Pada suatu pagi, Si ayah dan anaknya mahu ke kedai kopi yang berdekatan untuk bersarapan. Si ayah memberi seluar yang diguna oleh anaknya di sebuah kem pelajar pada minggu yang sudah.
Tiba-tiba si anak berkata, "Papa, saya tidak mahu pakai seluar ni, duri cucuk!". Dia lalu membuka seluar tersebut dan melontarnya ke sudut untuk dibasuh.
Si ayah pun tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
Tanggal seluar atau buang duri ?
Ada dua pilihan yang dapat diambil daripada peristiwa ini.
Pertama, dengan mengambil cara mudah, hanya tanggalkan seluar tersebut dan berlalu begitu sahaja dengan seluar yang baru.
Kedua, duduk sebentar dan buang satu persatu, duri ataupun anak rumput itu satu persatu.
Tetapi, sebelum itu, kkta harus tahu kenapa seluar tersebut menjadi sedemikian rupa dan tidak selesa untuk si anak pakai?
Minggu yang sudah, si anak telah bermain di kawasan padang yang tinggi lalangnya dan semak samun yang lebat. Dalam melalui kawasan yang berlalang itu, segala macam benda yang boleh tersangkut di seluar nya telah menjadi benda yang menyusuk kulit kakinya. Ini menyebabkan Si anak tidak begitu selesa setelah memakai seluar yang sama itu.
Dengan cepatnya, dia tanggalkan seluarnya dan tukar kepada yang baru.
Apa yang kita dapat pelajari daripada cerita ini ialah, untuk mengharungi semak samun dan lalang yang tinggi kehidupan ini, sudah pasti kita akan merasa tidak selesa atauoun ditusuk dengan pelbagai kenangan pahit, kelukaan, temohan, cacian, penolakan dan penghinaan.
Proses memulihkan seluar itu dalam keadaan sedia kala adalah satu gambaran di mana kita perlukan "tangan tambahan" untuk menolong kita. Prosesnya mungkin mengambil masa yang lama dan teliti tetapi berbaloi.
No comments:
Post a Comment