sesamamu

Monday, June 28, 2010

Seks selamat untuk hindar HIV/AIDS

Pelik tapi benar??? Seks selamat...BUKAN MENGGALAKKAN AKTIVITI SEKS BEBAS TAPI satu PENGETAHUAN KHUSUS TENTANG BAHAYANYA HUBUNGAN SEKS YANG TIADA HAD APATAH LAGI "SEKS SEBELUM ADA IKATAN YANG SAH" dari segi AGAMA mahupun UNDANG-UNDANG dimana yang pasti MENGUNDANG PADAH!!!.


SEKS SELAMAT

Apakah seks selamat?

Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.
• Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
• Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.
Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.


MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV
Yang Benar
1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.

MITOS HIV/AIDS




Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan 'seks selamat' atau tidak berkongsi jarum suntikan yang tercemar.
Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis AIDS Malaysia di (03) 4045 1033 atau talian Interaktif 24-Jam HIV/AIDS di (03) 707 7007. Untuk kaunseling, sila hubungi Kaunselor di Talian Bebas Toll 1-800-88 18 48 atau e-mel counselling@mac.org.my
Majlis AIDS Malaysia

No comments:

Post a Comment