Perlukah?
Ya, Perlukah kita korbankan hutan kita untuk memberi laluan dengan pembinaan empangan ini. 2 sudah mula pembinaannya dan akan beraksi tidak lama lagi dan tinggal 10 lagi empangan yang bakal di bina.
Empangan Bakun- kawasan tadahan seluas pulau Singapura, dan empagan Murum lebih kurang keluasan empangan Bakun.
Sekarang setiap petang, di Sarawak akan mengalami hujan yang lebat, dan ini berlaku setiap hari dan hampir dikeseluruhan kawasan Sarawak menerima hujan yang lebat. "Sesamamu:" baru balik dari Mukah, dan juga diberitahu hujan turun setiap hari di Mukah. Dalam perjalanan dari Kuching ke Mukah melimpasi bandar-bandar seperti Sarikei dan Sibu dan sepanjang perjalanan, Hujan sentiasa mencurah-curah seperti tidak mahu berhenti. Terlintas difikiran "sesamamu", adakah mampu ke-12 empangan ini menampung hujan ini nanti atau dalam masa yang sama mengawal keadaan banjir yang sentiasa berlaku terutamanya di bandar seperti Sibu.
Dan apabila difikirkan tentang peranan Hutan-atau pokok-pokok yang membantu di dalam mengawal tindakan semulajadi apabila hujan, dapat "sesamamu' bayangkan betapa kebanyakan hutan yang telah hilang dan diganti oleh 12 empangan ini pula yang akan mengawal tindakan semulajadi yang sepatutnya KERJA si Pokok dan bukan nya kolam-kolam besar EMPANGAN ini. Jadi rasa-rasanya, mampukah ke-12 empangan ini memainkan peranannya untuk mengawal Hakisan, Pengaliran air yang berlebihan ...contohnya...ah!
Atas nama PEMBANGUNAN
Dalam masa yang sama juga, "Sesamamu" melihat, seakan-akan pembinaan empagan ini memberi kesempatan kepada pembalak-pembalak untuk mendapat pendapatan yang lebih. Bagus! kalau pembalak tersebut adalah dari syarikat pembalakan yang SAH, bolehlah mereka membuat penanaman semula sebagai satu perancangan dan etika syarikat pembalakan yang sah sepatutnya lakukan.(He...he...)
Tapi kalau pembalak-pembalak haram? adakah mereka mempunyai tanggung jawab sosial kepada masyarakat yang terjejas dengan termusnahnya kawasan hutan yang luas ini? Dah lah potong pokok tu secara haram, tidak bertanggung jawab pula. "Sesamamu" percaya banyak pembalak-pembalak haram yang bermaharaja lela mengusahakan "PEMUSNAHAN" hutan secara besar-besaran dan disahkan atas nama "PEMBANGUNAN" iaitu melalui 12 empangan ini.(Macam lesen to TEBANG dak ya)
Kalau Kampung belum ada elektrik dan air bersih?
Dalam perjalanan menggunakan bas dari Simpang Selangau ke Mukah, seperti yang kita sedia maklum keadaan jalan Selangau-Mukah yang belum siap sepenuhnya itu. (TERUK!!!), "Sesamamu" dapati ada beberapa rumah panjang disepanjang jalan itu yang belum menerima bekalan elektrik mahupun air bersih. Dan hairan juga, apabila melihat kabel elektrik yang melintang tinggi tidak jauh dari rumah-rumah panjang ini tetapi tidak ada bekalan diberikan kepada mereka. Maka terkenanglah banyak kawasan-kwasan pendalaman di Sarawak yang hampir 60% lagi belum dibekalkan dengan elektrik mahupun air bersih. Jadi, 12 empangan ini akan menjadi penyelesai akan masalah ini nanti? Doakan ya...
Kesian HUTAN ku
Hutan kita akan banyak hilang dan diganti dengan 12 kolam besar itu suatu hari nanti. Bayangkan bukan manusia sahaja yang mengalami kesan terhadap kehilangan besar pokok-pokok ini, bagaimana pula dengan hidupan semulajadi hutan ini? Di mana perginya binatang-binatang liar ini kelak? Pokok-pokok yang beratus-ratus tahun umurnya akan musnah dan hilang dari pandangan.
Ciptaan dimuliakan bukan PENCIPTA
Suatu hari nanti, mungkinkah generasi yang akan mendatang akan memuja penciptaan empangan yang besar ini daripada memuliakan PENCIPTA yang menciptakan bumi ini dan segala isinya? Perkara ini akan berlaku apabila hutan rimba, hidupan nya dan sungai-sungai telah diganti dengan mercu tanda kemegahan manusia iaitu empangan yang besar itu. Bukan setakat besar, tetapi BANYAK!!!.
bagaimana harus kt suarakan utk henti kan pmbinaan empangan ini????andai aku punya kuasa x sesekali ku biarkan ini akan t'cipta,....ke mn kah perginya para cendikiawan dan pemimpin negara yg sllu di puji dek kebijaksanaan mrk????bkn kah mrk lbh tahu,keburukan p'binaan ini lbh byk b'bnding dgn kebaikan nya????......HENTIKAN EMPANGAN INI!!!!!!!!!!!!!! bkn kah ada kempen cintai lah bumi kt???huh,.....smua nya tipu belaka,...manusia hipokrit!!!!!!!!....fikiran mrk skrg cuma mau musnah kan alam,...musnah kan impian org pedlmn yg ingin m'kal kan bumi hijau mrk,....empangan ini tiada maknaya klu rakyat m'derita,....WANG!!!!!!!DUIT!!!!!MONEY!!!!!apakah?????
ReplyDeletemungkin ada kebaikan dan keburakan dalam pembinaan 12 empangan ini..tapi kenapa perlu sampai 12 empangan?bukan nya kita selalu menggunakan elektrik juga..mustahil 12 empangan hanya khas untuk sarawak sahaja?mungkin ke tempat lain..dan diketahui semua bahawa projek empangan bakun pada tahun 2002 diusahakan bersama kerajaan Malaysia-China..herm..adakah pembahagian beberapa peratus untuk China dlm konteks pengagihan elektrik?tidak cukup kah bakun umtuk sarawak??nak ditambah lagi dengan 12 empangan..hei!!hutan kita semakin mengecil la..ditambah dengan projek pembangunan terutamanya pembinaan perumahan..ala..kalau pembangunan untuk kebaikan masyarakat contohnya pembinaan sekolah,perpustakaan ok juga..herm..bila akan kita hentikan semua ni..sungai pun makin tercemar..akhirnya generasi yang akan datang tidak dapat merasa mandi sungai..jawab nya kolam renang..
ReplyDelete