sesamamu

Saturday, January 21, 2023

 KGM(Keep Green Movement) Plant the Trees Cycling Tour 2022

(Kayuhan Basikal Kembara Penanaman Pokok KGM)



Pada 6 Januari 2023, Hari ini dalam sejarah. Satu kumpulan pergerakan Kayuhan Basikal Kembara KGM telah sampai ke destinasi terakhir mereka, "Tip Of Borneo", Kudat-Sabah. Kumpulan kayuhan Basikal Kembara KGM ini telah berlepas daripada kosong (0)Kilometer, Telok Melano, Sematan-Sarawak pada tanggal 19 Disember 2022. Bermakna mereka telah mengayuh basikal mereka selama 18 hari untuk sampai ke Destinasi Akhir kami, "Tip Of Borneo"-Kudat, Sabah dan

mengayuh sejauh 1644.74 Kilometer. Kudos! kepada Tim Kayuhan Basikal Kembara KGM yang dimana, 3 orang daripada mereka telah mengayuh dari hari
(Rining-Peter Lai- Apai@Ramlee)

Pertama lagi sehingga ke destinasi terakhir, iaitu, Peter
Lai, Ramlee Eli dan Rining Peter Paris, dan ahli-ahli kayuhan yang lain, seperti Patrick Juran dan Isterinya, Freda, Boi Maiden serta Simon Sandi, menyambung kayuhan dari Miri (Simon menarik diri setelah sampai di Lawas atas kekangan kesihatan)
(Boi-Patrick-Simon-Fredda)

   

Kenapa kayuhan kembara KGM ini dilakukan? 

Pada mulanya, idea Kayuhan Basikal Kembara ini tercetus apabila Rining Peter Paris terfikir akan bagaimana mahu menyambut ulang tahun peribadinya yang ke 50 tahun (Jubilee). Dari sana, idea ini berkembang daripada kayuhan Basikal  kembara secara solo, dan berdua bersama saudaranya Feridi Dawat yang juga mahu merayakan kelahirannya yang ke 30 tahun pada tahun 2023 dan akhirnya, dikembangkan kepada Kayuhan Basikal Kembara  KGM dengan melibatkan penggerak-penggerak pemuliharaan alam semulajadi yang lain yang di mana juga mempunyai hati kepada pemuliharaan alam semulajadi ini. Dari sini, dalam masa 2 tahun persiapan, kumpulan Kayuhan Basikal Kembara ini telah melakukan kayuhan kembara sempena "Earth Hour" untuk mempersiapkan diri dan juga berkongsi akan idea dan pengelaman sebagai persiapan kepada Kayuhan Basikal Kembara KGM ini. Dari sini juga, kami, KGM mengenali otai-otai Kayuhan Basikal Kembara seperti Simon Sandi, Peter Lai, Patrick Juran dan Isteri, dan juga menyatakan minat untuk menyertai Kayuhan Basikal Kembara ini.

(Earth Hour)


Hasil daripada Kayuhan Berbasikal Kembara sempana "Earth Hour" dua tahun bertururt-turut tersebut, idea akan Kayuhan basikal Kembara KGM ini semakin jelas, seperti tujuan kayuhan, tarikh dan destinasi. Maka ditetapkan, penghujung tahun 2022, Bulan Disember adalah masa yang sesuai dan destinasi terakhir adalah, "Tip of Boreno-Sabah".

Nama-nama seperti Ramlee Eli, Peter Lai, Simon Sandi terus menjadi sumber inspirasi persiapan kayuhan basikal kembara KGM ini kerana mereka berpengelaman luas didalam aspek-aspek sebagai Pengayuh Basikal Kembara. dan seterusnya nama-nama ini terus berkembang kepada mereka yang lain juga terlibat didalam aktiviti Kayuhan Berbasikal Kembara ini seperti, Patrick, Freda, Boi Maiden, dan rakan-rakan baru yang ingin mencuba seperti Feridi, Wan dan Rining Peter Paris.


Tujuan Kayuhan Basikal Kembara KGM ini?

Ada 2 tujuan ataupun objektif kayuhan basikal Kembara KGM ini.

1. Untuk memberi kesedaran akan pentingnya pemuliharaan Alam semulajdi ini daripada semakin terancam.

2. Untuk menghidupkan dan memperkenalkan kembali warisan alat musik tradisional suku kaum Lun Bawang yang dipanggil Tapi'. (2 strings boat lute). 

(Tapi' dan Mascot KGM -PEDRO)

Dengan objektif ini, Kayuhan basikal Kembara KGM ini juga menggalakkan orang-orang perseorangan mahupun organisasi terlibat secara tidak langsung dengan penyumbang kepada tujuan Kayuhan Basikal Kemabar KGM ini. Oleh yang demikian, TKHAS(Terabai Kenyalang Heritage Association Of Sarawak) bersetuju untuk memayungi aktiviti ini. Terima kasih kepada Setiausaha Agung TKHAS yang begitu "supportive" kepada aktiviti ini.


Siapa KGM?


KGM(Keep Green Movement)
adalah satu pergerakan dimana ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang peduli akan hal-ehwal alam semulajadi dan warisan budaya kita. Dan KGM bergerak aktif membawa panggilan pemuliharaan alam semualajdi dan warisan ini di bawah naungan TKHAS. Dalam erti kata lain, sesiapa SAHAJA yang di luar sana yang ingin terlibat dengan salah satu daripada  2 dasar pergerakan KGM ini boleh sertai kami dan terlibat sama didalam menuju kepada mengrealisasikan maksud dan tujuan pergerakan ini.


Persiapan untuk Kayuhan Basikal Kembara KGM ini...

Persiapan banyak terarah kepada basikal. Basikal yang tepat digunakan untuk setiap ahli yang terlibat. Oleh sebab itu, ada beberapa siri Kayuhan Basikal Kembara dilakukan oleh setiap  ahli dalam tika dan waktu mereka sendiri (Berasingan). Bukan kepada jenama apa, berapa harga basikal yang kamu gunakan, tetapi lebih kepada kesesuian si Pengayuh basikal tersebut.


Dan juga, persiapan fizikal dan mental yang siap siaga dengan Kayuhan Basikal secara kembara, penuh dengan dengan bagasi barang-barang keperluan seperti, alat-alatan kamping, pakaian, makanan, peralatan dan alat-alat ganti basikal. Dan selain ini adalah Kayuhan Berbasikal Kembara yang "Fully Loaded", ia juga adalah satu kayuhan tanpa "Mobile escort", ataupun, tiada kereta yang mengiringi sepanjang Kayuhan Basikal


Kembara ini. Apa-apa pun yang terjadi, hanya kita dan kita jaga kita sahaja. Sebagai contoh, satu ketika, basikal mengalami kerosakan, DR(Derailleur) patah, dan hasil skil kelangsungan hidup salah seorang ahlinya, basikal tersebut dapat dikayuh sehingga ke destinasi yang dituju pada hari tersebut juga.Hebatkan? walau diikat dengan "Cable tie" sahaja DR dapat berfungsi. Dalam erti kata lain, "Jangan mengalah sebelum mencuba memperbaiki apa yang patut dan seadanya untuk kelangsungan hidup".

Cher Citer Perjalanan Kayuhan Basikal Kembara selama 18 hari itu...

Saya akan kongsikan pengalaman 18 hari ini satu persatu. Untuk setiap pergerakan Kayuhan, dijangkakan berlepas 7am dan tiba di destinasi pada hari tersebut 5pm setiap hari.(Tetapi kerab kali, kami tiba selepas  5pm ke destinasi pada hari tersebut)


Hari Pertama

Pelepasan dari Telok Melanoa, Kosong(0) Kilometer bremula pada 19 Disember 2022, jam 7.30am (Lebih Kurang). Bermulalah satu Kayuhan Basikal Kembara KGM untuk penanaman semula Pokok. Selepeas Pastor Melving Rining Bangau memberkati dan mendoakan perjalanan Kayuhan Basikal Kembara KGM ini, bermulalah satu sejarah baru yang bakal terukir bagi setiap pengayuh basikal secara peribadinya. Satu permulaan yang baik walaupun malam sebelumnya, hujan ribut melanda tapak perkhemahan di Telok Melano sehinggakan ada beberapa khemah yang terbang ditiup angin kencang. Malam sebelum pelepasan juga, kami ditemani oleh ahli keluarga pengayuh basikal yang sempat bertandang menyokong dan memberi sokongan moral kepada ahli-ahli Kayuhan Basikal Kembara KGM.

Pada hari pertama ini, Tim pengayuh terdiri daripada Ramlee, Peter Lai, Patrick, Freda, Boi dan Rining Peter Paris. Destinasi yang pertama untuk hari pertama adalah sejauh 107.30KM, iaitu di Bung Orad. Tim kayuhan berjaya mengharungi Bukit tinggi Telok Melano, panas terik dan hujan lebat.  Dipertengahan kayuhan, Simon Sandi yang berkayuh dari Batu Kawah bergabung dan berkayuh bersama-sama dengan tim dari salah satu bukit di Daerah Lundu. Bermakna, pada hari pertama dan "route" pertama, seramai 7 orang melengkapkan kayuhan ke destinasi pertama kami.

Walaupun dengan hampir semua kebasahan, semuanya selamat sampai di tapak perkhemahan , di Bung Orad. Terima kasih kepada tuan empunya premis ini membenarkan kami bermalam di sini.

Oh ya, Boi, Patrick dan Freda tidak berkhemah bersama-sama kerana tidak dapat mengikuti tim kayuhan ini untuk meneruskan kayuhan mereka pada hari yang kedua keesokan harinya.


Di Bung Orad, khemah di pasangkan, dan makanan disedikan dengan menggunakan semua peralatan yang dibawa menggunakan basikal oleh setiap ahli tim. Sudah pastinya, makanan utama, mi segera dan air 3 didalam 1. Tuan empunya premis sempat bersama kami buat seketika sahaja sebelum kami melabuhkan tirai hari yang pertama kami.


Hari kedua


20 Disember, 2022-Tidur dengan suasana yang nyaman dan dingin, kami dikejutkan dengan jam penggera kami, Peter Lai yang seawal 5am telah bangun bersiap untuk ke destinasi kayuhan seterusnya. Kali ini, tim mengecil kepada 4 orang. Simon mahu meneruskan kayuhan bersama-sama sehingga ke destinasi seterusnya, iaiatu, Balai Ringin.Kami berlepas jam 7.45am untuk ke destinasi seterusnya yang jauhnya ialah 112.10KM. dan tiba di destinasi tersebut lebih kurang jam 7pm. Satu perjalan yang jauh dan memenatkan. Kami berkhemah di perkarangan rumah seorang teman.Pada malam tersebut, Saya tidak bermalam bersama-sama dengan ahli tim yang lain kerana terpaksa balik ke Kuching untuk menggantikan "spoke rim" belakang yang patah dan mengambil gantian dibawa bersama kelak. Kebetulan Clarence Jurugambar rasmi kami berada membuat pengambaran daripada Serian hingga ke Balai Ringin Bersama dengan kami, jadi dia dengan sukarelanya membawa saya kembali ke Kuching dan keesokan harinya, selepas urusan menukar ganti "spoke" yang patah dan mendapatkan 5 jejari rim sebagai gantian sepanjang perjalanan kelak. Feridi pula yang menghantar saya kembali ke Balai Ringin untuk bersama-sama dengan ahli tim yang lain untuk meneruskan kayuhan kami.


Pada hari kedua ini juga, Ramlee ataupun Apai mengalami tayar belakang basikalnya bocor disekitar Jalan Borneo Highland. 
Anjing-anjing disepanjang kayuhan juga sangat "Ramah". Ini menjadai satu perkara yang biasa bagi kami sepanjang  kayuhan, bak kata Peter Lai, "anjing tu menyapa dan bertanya kemana kamu pergi?".


Hari ketiga

21 Disember, Di hari yang ketiga juga, Simon tidak mengiringi tim untuk meneruskan kayuhan, dia harus kembali bersama-sama dengan keluarganya untuk Krismas ini.

Selepas memasang kembali rim belakang basikal saya, lebih kurang jam 11am, kami meneruskan kayuhan kami. Untuk hari ketiga ini, hanya kami bertiga, Ramlee, Peter dan Saya sendiri, Rining Peter. Dan di hari ketiga ini juga bermulalah kayuhan ini diteruskan oleh kami bertiga sahaja sehinggalah kami sampai di Miri. 

Kayuhan pada hari ke 3, kami memilih destinasi


Gunung Hosanna. Kami menghabiskan jarak kayuhan sebanyak 69.60KM sahaja dan bermalam di Gunung Hosanna. Sepanjang perjalanan kayuhan, hari mendung dan tidak begitu panas sehinggalah kami tiba di Gunung Hosanna, hujan pun turun dengan lebatnya. 

Bermalam di Gereja Gunung Hosanna adalah satu berkat, tetapi malangnya, tuan rumah kami tidak sempat balik malam tersebut bersama dengan kami kerana sibuk dengan pelayanan pra Krismas di kampung yang berdekatan. 

Ikan masin yang distim dan nasi bubur beras

Adan dari Ba' Kelalan untuk menggantikan semua tenaga yang dicurahkan untuk menawan Bukit Bangunan pada hari ketiga ini. Ketinggian yang dilalui pada hari ini adalah setinggi, 492 meters.


Hari Keempat


Disember 22, 2022, jam 7.30am, kami juga mengambil keputusan untuk hanya berkayuh dibawah 70KM untuk menggantikan dua hari yang lepas kita telah berkayuh melebihi 100KM sehari. Destinasi kali ini adalah untuk bermalam di sebuah Rumah Panjang iaitu Rumah Panjang Pelosok. Kami tiba di destinasi di hari yang keempat ini sekitar jam 3.30pm. Dan cuaca memihak kepada kami, panas terik dilalui dengan tenang dan dalam masa yang sama, ini adalah cabaran bukit yang tinggi yang kami harus lalui pada hari ini, Bukit Bengunan.

Sesampai sahaja di rumah Panjang Pelosok, kami disambut oleh tuai Rumah dan beberapa penduduk Rumah Panjang. Malamnya, kami sempat berkongsi makanan tradisi serta bunyian Krismas daripada alat musik Lun Bawang yang dipanggil Tapi' ini.


Malam yang sangat ceria bagi kami semua bersama-sama dengan beberapa teman Tuai Rumah, Wan Anyi (Bukan orang Ulu ya).


Dan kali ini, "Spoke" basikal Peter Lai menghadapi masalah. Bukan itu sahaja, dari "spoke" kepada kurang cekapnya bengkel basikal yang ditujui, menyebabkan keseluruhan tayar dan "tube' perlu diperbaiki.


Hari kelima

Pada hari ini, 23 Dicember 2022, kami berangkat ke destinasi seterusnya, kira-kira jam 7.40am ke destinasi yang boleh dikatakan lebih mencabar, iaitu Sebongkoi. kami tiba di Sebongkoi kira-kira jam 8pm. terlalu jauh lewat daripada masa sepatutnya ETA ialah 5pm. 

Laluan kali ini harus melalui bukit Sebongkoi yang ketinggian nya lebih kurang 494 meters, dan jarak kayuhan hari ini adalah 110.58KM. Masa pergerakan ataupun kayuhan adalah dalam 7 jam 28 minit tidak termasuk masa-masa berhenti berehat dan masak mi segera. Sementara menunggu hujan lebat reda.


Ya kami terpaksa berhenti dipondok jualan tepi jalan yang kosong untuk masak  makanan tengahari. selepas makan tengahari, maka hujan lebat dengan angin yang kencang pun melanda kami ditengah kayuhan kami. Memandangkan ada bahagian jalan Pan Borneo yang belum dibuka untuk laluan kenderaan , jadi kami mengambil kesempatan untuk menggunakan jalan tersebut untuk mengelakkan kenderaan lain yang melaluinya. 


Sesampai sahaja di kawasan perkhemahan di Bukit Sebongkoi, kami terus memasang khemah kami dan mengeluarkan semua peralatan dan makanan yang ada untuk dimasak. secara peribadi, laluan kali ini sangat-sangat menduga emosi kami kerana, kita melalui bukit Sebangkoi dalam keadaan yang gelap dan hanya berbekalkan lampu basikal yang tidak begitu jelas. Jadi, keadaan mendaki dan menuruni Bukit tidak dapat kita duga.

Apa-apapun, malam nya, kami tidur dengan lena kerana kesejukan. Ya, kesejukan dengan banyak barang kami yang basah, seperti Apai @ Ramlee, tidur dengan baju yang basah dan khemah yang "batang tiang yang tidak lengkap".


Hari keenam


24 Disember, ya Malam Pra Krsimas.  Dan destinasi hari ini adalah Sibu. Dari Sebangkoi ke Sibu adalah lebih kurang 87KM. Walaupun nampak dekat jaraknya, tetapi kami selamat tiba di Sibu kira-kira jam 6.30pm.

Dalam perjalanan ke Sibu, kami mengambil kesempatan untuk memperbaiki basikal kami di Sarikei. Peter Lai perlu seimbangkan rim nya, begitu juga dengan Apai @ Ramlee dan saya mengambil kesempatan untuk membeli "stand" basikal saya. "Kao ada"??? (Peter Lai ungkapan keramat). Mungkin kami luangkan masa sekitar 5 jam di Sarikei



untuk, makan dan perbaiki basikal. Tempat memperbaiki basikal juga sangat baik dan saya rekomen lah.

Memandangkan kebanyakan baju kami basah, kami mengambil keputusan untuk bermalam di hotel. Penginapan di Hotel yang pertama bagi kami bertiga, dan kesempatan diambil untuk mencuci semua baju terus dikeringkan bila berada di sibu. Basikal dibawa masuk kedalam bilik penginapan tanpa was-was basikal di apa-apakan. Win Hotel membenarkan basikal dibawa ke dalam bilik penginapan. Bilik penginapan juga luas. 

Malam Pra Krismas, diraikan oleh Peter Lai dan Saya hanya didalam bilik Hotel. Merry Chrismas!!!! Ya terlepas malam Krismas bersama keluarga tahun 2022.


Hari Ketujuh


25 Disember, 2022- Hari Natal. Selamat Hari Natal semua. jam 7.30am, kami pun daftar keluar dari Win Hotel dan mencari tempat untuk sarapan pagi. Setakat hari ketujuh ini, tiada apa-apa isu yang besar terhadap basikal kami. Apai@Ramlee hari Kedua sudah buka "mudguard" basikal serta pancit Tayar, Hari Kedua juga, "Spoke" rim belakang basikal saya patah, hari keempat, Basikal Peter Lai "Spoke" belakang juga patah dan isu basikal kami semua diselesaikan di bengkel basikal di Sarikei. Jadi hari ini, kayuhan diteruskan dengan harapan, tiada apa yang akan berlaku kepada basikal kami. Destinasi hari ini adalah, Selangau. Jarak Sibu ke Selangai ialah, 80.38KM. Tetapi...Tayar Basikal Peter Lain pun Pancitla...Aaaaaa

Hari ketujuh juga, kami dapat rasakan kami sudah mula mengadaptasi dengan persekitaran Kayuhan Basikal Kembara dan tubuh fizikal serta mental mulai seimbang dengan apa pun cabaran yang kami hadapi setiap hari. Boleh dikatakan, apa pun halangan , cabaran mahupun rintangan, kami siap melawannya dengan ceria!

Ya, kunci untuk memulakan hari kami ialah, keceriaan. Setiap kami punyai keperibadian dan karektor yang berbeza. Dan satu insiden di pasar malam sibu pada Malam Krismas.

Apai: Ini powerbank charge berapa lama?

Penjual: Aaaa

Apai: Berapa harga?

Penjual: Aaaa

semua di jawab dengan Aaaa....Rining Peter pun beredar meninggalkan Apai "deal" dengan Aaaaa



Jadi, mulai hari itu, ketiga kami, kalau di tanya...jawapan nya pasti. Aaaaaaaaaa..... ha ha, sekurang-kurangnya, ini menceriakan kami bertiga untuk terus berkayuh lo. 

kami tiba awal di Selangau, kira-kira jam 4pm walaupun melalui ketinggian setinggi 511Meters.

Kami Bermalam di Motel R&R simpang Selangau selepas pada awalnya kami ingin memasang khemah di R&R sebuah lagi tetapi pekerja nya seperti tidak mengalu-alukan kami, jadi kami berpindah dan temui Motel R&R ini. Apai@Ramlee pernah tinggal di sini sewaktu Kayuhan Basikal kembaranya suatu ketika dahulu.

Awal tidur kali ini, bukan penat tetapi kurang "caj".

Aaaaaaaaa


Hari kelapan


26th Disember, awal pagi...AAAaaaaaaaa

yeah, Krismas yang kedua diatas basikal !!! Kami bertolak jam 7.45am selepas sarapan pagi di R&R simpang Selangau. Destinasi seterusnya, Tatau.

Rining Peter: Mau pergi mana?

Apai: Ta Tau...

Peter Lai: Aaaaaa


Walaupun jarak kayuhan ke Tatau hanya 82.41KM tetapi ketinggian yang kami lalui ialah, 634Meter. Oh ya, purata kelajuan kami ialah sekitar 14-16KM/sejam untuk semua kayuhan sehingga ke hari ini. Yalah, dengan muatan sekitar 30-60 Kilogram, "Kao ada?"!!!

Di hari kelapan, kami tiba di Tatau sekitar jam 4pm. Dan terus bermalam disebuah Inn di atas sebuah kedai. Basikal disimpan didalam kedai selepas kedai ditutup jam 9pm. Sepanjang Kayuhan Basikal Kembara ini juga, kami diberkati dengan ramai kawan yang dikenali mahupun yang baru kami kenali dengan mereka berhenti dan berkongsikan berkat Krismas kepada kami. Air tin mahupun kuih "Krismas", sebab masih lagi dalam suasana Krismas. Sebagai contoh, setelah tiba di daerah Tatau, kami diberkati dengan satu keluarga, yang saya kenal, Ecik Julius seorang Pensyarah di sebuah IPTA di Kuching. Terima kasih Encik dan keluarga.


Hari ini apabila saya bertanyakan Feridi (Yang menolong memantau kemasukan wang untuk dana yang cuba di "raise", setakat hari kelapan, hanya sekitar RM100 sahaja yang masuk ke dalam akaun. Mendengar akan berita tersebut, saya sangat "down". Mulalah timbul banyak persoalan, dan soalan yang paling mencabar ialah, "Kenapa saya lakukan ini?". Hampir nak putus asa, sehingga terkeluar lah perkataan "Mau Pulang?". Maksud perkataan "Mau Pulang?" itu adalah, jikalau putus asa, balik sahaja lah.


Tetapi, apabila saya fikirkan, ahli Tim Kayuhan Basikal Kembara KGM ini, dari hari Pertama hingga sekarang, mereka sanggup korbankan masa-tenaga, keseronokan bersama keluarag di cuti perayaan Krismas/Hujung tahun, malah korbankan wang ringgit mereka untuk panggilan, pemuliharaan alam semulajadi ini, secara tidak langsung menaikkan semangat saya untuk meneruskan Kayuhan ini. Biar tiada yang kisah tentang apa yang kami buat, tiada yang mahu menyumbang, tidak menjadi halangan untuk menghabiskan kayuhan kembara ini sehingga akhir. 


Hari kesembilan


27 Disember 2022, Hari ketiga Krismas lah kan. Hari ini, destinasi yang ditetapkan ialah Simpang Bakun. Bagi yang tahu, apa yang ada di Simpang Bakun, sudah semestinya mahu ke sana dengan kadar yang segera. Anggaran jarak kayuhan hari ini adalah 95KM. 

Pada jam 6pm, kami selamat tiba di Simpang Bakun, dengan melalui ketinggian 686 meters. Wow...tinggi lagi dari hari kelmarin.


Di hari yang kesembilan ini juga, tayar belakang basikal saya pancit untuk 2 kali dalam sehari. 1 sebelum tiba di kedai makan di simpang Bintulu-Sibu dan 10 meters lagi ke Simpang Bakun. (Pancit secara beransur-ansur) bermakna saya masih boleh berkayoh lagi dengan keadaan tayar yang lembut.

"Spare Tube" saya hanya ada 2, bermakna sesampai sahaja kami di simpang Bakun, saya tidak punyai "spare tube" yang baru. Bererti, saya perlu "Tampal" kebocoran tersebut untuk meneruskan kayuhan pada hari yang ke sepuluh nangti (Keesokannya).

Tetapi, sudah sampai di Simpang Bakun,  kami lupa sebentar tentang isu tayar


pancit itu buat seketika. Kami diberkati oleh seorang operator (Mr Chan) "Rumah Asap" di simpang Bakun yang benarkan kami bermalam di "rumah Asap" dia dan malah, dia sendiri juga menyediakan sarapan pagi untuk keesokan harinya bagi kami.


Malam tu, enjoy sakan, berkaraoke, sambil alunan Tapi dimainkan. Teman kepada Peter Lai juga singgah sebentar dalam perjalananya ke Miri menceriakan malam kami di Simpang Bakun. 

Selepas semua episod menceriakan malam selesai, baru "Tampal" "tube" yang bocor tadi.  Dan tidur didalam khemah.

Ya, berbaloi juga basikal yang penuh dengan muatan khemah kan?.walaupun berat.

Jadi, khemah dipasang didalam premis "Rumah Asap" tersebut. tetapi seram juga dengar lori lalu-lalang membuat tidur tidak begitu lena kerana memikirkan lori-lori ini."Bayangkan terbabas, adoi!!! ha..ha saja satu khayalan ngeri semata-mata ya.


Hari kesepuluh


28 Disember, wah sudah masuk hari yang ke-10. Langsung tidak berasa. Fizikal dan emosi sudah sebati dengan harian kayuhan ini. Bagi sahaja bukit tinggi mana pun (Chewah, sombong dah eh, ha ha), akan ku kayuh juga. Hari yang ke-10 ini, destinasi kami ialah, Batu Niah. Bermalam di Niah. Jarak kayuhan dari Simpang Bakun ke Niah ialah sekitar, 83.37 KM. Satu jarak yang ideal untuk Kayuhan Basikal Kembara.


Cuaca sempanjang kayuhan dari Simpang Bakun sangat baik. Baik bermaksud, sangat-sangat Panas. Kami menggunakan jalan persisiran pantai untuk ke Niah. Bekalan air adalah sangat-sangat penting dan mustahak dalam laluan ini.

Bercakap tentang air, adalah disyorkan untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi. Kerana sepanjang jalan, jarang kita temui pondok-pondok mahupun kantin tepi jalan sepanjang jalan Pan Borneo mahupun Persisiran Pantai ni. Ada satu insiden, terutamanya jalan dari sempadan Sungai Tujuh ke simpang Tanjung Maya, kami kehabisan air. Kantin yang terdekat adalah apabila masuk ke Tanjung Maya. Jadi, bekalan air sekurang-kurang 3-4 liter (Botol 1 leter x 4).


Hari ini, kami mengambil kesempatan menginap di sebuah motel di Niah. Mereka benarkan untuk simpan kan Basikal di luar bilik kami. Berkhemah ataupun bermalam di hotel, motel mahupun "homestay", pastikan pemilik premis benarkan basikal kita ada bersama-sama dengan kita, sekurang-kurangnya selamat didalam premis bukannya di luar tempat parkir awam. Bak


kata Peter Lai, "harga basikal saya lebih besar daripada harga sewa satu malam di hotel kamu". Kalau mereka tidak mahu, tak payah tinggal sana, cari lain or berkhemah sahaja.

Hari ke-10 ini juga, saya pecut dan lajukan kayuhan saya. Kerana, saya menggunakan "tube" yang di tampal malam sebelumnya. Pecut sehingga ke simpang Samalaju saya meninggalkan Peter Lai dan Apai @Ramlee. Memandangkan basikal saya adalah RB, apalagi, dengan ketinggian laluan yang tidak seberapa, purata kelajuan saya hari ke-10 ini adalah 20KM/sejam. Macam kayuh tanpa muatan pula rasanya kan.

Sesampai sahaja di Niah, Tayar masih didalam keadaan yang baik. Wah, mujarab juga Apai punya "Tampungan" "Tube" kan?!!!.

Dalam masa yang sama, saya dapat tahu salah seorang sepupu saya dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu, dan saya pun memesan dia untuk belikan "tube".  Kami bertemu dengan Alfred ditengah jalan tidak jauh daripada Niah. Selain menyerahkan "2 spare tube" kepada saya, ada juga 100 plus untuk kami semua.



Dalam kayuhan ini, walaupun saya rasakan "down" kerana tidak ramai yang mahu menyumbang secara kewangan untuk projek penanaman pokok ini, tetapi, ramai individu yang mengikuti perkembangan kayuhan ini melalui Facebook Rining Peter ataupun Keep Green Movement FB Page, mereka berhenti apabila terserempak dengan kami , dan menyerahkan minuman malah ada satu keluarga tu, memberi kuih Krismas. Terima kasih kepada kalian semua.Tidak kurangnya juga sepanjang perjalan, ada yang hon dan memberi kata-kata semangat daripada dalam kenderaaan mereka kepada kami. Ia sangat membantu moral dan semangat kami untuk terus berkayuh janggggg!!!!!


Hari yang kesebelas


29 Disember, dan hari yang ke-11, Destinasi seterusnya ialah, Niah ke Miri. Masih menggunakan lalaun yang sama, iaitu laluan persisiran pantai, kamu meneruskan kayuhan basikal kembara KGM ke destinasi di mana kami akan mengambil 1 hari cuti untuk urusan memperbaharui passport Apai @Ramlee dan menanti rakan-rakan kayuhan yang lain yang mahu menyambung kayuhan mereka dari Miri ke Tip Of Borneo.


Dalam kayuhan dibawah panas matahari kali ini, kami didatangi oleh beberapa teman yang berhenti untuk menyerahkan air dan keropok. Yeah...

Peter Lai dan saya sempat juga "detour" ke Pantai Tusan, untuk mengambil beberapa gambar dan menikmati pemandangan yang indah ini. Apai@Ramlee terlepas simpang untuk ke Pantai Tusan apabila sangat fokus dengan kayuhan nya untuk menaiki bukit dihadapannya. Dia kata bukit "Yo-Yo". Ya terlalu banyak "Yo-Yo"

(Coconut Shake simpang Tusan)

dalam laluan kali ini. Fuh!!! 


Apalagi, berkayuh dalam kepanasan ni, pekena "coconut shake" simpang Tusan sangat menyegarkan "Batang rekung" . Kao ada?...Apai@Ramlee sik da kerana terus fokus kayuh naik bukit...adoi

Kami dapat khabar bahawa, Fredda dan Patrick mengiakan untuk menyertai tim meneruskan kayuhan mereka dan "2 orang senadin" yang juga akan turut serta. Ya "Dua orang Senadin" ini identiti mereka dirahsiakan sehingga lah kesemua tim kayuhan seramai 7 orang bertemu di pos sempadan Sungai Tujuh. Iaitu Boi dan Simon. Boi dan Simon identiti dan penyertaan mereka dirahsiakan oleh saya daripada ahli tim yang lain sehingga ke hari kayuhan diteruskan.



Ke tiga kami, Apai @Ramlee, Peter Lai dan saya tiba di Miri kira-kira jam 3.30pm, dan kami teruskan kayuhan kami ke "Grand Old Lady", Bukit Kanada. Selepas itu, kami berkayuh ke rumah persinggahan  kami masing-masing. Peter Lai dan Apai@Ramlee tinggal bersama teman Peter Lai dan saya sendiri ke Taman Tunku, untuk bersama ayah saya. kesempatan rehat 1 hari diambil untuk memeriksa dan kemaskini basikal dan peralatan yang ada.


Hari yang keduabelas

30 Disember 2022, hari rehat untuk ahli Kayuhan Basikal Kembara KGM. Patrick dan Freda yang menggunakan bas, tiba di Miri pada petangnya dan "Orang Senadin" yang memandu kenderaan sendiri tiba pagi hari ini. Pada hari ini juga, Apai@Ramlee memperbaharui passport nya supaya dapat melalui Brunei keesokan harinya.

Ya, perjalan kayuhan seterusnya harus melalui Brunei ungtuk samapi ke Lawas. Jadi perlu Passport lah ya.


(Jumpa kawan "Senadin" di Sg. Tujuh)

Hari yang Ketigabelas

31 Disember 2022, diambang tahun baru. Destinasi seterusnya, Kuala Lurah, sempadan Brunei-Limbang. Jarak kayuhan adalah 140KM, satu jarak yang sangat jauh. Belum pernah kami lakukan. Tetapi berita baiknya ialah, kami hanya melalui jalan yang tidak berapa tinggi, namun strava saya merekodkan ketinggian 572 meters.

Drama "2 Orang Senadin" bermula di sempadan Sungai Tujuh. Akhirnya identiti "Orang Senadin" terbongkar di sini. Kedua, Simon dan Boi memandu dari Kuching pada hari yang sama Patrick dan Freda menaiki bus.


Peter dan Apai @Ramlee berkayuh dari rumah temannya Peter, dan saya dari Taman Tunku, 4 mereka yang lain dihantar dengan kenderaan sehingga ke sempadan Sungai 7.

Maksudnya, seawal 4am saya harus berkayuh dari Taman Tunku yang jaraknya lebih kurang 30KM ke Sungai 7. Sempadan pos kawalan buka tepat jam 6am.

Isu pertama hari ini, Basikal Peter Lai Pancit di rumah sebelum mulakan kayuhan dan saya sendiri, Tayar belakang Pancit di sempadan Sungai Tujuh. Saya mengambil masa 30 Minit untuk Tukar "Tube" basikal yang baru. Bermaksud saya ditinggalkan 30 minit dibelakang oleh teman-teman kayuhan yang lain.












Kami selamat sampai di sempadan Kuala Luruh kira-kira jam 5pm. Di Kuala Lurah, kami mamasang Khemah dan memandangkan hari ini
adalah diambang tahun baru 2023, seorang Pakcik, mempelawa kami untuk bermalam di perkarangan premis kedai beliau. Jadi, malam Tahun baru kami berkhemah di Kuala Lurah.

Kayuhan diri Miri-Kuala Lurah sepanjang 150KM adalah satu "route" yang sangat jauh. Malam diambang tahun baru kami, semua keletihan dan hanya tidur awal lah ceritanya. Walau bagaimanapun Tapi' tetap berkumandang di Kuala Lurah.

(Pasang Khemeh di perkarangan Premis kedai Pak Hj. Amit di Kuala Lurah)


Hari yang keempatbelas

1 Januari 2023, SELAMAT TAHUN BARU 2023 Semua. Ucapan pertama di awal pagi Tahun Baru 2023. Pejam celik, pejam celik, Kayuhan Basikal Kembara KGM telah masuk tahun 2023. Dan hari ini, destinasi sasaran ialah Lawas. Bermakna, sekali lagi kami akan masuk Brunei (Temburung) dan keluar di Lawas. Jarak

(Bersama Pak Hj Amit di Kuala Lurah)

kayuhan untuk sampai ke Lawas dari Kuala-Lurah ialah lebih kurang 114KM. Bermakna satu kayuhan yang amat jauh untuk hari ini.


Kami bermula dengan baik dengan keadaan cuaca pagi yang cerah dan panas sehingga ke petang. 10 KM lagi untuk sampai ke bandar Limbang, basikal


saya mengalami patah "spoke" rim belakang untuk kali keduanya. Dengan harapan ada bengkel basikal di Limbang yang akan buka, tetapi malangnya, tiada satu pun yang buka. Memandangkan hari ini adalah hari ahad dan cuti umum tahun baru, semestinya tiada bengkel basikal yang buka.

(Apai o...apai)

Jadi, dengan pengalaman yang ada, Apai @Ramlee cuba dan berusaha untuk mengseimbangkan rim basikal saya setelah dipasang "spoke" yang baru yang dibawa dari Kuching. sekitar tengahari, kami mulakan kayuhan masuk ke Temburung, Brunei dan sehinggalah sampai di pos kawalan sempadan Bruinei-Malaysia, DR(Derailleur)


basikal saya pula "Pin" nya patah apabila saya memaksa basikal saya untuk naik bukit dipersempadan Malaysia-Brunei(Labu). Kalau dilihat dari pandangan makenikal basikal, ini satu isu yang besar. Jadi, Simon-Peter Lai dan Patrick meneruskan kayuhan ke Lawas dan diekori oleh Freda keseorangan sepanjang kayuahn nya, dan bersama dengan saya, Apai@ Ramlee dan Boi dibelakang untuk cuba menyelesaikan masalah DR saya. selepas lebih kurang 30 minit, masalah DR diselesaikan dengan bantuan "Cable tie"
(Nah...ambek kao)

Bermakna saya berkayuh selama 20KM dari Trusan ke Lawas dengan hanya "single gear". Dengan tekad untuk sampai berkayuh di Lawas tanpa mana-mana bantuan kenderaan untuk membawa saya dan basikal, akhirnya, kira-kira jam 7.30pm, kami sampai di Lawas. wow, satu pengalaman yang sangat mencabar, mencobai jiwa dan mental daripada mengalah.

Kami bermalam di sebuah "Homestay" kepunyaan Aunty dari Ba' Kelalan, dan malam ini juga Saya, Boi dan Apai@Ramlee meluangkan masa bersama seorang sepupu saya di Lawas.

Sepanjnag tinggal di "Ri Tau Homestay" ini juga, seorang rakan KGM Lawas, Jacob Kading banyak memberi bantuan untuk menolong tim dalam hal-hal yang berkaitan. Dia juga  membantu kami untuk mencari kedai basikal di Lawas. Memandangkan ini juga, tempat asal saya, Kayuhan Basikal Kembara KGM ini juga

(Jacob, berbaju Biru)

merupakan satu sejarah bagi saya secara peribadi mahupun, orang setempat dari Lawas, yang pernah Berkayuh dari Telok Melano ke Lawas. Kalau ada dan pernah melakukan Kayuhan Basikal Kembara dengan Basikal yang sarat dengan barang dan tiada bantuan kenderaan yang mengiringi, mungkin saya terlepas pandang. Tetapi setahu saya, tiada yang saya dengar mahupun lihat selama 50 tahun saya hidup di dunia ini. Jadi, sejarah tercipta bagi orang Lawas, dari suku kaum Lun Bawang berasal daripada Ba' Kelalan. Hu...ha!!!

(Bersama tokey 88 cafe di Lawas yang menaja 100plus)
(Bersama Uncle Martin, Ri Tau Homestay Lawas)

Diharap, ada lagi generasi daripada Lawas yang akan meneruskan ataupun memperbaiki rekod ini. Kayuhan Basikal Kembara, Dari Telok Melano, sarawak ke  "Tip Of Borneo", Sabah di masa yang akan datang.






Hari yang kelimabelas

2 Januari, 2023. Ya, hari baru dan hari lahir saya yang ke 50 tahun. Tahun Jubilee untuk diri saya. Terima kasih untuk semua ucapan daripada Tim kayuhan Basikal Kembara KGM. Walau bagaimanapun, Simon menarik diri dari meneruskan kayuhan kerana masalah kesihatan. Maka tinggal kami ber-6 sahaja kali ini untuk meneruskan kayuhan kami ke destinasi seterusnya-Sipitang, Sabah.

(Tukar DR nya pak)

Dalam erti kata lain, kami akan meninggalkan Sarawak untuk memasuki Sabah buat pertama kalinya dalam kayuhan ini. 

Jarak dari Lawas ke Sabah hanya lebih kurang 38KM, satu jarak yang singkat untuk kami pergi menangani beberapa isu terhadap basikal kami. Terutamanya basikal saya. Hadiah hari jadi, dibelanjakan untuk menukar DR yang baru dan lain-lain. 

Bercakap tentang hari lahir ke-50 tahun, seperti yang saya nyatakan diawal tulisan ini tadi, idea untuk Kayuhan Basikal Kembara ini sebenarnya lahir daripada beberapa idea bagaimana saya dapat menyambut tahun Jubilee diri saya tahun ini. 

(Feri menyeberang sungai Lawas)

Dan sehingga, tercetusnya idea Kayuhan Basikal Kembara ini dan dikembangkan kepada idea menggabungkan usaha pemuliharaan alam semulajadi dengan penglibatan KGM. Dari KGM seterusnya kepada individu-individu yang mahu berkayuh bersama-sama dalam Kayuhan Basiakal Kembara ini. Menyambut Jubilee secara peribadi bagi saya adalah satu "Milestone" yang harus diraikan.

Setibanya kami di Sindumin, Persempadanan sarawak/Sabah, kami disambut oleh rakan kami, DJ Peter Langub. Sempat makan sup

(Disambut oleh MR DJ Peter)

daging di restauran Achang di Sindumin sebelum meneruskan kayuhan mencari tempat berteduh. Setelah sekian lama mencari, kami temui satu Homestay yang sangat menarik dan baru.

Bercerita tentang suasana di Sabah, sepanjang kayuhan dari Telok Melano ke Lawas, kami dapat merasakan lebih banyak kenderaan yang Hon dan menunjukkan sokongan supaya kami teruskan kayuhan sepanjang di Sabah. Boleh dikatakan 5 daripada 10 kenderaan yang lalu akan hon dan tunjukkan sokongan berbanding di Sarawak, hanya 1 daripada 10 kenderaan yang lalu akan berbuat seperti yang kami nyatakan didalam sosial media kami, "Hon ataupun tunjukkan sokongan apabila terserempak

(Seorang "Cyclist" berhenti menyapa kami)

akan PEDRO (Maskot KGM) di sepanjang perjalanan yang kami lalui. Tetapi ada juga satu insiden dimana ada seorang tu berteriak dari keretanya sambil berkata, "Tidak boleh berkayuh basikal di jalan ni!!"

Masih dalam suasana menyambut tahun 2023, di malam nya pulak, Peter Lai telah belanja tim makan malam sempena hari jadi saya dan seterusnya sama-sama berhibur dengan DJ Peter Langub, juga merupakan seorang rekording artis Sabah


bersama-sama dengan kami. Jamming bersama Guitar dan Tapi' untuk malam hari jadi Rining Peter Paris. Yeah!!!


Hari yang keenambelas

(Bersama tuan Rumah Homestay di Sipitang)

3 Januari, 2023, Hari dimana bermulanya kayuhan di Wilayah Sabah sepenuhnya, dan hari ini destinasi kami ialah, Papar. Jarak Sipitang ke Papar ialah sejauh, 100.63KM. 

Kami telah diberitahu oleh DJ Peter Langub bahawa, keadaan jalan Pan Borneo tidak begitu baik, dan dia perihatin dengan basikal-basikal kami yang bertayar kecil. Basikal Patrick dan Freda adalah basikal Lipat dan RB saya bertayar kecil.

Sebagi contoh, untuk mengelak batu-batu besar sepanjang jalan yang belum siap ini, saya cuba untuk menggunakan jalan yang "separuh" siap, tetapi akhirnya tersangkut didalam lumpur. aduhai nya!.

(Kena "towing" keluar dari lumpur)

Setelah kami lalui keadaan jalan yang kurang baik tersebut, dan singgah makan tengah hari di Pekan Beaufort, hujan pun turun dengan lebatnya. Kami menunggu sekitar 1 jam 30 minit untuk hujan reda sedikit sebelum meneruskan kayuhan kami didalam hujan gerimis. Maka, sekali lagi, baju hujan dikeluarkan dan dikenakan sepanjang kayuhan kami sehingga Membakut. Dari


Membakut sehingga ke Papar, cuaca mulai memihak kepada kayuhan Basikal kembara ini.

Sesampai sahaja kami di persimpangan ke Papar, kami ditegur oleh

(Encik Ampuan, dari KBRB)

seorang rakan dari Kelab Basikal Retro Benoni, Encik Ampuan. disini merupakan permulaan kepada persahabatan yang terjalin antara dua wilayah ini bersama dengan ahli Kelab Basikal dari kampung Benoni. Malah kami dikejutkan dengan jemputan makan malam bersama-sama dengan ahli 3 kelab Basikal Kampung Benoni pada malam tersebut. Majlis Santunan Integrasi Kayuhan Dua Wilayah (Sabah dan Sarawak) yang berkangsung di AIIJAY's RETRO STATION Kg. Benoni. Ia berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran ahli-ahli kelab bersama presiden kelab masing-masing serta keluarga mereka. 



Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagaimana Basikal boleh menyatukan kita yang pelbagai latar belakang dan 2 wilayah ini. Malah kami sempat mempersembahkan alunan Bunyian Tapi' bersama-sama ahli kelab dan warga Kampung Benoni yang sempat hadir. Bukan itu sahaja, kami juga dikejutkan dengan pelawaan mereka untuk menolong menyediakan Lori mengangkut basikal kami untuk dibawa dari Simpang Mengayau, Kudat ke Kota Kinabalu. Wah, satu nikmat berkat daripada hubungan yang terjalin dalam masa yang singkat. Saya percaya ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baik untuk kedua Wilayah ini didalam aktiviti berbasikal. Jutaan Terima kasih untuk kalian semua, warga Kg. Benoni.

Selain kami dijemput dari tempat penginapan kami, disebuah hotel dipekan Papar, kami juga dihantar kembali ke Hotel oleh dua buah kenderaan dari ahli Kelab Basikal Kampung Benoni. Basikal kami disimpan dibawa tangga utama naik ke Hotel, dengan hanya pengawasan CCTV. Walau bagaimanapun, basikal kami dalam keadaan baik adanya.


Hari yang ketujuhbelas


4 Januari 2023, Hari ini, destinasi kami seterusnya ialah dari Papar ke Tuaran. Jarak antara Papar ke Tuaran ialah, 104KM termasuk jarak untuk ke Homestay tempat kami menginap pada hari ini.  Satu kayuhan yang sangat menarik dengan pemandangan yang indah terbentang dihadapan kami, gunung-ganang, mahupun pemandangan tepian pantai di Kota Kinabalu menghilangkan sedikit lelah sepanjang kayuhan. Dan di Kota Kinabalu juga, ada laluan biru untuk basikal disediakan. jadi kesempatan diambil untuk menerokai Kota Kinabalu melalui laluan basikal ini ke pusat Bandar.

Di Kota Kinabalu, kami cuba untuk mencari Bengkel Basikal dalam rangka menyelesaikan masalah "Pulley" Basikal Apai@Ramlee. Tetapi, isu tersebut tidak dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama, "Bearing" Rim belakang basikal Boi dan saya ada isu. Ini mungkin akibat daripada keadaan jalan yang buruk dari Sipitang ke Beaufort tempoh hari. selain daripada isu basikal Apai-Boi dan saya sendiri, basikal yang lain masih ok, dan kami bertiga berkayuh dengan semangat dan tekad sahaja untuk menuju ke destinasi terakhir kami, "Tip Of Borneo". 


Cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang perjalan ke Tuaran adalah, keadaan jalan yang masih lagi didalam pembuatan,  Ketinggian kali ini menurut catatan Strava saya ialah, 500 meter. Dan memandangkan kayuhan kali ini sejauh 100KM lebih, kami juga datang lewat di destinasi yang dituju. Dan seingat saya, ini adalah ketibaan waktu malam yang ke-4 bagi Kayuhan Basikal Kembara KGM ini. 

Kami tiba di homestay kami pada waktu malam setelah semua kelaparan dan menghabiskan makanan disebuah kedai mamak di pekan Tuaran.  Kari ayam licin habis, Apai@Ramlee makan 2 tapak nasi dengan hanya simbah kuah


kari.


Selain daripada Aaaa dan bahasa "Baybek", dan Kao ada? "Mun takut hujan, panas duduk rumah nun, jaga cucu, jaga bini, kenak polah kerja gila tok" dan "Balik ku eh", selalu menjadi perkataan dan ayat gurauan apabila kami menegur dan menyapa satu dengan yang lain. Ya lah kan,kenapa buat kerja gila macam na, pakai lah kereta, kana senang?



Hari yang kelapanbelas


5 Januari, 2023, Hari kedua akhir dan destinasi terkahir untuk bermalam sebelum ke Tip Of Borneo. Destinasi hari ini adalah, Tuaran ke Simpang R&R Langkon. Jarak kayuhan ke Simpang R&R Langkon adalah 84KM tetapi kami terpaksa harungi ketinggian yang setinggi 890 meters. Kata-kata semangat hari ini, "Bukit tak banyak, gunung Banyak", benar-benar menggambarkan betapa tingginya jalan bukit atau gunung yang harus kami harungi.

(Beri lalau, "jentera berat" lintas)

Beberapa kali kami harus menolak basikal kami untuk sampai kepuncak. Ada satu bukit yang



dipanggil "Bukit Penyesalan"-Bukit Kelawat, merupakan bukit yang tinggi pertama harus diharungi, dan rupa-rupanya, selepas makan ketam rebus yang dipesan oleh Patrick, kami melalui beberapa siri bukit dan gunung pulak. Ha..Ha kena tolak itu basikal bro...


kami tiba disimpang R&R Langkon dalam sekitar jam 6.30pm, dan terus mencari restaurant untuk makan malam sebelum ke Hotel penginapan kami sebelum hari yang dinantikan keesokan hari nya.

Malam ini juga kami sempat mempersembahkan alunan bunyian Tapi' di hotel Lobi. Ya berbicara tentang Tapi', alat musik dari suku Lun Bawang, bertali dua ini, salah satu daripada objektif Kayuhan Basikal Kembara KGM ini adalah untuk menghidupkan dan memperkenalkan warisan budaya suku Lun Bawang ini, iaitu Tapi'. Jadi, Kayuhan basikal Kembara ini telah mencatatkan rekod peribadi untuk ushaha memperkenalkan semula dan menghidupkan Tapi' ini. Begitu laluan kayuhan yang kita lalui dari Telok Melano ke "Tip Of Borneo", begitu juga laluan yang dilalui oleh Tapi' didalam mengekalkan kelangsungan nya agar terus berkembang.

(Clare, Baju KGM Hijau dengan Tapi')


Memandangkan hari ini adalah malam terakhir kami sebelum sampai ke "Tip Of Borneo", Clare, juru kamera rasmi kami akan terbang ke Kota Kinabalu dari Kuching dan terus menyertai Kayuhan Basikal Kembara KGM  sehingga ke garis penamat keesokan harinya untuk mengambil beberapa detik istimewa Kayuhan Basikal Kembara KGM ini. Clare selamat tiba di Hotel Penginapan kami, Hotel Northern Inn kira-kira jam 2am keesokan paginya.




Hari yang kesembilanbelas.


6 Januari, 2023, hari yang dinanti-nantikan, menjadikan impian kami satu kenyataan dan sejarah yang bakal tercipta, mungkin untuk peribadi kami dan KGM. Destinasi terakhir, ke "Tip Of Borneo"!

Jarak dari simpang R&R Langkon adalah sejauh 73KM. dan ketinggian yang harus dilalui ialah, 731 meters. Keseluruhan masa yang diambil untuk sampai di "Tip Of Borneo" menurut STRAVA saya ialah, 7 jam 59 minit (Bersamaan 8 jam), tepat memijak kan kaki di "Tip Of Borneo".


(PEDRO & TAPI')

Patrick adalah ahli pertama yang sampai dan diikuti oleh Peter Lai dan seterusnya yang lain. Saya, Boi dan Apai@Ramlee dengan masalah basikal yang kami hadapi, juga selamat sampai dengan keadaan basikal yang kurang "sihat" ketika itu.

Di awal pagi tadi Clare berkata, "Kalau saya sakit pinggang memandu kereta ke sini , dan melihat keadaan bukit yang kamu lalui, apa lagi berbasikal?', "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kamu kayuh naik bukit ini".

(Winston dan Stephanie)

Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Chalet Simpang Mengayau, dan malam tersebut, Winston dan Isterinya, Stephanie datang untuk bersama-sama dengan tim. Selain memberi cenderahati kepada semua ahli tim kayuhan Basikal Kembara KGM, mereka juga berkesempatan mendengar sedikit sebanyak perkongsian pengalaman sepanjang Kayuhan Basikal Kembara KGM ini.

Malam kejayaan kayuhan ini dirayakan dengan sederhana sahaja, untuk kami sama-sama kongsikan cerita dan pengalaman kami. 

Peter Lai, Apai@Ramlee dan Rining Peter Paris, telah berjaya berkayuh dari 0KM sehingga ke Tip of Borneo dan ditemani teman-teman yang lain, Patrick, Freda dan Boi dari Miri ket Tip Of Borneo. Juga merupakan satu pencampaian peribadi untuk kami semua.

(Ini adalah "TiP" ataupun telinga Pulau Borneo kita)

Tiada penghargaan, tiada karpet merah menyambut kejayaan kami tetapi, keindahan lautan dan alam semulajadi ciptaan Tuhan di depan kami cukup untuk kami mensyukuri bahawa kami masih bernafas untuk menyaksikan keindahan Ciptaan Nya yang luar biasa ini setelah beberapa hari dilalui.


Pos Kayuhan

Pada 7-9 Januari 2023, adalah Pos 18 hari berkayuh dan masa untuk bukan sekadar berehat tetapi persiapkan diri untuk balik ke Kuching, Sarawak.


Sebelum itu, pada 7 Januari, seperti yang dijanjikan, beberapa ahli kelab berbasikal dari Kpg. Benoni telah datang bersama dengan lori mereka untuk membawa basikal kami ke Kota Kinabalu dari Simpang Mengayau, Kudat. Mereka berangkat seawal 6am dari Papar,  untuk menyambut kami dan membawa basikal kami ke Kota Kinabalu. Sangat terharu dengan pengorbanan mereka untuk menolong kami dan kami sama-sama dengan kelab basikal Kg. Benoni memulakan perjalan kami sekitar jam 11.30am, meredah hujan dan tiba di Kedai Basikal sekitar jam 4pm, dimana basikal


kami akan di bungkus untuk menaiki pesawat pada 9 Januari nanti ke Kuching. Pertemuan ini bukan berakhir untuk kedua wilayah ini didalam kayuhan mereka terutama hubungan antara KGM dan Kelab Basikal dari Kg. Benoni, Papar. Pasti ada kesempatan yang lain kita akan berkayuh bersama-sama.




8 Januari, satu hari penuh di Kota Kinabalu, kami dibawa oleh Hos kami, Winston dan Isterinya,


Stephanie untuk melakukan "tour" berkenderaan sehingga ke Taman Negara, Air Terjun Mahua, Tambunan. Secara ketebetulan, sekumpulan pelajar UMS berada di sini, dan kami sama-sama berkongsi tujuan KGM bersama-sama dengan mereka, dan lagu "Pulung tau" pun berkumandang di  Taman Negara ini. 

(Bersama-sama Pelajar UMS)





("Pulung tau" diperdendangkan kepada pelajar
UMS)


9 Januari, seawal 6.15am, Hos kami, Winston dan Stephanie pun menghantar kami ke lapangan terbang KKIA. Tanpa basikal kami kerana, basikal bermalam di airport supaya memudahkan pergerakan memunggah barang pada hari ini.  Bayangkan, setiap kami membawa satu troli yang penuh dengan kotak basikal kami masing-masing. Pesawat kami dijangkakan berlepas jam 8.40am tetapi ada kelewatan sedikit, dan pesawat meninggalkan KKIA


sekitar jam 9.20am dan tiba di Kuching jam 10.45am. Terima kasih Hos kami di KK, Winston dan  Stephanie. Terbaik.











Misi belum selesai...

Ya, tujuan dan objektif Kayuhan Berbasikal Kembara KGM menanam pokok ini tidak berhenti di sini tetapi ia baru bermula. Kami akan terus berusaha untuk mengumpul dana untuk tujuan misi ini walaupun destinasi tujuan kayuhan sudah tercapai. 

Jadi, bagi yang mahu terus menyumbang, kami alu-alukan. 

Dan sudah pasti ada lagi Kayuhan Basikal Kembara KGM 2.0 dan 3.0. Tunggu Sahaja dan akan dikemaskini dalam masa-masa yang terdekat.

Secara peribadi, saya, mewakili KGM saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih untuk pengorbanan masa-tenaga-wang ringgit bagi rakan kayuhan basikal Kembara KGM penanaman semula pokok yang terdiri daripada;

Encik Peter Lai, Encik Ramlee Eli, Encik Simon Sandi, Encik Ptarick Juran, Puan Freda John dan Encik Siegfred Taleng @ Boi Maiden. Jasa mu dikenang dan tahniah kamu telah mencatat sejarah untuk KGM.

(KBKKGM1.0)

























































Terima kasih juga kepada TERABAI KENYALANG HERITAGE ASSOCIATION OF SARAWAK(TKHAS) , terutama setiausaha Agung nya, Encik William Liam yang memberi sokongan dengan "memayungi" aktiviti ini. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Jutaan tertima kasih juga tidak lupa ditujukan kepada ahli keluarga kami yang mendokong dari belakang. Tiada kalian, kami tidak mampu meneruskan kayuhan ini. Sehingga ada dari kami yang terpaksa melepaskan masa bersama keluarga di hari Krismas, Tahun baru dan ulang tahun perkahwinan. 

Akhir sekali kepada para dermawan yang telah menyumbang kepada panggilan ini. Terima kasih banyak-banyak.

Keep Green Movement (KGM). 

Keep green lifestyle. Simplicity.




Catatan oleh: Rining Peter Paris


Kongsi-kongsikan:

"Route" Kayuhan Basikal Kembara KGM 1.0 yang dilalui;



Jumlah Kayhan yang dilalui dianggarkan 1644.04KM dan Kayuhan dialam 18 hari tidak termasuk 1 hari untuk berihat.

Dan Juga Anggaran Perbelanjaan Untuk Penginapan dan makan untuk seorang.

Penginapan seorang anggaran RM632.00

Makan dan Minum RM540.00


Anggaran Jumlah perbelanjaan seorang RM1,172.00


Boleh juga lihat penulisan ini daripada salah seorang ahli Kayuhan Basikal Kembara KGM, Mr Peter Lai


https://drive.google.com/drive/folders/1BVtyCrEt0eV0O4Wqq7Et8RWWCyW2CA_q?usp=sharing

No comments:

Post a Comment