Apakah sebenarnya agenda sebenar semua ahli politik di Malaysia? Tidak kira baik dipihak BN mahupun PR. Masing-masing mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Menjelang PRU13 ini, kita akan dapat melihat dan mendengar janji-janji pembangunan akan ditaburkan. Semua akan memperagakan kelebihan mahupun kekuatan mereka sewaktu berkempen nanti.
Dengan megahnya akan berkat, "aku lebih layak menjadi wakil kamu!". (Ini suara hati mereka) tetapi di luar, wah! manis semanis madu!
Gila Kuasakah?
Parti ini kata calon mereka yang lebih layak, dan di satu kem lagi mengatakan calon mereka lagi layak dan di satu pihak lagi mengatakan, Parti merekalah yang selayaknya bertanding di kawasan tersebut.
Ini adalah diantara perebutan yang menyebabkan perbalahan dan keretakan hubungan antara komponen-komponen parti, baik di pihak BN mahupun PR.
Sebagai contoh, Krisis kerusi di JOHOR antara DAP dan PKR. Krisis calon di PKR BARAM, Krisis parti dan calon di Mas Gading-Sarawak, Krisis parti antara DAP dan PKR di Bau.
Tidak kurangnya, Krisis Calon di Hulu Rejang dan Mas Gading dalam Parti Komponen BN. Krisis hubungan komponen Parti BN dengan Parti "Kawan Pehin" SWP dan banyak lagi...
Jadi, di atas adalah segelintir ataupun secupak krisis yang berlaku antara Parti-parti yang mahu bertanding di PRU13 kelak! Bukankah ini semua agenda GILAKAN KUASA?. Betulkan? ada istilah lain bagi contoh-contoh yang disebut di atas? Hanya yang Sesamamu tahu ialah "GILA KUASA!"
Amaran dari rakyat biasa...
Sebagai rakyat biasa Malaysia yang inginkan keharmonian di dalam mengejar kemajuan dan pembangunan yang seimbang negara kita Malaysia, jika perkara berebut menjadi calon- berebut menjadi parti yang berhak di satu-satu kawasan Parlimen semakin menjadi-jadi, tidak kira BN mahupun PR, ini akan menyebabkan rakyat TIDAK BERMINAT untuk membuang undi mereka kelak!
Rakyat tidak berminat dengan sikap "GILA KUASA " dan calon yang sedemiakn rupa. Kurangnya minat akan menyebabkan rakyat tidak akan turun mengundi.
Jadi, dengarlah wahai bakal-bakal wakil rakyat dan parti yang ingin meneruskan pemerintahan mereka (BN) dan bagi yang ingin menawan Putera Jaya (PR), cukup lah dengan sikap kurang matang dalam Politik ni dan sikap GILA KUASA ni. Rakyat bijak dan dapat menilai sekarang...
No comments:
Post a Comment