sesamamu

Tuesday, March 12, 2013

Pencerobohan Lahad Datu- Perwira negara di kenang


Sudah hampir 2 minggu kita disajikan dengan cerita terkini yang berlaku Di utara Sabah. Kita juga dikejutkan dengan pemergian 8 orang wira negara yang mempertahankan kedaulatan negara ketika berlakunya insiden tembak menembak antara Pasukan keselamatan kita dan penceroboh.

Rebahnya perwira kita di medan peperangan ini telah menjadi satu titik tolak rakyat negara Malaysia bersatu untuk menentang habis - habisan penceroboh yang masuk ke dalam negara kita dan membuat kacau!

Bersatu tanda Patriotik

Kejadian pencerobohan ini telah menjadikan rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya memelihara keamanan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang ini. Kita berdiri bersatu hati untuk mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini. Tidak mengira latar belakang mahupun fahaman politik yang berbeza, semua lapisan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi ini bersama-sama perwira Negara yang berbakti di utara Sabah, Malaysia ini.

Ini terbukti dengan setiap lapisan masyarakat tidak mengira fahaman agama telah datang satu hati memanjatkan doa demi keselamatan perwira- perwira negara di barisan hadapan kita.

Tidak kurangnya juga, pada Jumaat dan Sabtu yang lepas, FAM telah menggalakkan sebelum bermulanya setiap perlawanan liga perdana mahupun liga super Malaysia, masa senyap 1 minit digalakkan dilakukan untuk memperingati perwira- perwira negara yang terkorban dan yang sedang di barisan  hadapan benteng negara kita. Satu pandangan yang amat menarik di stadium seluruh Negara bergandingan tangan sebagai simbol mempertahankan kedaulatan negara ini.

Ini melambangkan semangat Patriotik kalangan rakyat Malaysia yang cintakan Tanah Tumpah Nya Darah ku ini

Ambil kesempatan dalam kesesakan.

Sesamamu sangat tidak puas hati dengan respon sesetengah pihak yang ingin mempolitikkan isu ini dengan mengatakan apa yang berlaku ini adalah "sandiwara pihak parti politik di pihak lawan". Sungguh tidak berperikemanusian langsung!
Adakah perwira yang tertewas di medan perang itu satu sendiwara? Tahukah dia ni ada orang hilang suami, anak mahupun ayah tersayang?  beliau ini seakan - akan tiada modal politik lagi untuk menghentam pihak lawan dia. Ini satu contoh ahli politik yang menggali lubang nya sendiri dan terjun serta kubur sendiri! Setakat ini sudah 230 ataupun lebih laporan Polis telah dibuat terhadap beliau.

Buat keluarga yang hilang orang tersayang...

Sesamamu dan rakyat Malaysia ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga Perwira negara yang tumbang dibarisan hadapan Negara kita. Kami tahu betapa pilunya hati setelah ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi di mana hakikatnya kita masih memerlukan mereka bersama kita sehingga akhir hayat.

Apakan daya, Tuhan lebih menyayangi mereka. Kami berdoa, biar Tuhan sendiri yang akan menggantikan Duka ini dengan Sukacita dan penuh bangga kerana perwira-perwira ini berada di sisi dia selamanya.
Kuatkan lah semangat mu wahai serikandi negara, pemergian perwira ini akan kita kenang selama-lamanya sebagai PERWIRA NEGARA YANG BERDAULAT INI.

AKAN SESAMAMU KENANG PENGORBABAN MU MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA INI SELAMANYA...

No comments:

Post a Comment