sesamamu

Wednesday, September 21, 2011

Pendidikan untuk semua!!!

2 hari yang lepas, kita digemparkan dengan berita dimana 3 orang pelajar di sebuah sekolah di Bintangor telah dilarang untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka bertiga di larang menduduki peperiksaan itu kerana takut akan menjejaskan peratusan pencapain keputusan keseluruhan sekolah tersebut nanti. Difahamkan, pihak sekolah tersebut beranggapan ketiga pelajar ini adalah ketegori pelajar yang sangat lemah pencapaian akademiknya. Jadi, dengan mengasingkan mereka untuk tidak mengambil peperiksaan ini akan menyumbang kepada peratusan pencapaian yang sekolah ini impikan.

Ini anak orang lah cikgu..................
 
Pencapaian yang Cemerlang!  Gemilang! Terbilang!

Mungkin taksub dengan segala tawaran yang dan insentif yang kementerian tawarkan bagi mana-mana sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi pencapaian mereka yang cemerlang-gemilang-terbilang ini, pihak sekolah terutama sekali pihak atasan sekolah ini sanggup mengabaikan TANGGUNG JAWAB MEREKA  sebagai seroang PENGAJAR!.  Bukankah para warga pendidik ini adalah kalangan profesioanl yang dilatih untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Dan itu adalah PANGGILAN UTAMA mereka.

Tetapi, sungguh menyedihkan, ada juga yang sanggup mengabaikan etika profesion pendidikan ini semata-mata ingin mengejar DARJAT dan GANJARAN yang ditawarkan ini.

Dimana rasa tanggung jawab dan "IKRAR" guru yang difazkan itu???

Sistem "Key Performance Index-KPI"

Terlalu mengejar KPI dan sistem pendidikan yang sangat menekankan Hasil keluaran dan bukan Kuantiti keluaran menyebabkan profesion perguruan telah terbawa-bawa untuk mencapai setinggi mungkin KPI mereka supaya mendapat pengiktirafan serta tawaran serta ganjaran yang ditawarkan.

Sistem yang sedia ada ini telah "MEMATIKAN" kualiti modal insan yang kita miliki. Oleh yang demikian, kerana terlalu mengejar kuantiti daripada kualiti, kita sanggup mengabaikan apa yang sepatutnya!

Pendidikan adalah Hak!


Itu adalah hak bagi pelajar ini untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan formal serta dinilaikan pencapaian mereka. Bukannya dengan membataskan hak mereka sewenang-wenangnya demi mengejar impian TAMAK HALOBA manusia yang hilang nilai etikanya!


Perlu ingat, menyekat seseorang itu untuk mendaopatkan hak yang sepatutnya mereka miliki adalah satu kesalahan yang sangat besar dan amat memelukan. Ia seakan-akan kita meragut ataupun merompak sesuatu yang berharga daripada seseorang itu!.


Hidup seperti "Pusingan Roda".


Hidup ini seperti pusingan roda, hari ini kita di atas tetapi tidak selamanya kita akan berada di atas, kerana suatu hari nanti, kita juga akan di bawah. Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang selalu menguji kesabaran kita sebagai manusia biasa, tetapi apa pun yang kita katakan, yang kita lakukan kepada para pelajar kita hari ini, mereka akan ingat sampai bila-bila. Tidak selamanya mereka bodoh! tidak selamanya mereka pembawa masalah!


Harus kita ketahui, suatu hari kelak, mereka juga akan berada di atas kita. Bayangkan, 3 orang budak ini kelak akan menjadi wakil rakyat, Doktor, Ketua mana-mana jabatan, Peguam dan sebagainya, aduh!!! malunya kita kelak.....


Jadi, hidup ini tidak selamanya kita berada di atas ya....Wahai rakan-rakan guru dan bakal guru di luar sana, mari kita menjadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar ya...

3 comments:

  1. Salah satu daripada Tatasusila Profesion Keguruan adalah:
    Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

    Jadi?????

    ReplyDelete
  2. Mungkin tatsusila itu sudah pudar dek KPI yang menawarkan ganjaran yang lumayan?

    ReplyDelete
  3. To be a teacher it needs a lot of patience and Sincere..It's not an easy task@work to be handled..The teacher has no right to exempt those 3 pupils from taking the Exams..As a teacher they need to put more effort on how to help the 3 weaks pupils in their studies.

    ReplyDelete