Mari kita dengar bersama suara si kecil ini...(Sesamamu cuba bayangkan dan terjemahkan tangisan si kecil yang dibuang ini...)
waa....waaa.....waaa....waaa......
"Tolong....tolong...tolong...ibu...berilah aku sedikit kesempatan untuk menikmati hidup di dunia ini. Mengapa harus aku dibuat sedemikian rupa. Tiadakah sesaat peluang untuk aku hidup? Apakah dosa yang telah aku perbuat sehingga engkau begitu membenci aku? Sehingga tiada kesempatan untuk aku merasai belaian kasih sayang mu? Aku ditinggalkan begitu sahaja ditempat yang begitu asing dan keseorangan dengan bertemankan bau yang begitu tidak menyenangkan. Aku dapat merasakan sesuatu yang menjamahkan diriku dengan begitu kasar dan aku merasakan kepedihan yang teramat sangat.
Alangkah baiknya kalau aku tahu bagaimana aku dibentuk? Bagaimana aku diciptakan? Atas dasar apakah aku menjadi begini?...tetapi...apakan daya! Ini mungkin kesilapan aku! dan dosa aku!
Mungkin kehadiran ku mengaibkan engkau? Mungkin kehadiran ku tidak engkau inginkan? Namun, Ketahuilah ibu, apa pun yang engkau lakukan untuk aku, aku percaya kalau ibu menyesal serta mengaku akan kesilapan yang ibu pernah lakukan dan balik kepada NYA, suatu hari nanti kita akan ditemukan semula. Kerana aku tahu DIA yang memeluk ku sekarang ini penuh dengan kasih.
Maafkan aku...Maafkan aku...Maafkan aku...biarkan aku pergi.... Ibu...tangisan ku ini jika engkau boleh dengar...sebenarnya aku memanggil nama mu...ibu...jika engkau boleh mendengar..."
Tangisan terakhir si kecil ini begitu lembut dan sayu seakan-akan membisik mengatakan..."jika engkau boleh mendengar..."
"Biarkanlah anak-anak itu datang kepada-Ku, dan jangan kamu menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerajaan Allah." (Lukas 18:16)
Sesamamu percaya anak-anak kecil yang telah dibuang selama ini telah bersama-sama dengan DIA di dalam kerajaan Nya. Dan "sesamamu" percaya anak-anak kecil ini akan duduk didalam riba Raja yang mulia ini dan memerintah bersama-sama dengan NYA dan dihari penghakiman nanti, anak-anak kecil ini akan menghakimi bersama-sama dengan DIA....
"Sesamamu" menggalakkan pembaca semua untuk mengambil masa senyap kira-kira seminit untuk merenungkan suara si kecil ini di mana pun kita berada bersama rakan-rakan yang lain yang bersama-sama di dalam pakaian serba hitam...Khamis yang gelap untuk khamis ini. (Thursday in Black)
sebarkan mesej ini....Please!!!!
DAN...mungkin bukan secara kebetulan bayi yang dibuang kali ini hidup. "Sesamamu" dapat rasakan ada mesej yang ingin disampaikan kepada kita. Iaitu..."BERTOBATLAH"....
semalam hatiku terguris lagi
ReplyDeletesi kecil dibuang bagai sampah
dia tidak disayang ibunya
tidak dimahu oleh bapanya
adunan yang dilupakan
diuli dan diadun
oleh resepi nafsu serakah
dinamai dengan nama cinta
kesian sikecil tidak berdosa
biarlah dia kembali kepada BAPA
Di sini dia tiada siapa-siapa
mungkin disana dia lebih bahagia
inilah dikatakan manusia sudah menjadi sangat kejam....malah kejam daripada binatang!!!
ReplyDeletePernah seseorang yg mau minta tolong daripada saya agar pasangannya nak digugurkan kandungannya...tapi saya berkata pada laki itu...sebelum kamu menyuruh perempuan itu megugurkan, dgn pertolongan saya...lbh baik kamu membunuh saya hidup hidup kerana anak kamu lebh layak hidup daripada saya...semmangnya cabaran yg saya temui dlm karier ini skrng ada sja pencobaan...tapi Tuhan selalu menyebelahi saya...tq God..
Ha..ha...cerita yang begitu sering kita dengar...bukan tidak tahu risiko besar menanti tapi masih jua dibuatnya..bila sigadis menanggis merayu yang sidia sudah hamil atau disangka hamil mudah sahaja silelaki tadi berkata buang sahaja anak itu...saya belum sedia...saya masih ada banyak perkara yang hendak diuruskan...saya masih belajar...saya tidak mahu ibu saya kecewa..lagipun saya lakukan demi suka-suka...ini bukan kali pertama...bla...bla...kalau kamu teruskan juga saya pasti tidak ada lelaki yang sanggup menolong kamu mengaku menjadi bapa pada bayi itu....akhirnya bayi harus digugurkan ataupun kalau tidak sanggup buang sahaja bayi itu sesudah lahir...hai LELAKI ingatlah iman kamu senipis kulit bawang...dan wahai wanita ingatlah nikmat yang seketika itu akan membawa kehancuran...LELAKI seperti ini tidak harus UJUD...hanya tahu menikmati tapi tidak tahu BERTANGGUGJAWAB!!!!!
ReplyDeleteSetuju-setuju dengan kamu angel...
ReplyDeleteharap banyak lagi lelaki diluar sana lebih bertanggung jwab dan wanita diluar sana lebih bijak menilai.
sebelum sesuatu akan berlaku, lebih baik beringat dan sentiasa "guide" ur life lah.
Everyone are born with the seeds of potentials to make a change in this world. Baby is a 'gift', to let go of the 'gift' is to reject the Giver. Yet I believe that the 'mother' in the story is loved by God. And the 'baby' in the story didn't hate his 'mother' but just want to be heard.
ReplyDeleteLet us don't put much pain to the wrong doer but offer them hope. With the potential that you have, you can make the change today. Offer them (the wrong doer) hope by do something about it. Make the change today!
(P.s: God loves Sinners, but hate sins, let us do the same)
thanks...God loves sinners but hates sin...hope we can give the right hope to the sinners
ReplyDeleteya, stuju.... baby mrupakn ciptaan DIA pling indah & baby jga umpama kain putih brsih.... oleh itu, HENTIKANLAH PENGGUGURAN & PEMBUNUHAN trhadap si kecil ini krana dia tidak tahu apa2 dn tiada dosa. Ini krana jiwa baby yg digugurkn mrasa sedih & mngalami kesakitan yg teramat sangat.... ingatlah, Bonda Maria, (Bonda Yesus & Bonda kita semua) brasa sedih sangat mlihat prbuatan sesetgh insan yg sggup membunuh si kecil ini. Ingat lah, stiap prbuatan psti ada pmbalasannya.....
ReplyDelete(p.s:Mother of God, pray for the helpless unborn)
saya menyimpan rahsia kwn saya selama betahun. dia didpti hamil dan memberitahu saya akan keadaannya. solutionnya adalah membuangkan saja bayi tersebut. dia meminta pertolongan dr saya dr segi kewangan kerana lelaki or bapa kepada bayi tersebut langsung tidak mahu bertanggungjwb even 1sen pun(dua2 student). malah kwn saya dimarahinya..diejek n mcm2 lagi. oleh kerana pada masa itu adalah hujung semester(student biasa akan kering ujung2 sem),saya tidak mempunyai wang yg bnyk utk diberikan kepada kwn saya. saya menjadi serba salah juga kerana tidak membantu kwn saya dlm kesusahan..tetapi bila saya ingt akan 10 hukum tu.."jgnlah kamu membunuh"..."jgnlah kamu berzina",saya rasa mahu melupakan sahaja apa terjadi kepada kwn saya..dgn harapan..saya tidak mahu bersubahat. then, kwn saya selamat menggugrkan kandungan beliau kerana dpt mencari klinik yg paling murah. tetapi sampai sekarang...saya dpt merasakan..saya juga memanggung dosa kwn saya kerana saya terus dibelenggu dgn cerita2 dia..bagaimana situasi dia menggugurkan kandungan itu,mcm mana dia boleh terbangun selepas process pengguguran(actually masih dlm tempoh 4jam dia tidur@di pengsankan kerana disuntik ubat bius) dimana pada ketika itu..dlm penglihatan kwn saya, dia melihat ibu nya dtg kepada nya. kwn saya terus menangis diatas katil pada ketika itu dan dpt merasakan kesakitan yg amat sangat. salah seorg nurse dtg kepada kwn saya bila terdengar raungan nya. then kwn saya terus memegang tgn nurse itu dan berkata " tlg duduk tepi saya sampai saya terlena. anggap saja kamu ibu saya. saya rindukan ibu saya". nurse itu terus duduk disisi kwn saya dan mengusap kepala kwn saya. bila saya mendengar cerita kwn saya itu..saya dpt merasakan begitu juga perasaan bayi yg telah digugurkan dr kandungannya. bayi tersebut mahukan ibunya...
ReplyDeletedisini..saya mendedahkan cerita ini agar dpt menjadi tauladan kepada setiap yg membacanya. mungkin beban saya merahsiakan cerita ini drpd sesiapa akan berkurangan. (even family saya sendiri pun tidak pernah tahu cuz xnak bgtau. nanti dorg ingt saya pulak yg buat. hehehhehe....).
so...for all woman outside there...just put urself on her shoes,and u can understand it..
kepada kwn saya juga..jika terbaca post ini..saya minta maaf byk2...hanya pengalaman didedahkan..tetapi nama tetap disimpan.
thanks "sesamamu" kerana concern kepada kisah2 begini utk didedahkan esp. kepada sesama kita christian. diharap agar yk jiwa diselamatkan..disedarkan melalui process ini. GBU dlm pelayanan..
saya tau sebagai seorg wanita kita yg terpaksa menanggung segalanya. Kita yg akan mengusung perut itu dan menerima malu. Sedangkan si lelaki tidak mahu bertanggungjawab. Mungkin mudah hati kita sebagai seorang wanita cair dengan pujuk rayunya. Mungkin juga bangga kerana mampu dapat bersamanya. Tapi alangkah pedih rasanya bila didapati kita hamil jwpnya mudah sahaja..gugurkan kandungan itu...
ReplyDeletesakit hati diperlakukan demikian...ini bukan lelaki sejati untuk kamu...itu sahaja jawapan bagi mencari lelaki sebenar yang betul2 mencintai kamu...
wahai sahabatku wanita, jagalah tubuhmu..perliharalah iya..simpan hanya untuk dia yang betul2 menyanyangi kamu...
Sarah ann...terima kasih. ya banyak kita dengar sekarang malah ada yang mengalami cerita duka yang sedemikian lupa. bagi sesamamu...Hargai CINTA yang dianugerahkan kepada kita ini...
ReplyDeleteia suci adanya...