sesamamu

Monday, March 29, 2010

untuk mu...BUMI ku...









Berhenti 
sejenak 
untuk 
bumi 
ku 
ini
... 



sesamamu seminggu "untuk mu BUMI ku..."
















Monday, March 15, 2010

Khamis yang gelap V...dengar lah suara itu...

Kali ini "sesamamu' sengaja mengekalkan artikel ini sekali lagi. Ini kerana, "sesamamu' mahu  menggalakkan lebih ramai lagi kita mendengar suara si kecil ini dan genap satu minggu seorang bayi ditemui mati dibuang minggu lepas dan hari ini, seorang lagi bayi ditemui di dalam tong sampah-dibuang, tetapi yang mengembirakan bayi ini masih hidup dan sempurna fizikalnya. Namun, masih lagi satu cerita yang menghayat hati-pembuangan bayi...ini menjadikan ia kes yang ke-7 seumpama itu. 

Mari kita dengar bersama suara si kecil ini...(Sesamamu cuba bayangkan dan terjemahkan tangisan si kecil yang dibuang ini...)
waa....waaa.....waaa....waaa......
"Tolong....tolong...tolong...ibu...berilah aku sedikit kesempatan untuk menikmati hidup di dunia ini. Mengapa harus aku dibuat sedemikian rupa. Tiadakah sesaat peluang untuk aku hidup? Apakah dosa yang telah aku perbuat sehingga engkau begitu membenci aku? Sehingga tiada kesempatan untuk aku merasai belaian kasih sayang mu? Aku ditinggalkan begitu sahaja ditempat yang begitu asing dan keseorangan dengan bertemankan bau yang begitu tidak menyenangkan. Aku dapat merasakan sesuatu yang menjamahkan diriku dengan begitu kasar dan aku merasakan kepedihan yang teramat sangat. 

Alangkah baiknya kalau aku tahu bagaimana aku dibentuk? Bagaimana aku diciptakan? Atas dasar apakah aku menjadi begini?...tetapi...apakan daya! Ini mungkin kesilapan aku! dan dosa aku! 
Mungkin kehadiran ku mengaibkan engkau? Mungkin kehadiran ku tidak engkau inginkan? Namun,  Ketahuilah ibu, apa pun yang engkau lakukan untuk aku, aku percaya kalau ibu menyesal serta mengaku akan kesilapan yang ibu pernah lakukan dan balik kepada NYA, suatu hari nanti kita akan ditemukan semula. Kerana aku tahu DIA yang memeluk ku sekarang ini penuh dengan kasih.

Maafkan aku...Maafkan aku...Maafkan aku...biarkan aku pergi.... Ibu...tangisan ku ini jika engkau boleh dengar...sebenarnya aku memanggil nama mu...ibu...jika engkau boleh mendengar..."


Tangisan terakhir si kecil ini begitu lembut dan sayu seakan-akan membisik mengatakan..."jika engkau boleh mendengar..."


"Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, dan jangan kamu menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah." (Lukas 18:16) 


Sesamamu percaya anak-anak kecil yang telah dibuang selama ini telah bersama-sama dengan DIA di dalam kerajaan Nya. Dan "sesamamu" percaya anak-anak kecil ini akan duduk didalam riba Raja yang mulia ini dan memerintah bersama-sama dengan NYA dan dihari penghakiman nanti, anak-anak kecil ini akan menghakimi bersama-sama dengan DIA....


"Sesamamu" menggalakkan pembaca semua untuk mengambil masa senyap kira-kira seminit untuk merenungkan suara si kecil ini di mana pun kita berada bersama rakan-rakan yang lain yang bersama-sama di dalam pakaian serba hitam...Khamis yang gelap untuk khamis ini. (Thursday in Black)


sebarkan mesej ini....Please!!!!

DAN...mungkin bukan secara kebetulan bayi yang dibuang kali ini hidup. "Sesamamu" dapat rasakan ada mesej yang ingin disampaikan kepada kita. Iaitu..."BERTOBATLAH".... 

Sunday, March 7, 2010

khamis yang gelap-III

Lagi si kecil 18 bulan mati dipijak dan ditendang sehingga tulang rusuknya patah dan hatinya hancur. 1 minggu selepas adik Syafiah mati didera. Ini berlaku di Malaysia. Yang sedihnya...tiada laporan yang dibuat. "sesamamu" khuatir ada orang yang tahu penderaan berlaku tetapi mengambil sikap tidak mahu jaga tepi kain orang lain, U-u-I-i mentaliti! 

Buang bayi lagi!!! Kejam-Tidak berhati perut-pembunuh-Binatang lagi ada perasaan-Jahiliah...apa lagi yang "sesamamu' gambarkan tentang kes pembuangan sikecil yang tidak berdosa dan tahu apa-apa ini. Bulan lepas kita mendegar berita ini di Sem.tetapi sekarang ianya berlaku di Kuching-Sarawak.
Secara peribadinya..."sesamamu" teramat sedih apabila membaca di muka hadapan akhbar tempatan pagi ahad ini...seorang bayi telah dibuang di dalam longkang yang telah ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang disangkakan anak patung mainan, tetapi rupanya sekujur tubuh sikecil yang baru merasakan udara bumi ini selama 24 jam atau kurang?  
Sedih gambarkan keadaannya yang menangis minta simpati di dalam kesejukan air longkang yang menembusi tuala putih membungkus dirinya. 
Sedih mengenangkan bagaimana sikecil ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam aliran longkang yang berbau busuk itu.
Sedih mengenangkan "kepuasan" BETINA yang mengandungkannya dan JANTAN yang lepas tangan apabila "kepuasan" nafsu (SEKS) serakahnya ketawa riang tanda betapa hebatnya dia!
"sesamamu' amat bersedih...sedih sekali...ya! "sesamamu" hatinya hancur dan menangis!!!
Dua minggu yang lepas, "sesamamu" mulakan dengan tajuk besar artikal ini dengan tema"Khamis yang gelap" dan minggu ini, masih menggunakan tema yang sama "Khamis yang gelap III". Jadi, selagi isu ini belum diketengahkan dan belum di ambil kisah oleh masyarakat kita sekarang ini, "sesamamu" akan terus membuat BISING pada setiap kali isu kekejaman kanak-kanak dan wanita ini berlaku. Pada hakikatnya, "semamamu" ingin membawa masyarakat kita ataupun pembaca blog ini, sekurang-kurangnya membuat satu komitmen untuk mengisytiharkan "setiap hari Khamis" kita akan menggunakan baju serba hitam tanda protest kepada keganasan terhadap kanak-kanak, wanita dan pemuangan bayi. Bayangkan setiap khamis, kita semua mengenakan pakaian serba Hitam, membantah keganasan dan pembuangan bayi. "Sesamamu" pasti mesej ini lambat laun akan sampai kepada generasi muda kita pada saat ini. Sebelum mereka cuba melakukan perkara yang menjurus kepada kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan ini.


Apabila dikenangkan dalam tahun ini sahaja, termasuk kisah pembuangan bayi yang berlaku semalam ini di Kuching, ini adalah kes yang ke 5 seumpama itu di dalam masa 2 bulan sahaja (Feb dan Mac). Ini kisah yang ditemui dan dilaporkan, bagaiman pula yang dilakukan secara senyap, di mana bayi-bayi hasil daripada seks luar nikah atau seks kerana nafsu (SKN) ini dijual kepada agensi-agensi "memperdagangkan manusia" yang juga berleluasa di negara kita sekarang. (Masih ingat satu kes sendiket penjualan bayi dan kanak-kanak di Negara kita). Kesemua kes ini telah memberi satu petunjuk aras yang masyarakat kita sekarang sudah hilang atau luntur nilai-nilai kemanusiannya.

"Mari kita mencipta manusia menurut gambar kita..."(Kej 1:27)...Allah mencipta kita menurut gambar Nya..."sesamamu" dapat terjemahkan maksud ayat tersebut ialah, gambar Allah itu seperti kasih sayang, kemurnian hati dan fikiran, kekudusan dan segala nilai-nilai kemanusian dan illahi yang Allah kita miliki itu mula luntur dan hilang dari manusia ciptaan Nya. Dan setelah Allah memberkati manusia itu, Dia berkata "Beranak cuculah dan bertambah banyak..." (Kej 1:28) .  Apabila Allah memberkati manusia itu dan berkata supaya mereka beranak cucu, ini mengambarkan hubungan seks itu pasti akan menghasilkan zuriat dan akan dilahirkan untuk bertambah banyak di bumi ini. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, manusia mahu ambil jalan singkat dan tidak mahu diberkati dengan sah oleh Allah, terus melakukan hubungan seks atas nama "nafsu" dan kepuasan diri. Dan apabila didapati ada hasilnya atas perbuatan mereka tadi, atas nama "tidak mahu malu", sikecil yang terhasil atas perbuatan tadi menanggung segala dosa pelakunya tadi. (Sesamamu tidak mahu panggil mereka si ibu dan si ayah kerana mereka 1- perbuatan seks mereka tidak diberkati (Luar nikah), 2- mereka manusia bertopengkan "makhluk asing LAIN"...binatang pun ok what).


Jadi, "sesamamu" mendorong semua pembaca artikal kali ini untuk kita sama-sama mengingatkan rakan-rakan kita yang di luar sana. Luaskan skop rakan atau kenalan kamu kepada orang yang lain di luar kumpulan Kristian"ekslusif"(Contoh kumpulan Kristian ekslusif, antara rakan Gereja saja, antara rakan CF kampus saja, antara rakan orang Kristian saja, dll) kamu itu. Barulah kita dapat berkongsi akan mesej ini, terutamanya di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kes pembuangan bayi ini. 
Ya sungguh jelas kenapa perkara ini berlakukan? ya kerana hubungan seks diatas nama hawa nafsu dan tidak diberkati oleh Allah untuk manusia ini. Kalau mahu sangat, Kahwinlah jadi baru diberkati di gereja kelak oleh Allah mu!!! (Kalau sedia okay, perlu komitmen juga lo)


Mari kita sama-sama guna baju Hitam setiap hari khamis nanti tanda sokongan kita untuk menghentikan kekejaman pembuangan bayi ini dan kekejaman kanak-kanak dan wanita yang lain. Khamis yang gelap...

Monday, March 1, 2010

Khamis yang gelap II...Apa dosa Syafia...

Dalam artikal minggu yang lepas, "sesamamu" berkongsi tentang kisah pembuangan anak yang semakin meruncing di dalam masyarakat kita sekarang, belum pun tanah perkuburan keempat-empat bayi yang malang itu kering, Jumaat yang lepas, seorang lagi bayi ditemui di Tandas awam-Di Johor.

Dan Hari khamis yang lepas, negara kita dikejutkan dengan satu lagi kisah yang menghayat hati apabila si kecil yang berusia 3 tahun ini terbunuh gara-gara didera oleh seorang dewasa yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Menambahkan lagi kepedihan ini ialah, Syafia didera oleh "kekasih" ibunya sendiri. Bermakna, si ibu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. (Dipercayai suami-Bapa kepada Syafia dipenjarakan). Si ibu menjalinkan hubungan dengan kekasihnya ini sepanjang suaminya di penjara. Jadi, apalah dosa yang Syafia lakukan sehingga si kecil ini didera sebegitu rupa?


Kita tinggalkan kisah itu buat seketika. Kali ini "sesamamu" ingin membawa kita melihat dan renungkan apa yang sebenarnya berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Dua cerita yang di atas adalah yang didedahkan di dada kahbar tempatan kita tentang keruntuhan moral ataupun betapa manusia telah mulai hilang adab dan kemanusiaannya. Baru-baru ini, setalah masyarakat kita didedahkan dengan cerita pembuangan bayi ini, mula kedengaran suara-suara yang ingin pendidikan seks ditekankan lebih serius lagi kepada remaja-remaja sekolah di negara kita. Yalah, merentung buluh biarlah dari rebungnya. Ada juga yang menyarankan sistem pendidikan kita perlu dikemaskinikan lagi supaya kokurikulumnya lebih menyeluruh. Bermaksud, bukan hanya mementingkan keputusan akademik semata-mata tetapi dari semua aspek emosi, moral dan sebagainya.


Tetapi kali ini, "sesamamu" ingin kita melihat apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada Nabi Hosea..."umat Ku binasa kerana mereka tidak mengenal Aku". Aku yang dimaksudkan di sini ialah, Allah, Tuhan kita. (Hosea 4:6). Kalau kita lihat keseluruhan ayat 6 itu, dinyatakan sebab kenapa "umat Ku" binasa. Sebabnya ialah, para imam yang dipertanggung jawabkan untuk menyatakan perbedaan tentang yang kudus dengan tidak kudus dan yang najis dengan yang tahir kepada para umat Nya. (Eze 44:23). Bukan sahaja para imam ini tidak mengajar umatNya tentang perkara yang mereka dipertanggung jawabkan malah mereka juga menolak pengetahuan tentang Allah mereka. Mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri sehingga mereka mengaut keuntungan hasil daripada kesalahan orang lain.


Apabila "sesamamu" melihat akan ayat tersebut dan perkataan binasa serta kaitkannya dengan apa yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini, Kebinasaan, kehancuran moral dan akhlak generasi masa sekarang kian runtuh dan musnah. Itu cerita yang didedahkan oleh media, bagaimana pula yang tidak disiarkan kepada umum? Pasti banyak lagi, sebab kita boleh melihat atau mendengar dengan mata-kepala kita sendiri perkara-perkara yang telah berlaku meruntuhkan moral dan adab kemanusian umatNya. Dan adakah ini terjadi kerana seperti yang Tuhan nyatakan kepada Nabi Hosea? Puncanya ialah kejahilan pkra Imam itu sendiri yang menolak dan tidak mahu menyatakan tentang ajaran-Nya kepada umat manusia? Dalam masa yang sama mereka hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan hasil perbuatan mereka yang berdosa itu. Pentingkan diri sendiri kan????


"sesamamu" cuba membawa kita semua untuk merenungkan akibat kelalaian para Imam terhadap tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka. Malachi 2:7
"Sebab bibir seorang imam memelihara pengetahuan dan orang mencari pengajaran dari mulutnya, sebab dialah utusan TUHAN semesta alam" . Imam ini menjadi utusan Tuhan untuk semua manusia. Kalau berlaku sebaliknya, inilah yang kita alami dan tatap setiap masa di halaman akhbar dan kaca TV kita setiap hari.



"Sesamamu" menterjemahkan Imam ini sebagai:
i. Individu/peribadi yang mengenal Tuhan(Orang Kristian)
ii. Gereja-gereja Tuhan
iii. Pemimpin-pemimpin
iv. NGO


Kesemua entiti tersebut dipertanggung jawabkan untuk mengajar membedakan mana yang kudus dan tidak kudus dan yang najis dan yang suci murni dengan lebih mendalam lagi. Katakan "jangan berkrompomi" dengan dosa dengan lebih tegas lagi dan nasihat mana yang patut dengan penuh kasih sayang. Mendorong generasi ini lebih hormat dan takut akan Tuhan yang Dia sembah dalam kehidupan seharian mereka dan hidup sentiasa di bawah kekuasaanNya sepanjang masa. Iaitu dengan menggalakkan mereka membaca dan membuat Firman Tuhan itu hidup di dalam mereka. Barulah generasi ini mengenal akan Tuhan Nya. Ya, balik ke dasarnya iaitu Firman Tuhan. Ajar mereka untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan kerana hanya dengan satu kali di hari ahad untuk  mereka mendengar dan membaca Firman Tuhan, TIDAK MEMADAI. Itu pun, kalau ada "Scripture reading" dibuat di gereja pada hari Ahad.


"Sesamamu" dapat merasakan kalau kita sebagai "imam" ini lebih memahami dan membawa generasi ini lebih dekat kepada Firmannya, mereka boleh mengenal siapa Tuhan itu bagi mereka serta hormat dan takut kepada Nya dan yang terakhir sekali mendapat damai di dalam Dia untuk ganti kehancuran bagi mereka yang tidak mengenal Dia tadi.


Oleh itu, ayo lah para "imam" yang ada sekarang, mari kita pergi dan jangan hanya duduk mendengar. Lakukan sesuatu kerana kasih itu lebih daripada kata-kata.


"Siapa yang akan Aku Utus?, Siapa yang pergi untuk Aku?"