sesamamu
Monday, January 21, 2013
KL 112-Perhimpunan rakyat...aman pun!!!
Pada perhimpunan rakyat yang sudah, kita dikejutkan dengan pelbagai insiden yang tidak diingini sehingga negara kita menggubal undang - undang AKTA PERHIMPUNAA AMAL 2012, pada dasarnya Sesamamu melihat ianya lahir daripada rasa takut dan tidak senang duduk kerajaan BN yang memerintah melihat rakyat sendiri bangkit menyatakan rasa ketidak puasan hati terhadap sistem yang ada, terutamanya sistem pilihan raya di negara kita.
Perhimpuna Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 di lihat Kotor oleh mereka kerana adanya banyak insiden yang dilaporkan di media utama kerajaan. Dan kebanyakannya ingin menakutkan orang ramai. Sampai ada yang sanggup membuat tarian buntut yang disertai sebahagian daripada pesara-pesara tentera :)
KL 112 terbukti aman!
Jadi setelah perhimpunan Kebangkitan Rakyat KL 112 yang lepas, tidak ada insiden yang buruk berlaku. Tidak dilaporkan mana-mana kerosakan harta benda awam, tiada peniaga yang merungut kerugian dan tiada pulak tarian buntut! Adapun yang dihebohkan sekarang (Sengaja mencari kesalahan orang), penganjur akan menghadapi tindakan kerana membenarkan kanak-kanak bawah umur menyertai perhimpunan tersebut dan pihak berkuasa ingin menjejaki mereka yang membawa anak-anak kecil mereka.
Tetapi kenapa tidak di"highlight"kan kenapa perhimpunan ini aman?
Di sini Sesamamu ingin kongsikan pemerhatian Sesamamu sepanjang KL112 ini.
Pertama;
Pihak Polis tidak mengerahkan pasukan FRU dan adapun pegawai Polis yang ditempatkan di lokasi-lokasi tertentu, adalah sangat minimum. Syabas PDRM!
Jadi, kenapa BERSIH 2.0 dan 3.0 tidak demikian? Kalau dari awal lagi PDRM dan pihak berkuasa memberi kerjasama, tiada insiden yang tidak diingini seperti berlaku pada 2 perhimpunan BERSIH tersebut.
Kedua;
Kuarangnya provokasi dari pihak kerajaan terutamanya sayap pemuda UMNO dan PERKASA serta pencacai-cacai persatuan Peniagalah, Pesara tentera tarian Buntut lah, menyebabkan pihak media massa kerajaan memerintah tidak sesuka hati menghentam serta mencemarkan perhimpunan rakyat ini.
Ketiga;
Lokasi yang dipersetujui. Tidak seperti Bersih 2.0 yang lepas, lokasi-lokasi yang dicadangkan bertukar-tukar sehingga kesaat akhir. sehingga menyukarkan rakyat yang berhimpun. Pada kali ini, membenarkan stadium Merdekan menjadi lokasi utama KL122 mendorong kepada amannya perhimpunan kali ini. Perlu diingat, KL122 menghimpun lebih kurang 100 ribu rakyat berkumpul sehingga stadium penuh hingga keluar jalan-jalan raya yang berdekatan.
yang menariknya, tiada insiden yang tidak diingini berlaku! Kenapa?....balik kepada sebab pertama tadi, tiada PRU dan pasukan Polis yang minimum. Jadi...tiada provikasi!!!
Jadi, selalunya, semakin kebebasan rakyat disekat, semakin bangkitlah rakyat berdiri menuntut kebebasan tersebut. Apa yang perlu kerajaan kita belajar daripada pengalaman ini ialah, hormati hak rakyat untuk berhimpun dengan aman, jangan disekat, semakin disekat, semakin amarah ketidak puasan hati bangkit!
Rakyat Malaysia sebenarnya benar-benar BOLEH mengadakan perhimpunan aman! ini baru Malaysia Boleh!
Hidup Rakyat!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment