Dari tahun lepas sudah bermulanya teka-teki ini. Sudah banyak tarikh diramalkan bila parlimen Malaysia akan dibubarkan dan memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum ke-13 atau PRU13 berlangsung.
Tetapi, sehingga sekarang, teka-teki ini semakin menjadi TEKA-TEKI yang seakan-akan tiada penghujungnya, walaupun sudah banyak tarikh diberikan untuk PM akan membubarkan Parlimen. Pada dasarnya, Parlimen Malaysia akan dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013, iaitu genap 5 tahun kerajaan pemerintah yang sedia ada memerintah Malaysia dalam satu penggal ini.
Tsunami berulang lagi?
2008 yang sudah, corak keputusan PRU12 dianggap sebagai Tsunami politik bagi negara Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya memiliki majoriti yang sangat tipis. Kalau tidak kerana Sarawak dan Sabah yang dianggap sebagai "Fixed deopisit" kepada kerajaan memerintah ketika itu.
Persoalannya sekarang, adakah PRU13 kali ini akan menghadapi satu Tsunami yang lebih besar lagi ataupun, ia hanya satu mimpi disiang hari bagi pihak Pembangkang?
Jom turun undi!
Apa pun bakal keputusan PRU13 kelak, sebenarnya, semuanya ada ditangan kita, rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada. Undi kita menjadi penentu kepada masa depan negara kita. Walaupun kita semakin bosan dengan teka-teki PM Najim kita tentang pembubaran Parlimen, jangan biarkan ini menjadai penghalang kepada kita untuk turun mengundi!
Biar, teka-teki ini menjadi pendorong kepada kita untuk memberitahu kepada PMNajib bahawa, bukan dia yang BOSS tetapi kita sebagai rakyat. Beri satu mesej yang jelas kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang di luar sana, kita rakyta biasa ini adalah "BOSS" dan yang menentukan masa depan negara ini. Mereka hanya "YB" bukan Yang Berhormat, tetapi "Yang Bekerja". "Yang Bekerja" Untuk rakyat!
Jadi, Sesamamu menjemput kita semua, terutama anak-anak muda Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi untuk JOM Undi!. Tolak sebarang anasir yang cuba meluluhkan semangat kita untuk turun mengundi! Kalau bukan kita, siapa lagi yang menentutkan kelangsungan bangsa Malaysia ini.
Pilihan di tangan kita...
Kita mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi "Khalifah" kepada kepentingan negara kita. Kita sudah melihat disekitar saya, dan kita sudah dengar apa yang kedua belah pihak, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang telah buktikan. Pilih lah "mereka" yang benar-benar telus, jujur dan bukan "PENIPU" bangsa Malaysia ini.
JOM undi!, pilihan ada ditangan anda!
No comments:
Post a Comment