sesamamu

Showing posts with label mana keadilan. Show all posts
Showing posts with label mana keadilan. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

Diatas nama "perubahan"...


Tahniah kepada RTM1 yang menyiarkan dokumentari tentang perubahan yang berlaku kepada kaum Penan.
Akhir-akhir ini, di dada-dada akhbar tempatan, kita banyak didedahkan tentang masyarakat peribumi ini. Tidak cukup dengan masalah yang memeningkan kepala kerajaan negeri Sarawak dengan sekatan jalan yang dilakukan oleh masyarakat peribumi ini, kita juga masih diambang tanda tanya tentang kes rogol yang berlaku keatas gadis dibawah umur kaum ini. Yang membuat kita BENG-ngong!!!(bingung) ialah satu pikah katakan YA, dan satu pihak lagi, katakan TIDAK, kes rogol ini tidak berlaku. Jadi mana kebenaran? Kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ini ingin tahu kebenaran. Kalau suara pemimpin di Parlimen kita persoalkan, jadi apa perlukah pemimpin-peminpin yang duduk di kerusi rakyat di Parlimen itu diwujudkan? Jadi suara pemimpin yang mana kita mahu dengar sekarang? Seakan- akan, masing-masing mahu menunjukkan mereka mengambil kisah atau mengambil berat tentang kes ini. Akhirnya, KEBENARAN dan KEADILAN tergadai begitu sahaja dan rakyat mula sangsi dengan pemimpin-peminpin yang ada, serta mula hilang kepercayaan terhadap pihak yang berkuasa. Inikah yang kita mahu?

Bercakap tentang perihatin. Setelah kes rogol keatas gadis bawah umur dari masyarakat peribumi ini diketengahkan ke pengetahuan masyarakat dunia umumnya, banyak orang perseorangan dan tidak kurangnya syarikat-syarikat besar mula memberi sumbangan ehsan pelajaran kepada masyarakat kaum peribumi ini. Kudos!!! Saya sungguh bangga dan rasa terkilan dengan sumbangan-sumbangan kewangan ini. Ini akan mendorong mereka lebih gigih lagi keluar daripada kepompong hidup mereka dan memajukan kaum mereka setapak lagi selari dengan kaum-kaum yang lain. Tetapi saya doakan dan berharap, segala sumbangan yang datang ini ikhlas daripada individu-individu ini. Kalau diikutkan hasil hutan yang diterokai daripada "halaman rumah" kaum ini serta harga diri gadis bawah umur ini dari kaum peribumi ini, sebenarnya tidak cukup hanya pemberian sekaligus ini untuk mereka. Sebagai contoh, 9 orang dari mereka yang melanjutkan pelajaran di beberapa kolej swasta di Kuching ini, alangkah baiknya mereka ini mendapat biasiswa penuh untuk pengajian mereka daripada digembar-gemburkan pemberian sekaligus ini(Mungkin RM1000.00 seorang). Difahamkan untuk pengajian peringkat Diploma sahaja, mereka perlu jelaskan yuran RM25k-RM18k dan ini tidak termasuk perbelanjaan yang lain-lain. (Saya pasti rumah penginapan disewa). Memadaikah dengan harga penerokaan dan kehilangan maruah diri "mereka" ini? Kenapa tidak diberi Biasiswa sepenuhnya kepada mereka dan bukan pinjaman PTPTN kepada mereka? Kalau kita benar-benar mahu melihat perubahan berlaku kepada masyarakat peribumi ini?

Persoalannya ialah dimanakah KEBENARAN dan KEADILAN itu?

"Kebenaran dan keadailan adalah takhta MU..." (Maz 89:14)
Sebagai seorang Kristian, saya percaya kita hafal doa ini..."Bapa kami disyurga, dikuduskanlah nama Mu, datanglah KERAJAAN Mu..." Apabila saya renungkan doa tersebut dan ayat diatas, Kerajaan Mu-Kerajaan Tuhan sebenarnya akan hanya ada apabila Kebenaran dan Keadilan itu ada...kerana ia adalah tumpuan takhta Nya (Tuhan).

Oleh itu, tanggung jawab kita orang yang percaya, dan sesama mu untuk menyatakan KEBENARAN dan KEADILAN itu kalau kita mahu KERAJAAN TUHAN ada bersama kita...