Kalau kamu katakan kepada mereka yang nun jauh dipendalaman, harga minyak naik. Respon mereka hanya bersahaja sahaja. Seperti tiada yang berlaku kepada mereka. Komen yang sering kali mereka katakan...
1. "Itu kamu orang yang susah hati, kerana pakai kereta tiap hari pergi kerja. Kami mana ada kereta"
2. "Minyak naik, harga barang naik, itu kamu yang susah, kami di sini, "shopping" dalam hutan ni"
3. "Tak pe tu, harga minyak naik, tak payah pasang lama injin jeneretor (Generator) tu."
Di atas adalah serba sedikit komen mereka apabila kita bertanyakan tentang kesan harga minyak yang naik ni kepada mereka. Ya, kalau difikir sejenak kan. mereka di kampung sana, mana ada kereta, mana ada shopping mall untuk mereka beli belah, Beras, tanam sendiri, sayur-sayuran, belambak kat hutan tu. Nak sedap lagi, sungai ada untuk ikan dan hutan nun jauh di sana, berkil-kilo daging percuma. Asal rajin sahaja lah.
Tetapi bila kamu kata, Harga lada, sawit dan beras turun. Ataupun, Harga baja, harga racun serangga perosak naik! Nah melatah! menyumpah serakah! sumpah habis-habis "tokey" yang jual tu...ini bagi yang tidak menerima subsidi baja dan racun serangga dari kerajaan lah...
Bayangkan subsidi baja dan racun perosak itu ditarik balik??!!
Kenapa?
1. Ia melibatkan sumber pendapat tunggal untuk wang tunai mereka.
2. Dan memandangkan aliran tunai mereka tiada langsung, jadi sesuatu yang melibatkan wang "cash" dari saku mereka sendiri, emmm amat berat untuk mereka terima akan situasi ini.
Jadi, itulah majoriti penduduk Sarawak masih sayang kepada kerajaan yang sedia ada. Kerajaan alternatif, mampukah memberi "sedekah" yang sekian lama sudah dilaksanakan di Sarawak ini?
Sesamamu menulis tentang hal ini kerana, banyak sentimen dan komen selepas sesuatu pilihan raya terutama dari pihak yang kalah ataupun pembangkang mempersoalkan, "kenapa orang Sarawak menjadi "fixed deposit" kepada kerajaan yang sedia ada?", malah ada yang berani dan tanpa rasa segan silu, mencerca, memberi komen yang sangat negatif setelah mendengar keputusan pilihan raya tersebut.
Nasihat Sesamamu kepada semua, pergilah sendiri dan hidup sendiri bersama-sama mereka di hulu-hulu sungai sana, dan barulah anda mengerti sejauh mana anda memahami mereka.
"Harga minyak naik?! takde masalah!"
No comments:
Post a Comment