Terima kasih dengan kata-kata "semangat" itu. Saya mengambil ia sebagai teguran yang membina iman saya kepada Tuhan Yesus Kristus, Pencipta Syurga dan bumi ini serta segala isinya.
"Ya...saya setuju dengan teguran kamu tu. tetapi saya mahu tanya kamu balik lah, Cuba baca baik-baik Yohanes 3:16 tu dengan kamu duduk ditakhta si pencipta itu sendiri, pertama DIA kata kasih kepada Duniakan...?". Dan saya percaya kamu telah meninterpretasikan ayat tersebut hanya dari SATU sudut pandang mu sendiri.
Ini adalah salah satu bagaimana saya meresponi kepada penyataan ramai orang yang seangkatan dengan dia ini. Saya juga pengikut Kristus, yang disebut Tuhan Yesus itu. Mungkin yang bezanya saya dengan kebanyakan mereka ini ialah, mereka hanya berbicara tentang keselamatan jiwa mereka sendiri ...mungkin sedikit tentang menyelamatkan jiwa orang lain dan jauh daripada ingin berbicara tentang menyelamatkan bumi dan segala isinya yang dilihat Pencipta itu sendiri, sangat baik!
Sebagai contoh, didalam 50-52 hari ahad setahun yang kita ada, pernah tak kamu mendengar topik pemuliharaan penciptaan(Creation care)ini dikhotbahkan dari
mimbar-mimbar gereja kalian? Kalau ada, tolong beritahu saya, saya mahu pergi mendengarnya lagi daripada pengkhotbah tersebut sekali lagi. tetapi yang saya pasti, topik yang sangat popular adalah tentang kehidupan aku, daku dan diriku...samada diselamatkan, masuk Syurga, diberkati, menerima kesembuhan, kehidupan yang berkenan kepada Tuhan dan segala yang sedap dan yang kita mahu dengar sahaja. (2 Tim $:3-4)
Keperluan Fizikal vs Jiwa
Berbalik kepada teguran diatas tadi, "Selamatkan jiwa lah...", Pernah tak terfikir sejenak, untuk tubuh jasmani ini terus hidup, kita perlukan makanan kan? emmm, darimana datangnya makanan yang kamu makan itu? Dari hasil bumi ini kan? Tahukah didalam dunia sekarang, seramai 16 ribu orang kanak-kanak mati kelaparan dan segala hal yang berkaitan dengan makanan yang dihasilkan melalui sumber bumi ini.
Jadi...kalau tubuh fizikal ini mati kelaparan, kerana tidak cukup makan atau makanan yang dimakan telah tercemar oleh pencemaran akibat perbuatan manusia yang beria-ria nak selamatkan jiwa ini!, mana jiwa yang kamu mahu selamatkan itu?!
Sedarlah...baca Alkitab itu dari kejadian sampai Wahyu...ianya tentang "segalanya amat baik" ciptaan Nya, Alkitab mula dengan Penciptaan Syurga dan Bumi serta segala isi nya dan diakhiri dengan ciptaan Baru dalam buku Wahyu (Wahyu 21)...oh ya...semasa kejadian, manusia dicipta setelah semua ciptaan yang lain dicipta ok! Dari awal lagi ia berbicara tentang rencana penebusan segala ciptaan Nya...bukan manusia sahaja ye...(Efesus 1:10), ini adalah rencana penebusan yang sempurna itu.
Tanggung jawab bersama
Mari saya mengajak kita semua, sebagai orang yang mengatakan Dia pengikut Tuhan Yesus Kristus, sama-sama kita memuliharaan penciptaan Nya ini, dengan cara hidup yang benar dihadapan sang Pencipta ini. Hidup dengan penuh bersyukur, bersederhana didalam kepenggunaan kita dan bertanggung jawab didalam setiap perbuatan yang melibatkan penggunaan alam semulajadi ciptaan
Tuhan ini. Agar generasi yang akan mendatang akan menikmati alam semulajadi dan isi bumi ciptaan Tuhan ini. Kerana Syurga dan bumi serta isinya adalah milik Tuhan sendiri.(Mazmur 148) diciptakan untuk hidup harmoni memuliakan Sang Pencipta ini, dan bukan membiarkannya dimusnahkan! kalau kita sebagai manusia ciptaan Tuhan menurut gambaranNya sendiri tahu siapa Sang Pencipta ini, kita tahu bahawa hidup kita bukan hanya untuk aku, daku dan diriku sendiri.
Agree. Kita selamatkan jiwa DAN keep green.
ReplyDelete