|
tulisan yang bermaksud
"Ciptaan Lun Bawang, Tapi'" |
Dua tahun yang lepas, seorang Mantan Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak, arwah Cikgu Meechang Tuei, menegur saya secara pribadi mengenai sebuah alat musik dari Suku saya sendiri, Lun Bawang yang
|
(Arawah Cikgu Meechang Tuei, Mantan Presiden PLBS) |
dikenali sebagai Tapi'. Saya rasa Beliau tergerak untuk menegur saya setelah melihat penglibatan saya bermain alat musik tradisional, Sape'/sampe' ini. malah beliau sendiri telah berkongsikan gambar Tapi' yang dipetik dari buku tulisan beliau sendiri tentang "Adat resam kaum Lun bawang'". Saya masih ingat, dia katakan kepada saya, "Tapi' ditau dih wi", bermaksud, "Tapi' kita punya alat musik". Mulai dari hari tersebut, saya berusaha untuk mencari Tapi' ini.
Perjalanan Pencarian Tapi'
Dan mulailah satu perjalanan yang saya panggil, "To reintroduce and revive Tapi'" ini dengan bermotokan, "Ide te latin, ide te terayen" yang bermaksud, siapa lagi yang yang diharapkan.
Pencarian yang pertama berakhir di sebuah Museum, dan sangat mendukacitakan saya usaha pencarian ini, dan pada tahun 2017, seorang teman yang merupakan seorang yang aktif memperkasakan alata musik tradisional mengetahui bahwa saya mencari Tapi' ini. Dan akhirnya, saya dipertemukan dengan alat Musik 2 "strings" ini di Miri, malah Kanid saya,
|
Penyerahan Tapi' daripada Saudara Hezekiah
merupakan detik bersejarah satu
perjalanan pencarian Tapi' ini |
Hezekiah Asim memberikan Tapi' tersebut kepada saya untuk saya miliki dan perjuangkan kewujudannya. Saya masih ingat kata-katanya, "Tapi' ini kembali kepada pemilik sebenarnya".Pencarian tersebut tidak berhenti di situ, saya dikejutkan dengan berita gembira apabila seorang ibu saudara sebelah arwah emak, di Long Midang, Kalimantan Timur-Indonesia menyatakan bahawa, Tapi' miliknya arwah Datuk Lasung Padan (Datuknya saya) masih ada. Tanpa melengahkan masa, bulan Disember 2018, saya terus ke Long Midang, dan bertanyakan tentang Tapi' tersebut. Akhirnya, Tapi' tersebut telah berada di dalam pegangan tangan saya. Menurut Ibu Saudara saya, sewaktu saya kecil, Datuk Lasung Padan selalu mendodoikan saya dengan dengan petikan Tapi' nya.
Lun Bawang, ayah ku, Lun Dayeh ibuku...Dua negara satu rumpun
Lun Bawang panggilan diberi kepada suku saya di Sarawak, tetapi di Sabah dan Kalimantan Timur, ia dipanggil sebagai suku Lun Dayeh. Tetapi, dasarnya, asal-usul, bahasa, budaya dan adat resam adalah sama adanya. Jadi, jika saya membahasakan diri saya dari suku Lun Bawang ataupun Tapi' ini alat musik tradisional Lun Bawang/Lun Dayeh...sebenarnya membawa maksud yang sama.
|
Tapi bentuk dari Lun Dayeh Kalimantan Timur |
"
To reintroduce and revive" Tapi'.
|
Tapi' bentuk dari Lun Bawang Sarawak |
Tapi', dua talinya (Strings), panjang (3-3.5 kaki) dan lurus badannya, lebar hanya 2-3 inchi dan tinggi 3-4 inchi sahaja. Ada perbezaan antara Tapi' yang dihasilkan di Sarawak dan Kalimantan Timur. Dengan kedua "masterpiece" Tapi dari dua negara ini, maka lengkaplah pencarian bentuk asli Tapi' ini.
Perjalanan untuk "To reintroduce and revive' Tapi' ini diteruskan. Dengan adanya
dua "masterpiece" Tapi' ini, saya dan saudara saya, Kanid Feridi Dawat yang saya anggap sebagai Protegee saya untuk meneruskan kesinambungan alat musik ini mula membuat kajian tentang alat musik ini. Mencari dan bertanyakan kalau-kalau ada dari galangan tua-tua Lun bawang yang masih
|
Feridi Dawat |
hidup dimana kami dapat mendalami hal-ehwal Tapi' ini. Diberkati dengan dua Bapa Saudara yang sudah berusia yang masih hidup dan tahu serba sedikit tentang Tapi' iaitu Yama Liew Purait
dan juga Yama Sigar Padan, yang menariknya, dilihat dari segi motif pada Tapi' awal yang telah diserahkan oleh kanid Hezekiah kepada saya, ia adalah hasil kerja Yama Sigar Padan,
|
Yama Sigar Padan |
tetapi kami tidak dapat mengesahkannya kerana penglihatan beliau tidak baik lagi. Mendengar penjelasan keduanya dan mendengar sendiri harapan mereka berdua, telah menaikkan semangat saya untuk terus memperjuangkan kelangsungan Tapi' ini, malah mereka merestukan untuk keluarkan lebih banyak lagi melodi, ciptaan yang baru melalui Tapi'.
Setelah mendapat beberapa maklumat hasil kajian tersendiri, akhirnya, kami mulai menghasilkan Tapi' ini. Dengan harapan ia akan dapat dikongsikan bersama dengan menjual dan memperagakan Tapi' ini di majlis-majlis mahupun perayaan- perayaan tertentu.
|
Yama Liew Purait |
Dalam masa yang sama, saya cuba mendalami cara permainan dan melodi serta rentak Tapi' ini. Pada pertemuan komuniti Sape Kuching,2018, saya diperkanalkan dengan Madam Connie Lim(Seorang pensyarah Musik di UNIMAS) yang telah membuat kajian ke atas alat musik tradisional Lun Bawang, beliau telah mengkongsikan hasil kajiannya itu termasuk tentang Tapi'. Di sanalah dengan bantuan seorang ahli musik, Samuel Maja, kami mendalami rentak dan melodi yang ada tercatat didalam kajian Madam Connie ini, Dengan kreativiti saudara Samuel @ Muek, kami berjaya membuat single sulung tune Tapi' yang melodinya saya hasilkan sendiri, dengan diberi nama "Menengang" (Burung Kenyalang).
Penampilan Tapi' di atas Pentas
Persembahan julung kalinya Tapi' dikhalayak ramai ialah di Kuching waterfront setelah kumpulan
musik kami yang dikenali sebagai KGM (Keep Green Movement) Band telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan sempena "Kuching Waterfront Night Live, 2018. Dan dalam tahun yang sama, dengan "lampu hijau" dari "Sifu" sape' saya, Mr Eugene Padan Kuek, saya mengiringi beliau yang memetik sape' nya dan saya dengan bermain Tapi',merupakan penampilan Tapi' pertama di pentas yang besar, World Harvest Music Festival, SCV, Kuching dalam tahun yang sama.
Tidak berakhir di situ, saya terus berusaha untuk mencari sebanyak peluang untuk mengetengahkan Tapi' ini sejajar dengan misi tadi. Persembahan Tapi' pertama di luar Kuching ialah di Miri, sempena Miri Sape' Movement Sunset Concert. Penampilan sulung Tapi' di Miri.
Pada awal tahun 2019, penampilan sulung Tapi' di Luar Sarawak, dimana saya dijemput untuk memperagakan Tapi dan Sape' dan dalam masa yang sama membuat persembahan di Sukau Lodge,
Sandakan- Sabah. maka berakhirlah satu penantian dan impian untuk alunan bunyi Tapi' ini diperdengarkan di Lawas, tanah asal Tapi' ini dan juga daru suku kaum Lun Bawang/Lun dayeh ini.
|
Bersama Cikgu Dolphina Alau sebagai penngacara dan
Jerry Sigar di Pentas "Mountain Melody"
Long Semadoh, 2019 |
Tapi' secara khususnya telah dijemput oleh pengelola "Mountain Melody" di Long Semadoh, oleh pengerusi pengelola sendiri, Saudara saya, Encik Jerry Sigar setelah beliau sendiri tentang saya dan Tapi' ini dari seorang rakan seperjuangan di dalam menghidupkan kebudayaan dan tradisi Suku Lun Bawang, iaitu Cikgu Dolphina Alau Balang (Setiausaha Agung PLBS).
Kesempatan ini saya tidak sia-siakan, sanggup terbang dari Kuching-Miri ke Lawas, dan pacuan empat roda ke Long Semadoh semata-mata menyahut panggilan, "To reintroduce and revive Tapi'" ini. Ekoran daripada misi di Long Semadoh, Lawas, Presiden Persatuan Kebudayaan Lun Dayeh Sabah, Datuk Pengiran Lalung, menjemput saya pula untuk membuat persembahan di Irau Persatuan Kebudayaan Lun Dayeh Sabah, di Sipitang.
|
Irau Rayeh Lun Dayeh Saabah-Sipitang, 2019 |
Dan akhirnya, pada 1hb Jun 2019, buat julung-julung kalinya, Tapi' alat musik dua string dari suku Lun Bawang/Lun Dayeh telah dipersembahkan di pentas utama Irau Aco Lun Bawang Sarawak. Pengerusi Malam kebudayaan, Saudara Petrus Lasung menegaskan kepada saya, tahun ini kita mahu "highlight" kan Tapi' ini didalam persembahan malam kebudayaan dan juga sebagai musik latar untuk setiap aktiviti sepanjang Irau Aco Lun Bawang Sarawak 2019. Istimewanya, saya bukan keseorangan di atas pentas utama, serta diiringi oleh para penari tradisi Lun Bawang yang diketuai oleh kanid saya, Serlin Sakai.
|
Hezekiah sebelah kanan dengan Tapi' dan Saudara Peter LG Balat Tau FM sebelah Kiri
dan diiringi penari Busak Ilai di bawah Bimbingan Kanid Serlin Sakai
di pentas Irau Aco Lun Bawang Darawak 2019 |
Penampilan, saudara Hezekiah Asim di pentas bersama-sama dengan saya juga satu "moment" yang penting kerana dia lah yang bertanggung jawab didalam mendorong saya meneruskan perjalan "to reintroduce and revive" Tapi' ini. Teman setia yang memperjuangkan musik-musik Lun Bawang/Lun Dayeh, saudara saya, yang lebih dikenali sebagai Peter LG Bala Tau FM dengan keterampilannya nya yang unik dan bersahaja menjadikan persembahan pada malam tersebut menjadi satu mercu tanda kelangsungan Tapi' ini dikalangan suku kaum nya sendiri, Lun Bawang. Diharapkan ianya bukan berakhir di sini tetapi sebuah permulaan perjuangan untuk menghidupkan kembali dan memperkenalkan Tapi' di mata dunia.
Hidupkan Harapan dan Impian arwah Cikgu Meechang Tuei
Harapan saya untuk melihat Tapi' ini benar-benar akan diperkenalkan kembali dan dihidupkan seangkatan dengan alat-alat musik traditional yang lain.
Impian saya, ramai yang akan memiliki, mempelajari dan mempersembahkan Tapi' ini di masa-masa yang akan mendatang supaya ini akan menentukan kelangsungan alat musik tradisi ini.
Dan saya percaya, kalau Arwah Cikgu Meechang Tuei masih ada, sudah pasti dia akan sama-sama memastikan harapan dan impian ini tercapai.
Itu lah pendorong utama saya ingin terus
"reintroduce and revive" Tapi' ini.
Terima kasih Guru Meechang...salute!!!
|
Koleksi Tapi yang siap dibuat dan bebeeapa alat musik Tradisioanl Lun Bawang/Lun Dayeh
Pek Bu dan Uni disamping "Rain sound bamboo". |