sesamamu

Monday, July 26, 2010

diatas nama PEMBANGUNAN...

Perlukah?

Ya, Perlukah kita korbankan hutan kita untuk memberi laluan dengan pembinaan empangan ini. 2 sudah mula pembinaannya dan akan beraksi tidak lama lagi dan tinggal 10 lagi empangan yang bakal di bina.
Empangan Bakun- kawasan tadahan seluas pulau Singapura, dan empagan Murum lebih kurang keluasan empangan Bakun.

Sekarang setiap petang, di Sarawak akan mengalami hujan yang lebat, dan ini berlaku setiap hari dan hampir dikeseluruhan kawasan Sarawak menerima hujan yang lebat. "Sesamamu:" baru balik dari Mukah, dan juga diberitahu hujan turun setiap hari di Mukah. Dalam perjalanan dari Kuching ke Mukah melimpasi bandar-bandar seperti Sarikei dan Sibu dan sepanjang perjalanan, Hujan sentiasa mencurah-curah seperti tidak mahu berhenti. Terlintas difikiran "sesamamu", adakah mampu ke-12 empangan ini menampung hujan ini nanti atau dalam masa yang sama mengawal keadaan banjir yang sentiasa berlaku terutamanya di bandar seperti Sibu.

Dan apabila difikirkan tentang peranan Hutan-atau pokok-pokok yang membantu di dalam mengawal tindakan semulajadi apabila hujan, dapat "sesamamu' bayangkan betapa kebanyakan hutan yang telah hilang dan diganti oleh 12 empangan ini pula yang akan mengawal tindakan semulajadi yang sepatutnya KERJA si Pokok dan bukan nya kolam-kolam besar EMPANGAN ini. Jadi rasa-rasanya, mampukah ke-12 empangan ini memainkan peranannya untuk mengawal Hakisan, Pengaliran air yang berlebihan ...contohnya...ah!

Atas nama PEMBANGUNAN

Dalam masa yang sama juga, "Sesamamu" melihat, seakan-akan pembinaan empagan ini memberi kesempatan kepada pembalak-pembalak untuk mendapat pendapatan yang lebih. Bagus! kalau pembalak tersebut adalah dari syarikat pembalakan yang SAH, bolehlah mereka membuat penanaman semula sebagai satu perancangan dan etika syarikat pembalakan yang sah sepatutnya lakukan.(He...he...)
Tapi kalau pembalak-pembalak haram? adakah mereka mempunyai tanggung jawab sosial kepada masyarakat yang terjejas dengan termusnahnya kawasan hutan yang luas ini? Dah lah potong pokok tu secara haram, tidak bertanggung jawab pula. "Sesamamu" percaya banyak pembalak-pembalak haram yang bermaharaja lela mengusahakan "PEMUSNAHAN" hutan secara besar-besaran dan disahkan atas nama "PEMBANGUNAN" iaitu melalui 12 empangan ini.(Macam lesen to TEBANG dak ya)

Kalau Kampung belum ada elektrik dan air bersih?

Dalam perjalanan menggunakan bas dari Simpang Selangau ke Mukah, seperti yang kita sedia maklum keadaan jalan Selangau-Mukah yang belum siap sepenuhnya itu. (TERUK!!!), "Sesamamu" dapati ada beberapa rumah panjang disepanjang jalan itu yang belum menerima bekalan elektrik mahupun air bersih. Dan hairan juga, apabila melihat kabel elektrik yang melintang tinggi tidak jauh dari rumah-rumah panjang ini tetapi tidak ada bekalan diberikan kepada mereka. Maka terkenanglah banyak kawasan-kwasan pendalaman di Sarawak yang hampir 60% lagi belum dibekalkan dengan elektrik mahupun air bersih. Jadi, 12 empangan ini akan menjadi penyelesai akan masalah ini nanti? Doakan ya...

Kesian HUTAN ku

Hutan kita akan banyak hilang dan diganti dengan 12 kolam besar itu suatu hari nanti. Bayangkan bukan manusia sahaja yang mengalami kesan terhadap kehilangan besar pokok-pokok ini, bagaimana pula dengan hidupan semulajadi hutan ini? Di mana perginya binatang-binatang liar ini kelak? Pokok-pokok yang beratus-ratus tahun umurnya akan musnah dan hilang dari pandangan.

Ciptaan dimuliakan bukan PENCIPTA

Suatu hari nanti, mungkinkah generasi yang akan mendatang akan memuja penciptaan empangan yang besar ini daripada memuliakan PENCIPTA yang menciptakan bumi ini dan segala isinya? Perkara ini akan berlaku apabila hutan rimba, hidupan nya dan sungai-sungai telah diganti dengan mercu tanda kemegahan manusia iaitu empangan yang besar itu. Bukan setakat besar, tetapi BANYAK!!!.
Pada masa itu, generasi alaf baru itu akan berkata "wah!  sungguh hebat ciptaan manusia ini..." dan tiada lagi kata "wah, Allah ku sungguh hebat ciptaan Nya!!!" kerana semua yang "amat baik" ciptaan NYA itu sudah TIADA!!!...

Sunday, July 18, 2010

Cerita tentang 12 Empangan itu...

Pada suatu hari, seorang budak yang berusia 11 tahun bersama dengan ayahnya sedang melihat satu rencana TV yang mengambarkan keadaan bumi yang hijau serta panoramanya yang menarik. Tiba-tiba si anak ini bertanya kepada ayahnya. Bapa itukah yang dikatakan sungai? Di manakah sungai-sungai itu? masih ada kah?
Si ayah tergaman sebentar dengan soalan-soalan itu. Bukan soalan cepu emas tetapi soalan yang mungkin sukar untuk si ayah jelaskan kepadanya. 


Bayangkan 10 tahun akan mendatang. Mungkin kah generasi pada masa itu tidak akan melihat sungai -sungai yang sebenar dan hanya melihat atau mendengar tentangnya daripada gambar ataupun rencana di TV mengenai sungai? Ataupun pada masa itu, ia merupakan satu rekaan fantasi semata-mata yang telah digubah dan diolah oleh teknologi maklumat yang semakin canggih?


Tetapi mungkin juga perkara ini akan berlaku jika kita terus mengejar NAFSU serakah manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Itulah salah satu kemungkinan apa akan terjadi kepada generasi yang akan mendatang apabila pembinaan 12 empangan yang dicadangkan ini akan terus dilaksanakan pembuatannya. Generasi-generasi ini hanya melihat secara maya apa yang dikatakan tentang sungai. Mereka hanya dapat membayangkan melalui pengelaman secara maya bukannya sebenar. Keindahan dan kecantikan alam sungai-sungai ini tidak menjadi nyata kepada mereka. 


Kemungkinan perkara ini berlaku adalah pasti kerana satu persatu anak-anak sungai yang di ulu-ulu sungai kita akan terjejas dan ditenggelami oleh satu takungan air yang gergasi ini. Dan tiada lagi tawa riang manusia yang rindukan ketenangan serta kedinginan aliran anak-anak sungai ini. Mungkinkah tiada lagi deruan deras air sungai ini berlaga dengan batuan kecil serta tebingan yang curam ini. Ataupun, mungkinkah tiada kita dengar air yang jatuh dari satu punca yang tinggi memukul aliran sungai di bawahnya lagi? Jawapannya ada pada kita yang hidup pada masa sekarang ini. 
Berbalik kepada rancangan pembinaan 12 empangan di Sarawak dan 2 telah berlaku pembinaannya sekarang, iaitu empangan Bakun dan Murum. Adakah kita benar-benar perlukan ke-12 empangan ini di bina di Sarawak? Kalau ia amat diperlukan untuk perkembangan ekonomi mahupun sosial rakya Sarawak, biarlah perlaksanaannya dilakukan dengan berdasarkan penilaian dan kajian yang terperinci.


Dan jika ianya diteruskan juga, persoalan yang harus kita renungkan bersama di sini ialah, adakah kita bersedia menghadapi kehilangan sesuatu yang berharga untuk generasi penerus kita demi kehidupan yang senang sekarang? 
Ataupun, mengekalkan apa yang ada dan SEDERHANA dalam apa yang kita miliki sekarang ini?

Mari kita renungkan bersama. 

Bumi ku yang kian pudar ini...angkara KERAKUSAN insan yang bernama manusia...


Cintai sungai-sungai kita!!!

Monday, July 12, 2010

Sungguh amat baik II

Apabila Tuhan melihat semua yang diciptakan Nya itu, sungguh amat baik...(Kej 1:31). Maka diciptakan Nya manusia untuk menjadi penjaga dan yang akan bertanggunbg jawab untuk memperhatikan semua yang telah diciptakan Nya itu bertumbah dan berkembang menjadi satu ciptaan yang SEMPURNA. Dan manusia ciptaanNya lah yang akan menjaga serta memelihara akan keaslian serta kesempurnaannya kepada semua makhluk yang DIA telah ciptakan.
Kej 1:[26]  Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi."
Wow!!! jelas kan?, Di Alkitab telah nyatakan kepada kita apa yang sepatutnya kita sebagai manusia ciptaan NYA sepatutnya lakukan.


Tetapi, apa akan berlaku jika 12 empangan yang bakal dibina ini akan siap nanti?Empangan Murum dan Bakun akan siap bila-bila masa lagi tetapi kesannya sudah dapat dilihat baik kepada mereka yang terjejas mahupun kepada banyak anak-anak sungai yang terjejas akibat pemibinaan empangan yang memakan kawasan tadahan seluas Singapura.


Di sini, Sesamamu hanya kongsikan satu kemungkinan apa yang berlaku kepada Sarawak selepas sahaja kesemua empangan ini siap dibina.


Ketidak seimbangan muka bumi Sarawak.


Memang tidak dinafikan sejauh mana kesahihan kemungkinan ini, tetapi kita dapat bayangkan bagaimana ke 12 empangan itu sudah siap dibina nanti. Sarawak secara geografinya akan berubah sama sekali bentuk muka bumi fizikalnya. Bayangkan nanti ada 12 buah tempat takungan air merentas dari utara hingga ke selatan Sarawak.


Ini akan mendorong kepada ketidak stabilan muka bumi dan keadaan tanah. Ini berat kandungan air dan tanah ataupun batu-batan semulajadi muka bumi sebelum ini adalah berbeza. Takungan air yang terlalu berat ini akan mengakibatkan bumi tidak lagi dapat menyokong keberatan kandungan air yang begitu banyak dibandingkan dengan keadaan kering.
Bayangkan, dengan seluas Pulau Singapura satu empangan menampung kandungan air yang begitu berat. Apa akan berlaku kalau 12 empangan?


Jadi, oleh kerana ketidak stabilan bentuk muka bumi ini tadi, ia mungkin mendorong kepada satu bentuk takanan yang luar biasa kepada muka bumi atau tanah permukaan bumi Sarawak khususnya. Oleh itu, dijangkakan kemungkinan besar, tekanan yang tidak seimbang ini akan mendorong kepada gegeran bumi yang kecil yang akhirnya akan menyumbang kepada gempa bumi yang besar. (Walaupun Sarawak tidak termasuk di dalam kawasan gempa garisan gempa ini). Tetapi ini adalah satu kemungkinan yang besar malapetaka gempa bumi ini akan berlaku oleh kerana ketidakstabilan tekanan muka bumi ini tadi.

Bukan itu sahaja, dengan terbinanya ke-12 empangan ini kelak, bukan sahaja anak-anak sungai hilang malah pokok-pokok hutan hujan kita mulai gondol. Bukan ditenggelami oleh kawasan tadahan air yang besar ini, tetapi habis botak ditebang untuk memberi ruang kepada pembinaan empangan ini. Kawasan semulajadi tadahan hujan ini mulai hilang daripada muka bumi Sarawak dan lam-kelamaan sudah pasti menyumbang kepada masalah pemanasan global. Ketidak seimbangan keadaan cuaca ini secara tidak langsung juga mendorong kepada semakin cepatnya proses ketidak seimbangan tekanan terhadap muka bumi Sarawak.
Di mana hutan yang sepatutunya menjadi kawasan tadahan semulajadi telah musnah dan menyebabkan permukaan Sarawak akan dipenuhi dengan air...di tambah pula dengan 12 bakal empangan yang menjadi kawasan takungan air yang besar itu nanti.


Oleh yang demikian, apapun sumbangan 12 empangan ini kepada Sarawak, kita sebagai manusia yang waras dan dipertanggung jawabkan untuk memelihara "semuanya sungguh baik ini" dapat dipelihara. Yang pasti, generasi yang akan datang dapat merasakan apa yang baik yang telah Tuhan sediakan itu.

Sunday, July 4, 2010

Sungguh amat baik...

Sesamamu  kali ini ingin menjadi suara bagi alam ciptaan Tuhan ini. Apabila Tuhan melihat semua yang diciptakan Nya itu, sungguh amat baik...(Kej 1:31). Dalam ertikata lain, "SEMPURNA". Dia begitu berpuas hati dengan hasil ciptaanNya yang sempurna itu. Maka untuk itu juga, Dia telah menciptakan manusia untuk memlihara apa yang telah diciptakan Nya. Tetapi...sekarang...itu semua telah menjadi satu sejarah silam yang kita hanya dapat gambarkan melalui bacaan kita terhadap semua rekod yang tercatat di dalam sejarah awal ciptaan dunia di dalam Alkitab.
Tidak perlu pergi jauh, di dalam negara kita sendiri-Malaysia dan Sarawak Khusunya. Dengan pembinaan 12 empangan air yang dirancangkan yang akan dibina di Sarawak sudah pasti meninggalkan kesan yang mendalam baik dari segi alam semulajadi Sarawak mahupun bentuk muka bumi nya.
 Dengan terbinanya kesemua empangan ini nanti, bagaimanakah keadaan sebenenar muka bumi Sarawak. Pastinya banyak yang  berubah  baik manusia dan semua ciptaan yang "sempurna" itu.

Sumbangannya kepada Sarawak
Apakah bakal sumbangannya empangan-empangan ini kepada Negeri Sarawak? 
Di sini Sesamamu cuba ketengahkan beberapa sumbangan yang Sarawak dapat hasil daripada  pembinaan empangan-empangan ini nanti;

Antaranya ialah;
i. Pembalakan pesat dijalankan.
- Hasil pembalakan akan bertambah dan in secara langsung akan menyumbang kepada pendapatan eksport dan hasil daripada pembalakan kepada negeri Sarawak.
- Dalam erti kata yang lain, dengan banyaknya empangan yang akan dibina, akan mempercepatkan proses penebangan pokok-pokok yang sedia matang.
- Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat pembalakan yang diberi lesen untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan yang terjejas akibat pembinaan empangan ini secara tidak langsung juga menyumbang kepada pendapatan hasil cukai kepada kerajaan negeri Sarawak.

ii. Bekalan kuasa elektrik ke Kawasan Pendalaman
- Dengan adanya berlebihan kuasa elektrik yang beribu-ribu megawatt akan menyumbang kepada bekalan kuasa elektrik yang mencukupi di rumah-rumah panjang di pendalaman Sarawak yang boleh dikatakan selepas 40 tahun lebih merdeka dalam Malaysia masih berharap kepada kuasa bahan api bakar yang lain untuk membekalkan kuasa elektrik ke rumah-rumah panjang di pendalaman Sarawak.

iii. Untuk SCORE
- SCORE akan memerlukan bekalan elektrik yang lebih dari yang sedia ada. Oleh itu, dengan pembinaan empangan-empangan ini, Sarawak dapat meningkatkan produktiviti yang baik hasil daripada sumber elektrik yang mencukupi untuk SCORE nanti.
- Begitu juga hasil pendapatan negeri Sarawak akan meningkat secara tidak langsungnya.

iv. Mengurangkan banjir kilat.
- Empangan-empangan yang bakal dibina akan menjadi satu kawasan tadahan hujan yang luas di mana melibatkan banyak sungai-sungai yang utama di Sarawak. Jadi degan adanya empangan-emapangan ini nanti, pengaliran air hujan akan dapat dikawal daripada terus mengalir ke kawasan-kawasan rendah terutama yang selalu mengalami banjir kilat.


v. Penempatan baru.
- Selain sungai-sungai utama ini dapat dikawal, penduduk-penduduk yang terjejas oleh kerana pembinaan empangan ini akan dapat dipindahkan disebuah kawasan penempatan yang baru.
- Penempatan-penempatan yang baru ini akan disediakan oleh kerajaan negeri bagi penduduk-penduduk yang terjejas ataupun kehilangan tanah-tanah adat, kawasan pertanian mahupun kawasan pemburuan mereka. Selain membinan rumah-rumah penempatan baru, kerajaan juga memberi tanah yang mencukupi kepada para penduduk yang terjejas. Ini merupakan dalam bentuk pampasan kepada setiap isi keluarga.
- Penempatan-penempatan baru ini juga sudah pastiakan dibekalkan dengan kemudahankemudahan insfrastruktur asas yang sempurna.

vi. Bentuk muka bumi yang menarik.
- Seperti empangan Batang Ai, empangan-empangan yang bakal dibina ini nanti akan menyumbang kepada sektor pelancongan kepada Negeri Sarawak.
- Ini hasil daripada bentuk muka bumi yang menarik yang telah diilhamkan oleh manusia.

Jadi, di atas adalah beberapa sumbangan daripada pembinaan 12 empangan di Sarawak kelak hasil pemerhatian sesamamu.

Apa kata anda? Apa agak-agaknya KEBURUKAN atau AKIBAT  daripada pembinaan empangan-empangan ini?

Disini, sesamamu senaraikan di mana empangan-empangan yang di cadangkan itu akan ditempatkan:
Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum and Sungai Linau dan pembesaran empangan Batang Ai yang sedia ada.
-