sesamamu

Monday, December 9, 2013

Krismas tanpa dinding gereja

Pada 7hb Disember yang lepas, satu kumpulan Pelajar Kristian dari UiTM Kota Samarahan kampus telah pergi ke jalanan merayakan hari Natal bersama 70 orang kanak-kanak di Stutong Baru Children Community Centre (SBCCC) di Kuching. Seramai 100 orang pelajar Kristian dari PPK ini bersama lebih kurang 30 pemimpin (Jumlah 130 orang) telah turun padang merayakan Natal bersama kanak-kanak ini walaupun dalam serba kekurangan.

Sebelum harinya...


Para AJK yang terlibat telah membuat perancangan yang rapi dan mengumpul dana melalui pemberian kasih dari mereka yang ingin menyumbang. Idea ini tercetus setelah sepanjang tahun ini telah melibatkan diri melayani kanak-kanak di pusat ini sekali sebulan setipa sabtu.

Pada hari yang dinantikan itu pula, 2 buat lot kedai telah diberi untuk mereka melakukan perayaan ini, tetapi, satu pembersihan secara besar-besaran harus dilakukan memandangkan pelbagai samaph dan najis manusia di dalam bangunan lot ini.

Kesungguhan mereka untuk menjadi kan perayaan ini berhasil telah menjadikan tugas yang mencabar ini menjadi satu tugas yang dilakukan dengan penuh keriangan Natal!

Gereja tanpa dinding...

Sebelum masanya lagi, kanak-kanak disekitar tempat ini telah datang seawal 12.30pm. 2 buah bas yang telah di sewa khas oleh PPK UiTM tiba tepat pukul 2pm, sejam sebelum aktiviti dijalankan. Melihat wajah-wajah pelajar Kristian yang turun dari bas yang bercampur aduk ini, Sesamamu membuat kesimpulan, ada yang terperanjat! tidak menyangka ini tempatnya (Selalunya Krismas dekat shopping mall ) kerana ingatkan ia dilakukan diluar gereja atau kampus, tanggapan selalu di tempat yang berhawa dingin maupun yang "shopping mall".

Tetapi semua itu dapat ditangani oleh AJk dengan memberi penerangan tentang tempat dan siapa mereka ini, sebab ada yang pertama kali dengar dan datang di tempat ini.

Krismas ke jalanan...

Yang menariknya ialah, bukans sahaja kanak-kanak di sekitar tempat perumahan ini yang datang, lebih ramai masyarakat di sekitar tempat ini datang menjengok mahupun datang untuk melihat, "apakah yang berlaku."
Ya, semangat Krismas ini harus dibawakan ke jalanan seperti ini. Di tempat di mana ramai yang belum tahu
lagi erti Natal sebenar ini.

ANUGERAH TERINDAH NATAL- menjadi tema pada hari tersebut, bukan sahaja memberkati kanak-kanak yang hadir, maah ramai pelajar-pelajar Kristian dari PPK UiTM tersentuh serta mengerti akan erti sebenar Natal itu.

Ada yang mengatakan, "Ini Krismas yang sangat bermakna bagi saya tahun ini."

Begitu juga bagi Sesamamu, ia menjadi hadiah Natal yang terhebat bagi Sesamamu dan apabila mendengar ada 100 orang pelajar yang mahu terlibat, ia menjadi satu Natal yang penuh dengan harapan kepada Sesamamu. Harapan yang dibawa sendiri oleh generasi pelajar ini.

Jom!, jadi agen Jambatan Anak Malaysia dengan membawa erti NATAL ini kepada mereka yang memerlukan. Ya! yang memerlukan!

SELAMAT HARI NATAL





No comments:

Post a Comment