sesamamu

Sunday, March 24, 2013

"Earth Hour" - Bumiku seumpama HAMBA...

Sempena menyambut "earth Hour" tahun ini dan merupakan sambutan "earth hour" yang ke-7 setelah dimulakan di Sedney, Australia pada tahun 2007 yang lepas hasil usaha WWF untuk meningkatkan kesedaran betapa kita masyarakat bumi harus menyumbang kepada kehijauan dunia ini setelah sekian lama kita mengalami masalah pemanasan global dan bumi yang kian pudar kehijauannya.

Dan, 23 tahun yang lepas, Sesamamu telah mendengar keluhan dan panggilan untuk menjaga kehijauan bumi ini melalui lagu HIJAU- Zainal Abidin. Salah satu petikan liriknya yang berkata, "Bumi ku yang kian pudar, seumpama hamba..."

Hamba zaman moden...

Sedar kah kita, selama ini kita telah menjadikan bumi kita ini seakan-akan hamba kepada kita. Terutama kebanyakan negara di dunia ini yang berlumba-lumba mengejar kemajuan yang akhirnya segala apa yang dimiliki bumi ini kian hilang! Tanpa henti kita mengerahkan bumi ini bekerja keras dengan mengaut apa yang ada padanya!

Sebenarnya tindakan kita yang terlalu meminta dan memeras hasil bumi ini menjadikan bumi ini sebagai hamba zaman moden ini. Malah kita tidak pernah pun memberi ruang kepada bumi ini untuk rehat, ia diperas malah dikerah untuk bekerja lebih keras kepada kita demi memastikan kelangsungan hidup manusia yang tiada hentinya ingin memiliki segala yang bumi miliki.

Tiada kesederhanaan...

Demi sebuah hidup yang sempurna dan kelangsungan hidup yang "mewah", kita sanggup membiarkan bumi ini terus diperas hasilnya. Hidup bumi kita seakan-akan hamba yang terpaksa hidup menurut perintah tuannya yang "tiada kesederhanaan" dalam kehidupannya. Apa yang menjadi agenda utama kita ialah terus mengarahkan bumi ini bekerja lebih keras dan "merogol" segala yang ada pada bumi ini!

Hanya 60 minit...

"Earth hour", hanya menuntut kita melepaskan bumi ini selama 60 minit untuk ia merasakan kebebasan tersebut. Sesamamu teringat bagaimana orang kulit hitam yang merasakan kebebasan sebagai hamba sewaktu Presiden Abraham Lincoln menghapuskan perhambaan. Bayangkan bagaimana satu pengalaman kebebasan dirasakan oleh mereka?

Ataupun, kalau kita yang telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar, bayangkan "kemerdekaan" yang kita rasakan setelah melalui ujian akhir yang di mana telah menuntut sepenuh perhatian dan tenaga kita untuk menghadapi ujian tersebut?

Begitulah rasanya bumi ini sewaktu kita mengambil keputusan bergelap selama 60 minit! Kita memerdekakan nya biar seketika tetapi sangat bermakna erti kebebasan dari perhambaan walau hanya 60 minit!

Jika bumi ini bisa berbicara, mungkinkah ia akan berkata, " Terima kasih kerana membenarkan aku merasakan erti kebebasan itu walau seketika cuma."

Mengekalkan KEHIJAUAN adalah satu cara hidup yang sederhana dan memberi ruang kepada bumi merasakn erti satu KEBEBASAN dari perhambaan.

2 comments:

  1. sgt sedih kerana tidak ramai yang tahu tentang Earth Hour.. D tempat saya, hanya 1 rumah sahaja yang brgelap..manusia yang lalu- lalang hanya berminat dengan candle light dinner yang kami buat, tapi tidak sedar itu adalah untuk earth hour..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't worry Lilyen, you have start a very simple and meaningful step. That wat we call M.A.D.C.O.W-Making A Difference, Changing Our World...KUDOS!

      Delete