sesamamu

Thursday, January 12, 2023

50 tahun-Jubilee emas bagi ku











Merayakan berkat kemurahan Nya didalam hidup ku. 50 tahun adalah satu perjalanan hidup yang penuh dengan berkat dan cabarannya. Sebelum melangkah ke angka 5, ada beberapa idea yang terlintas difikiran bagaimana aku dapat merayakannya penuh makna dan akan dikenang selagi hayat dikandung badan. Dan tercetusnya idea untuk kembara berbasikal dari Telok Melano, iaitu 0 KM di Sarawak sehinggakan ke "Tip of  Borneo" , kudat-Sabah.

Maka, pada 19 Disember 2022 saya pun memulakan kayohan tersebut bersama dengan kembara basikal yang lain dari pergerakan pencipta alam semulajadi yang dikenali sebagai KGM(Keep Green Movement) juga satu pergerakan yang dipelopori oleh saya sendiri. Jadi, kayohan ini adalah serampang dua mata, Pertama, untuk Perayaan Jubilee emas saya sendiri dan kedua, untuk panggilan pemuliharaan alam semulajadi dan warisan budaya itu sendiri melalui pergerakan KGM ini.
kami telah sampai ke destinasi, "Tip Of Borneo" pada 6 Januari 2023, 18 hari termasuk 1 hari cuti dan merangkumi sepanjang 1674 KM kembara kayohan berbasikal.



Sepanjang kayohan ini, setiap hari akan dianggap hari yang baru dan pasti pengalaman yang baru akan kami  lalui. kepada saya secara peribadi, saya akan bertanya soalan ini, "Tuhan apakah yang akan aku pelajari dari Mu hari ini?". Hanya soalan ini yang menjadi bekal untuk saya temui siapa Dia didalam hidup ini selama kayohan ini dan merayakan kebaikan Nya didalam hidup ini selama 50 tahun hidup didalam dunia ini. Hidup ini adalah satu pegembaraan, seperti kayohan kembara basikal ini. Ya, sudah pasti setiap hari, ada destinasi yang harus ditujui, dan yang terutama, setiap kayohan adalah satu usaha untuk mencapai destinasi tersebut. 

Apabila tiba ke destinasi yang dirancangankan untuk hari tersebut, saya akan rasa lega dan menguatkan lagi tekad untuk teruskan kayohan ke destinasi ataupun matlamat yang terakhir, iaitu, "Tip of Borneo". dan setelah melalui 18 hari menuju ke matlamat akhir, memijakkan kaki di sana, stau perasaan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya ucapan kesyukuran kepada Dia yang memampukan, yang melindungi, menyediakan apa sahaja yang saya diperlukan untuk meneruskan kembara kayohan ini.  Apabila melihat kepuasan diwajah rakan-rakan kayohan kembara berbasikal yang lain, ia memberi erti yang sangat mendalam kepada hubungan yang terjalin sepanjang kembara kayohan berbasikal ini.

Jadi, apa yang saya pelajari didalam setiap hari kayohan kembara kami? Di sini saya akan kongsikan 50 perkara yang saya pelajari sepanjang kayohan Kembara KGM "Plant the tree" ini.
1. Fokus kepada Destinasi Akhir

2. Mula langkah(Kayohan) dengan Iman
3. Mendengar Diri sendiri
- Kemampuan
- Keupayaan
4. Percaya kepada Basikal mu
5. Imbangi beban basikal (Barang yang di bawa)
6. Berhenti setiap 5KM dan 10KM untuk
- Minum'
- Regangkan otot
7. Pengurusan masa yang baik
8. Membuat keputusan waktu Krisis dengan baik
9. Bijak membuat keputusan ddalam kumpulan
10. Memimpin Kumpulan kembara Kayohan
11. Cepat atau perlahan kayohan, destinasi akhir menjadi sasaran
12. Jangkakan kerosakan basikal akan terjadi
13. Sedia dengan apapun kerosakan yang akan berlaku keatas basikal
14. Rehat dan Tidur yang cukup untuk keesokan hari nya
15. Bekalan air yang mencukupi

16. Pengambilan makanan yang akan membekalkan sumber tenaga
17. Segarkan diri 
18. Sentiasa berwaspada diatas Jalan Raya
19. Menyapa denga mesra sesiapa pun yang ditemui
20. Mendengar cerita mahupun komen mereka yang kita temui
21. Kerjasama satu pasukan
22. Pengorbanan

- Masa
- Tenaga
- Wang
23. Kekuatan mental dan Fizikal harus seimbang
24. Segala nya dibawah kekuasaan Tuhan
- Panas
- Hujan
- perkara yang berlaku
25. Sentiasa Bersyukur
26. Mengkagumi Ciptaan Nya sepanjang Jalan
27. Mengakui betapa kecilnya kita berbanding DIA yang menciptakan Bukit dan Gunung yang harus didaki dengan kayohan.
28. Kesedaran akan siapa kita dimata orang lain
29. Kesedaran siapa sebenarnya yang bersama kita selalu
- Kesederan timbul setelah melihat dana yang ingin dikumpulkan untuk usaha projek KGM ini gagal mencapai sasaran. 

30. Basikal hanya alat/mesin yang hanya boleh bergerak jika seluruh hidup ini mahu menggerakkan nya
31. Hubungan kekeluargaan sangat penting
32. Berkenalan dengan rakan baru
33. Kita hidup untuk berkomuniti bukan sendiri-sendiri
34. Bila menghadapi masalah ataupun kesukaran, hubungi mereka yang "Tepat" pada masa-masa kecemasan tersebut.
35. Komunikasi sesama dan dengan orang yang baru kita temui adalah penting.
36. Panggilan ataupun tujuan satu-satu perkara yang kita lakukan biar jelas.
37. Selalu ceria-gembira
38. Hadapi halangan ataupun cabaran dengan tenang dan senyum
39. Kongsikan beban
40. Ceriakan suasana senantiasa
41. Menjadi "
mover" bukan "Pusher"
42. Adakalanya kita perlu masa untuk sendirian
43. Memimpin kelajuan dibarisan terakhir
44. Kadang-kadang, si tangan kanan harus perhatikan tenaga sebelah kiri.
- sekali-sekalai tumpuan tenaga dikerahkan ke sebelah kaki kiri sangatt membantu ketika kayohan naik bukit.
45. Jangan memaksa diri dan basikal
46. Tak mampu berkayoh, tolak basikal tu, terutama ketika naik bukit.
47. Tahap penglihatan sangat terhad waktu malam, jadi elakkan berkayoh waktu malam.
48. Harus cepat mengadaptasi dengan persekitaran Kayohan kembara berbasikal
- Masa
- Pembentukan stamina
49. Jaga kesihatan sepanjang 18 hari kayohan supaya didalam keadaan yang baik adanya

50. "Capture" momen sepanjang kayohan.

50 perkara yang dipelajari diatas, disepanjang kayohan kembara basikal ini akan menjadi bekal kepada saya secara peribadi untuk meneruskan kayohan didalam hidup ini terutama di atas lebuh raya hidup yang aku namakan "The Highwayy of Holiness". Kerana, "Highway" ini benar-benar penuh dengan cabaran dan tidak kurangnya berkat. Yang pasti, teruskan kayohan di landasan yang betul menuju destinasi akhir, sudah pasti tujuan hidup mu tidak akan sia-sia, kerana hanya DIA yang memampukan segala yang mustahil bagi ku dan kita manusia khususnya.

4 comments:

  1. Respect! Keep it up…

    ReplyDelete
  2. The greatest pleasure in life is doing what people say you can not do. Congratulations sir.

    ReplyDelete