Sesamamu ingin mengingatkan kita sedikit tentang perayaan Gawai yang akan kita sama-sama rayakan terutama kita DAYAK.
Dari perkataan iban "jimat" membawa maksud, berhati-hati dan sentiasa berwaspada di mana pun kita berada ataupun apapun yang kita buat. Ini pemahaman sesamamu dengan perkataan "jimat" di dalam bahasa Iban. Kalau salah tolong tunjukkan.
Tetapi, "jimat" didalam bahasa Kebangsaan bermaksud, tidak boros dan sentiasa mengamalkan sikap yang berjimat cermat didalam segala hal yang berkatian dengan perbelanjaan mahupun penggunaan. tetapi, sekali lagi, tolong betulkan sesamamu jika definasi ini kurang tepat. Ini cuma pemahaman sesamamu tentang perkataan tersebut.
"Jimat" di dalam Bahsa Iban - pengertian sesamamu...
Sesamamu ingin mengambil kesempatan ini untuk sahabat-sahabat DAYAK yang merayakan perayaan GAWAI ini supaya "berjimat" ataupun berhati-hati dijalan raya ketika memandu. Sesamamu akui begitu sukar untuk mengelakkan dari minum dan seterusnya mabuk semasa perayaan GAWAI ini walaupun kebanyakan kita mahu mengamalkan hidup yang "soleh" dan "kudus" adanya. Tetapi, demi adat resam dan tradisi turun temurun kita dan memang sudah menjadi darah daging kita kamu DAYAK, perlu dan wajib ada air "bisa", jadi, nasihat sesamamu hanya mudah, kalau tahu dah mabuk tak perlu pandu kereta itu. Tidur sahaja di mana kita sudah mulai "party" tadi dan memandu bila sudah kembali dalam keadaan yang "stabil".
Kenapa perlu tidak memandu? Dua jawapan mudah;
1- Kita akan menambahkan statistik kematian akibat memnadu dalam keadaan mabuk ketika hari sepatutnya kita bergembira.
2- Kita mengakibatkan orang lain yang tidak mabuk ditimpa malang dan orang yang mereka sayangi menanti kepulangaan mereka yang tidak kunjung tiba.
"Jimat" pengertian sesamamu dalam BM...
"Jimat" jenis ini pula melibatkan perbelanjaan kita semasa merayakan hari GAWAI ini. Sesamamu akui GAWAI adalah satu tahun sekali. Tetapi bukan menjadi passport kita untuk berbelanja sakan bukan? Lebih-lebih lagu berbelanja demi untuk menjaga status dan maruah dengan jiran-jiran di sebelah menyebelah. Ada yang sanggup membelanjakan beribu-ribu untuk membeli air "bisa" yang termahal dan terbaik demi untuk menjaga krediabiliti mereka. Tetapi membelanjakan dengan borosnya dengan perkara yang hanya mendatangkan keseronokan waktu dan ketika itu sahaja adalah satu pembaziran. Tak kan oleh kerana GAWAI satu tahun sekali, habis bekalan untuk satu tahun? Tak kan lepas GAWAI ini baru mahu fikir cari duit untuk belanja dapur-belanja anak sekolah-belanja kehidupan seterusnya?
Kenapa harus bazirkan susah payah kita memcari wang ringgit selamat setahun ini demi sebuah maruah-status-darjat -serta "enjoy" sementara ini begitu sahaja? Jadi BERJIMAT CERMAT LAH!!!
Jadi berjimatlah dan bersederhanalah dalam segala hal sewaktu berbelanja.
Dari sesamamu kepada semua pengikut setia sesamamublogspot.com, SELAMAT HARI GAWAI ...dan bagi rakan kita di Sabah, SELAMAT HARI KEAMATAN... Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment