Dalam minggu ini, kita banyak mendengar apa yang berlaku kepada dunia kita yang semakin tua ini. Bencana alam berlaku di sana sini. Jiran-jiran terdekat kita seperti mereka yang dilanda malapetaka gemba bumi di Padang-Sumatera dan mereka yang ditimpa malapetaka angin dan ribut hujan yang lebat di Kembodia, Vietnam dan Filipina. Malapetaka ini telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan meninggalkan kesan yang pahit didalam sejarah hidup mereka yang terlibat ini.
Pada suatu ketika, saya menyaksikan(Berita di TV) satu keluarga yang meraung kesedihan yang teramat sangat apabila melihat satu-persatu ahli keluarganya dibawa keluar dari runtuhan bangunan di Padang-Sumatera Indonesia, maka timbul rasa sedih dan simpati saya terhadap keluarga tersebut, saya bersyukur kita jauh daripada pengalaman pahit ini. Apa yang mampu saya buat, terus berdoa untuk mereka yang didalam kesedihan kerana kehilangan orang tersayang ini dari sisi mereka.
Dalam masa yang sama, bencana alam ini telah membawa masyarakat dunia untuk mula menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka alam ini. Bantuan-bantuan ini terus dihulurkan dengan sukarela sehingga ke saat ini. Tidak ketinggalan negara kita Malaysia. Malah hari ini(2 Oktober), PM mengarahkan negara kita menghantar pakar-pakar perubatan ke Padang-Sumatera dengan kadar yang segera. Kudos!
Apabila melihat, semua negara di sekeliling kita sama-sama datang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam ini, baik di Indonesia, Filipina, Kembodia, Vietnam dan Samoa, saya dapat rasakan betapa kita sebenarnya mempunyai satu "kasih" yang menyatukan kita, tidak kira latar belakang kita yang berbeza ini. Suara mereka yang meraung kepiluan itu didengar dengan satu tindakan yang amat pantas. Bukankah ini bermaksud "kasih" sesamamu manusia?
Dan apa yang berlaku ini juga telah membuktikan yang masyarakat dunia kita sekarang ini juga mengerti akan kasih itu dan mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan kebenaran. (1Yoh 3:18)
ya! Bukan hanya kata-kata, tetapi dengan perbuatan itu sendiri.
Oleh itu, lihat sekeliling mu, mereka yang memerlukan huluran bantuan tangan mu...marilah kita sama-sama mendalami erti kasih "Sesamamu..." ini. Ianya melebihi daripada segala yang kita lafazkan dan katakan. Dengan melakukannya, kita tahu bahawa kita hidup di dalam Dia, kerana kita tahu kita melakukan perintah-Nya...
P/S Terus ingat mereka dan keluarga mereka di negara-negara yang ditimpa malapetaka alam ini. Biar Tuhan menyertai mereka didalam saat-saat kesukaran ini dan dalam masa yang sama menggunakan sukarelawan-sukarelawan yang di sana menenangkan dan memberi penghiburan kepada mereka.
seorang mayat bapa tertimbus sungguh menghayat hati kerana saat mayat itu ditemuui, dia sedang memuluk anaknya yang berumur 11 tahun itu. kedua-dua mayat tersebut selepas 1 minggu gempa bumi melanda Padang-Sumatera.
ReplyDeletepada saat ini, lebih sekurang-kurangnya beribu mayat telah ditemui dan masih banyak lagi yang tertimbus.
bagi anak-anak yang menderita, trauma dan kehilangan tempat bergantung, terima kasih kepada "world vision" yang peka akan keperluan mereka secara fizikal dan mental.
apa kata kita orang yang dipanggil "Kristian"?
adakah gereja-gereja setempat yang mahu menghulurkan "offering" mereka hari minggu kepada mangsa-mangsa ini? bagaimana CF atau PPK kamu?
Bukankah ini yang dikatakan kasihi SESAMAMU manusia...?