sesamamu

Monday, September 19, 2011

16 September 2011...masih kah kau ingat???

Dakian Malaysia pada 16 September 2011 menjadi satu mercu tanda bagi sesamamu untuk memulakan dakian gunung-gung yang ada di Sarawak dan Sabah. Ia bertujuan untuk menanam semangat cintakan penubuhan gagasan Malaysia dan dalam masa yang sama untuk menyokong pemuliharaan alam sekitar di bumi Malaysia ini.
Pada tahun lepas, dan tarikh yang sama. Buat pertama kalinya negara kita Malaysia mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Dengan itu, sesamamu bersama 4 orang rakan pelajar dari UiTM telah sebulat suara untuk menyatakan rasa hormat dan cinta kepada negara ini dengan berjalan kaki sejauh 20km dari UiTM kampus Kota Samarahan ke Padang Merdeka. Dalam masa yang sama melancarkan kempen "Thursday in Black-TiB" di mana kami  menyatakan sokongan untuk sama-sama memakai pakaian gelap-hitam setiap hari khamis untuk MEMBANTAH penderaan kanak-kanak, kekejaman terhadap wanita dan rogol di negara kita Malaysia ini.

Buat kali ke duanya...

Dan pada tahun ini, sekali lagi sesmamu bersama-sama 8 orang pelajar dari UiTM menyambung apa yang telah dibuat pada tahun lepas. Tetapi, tahun ini, konsepnya berlainan sedikit. Daripada berjalan sejauh 20 km, kita telah ubah kepada mendaki gunung. Gunung Gading-Lundu dipilih untuk DAKIAN Malaysia-DM kali ini. Ketinggian 965 meter dan sejauh 4km dakian selama 4 jam sangat-sangat berbaloi.

Semua ahli DM berjaya mendaki Gunung Gading dalam masa yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 4 jam dakian. Tahun ini, kami memilih "GREEN-Keep our nature by STOP Chopping the Tree" sebagai tema DM ini.

Mendekatkan diri kepada alam semulajadi...

Sungguh terasa betapa alam begitu dekat kepada kami apabila kami merentasi bukit-bukau sebelum menawan puncak Gunung Gading. Kehijauan hutan rimba yang terpelihara ini telah menjadikan kami begitu terpegun dengan alam semulajadi ciptaan Tuhan ini. Kadang-kala terlintas dihati sesamamu menyatakan "Wah! betapa kerdilnya aku ini jika dibandingkan ciptaan Tangan Dia yang mencipta alam semulajadi ini".

Sekurang-kurangnya, dengan mendekatkan diri dengan alam semulajadi ini, kami dapat menghargai alam yang diberikan kepada kita ini supaya sentiasa terpelihara adanya. Ini dapat dinyatakan dengan sikap ahli-ahli kumpulan DM ini yang tidak senang melihat sampah yang dibuang merata tempat dipuncak gunung ini. Dengan secara spontan penuh dengan kesedaran, ahli-ahli kumpulan DM mengutip sampah sarap ini dan dibawa turun ke kaki gunung untuk dibuang. Tahniah!!!

Rasa cintakan negara semakin membara...

Cabaran mendaki gunung ini membuat ahli-ahli kumpulan DM kali ini merasakan betapa bertuahnya kita hidup disebuah negara yang harmoni dan aman damai ini hasil daripada perjuangan mereka yang terdahulu. Ini menyebabkan kesemua rakan-rakan  DM  tidak sabar-sabar mengibarkan jalur gemilang di puncak gunung ini untuk menyatakan ucapan syukur dan terima kasih kepada keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini.

Jerih payah pendakian mengajar kami untuk menghargai sejarah mereka yang terdahulu memperjuangkan sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat ini. Terima kasih kepada semua WIRA-WIRA  Malaysia!!!

Oleh yang demikian, sesamamu mendorong generasi muda di luar sana untuk terus mengingatkan hari di mana satu gagasan rakyat Malaysia yang berdaulat telah dibentuk, dan hingga sekarang kita sama-sama menikmati hasil daripada perjuangan mereka yang terdahulu.  Namun perjuangan itu tidak berhenti disitu sahaja, tetapi harus diteruskan sehingga ke generasi-generasi yang mendatang selepas kita suatu hari nanti...
SALAM HARI MALAYSIA!!!

Ahli-ahli DM 2011 - Ken, Thurston, Michel, Valerie, Marylynne, Sylvia, Lilyen, Alice and Nino

2 comments:

  1. Nice, keep it up guys.

    ReplyDelete
  2. Saya dibesarkan dgn alam persekitaran semula jadi (kawasan taman negara lambir). Semangat cintakan alam sekitar memang ada dalam diri saya. Tambahan pula saya ada banyak pengalaman bekerja yg berkaitan dgn hutan..apabila sy kali pertama mengetahui aktiviti dakian ini, sy berasa teruja sangat. Rindu saya dgn hutan Lambir memang menebal. Sepanjang perjalanan dakian malaysia k puncak, perkara yang selalu dalam fikiran saya ialah, hutan ini milik Tuhan..rasa sejuk sepanjang pendakian memang best. Rasa letih tidak terasa sangat. Bayangkanlah, hutan ini tiada, panasnya dunia.,.ya! Setiap hari kita terasa tempat kita sangat panas. Then, jangan merungut. Ingat kembali siapa yg memulakannya... Kita yg manusia ni la..
    Reflection dari aktiviti ini, sayangi alam kita..dengarlah suara 'mereka' yg menangis kerana kita..Go green.. This is our home...

    ReplyDelete