(Bukan khemah ya, tapi rumah) |
Mendengar sendiri pengalaman beliau semasa berada di Pulau ini menggerakkan hati saya untuk meresponi pengalamannya dengan petikan daripada Alkitab di atas dan memberi judul tulisan ini "Aku nampak Yesus!!".
Kenapa berjudul demikian? Lihat keseluruhan teks tersebut. Pertanyaan orang ramai, "Bilamanakah kami melihat engkau?' dan jawapannya ialah "Segala sesuatu yang kamu lakukan kepada mereka yang paling hina ini". Bererti, apa yang kita lakukan ke atas salah seorang daripada saudara-NYA ini, kita sebenarnya telah melihat Yesus akibat daripada tindakan kita meresponi dengan setiap keadaan yang saudara-saudara Nya ini lalui.
Siapa saudara-saudara NYA ini?
Mereka yang lapar, haus, orang asing yang memerlukan perlindungan, yang tiada pakaian, terlantar sakit dan yang dipenjara. DIA memanggil mereka saudara-NYA yang paling hina. Kerana, manusia
(5 orang anak dalam satu rumah) |
Bagaimana bisa kita melihat DIA kalau kita tidak tahupun kewujudan mereka apatah lagi menghulurkan bantuan mahupun memperduli tentang mereka ini?!!
Buka mata hati ku
(Taman permainan) |
Mendengar pengalamannya sendiri dan apa yang dilaluinya, saya dapat rasakan, mata hatinya telah melihat dan sensitif dengan persekitarannya. Timbul kesedaran secara spontan didalam dia. Ini lah yang kita perlukan pada hari ini. Selalu kita menyanyikan, "Open the eyes of my heart Lord, i want to see you", "Buka mata hati ku, ku mau melihat Mu", dan saya yakin dan percaya didalam konteks teks ini, Dia pasti menjawab, "Eh kamu tak nampak kah aku?', ketika aku lapar? ketika aku haus?, ketika aku perlukan perlindungan sebagai orang asing?, ketika aku tak berpakaian?, ketika aku sakit?, ketika aku dipenjarakan?.
(Pendidikan? banyak yang tidak mampu) |
Dan mungkin kebanyakan kita akan menjawab, "Oh ya???, bila kami lihat Engaku lapar, haus, perlukan perlindungan, telanjang, sakit dan dipenjara".
Kaya semakin kaya, miskin terus miskin...
(Masa depan yang belum pasti) |
Mahu melihat Yesus?
Mahu melihat Dia? pergi lah keluar gereja dan kelompok agama mu, pergi keluar sana. Kamu akan melihat Dia di sana. Kalau engkau ada sumber kewangan, tenaga mahupun masa, libatkan dirimu dengan komuniti ini. Libatkan diri mahupun "gereja" mu didalam keperluan ini. Ini salah satu cara bagaimana kamu melihat Dia. Dia ada dikalangan kita, bersama-sama dengan Saudara-saudara NYA yang paling hina ini. Saya rasa, kamu tidak akan temukan Dia di gereja hanya pada hari ahad ...kerana Dia ada di luar sana. Perbanyakkan aktiviti gereja ataupun komuniti mu bersama-sama dengan mereka ini. Jangan hanya didalam lingkungan kita sahaja. Keluar dan terlibat!
p/s Terima kasih Will keatas gambar-gambarnya
No comments:
Post a Comment