Buang bayi lagi!!! Kejam-Tidak berhati perut-pembunuh-Binatang lagi ada perasaan-Jahiliah...apa lagi yang "sesamamu' gambarkan tentang kes pembuangan sikecil yang tidak berdosa dan tahu apa-apa ini. Bulan lepas kita mendegar berita ini di Sem.tetapi sekarang ianya berlaku di Kuching-Sarawak.
Secara peribadinya..."sesamamu" teramat sedih apabila membaca di muka hadapan akhbar tempatan pagi ahad ini...seorang bayi telah dibuang di dalam longkang yang telah ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang disangkakan anak patung mainan, tetapi rupanya sekujur tubuh sikecil yang baru merasakan udara bumi ini selama 24 jam atau kurang?
Sedih gambarkan keadaannya yang menangis minta simpati di dalam kesejukan air longkang yang menembusi tuala putih membungkus dirinya.
Sedih mengenangkan bagaimana sikecil ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam aliran longkang yang berbau busuk itu.
Sedih mengenangkan "kepuasan" BETINA yang mengandungkannya dan JANTAN yang lepas tangan apabila "kepuasan" nafsu (SEKS) serakahnya ketawa riang tanda betapa hebatnya dia!
"sesamamu' amat bersedih...sedih sekali...ya! "sesamamu" hatinya hancur dan menangis!!!
Dua minggu yang lepas, "sesamamu" mulakan dengan tajuk besar artikal ini dengan tema"Khamis yang gelap" dan minggu ini, masih menggunakan tema yang sama "Khamis yang gelap III". Jadi, selagi isu ini belum diketengahkan dan belum di ambil kisah oleh masyarakat kita sekarang ini, "sesamamu" akan terus membuat BISING pada setiap kali isu kekejaman kanak-kanak dan wanita ini berlaku. Pada hakikatnya, "semamamu" ingin membawa masyarakat kita ataupun pembaca blog ini, sekurang-kurangnya membuat satu komitmen untuk mengisytiharkan "setiap hari Khamis" kita akan menggunakan baju serba hitam tanda protest kepada keganasan terhadap kanak-kanak, wanita dan pemuangan bayi. Bayangkan setiap khamis, kita semua mengenakan pakaian serba Hitam, membantah keganasan dan pembuangan bayi. "Sesamamu" pasti mesej ini lambat laun akan sampai kepada generasi muda kita pada saat ini. Sebelum mereka cuba melakukan perkara yang menjurus kepada kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan ini.Apabila dikenangkan dalam tahun ini sahaja, termasuk kisah pembuangan bayi yang berlaku semalam ini di Kuching, ini adalah kes yang ke 5 seumpama itu di dalam masa 2 bulan sahaja (Feb dan Mac). Ini kisah yang ditemui dan dilaporkan, bagaiman pula yang dilakukan secara senyap, di mana bayi-bayi hasil daripada seks luar nikah atau seks kerana nafsu (SKN) ini dijual kepada agensi-agensi "memperdagangkan manusia" yang juga berleluasa di negara kita sekarang. (Masih ingat satu kes sendiket penjualan bayi dan kanak-kanak di Negara kita). Kesemua kes ini telah memberi satu petunjuk aras yang masyarakat kita sekarang sudah hilang atau luntur nilai-nilai kemanusiannya.
"Mari kita mencipta manusia menurut gambar kita..."(Kej 1:27)...Allah mencipta kita menurut gambar Nya..."sesamamu" dapat terjemahkan maksud ayat tersebut ialah, gambar Allah itu seperti kasih sayang, kemurnian hati dan fikiran, kekudusan dan segala nilai-nilai kemanusian dan illahi yang Allah kita miliki itu mula luntur dan hilang dari manusia ciptaan Nya. Dan setelah Allah memberkati manusia itu, Dia berkata "Beranak cuculah dan bertambah banyak..." (Kej 1:28) . Apabila Allah memberkati manusia itu dan berkata supaya mereka beranak cucu, ini mengambarkan hubungan seks itu pasti akan menghasilkan zuriat dan akan dilahirkan untuk bertambah banyak di bumi ini. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, manusia mahu ambil jalan singkat dan tidak mahu diberkati dengan sah oleh Allah, terus melakukan hubungan seks atas nama "nafsu" dan kepuasan diri. Dan apabila didapati ada hasilnya atas perbuatan mereka tadi, atas nama "tidak mahu malu", sikecil yang terhasil atas perbuatan tadi menanggung segala dosa pelakunya tadi. (Sesamamu tidak mahu panggil mereka si ibu dan si ayah kerana mereka 1- perbuatan seks mereka tidak diberkati (Luar nikah), 2- mereka manusia bertopengkan "makhluk asing LAIN"...binatang pun ok what).
Jadi, "sesamamu" mendorong semua pembaca artikal kali ini untuk kita sama-sama mengingatkan rakan-rakan kita yang di luar sana. Luaskan skop rakan atau kenalan kamu kepada orang yang lain di luar kumpulan Kristian"ekslusif"(Contoh kumpulan Kristian ekslusif, antara rakan Gereja saja, antara rakan CF kampus saja, antara rakan orang Kristian saja, dll) kamu itu. Barulah kita dapat berkongsi akan mesej ini, terutamanya di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kes pembuangan bayi ini.
Ya sungguh jelas kenapa perkara ini berlakukan? ya kerana hubungan seks diatas nama hawa nafsu dan tidak diberkati oleh Allah untuk manusia ini. Kalau mahu sangat, Kahwinlah jadi baru diberkati di gereja kelak oleh Allah mu!!! (Kalau sedia okay, perlu komitmen juga lo)
Mari kita sama-sama guna baju Hitam setiap hari khamis nanti tanda sokongan kita untuk menghentikan kekejaman pembuangan bayi ini dan kekejaman kanak-kanak dan wanita yang lain. Khamis yang gelap...
Wah, akan ku sebar ke kampus ku mesej mu ini. Saudara Blogger,ku ada terbaca berita tentang bayi 5 bulan yang mati diliwat tidak lama dahulu, mungkinkah si peliwat ini gersang kerana terpengaruh dengan laman sesawang lucah? majalah yang menjolok biji mata? atau dek selalu sangat ikuti perkembangan isu 1 kes liwat sensasi masa kini?
ReplyDeletewah dahsyat kes liwat tu.
ReplyDeletesebarkan di kampus kamu tentang blog ini. yang paling penting 11 mac kita "kick off" thursday in black. kan buadk kecil tidak tahu bersuara tentang hak mereka, jadi kita akan bersuara dengan mereka dengan berpakaian serba hitam setiap hari khamis...
terima kasih
Saudara Blogger, ku berasa hampa dan dukacita lah apabila ku kongsikan pasal kempen pakai baju hitam ni.Kenapa?ini antara reply yang buat ku ingin tampar palak diorang:
ReplyDelete"Perlukah?"
"Tok aktiviti MPP kah?"
"Ada cop U sik?"
ha..ha...remeber..u are against the current...apa yang kita buat, pasti ada banyak rintangan nya...just y we start the awareness among our society. 11 march as the kick start...
ReplyDeleteraise the banner!!!
Hello, terima kasih kerana perihatin dengan kami. saya tahu apa kamu buat semalam ....Khamis yang gelap, Thursday in Black. terima kasih banyak-banyak. kamu semua telah menjadi suara bagi kami, bagi kah kami, dan bagi ketenteraman kami. kami lemah dan suara kami tidak kedengaran kerana kami masih kecil dan prang seperti kamu tidak mahu dengar suara kami. Saya tahu anda kalian hany bersuara dengan berpakaian serba hitam pada 11` mac kelmarin sebagai permulaan every Thursday in black, ianya amat berharga dan bermakna kepada kami. sekurang-kurangnya ada juga masyarakat yang mendengar suara kami melalui apa yang anda semua buat. Saya mewakili rakan-rakan yang lain mengucapkan ribuan terima kasih. Tuhan saja yang dapat membalasnya...
ReplyDeletedaripada
sikecil