sesamamu

Wednesday, September 21, 2011

Pendidikan untuk semua!!!

2 hari yang lepas, kita digemparkan dengan berita dimana 3 orang pelajar di sebuah sekolah di Bintangor telah dilarang untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka bertiga di larang menduduki peperiksaan itu kerana takut akan menjejaskan peratusan pencapain keputusan keseluruhan sekolah tersebut nanti. Difahamkan, pihak sekolah tersebut beranggapan ketiga pelajar ini adalah ketegori pelajar yang sangat lemah pencapaian akademiknya. Jadi, dengan mengasingkan mereka untuk tidak mengambil peperiksaan ini akan menyumbang kepada peratusan pencapaian yang sekolah ini impikan.

Ini anak orang lah cikgu..................
 
Pencapaian yang Cemerlang!  Gemilang! Terbilang!

Mungkin taksub dengan segala tawaran yang dan insentif yang kementerian tawarkan bagi mana-mana sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi pencapaian mereka yang cemerlang-gemilang-terbilang ini, pihak sekolah terutama sekali pihak atasan sekolah ini sanggup mengabaikan TANGGUNG JAWAB MEREKA  sebagai seroang PENGAJAR!.  Bukankah para warga pendidik ini adalah kalangan profesioanl yang dilatih untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Dan itu adalah PANGGILAN UTAMA mereka.

Tetapi, sungguh menyedihkan, ada juga yang sanggup mengabaikan etika profesion pendidikan ini semata-mata ingin mengejar DARJAT dan GANJARAN yang ditawarkan ini.

Dimana rasa tanggung jawab dan "IKRAR" guru yang difazkan itu???

Sistem "Key Performance Index-KPI"

Terlalu mengejar KPI dan sistem pendidikan yang sangat menekankan Hasil keluaran dan bukan Kuantiti keluaran menyebabkan profesion perguruan telah terbawa-bawa untuk mencapai setinggi mungkin KPI mereka supaya mendapat pengiktirafan serta tawaran serta ganjaran yang ditawarkan.

Sistem yang sedia ada ini telah "MEMATIKAN" kualiti modal insan yang kita miliki. Oleh yang demikian, kerana terlalu mengejar kuantiti daripada kualiti, kita sanggup mengabaikan apa yang sepatutnya!

Pendidikan adalah Hak!


Itu adalah hak bagi pelajar ini untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan formal serta dinilaikan pencapaian mereka. Bukannya dengan membataskan hak mereka sewenang-wenangnya demi mengejar impian TAMAK HALOBA manusia yang hilang nilai etikanya!


Perlu ingat, menyekat seseorang itu untuk mendaopatkan hak yang sepatutnya mereka miliki adalah satu kesalahan yang sangat besar dan amat memelukan. Ia seakan-akan kita meragut ataupun merompak sesuatu yang berharga daripada seseorang itu!.


Hidup seperti "Pusingan Roda".


Hidup ini seperti pusingan roda, hari ini kita di atas tetapi tidak selamanya kita akan berada di atas, kerana suatu hari nanti, kita juga akan di bawah. Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang selalu menguji kesabaran kita sebagai manusia biasa, tetapi apa pun yang kita katakan, yang kita lakukan kepada para pelajar kita hari ini, mereka akan ingat sampai bila-bila. Tidak selamanya mereka bodoh! tidak selamanya mereka pembawa masalah!


Harus kita ketahui, suatu hari kelak, mereka juga akan berada di atas kita. Bayangkan, 3 orang budak ini kelak akan menjadi wakil rakyat, Doktor, Ketua mana-mana jabatan, Peguam dan sebagainya, aduh!!! malunya kita kelak.....


Jadi, hidup ini tidak selamanya kita berada di atas ya....Wahai rakan-rakan guru dan bakal guru di luar sana, mari kita menjadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar ya...

Monday, September 19, 2011

16 September 2011...masih kah kau ingat???

Dakian Malaysia pada 16 September 2011 menjadi satu mercu tanda bagi sesamamu untuk memulakan dakian gunung-gung yang ada di Sarawak dan Sabah. Ia bertujuan untuk menanam semangat cintakan penubuhan gagasan Malaysia dan dalam masa yang sama untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar di bumi Malaysia ini.
Pada tahun lepas, dan tarikh yang sama. Buat pertama kalinya negara kita Malaysia mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Dengan itu, sesamamu bersama 4 orang rakan pelajar dari UiTM telah sebulat suara untuk menyatakan rasa hormat dan cinta kepada negara ini dengan berjalan kaki sejauh 20km dari UiTM kampus Kota Samarahan ke Padang Merdeka. Dalam masa yang sama melancarkan kempen "Thursday in Black-TiB" di mana kami  menyatakan sokongan untuk sama-sama memakai pakaian gelap-hitam setiap hari khamis untuk MEMBANTAH penderaan kanak-kanak, kekejaman terhadap wanita dan rogol di negara kita Malaysia ini.

Buat kali ke duanya...

Dan pada tahun ini, sekali lagi sesmamu bersama-sama 8 orang pelajar dari UiTM menyambung apa yang telah dibuat pada tahun lepas. Tetapi, tahun ini, konsepnya berlainan sedikit. Daripada berjalan sejauh 20 km, kita telah ubah kepada mendaki gunung. Gunung Gading-Lundu dipilih untuk DAKIAN Malaysia-DM kali ini. Ketinggian 965 meter dan sejauh 4km dakian selama 4 jam sangat-sangat berbaloi.

Semua ahli DM berjaya mendaki Gunung Gading dalam masa yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 4 jam dakian. Tahun ini, kami memilih "GREEN-Keep our nature by STOP Chopping the Tree" sebagai tema DM ini.

Mendekatkan diri kepada alam semulajadi...

Sungguh terasa betapa alam begitu dekat kepada kami apabila kami merentasi bukit-bukau sebelum menawan puncak Gunung Gading. Kehijauan hutan rimba yang terpelihara ini telah menjadikan kami begitu terpegun dengan alam semulajadi ciptaan Tuhan ini. Kadang-kala terlintas dihati sesamamu menyatakan "Wah! betapa kerdilnya aku ini jika dibandingkan ciptaan Tangan Dia yang mencipta alam semulajadi ini".

Sekurang-kurangnya, dengan mendekatkan diri dengan alam semulajadi ini, kami dapat menghargai alam yang diberikan kepada kita ini supaya sentiasa terpelihara adanya. Ini dapat dinyatakan dengan sikap ahli-ahli kumpulan DM ini yang tidak senang melihat sampah yang dibuang merata tempat dipuncak gunung ini. Dengan secara spontan penuh dengan kesedaran, ahli-ahli kumpulan DM mengutip sampah sarap ini dan dibawa turun ke kaki gunung untuk dibuang. Tahniah!!!

Rasa cintakan negara semakin membara...

Cabaran mendaki gunung ini membuat ahli-ahli kumpulan DM kali ini merasakan betapa bertuahnya kita hidup disebuah negara yang harmoni dan aman damai ini hasil daripada perjuangan mereka yang terdahulu. Ini menyebabkan kesemua rakan-rakan  DM  tidak sabar-sabar mengibarkan jalur gemilang di puncak gunung ini untuk menyatakan ucapan syukur dan terima kasih kepada keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini.

Jerih payah pendakian mengajar kami untuk menghargai sejarah mereka yang terdahulu memperjuangkan sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat ini. Terima kasih kepada semua WIRA-WIRA  Malaysia!!!

Oleh yang demikian, sesamamu mendorong generasi muda di luar sana untuk terus mengingatkan hari di mana satu gagasan rakyat Malaysia yang berdaulat telah dibentuk, dan hingga sekarang kita sama-sama menikmati hasil daripada perjuangan mereka yang terdahulu.  Namun perjuangan itu tidak berhenti disitu sahaja, tetapi harus diteruskan sehingga ke generasi-generasi yang mendatang selepas kita suatu hari nanti...
SALAM HARI MALAYSIA!!!

Ahli-ahli DM 2011 - Ken, Thurston, Michel, Valerie, Marylynne, Sylvia, Lilyen, Alice and Nino

Monday, September 12, 2011

9/11...Dimanakah kamu ketika itu?

Semalam, 11 September, 2011 genap 10 tahun sudah dunia ini "berhenti berputar" apabila kita dikejutkan dengan serangan nekad kapal terbang ke atas Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat. Dianggarkan lebih kurang 3 ribu orang kehilangan insan yang tersayang.

Peristiwa ini telah mengejutkan seluruh dunia bukan sahaja pemimpin-pemimpin utama dunia malah seluruh manusia yang hidup dan waras dimuka bumi ketika itu.

Dimanakah kamu ketika itu?

Ya, dimanakah kamu ketika peristiwa ini berlaku? Di tempat kerja? Di rumah? Di kampus?

Seingat sesamamu, pada masa peristiwa ini berlaku, sesamamu masih mengajar disebuah sekolah dan melihat apa yang terjadi ketika itu, sesamamu ingat ini adalah satu lakona semata-mata. Tetapi ternyata, ia bukan lakonan, tetapi satu kenyataan dimana telah mengubah dunia.

Seperti di dalam lagu Alan Jackson di bawah, ia merupakan titik dimana "Dunia berhenti berputar" buat seketika.

Marilah kita menjawab segala pertanyaan di dalam lagu ini..." Where were when the world stop turning".


Lirik seperti di bawah...
Where were you when the world stopped turning that September day
Out in the yard with your wife and children
Working on some stage in LA
Did you stand there in shock at the site of
That black smoke rising against that blue sky
Did you shout out in anger
In fear for your neighbor
Or did you just sit down and cry

Did you weep for the children
Who lost their dear loved ones
And pray for the ones who don't know
Did you rejoice for the people who walked from the rubble
And sob for the ones left below

Did you burst out in pride
For the red white and blue
The heroes who died just doing what they do
Did you look up to heaven for some kind of answer
And look at yourself to what really matters

I'm just a singer of simple songs
I'm not a real political man
I watch CNN but I'm not sure I can tell you
The difference in Iraq and Iran
But I know Jesus and I talk to God
And I remember this from when I was young
Faith hope and love are some good things he gave us
And the greatest is love

Where were you when the world stopped turning that September day
Teaching a class full of innocent children
Driving down some cold interstate
Did you feel guilty cause you're a survivor
In a crowded room did you feel alone
Did you call up your mother and tell her you love her
[ From : http://www.elyrics.net/read/a/alan-jackson-lyrics/where-were-you-(When-the-world-stopped-turning)-lyrics.html ]
Did you dust off that bible at home
Did you open your eyes and hope it never happened
Close your eyes and not go to sleep
Did you notice the sunset the first time in ages
Speak with some stranger on the street
Did you lay down at night and think of tomorrow
Go out and buy you a gun
Did you turn off that violent old movie you're watching
And turn on "I Love Lucy" reruns
Did you go to a church and hold hands with some stranger
Stand in line and give your own blood
Did you just stay home and cling tight to your family
Thank God you had somebody to love

I'm just a singer of simple songs
I'm not a real political man
I watch CNN but I'm not sure I can tell you
The difference in Iraq and Iran
But I know Jesus and I talk to God
And I remember this from when I was young
Faith hope and love are some good things he gave us
And the greatest is love

I'm just a singer of simple songs
I'm not a real political man
I watch CNN but I'm not sure I can tell you
The difference in Iraq and Iran
But I know Jesus and I talk to God
And I remember this from when I was young
Faith hope and love are some good things he gave us
And the greatest is love

The greatest is love
The greatest is love

Where were you when the world stopped turning that September day



Ingat bukan untuk membenci...

Mari kita sama-sama mengingati hari ini. Bukan untuk membuat kita membenci kepada sipelaku tragedi ini, tetapi mengingati betapa kehidupan ini seharusnya diwarnai dengan KASIH. Bermelodikan CINTA...seperti yang terdapat didalam lirik lagu ini...Yang terbesar adalah KASIH...

Friday, September 2, 2011

BERSIH 3.0 ???

Akan adakah BERSIH 3.0? Ini mungkin satu persoalan yang semakin panas diperkatakan apabila tuntutan BERSIH 2.0 yang lalu seakan-akan dipandang sepi oleh pihak SPR. Adapun tindakan seperti penyemakan daftar pemilih, pendaftaran Biometrik yang akan dilaksanakan, tidak semua pun 8 tuntutan BERSIH 2.0 ini dipertimbangkan.

Ekoran daripada itu, pengalaman BERSIH 2.0 telah memberi sedikit sebanyak kesan kepada rakyat yang mula merasakan adanya kepincangan yang nyata didalam sistem pilihan raya yang ada. Terutama sekali, masalah politik wang! Janji-janji manis bantuan kewangan yang besar dari pihak yang menguasai kerajaan! Projek mi segera di sana-sini!

BERSIH 3.0???

Kalau adapun usaha untuk mengadakan BERSIH 3.0, sesamamu sarankan untuk masa yang terdekat ini yang menjelang tiba pilihan raya umum nanti, semua rakyat Malaysia yang berdaulat ini harus fikirkan perjuangan BERSIH ini belum lagi berakhir. Dan sesamamu mempelawa kita sama-sama terlibat didalam BERSIH 3.0 ini. Bukan dengan turun ke jalan-jalan raya berhimpun secara aman, tetapi bersama-sama menjadi SUARA YANG LANTANG dalam pilihan raya umum kelak.

1- Mendaftar sebagai pengundi...

Bagi yang belum mendaftar dan sudah layak untuk berbuat demikian haruslah memberanikan diri untuk menjadi sebahagian daripada SUARA itu kelak dengan mendaftar sebagai pengundi. Proses pendaftaran begitu mudah sekali, hanya bawa MYKAD anda bersama dan pergi ke mana-mana agensi yang dipertanggung jawabkan untuk mendaftar rakyat Malaysia yang layak.

SUARA kita hanya kedengaran apabila kita sudah mendaftar. Cukup dengan mengkritik dan mengeluh dengan apa-apa sistem yang pincang ini jikalau belum mendaftar. Tetapi kalau sudah mendaftar, nyatakan keluhan anda itu didalam kertas undi kelak.

2- Yang sudah mendaftar...

Bagi kita yang sudah mendaftar sebagai pengundi tetapi tidak pernah melaksanakan tanggung jawab kita sebagai pengundi, ini lah masa dan ketikanya kita menyuarakan pendapat kita didalam kertas undi kelak. Mari, sesamamu galakkan kita menyuarakan kekhuatiran kita terhadap sistem yang pincang ini didalam kertas undi kita nanti.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggung jawab untuk melaksanakan tugas kita untuk memilih dan mengundi pemimpin yang tidak RASUAH dan Takut akan TUHAN nya. Sebab kita rakyat Malaysia berpegang kepada Rukun Negara kita yang pertama...PERCAYA KEPADA TUHAN. Tetapi kalau hidup pemimpin yang kita pilih tidak menunjukkan akan Rukun Negara yang pertama itu, "mereka" akan mudah menjurus kepada amalan mungkar tersebut.

MERDEKAKAN Negara ku dari KEKOTORAN...

BERSIH 3.0...hanya dua ku pinta...1-DAFTAR sebagai pengundi kalau layak dan 2-UNDI lah...laksanakan dengan penuh tanggung jawab...