sesamamu

Wednesday, January 30, 2013

BAYANGKAN Tiadanya IBRAHIMI ALIBI & PERKATAK

Ha...ha...ssesamamu dapat bayangkan kalau IBRAHIM ALI dan PERKASA tiada di bumi Malaysia!
Kalau IA dan PERKASA tiada di Malaysia;

i- TIADA LAGI BATU API
ii - TIADA LAGI PERKAUMAN
iii - TIADA LAGI KEBENCIAN TERHADAP PERBEZAAN YANG ADA
iv - TIADA LAGI PREJUDIS
v - TIADA LAGI SAK WASANGKA

Yang hairannya, apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh AI ini, tiada langsung tindakan yang akan diambil oleh kerajaan dan pihak yang berkenaan tentang hal ehwal ketenteraman awam. Walhal kenyataan yang dikeluarkannya amatlah bahaya kepada keharmonian kegara yang kita kecapi ini. Malah, bukan semua rakyat Malaysia sependapat dengan kenyataan si AI ini.

Memberi lampu hijau...

Dengan tiadanya tindakan yang diambil keatas kenyatan AI ini, ia seakan-akan memberi lampu hujai kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia ini. Tak kan menunggu suatu perkara yang buruk berlaku, baru lah mahu diambil tindakan?

Si AI ni satu hal pulak, kalau ya pun mahu menjadi pejuang "bangsa" dan :"Agama", secara "segera" di minit-minit akhir menjelang PRU13 ini, janganlah JAHIL sangat ingin memperjudikan kemakmuran rakyat Malaysia yang sedia aman ini. Fikir lah sedikit, kalau tak mampu fikir banyak sangat tu. Uni ni lagi satu, PERKASA sangat kaha IA ini sampai membenarkan Uni ni sebagai "Flatform" untuk dia melafazkan khalimah "JAHIL" dan tidak bertemadunnya ini di sana? Kalau tak silap Sesamamu, Uni ni juga ada memberi anugerha IA (Kononnya dia memperjuangkan hak bumiputera dan agama), Eeeeeeee ngeri dan geli lah kalau benar ada anugerha yang sedemikian rupa.

Aku bayangkan IA tiada...

Amanlah negara ku Malaysia...tiada lagi perjudis dan sak wasangka. Rakyat hidup dengan nilai murni atas kepercayaan masing-masing dan anak-cucu generasi yang akan mendatang megah berdiri di TANAH AIR KU dan berpanjikan jalur empat warna yang menjadi kemegahan rakyatnya yang hidup harmoni!

Monday, January 21, 2013

KL 112-Perhimpunan rakyat...aman pun!!!


Pada perhimpunan rakyat yang sudah, kita dikejutkan dengan pelbagai insiden yang tidak diingini sehingga negara kita menggubal undang - undang AKTA PERHIMPUNAA AMAL 2012, pada dasarnya Sesamamu melihat ianya lahir daripada rasa takut dan tidak senang duduk kerajaan BN yang memerintah melihat rakyat sendiri bangkit menyatakan rasa ketidak puasan hati terhadap sistem yang ada, terutamanya sistem pilihan raya di negara kita.

Perhimpuna Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 di lihat Kotor oleh  mereka kerana adanya banyak insiden yang dilaporkan di media utama kerajaan. Dan kebanyakannya ingin menakutkan orang ramai. Sampai ada yang sanggup membuat tarian buntut yang disertai sebahagian daripada pesara-pesara tentera :)

KL 112 terbukti aman!

Jadi setelah perhimpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 yang lepas, tidak ada insiden yang buruk berlaku. Tidak dilaporkan mana-mana kerosakan harta benda awam, tiada peniaga yang merungut kerugian dan tiada pulak tarian buntut! Adapun yang dihebohkan sekarang (Sengaja mencari kesalahan orang), penganjur akan menghadapi tindakan kerana membenarkan kanak-kanak bawah umur menyertai perhimpunan tersebut dan pihak berkuasa ingin menjejaki mereka yang membawa anak-anak kecil mereka.

Tetapi kenapa tidak di"highlight"kan kenapa perhimpunan ini aman?

Di sini Sesamamu ingin kongsikan pemerhatian Sesamamu sepanjang KL112 ini.

Pertama;

Pihak Polis tidak mengerahkan pasukan FRU dan adapun pegawai Polis yang ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu, adalah sangat minimum. Syabas PDRM!
Jadi, kenapa BERSIH 2.0 dan 3.0  tidak demikian? Kalau dari awal lagi PDRM dan pihak berkuasa memberi kerjasama, tiada insiden yang tidak diingini seperti berlaku pada 2 perhimpunan BERSIH tersebut.

Kedua;

Kuarangnya provokasi dari pihak kerajaan terutamanya sayap pemuda UMNO dan PERKASA serta pencacai-cacai persatuan Peniagalah, Pesara tentera tarian Buntut lah, menyebabkan pihak media  massa kerajaan memerintah tidak sesuka hati menghentam serta mencemarkan perhimpunan rakyat ini.

Ketiga;

Lokasi yang dipersetujui. Tidak seperti Bersih 2.0 yang lepas, lokasi-lokasi yang dicadangkan bertukar-tukar sehingga kesaat akhir. sehingga menyukarkan rakyat yang berhimpun. Pada kali ini, membenarkan stadium Merdekan menjadi lokasi utama KL122 mendorong kepada amannya perhimpunan kali ini. Perlu diingat, KL122 menghimpun lebih kurang 100 ribu rakyat berkumpul sehingga stadium penuh hingga keluar jalan-jalan raya yang berdekatan.

yang menariknya, tiada insiden yang tidak diingini berlaku! Kenapa?....balik kepada sebab pertama tadi, tiada PRU dan pasukan Polis yang minimum. Jadi...tiada provikasi!!!

Jadi, selalunya, semakin kebebasan rakyat disekat, semakin bangkitlah rakyat berdiri menuntut kebebasan tersebut. Apa yang perlu kerajaan kita belajar daripada pengalaman ini ialah,  hormati hak rakyat untuk berhimpun dengan aman, jangan disekat, semakin disekat, semakin amarah ketidak puasan hati bangkit!

Rakyat Malaysia sebenarnya benar-benar BOLEH mengadakan perhimpunan aman! ini baru Malaysia Boleh!

Hidup Rakyat!!!


Bila "listen-listen-listen" menjadi bahan ketawa.

Minggu yang lepas adalah topik "listen" ini menjadi bahan lawak yang nombor satu di dunia sibe kita. Tidak kurangnya komen yang "nakal" dari pengguna siber terutamanya media sosial yang memberi komen setelah melihat video debat antara Bawani dan Miss listen.

Apa yang menarik perhatian sesamamu ialah bagaimana NGO yang diwakili oleh Miss Listen ini dengan Bodoh Sombongnya menyatakan tiada perlunya Miss Listen memohon maaf secara terbuka dan juga dengan angkuhnya mengatakan, ini sebagai satu pengajaran supaya lebih menghormati orang lain!

Siapa hormat siapa?

Persoalananya sekarang ialah, siapa yang harus menghormati siapa sekarang ini?  Selepas seminggu video ini ditayangkan, ramai yang telah mempersoalkan tindakan Miss Listen, makah menteri pendidikan tinggi juga menyesal dengan cara dan sikap Miss Listen ini, yang dikatakan tidak memberi peluang langsung kepada Bawani menghabiskan hujah dan soalannya. Yang amat memalukan ialah, cara Miss Listen menangani soalan dari Bawani yang hujahnya langsung tidak menjawab soalan tesebut. Malah menghina Bawani dengan lebih sinin kagi dihadapan 2300 pelajar UUM di dewan tesebut. Apakah kaitan ikan jerung, kuching, burung dengan pendidikan percuma yang Bawani persoalkan?
Jadi, siapa harus hormat siapa ni?

Prejudis di mata dan hatinya?

Mentang-mentang dia seorang yang berada dan berkedudukan (Mengetuai NGO-SW1M), menjadikan dia memandang rendah Bawani. Dan hanya melihat Bawani seorang pelajar dan dia seorang yang sudah tamat pengajiannya, ini mendorong dia memandang rendah kepada seorang pelajar India yang dihadapannya itu. Ini jelas setelah dia mengatakan kepada Bawani untuk ke luar dari Malaysia dan belajar ke negara yang dinyatakan Bawani yang mengamalkan pendidikan percuma.

Ini adalah sifat sebahagian manusia yang berada di kedudukan yang diatas sana di dalam masyarakat sekarang ini terlalu prejudis sehingga memandang rendah dan remeh pandangan seorang rakyat biasa yang bernama pelajar. Lainlah pelajar tersebut keturunan diraja dan berada?

Pengajaran kita bersama...

Jangan pandang manusia dengan sebeah mata, dan setiap apa yang kita katakan akan menyebabkan maruah kita binasa. Dan cakap jangan sebarang cakap sehingga mahu menjatuhkan martabat dan maruah seseorang dihadapan orang lain.  Sikap ingin memalukan orang lain dengan hujah yang boleh dianggap "kiasan murahan" ini sangat-sangat tidak beradab setelah dilafaskan dikhalayak ramai!

Bagi mahasiswa-siswi yang sedang berada digedung ilmu tertinggi di negara kita ini, jangan seperti lalang yang mengikut arah angin bertiup. Takut untuk berdiri kerana benar dan bersuara untuk keadilan sehingga sanggup melupakan rakan seperjuangannya di asak bertubi-tubi sehingga disambut dengan tepukan tanda setuju dengan hujah yang entah kemanatersebut. Adakah hanya kerana hadiah Ipad anda sanggup menggadai maruah diri sebagai seorang pelajar menara gading?

jom ...sama-sama kita beramal....