sejauh ke pendaaman di PRU13 ini, Sesamamu katakan...ya ini lah HARAPAN tersebut. Bukan hanya perkataan tetapi mereka ada dan sudah ada disekeliling kita. Mereka anak-anak muda itulah HARAPAN tersebut! Harapan yang dahagakan perubahan, dahagakan kebenaran, dahagakan keadilan dan dahagakan Malaysia yang B.A.G.U.S! (Bersih.Adil.Gemilang.Utama.Sejahtera)
Masih adakah Harapan?
Sesamamu tertanya-tanya dalam menangisi kekalahan ini, "Masih adakah Harapan?" "Masih adakah Harapan?"...
Dan...ketika air mata mengalir menangisi kekecewaan hati, Sesamamu melihat cahaya yang kecil hasil daripada bara kayu api tersebut. YES! "masih ada HARAPAN!", "Masih ada HARAPAN!". Walaupun hanya secubit bara tetapi apabila di tiup dan letakkan kayu api padanya,pastiakan menjadi api yang besar dan terus memberi cahaya yang terang!
Cahaya yang kecilpada awalnya (bara kecil) ini sebenarnya semangat yang ada pada para pengundi muda di PRU13 ini. Mereka punya semangat untuk UBAH. Mereka punya semangat untuk Malaysia yang B.A.G.U.S ini, tetapi yang penting, semua pihak yang selari dengan visi dan misi mereka ini harus berjalan bersama-sama dengan mereka. Berjalan bersama-sama bermaksud, kita sama-sama mendokong serta menyokong jatuh dan bangun perjuangan mereka.
Jadi, YES!!! Masih ada harapan!
Dan soalan yang akhir tentang harapan;"Harapan untuk apa?"
Jawapan langsung dari Sesamamu ialah, "HARAPAN untuk Malaysia Bagi Kemuliaan MU".
Generasi ini dan yang akan mendatang, terletak satu "amanat" yang amat agung dan mulia untuk kita sama-sama laksanakan di Bumi Malaysia. Nampak mustahil di mata manusia tapi tidak di mata Tuhan.
Tiada lagi kebencian, tiada lagi sak wasangka, tiada lagi perbezaan kaum mahupun kepercayaan kerana kita akan berpegang kepada amanat yang agung ini, yang menuntut kita melakukan keadilan dan kebenaran serta berjalan dengan penuh kerendahan hati dan penuh kasih!
Sesamamu dan masa hadapan...
Masa dean kita bermula dari sekarang!. PRU13 menjadi Sejarah dan menjadi ingatan kepada kita untuk menuju kepada Malaysia yang B.A.G.U.S ini.
Tiada lagi sedih, tiada lagi tangis, semuanya itu sebagai pengubat kedukaan.
Sekarang masa untuk melihat ke depan. Sebab segala sesuatu ada masa dan ketikanya, yang penting kita BERSATU! Katakan TIDAK kepada "PERKAUMAN!!!
No comments:
Post a Comment