Sekali lagi, tahun ini, Sesamamu ingin membawa pembaca semua untuk sama-sama melibatkan diri secara langsung dengan melakukan beberapa perkara yang akan menyumbang kepada kelangsungan Bumi yang akan lebih baik lagi setelah sekian lama dan semakin menjadi-jadi masalah pemanasan global serta bencana alam semulajadi serta kemusnahan yang menimpa bumi kita.
Oleh yang demikian, Sesamamu ingin membuat satu panggilan untuk kita sama-sama terlibat dalam 2 minggu ini, bermula 8 April hingga kemuncaknya, 21 April nanti.
"Earth Day" disambut pada 20 April tahun ini. bagi Sesamamu, sempena "Earth Day" tahun ini, Tema umum Sesamamu KEEP GREEN masih dikekalkan tetapi ada Sub tema yang menjadi panduan selama 2 minggu ini. Sub tema tersebut: S.I.M.P.L.E atau "Simplicity Is My Personality and Life stylE".
Bermakna, melalui sub tema ini, Sesamamu ingin memanggil kita bersama-sama menjalankan gaya hidup yang sederhana dan biarlah ia akan menjadi personaliti mahupun gaya hidup kita selepas ini demi Bumi Ku yang kian pudar ini.
Di bawah adalah beberapa cadangan yang yang mungkin kita boleh mulakan gaya hidup dan personaliti yang penuh dengan "Kesederhanaan" ataupun S.I.M.P.L.E selama 2minggu ini;
1 - FOOD (Makanan)
Tahukah anda, setiap makanan yang dihasilkan dan diproses untuk memenuhi kehendak manusia untuk terus hidup ini menuntut satu "Kehidupan" dan tenaga. Sebagai contoh, untuk seekor ayam dijadikan hidangan seseorang itu, nyawa ayam tersebut terpaksa dikorbankan untuk kita dan memprosesnya memerlukan penggunaan sumber tenaga yang juga terhasil daripada kitaran sumber bumi ini.
Jadi, pembaziran adalah satu perkara yang kita harus elakkan. Bersederhana didalam pengambilan makanan dan ambil makanan yang kita betu-betu perlukan. Kalau memasak tu, masaklah dalam kuantiti yang "ngam-ngam" supaya mengelak membaziran.
2. ENERGY (Tenaga)
Kehidupan harian kita mengunakan tenaga yang banyak. Tenaga yang datang daripada elektrik, minyak, air dan sebagainya.
Jadi, 2 minggu ini, kita cuba untuk hidup dalam kesederhanaan di dalam menggunakan apa jenis tenaga. Sebagai contoh, kalau selama ini kita mengabiskan banyak masa kita menggunakan komputer, jadi pada 2 minggu yang akan mendatang ini, kita akan kuragkan penggunaan komputer yang mana akan menjimatkan penggunaan elektrik!
Pembakaran dan pembebasan penggunaan tenaga juga dapat kita kurangkan atau elakkan jika perlu! Contoh, bagi yang memandu, mungkin dalam 2 minggu ini,cublah cari alternatif yang bebas daripada pembakaran tenaga,pakai basikal ataupun jalan kaki la...
3. PAPER AND PLASTIC - LESS (Tidak kepada bag plastik dan kertas)
kalau kita pergi membeli belah, ingat-ingat lah selalu untuk membawa bag "shopping" kita sendiri untuk mengelakkan menggunakan bag plastik dan kurangkan penggunaan kertas untuk kerja pejabat harian kita.
Sesamamu menyeru kita semua menyahut panggilan ini, hanya S.I.M.P.L.E dalam masa 2 minggu dalam 3 perkara utama yang kita boleh fokuskan untuk menyumbangkan kepada "PENYELAMATAN" BUMI kita yang kian pudar ini. Iaitu;
F.E.P...KESEDERHANAAN dalam FOOD-ENERGY dan penggunaan PLASTIK/KERTAS!
TAGLINE: "STOP Chopping the Trees".
Saya merasa sangat teruja bila mendengar 'kempen' ini. kenapa? Kejadian 1 sudah menjelaskan bagaimana Tuhan menciptakan segala hidupan di bumi, termasuk pokok2x, haiwan, malah mereka terlebih dahulu dicipta sebelum manusia. Lihat!! betapa penting bumi kepada kita. Saya pernah membayangkan andai kata Tuhan menciptakan manusia terlebih dahulu, persoalannya, dimana Tuhan meletakkan manusia itu dengan planet yang kosong?? Hem.. so, EARTH DAY.. Hari Bumi..Saya berasa terdorong untuk menjadi sebahagian daripada program ini kerana saya sedar, setiap kali saya bangun pagi, saya akan berdoa "Terima kasih Tuhan atas nafas ini"..dan nafas yang saya perlukan itu adalah oxigen..WOW.. Tuhan itu sangat baik..Earth Hour yang kami anjurkan pada 23 March yang lalu menjadikan perkara paling bermakna dalam hidup saya. bukan romantik candle-lite dinner yang saya maksudkan, tetapi penghayatan tentang BUMI saya sendiri.. hanya mendengar lagu HIJAU, EARTH SONG dan banyak lagi lagu yang bukan berunsur 'cinta BGR'...dan kami menjadi contoh kepada manusia yang lalu lalang.. Ramai yang mengatakan aktiviti kami pelik, tapi ini adalah kebenarannya, BUMI kita perlukan "kasih sayang".
ReplyDeleteSo, kesinambungan dari Earth Hour itu, EARTH DAY menjadi perkara yang lebih bermakna lagi.. mulakan dengan sederhana. Rumah saya sudahpun memulakan 3R beberapa semester yang lalu, dimana salah satu kesan yang saya sedari, kini tong sampah kami yang diletakkan di luar rumah, tidak pernah penuh sebelum lori sampah datang untuk memungutnya. bermaksud, 40% daripada sampah yang kami buang, boleh dikitar semula. Kami menyediakan plastik besar untuk membahagikan barang recycle tersebut contohnya tin minuman, botol plastik dan juga kertas..
Ayuh, sama sama kita bermula hari ini untuk hidup sederhana. .Ini sebahagian daripada cara saya..Bermula dengan bangun pagi, gantikan penggunaan tisu dengan alternative lain. Sarapan pagi, tidak perlu gunakan Milo 3 in 1. Beli satu bungkus 1kg milo yang besar, kerana plastik packaging Milo itu akan memenuhkan plastik sampah setiap hari. Pergi ke kelas, jangan bawa tisu, hanya sapu tangan kecil sudah memadai untuk mengelap peluh.. ala.. dalam bilik kuliah yang sejuk, memang tidak akan berpeluh pun.. Balik dari kuliah, mau shopping barang dapur, jangan hanya terus keluar rumah, tetapi ambil dahulu beg shopping. Pandai2x la membuat anggaran berapa banyak barang yang dibeli..Cara saya untuk tidak terus lupa, saya tulis di 'mini board' depan bilik saya sebagai peringatan..Bukan saya seorang sahaja yang gembira dengan kehadiran shopping bag itu, malah pekerja supermarket pun gembira juga.. Terbukti benar..Mereka sentiasa senyum apabila saya mengeluarkan shopping bag saya sendiri..
Simple kan..mudah.. senang... dan semua orang gembira..So HAPPY SAVING and HAPPY EARTH DAY..
Yes! to Hana Yuri. Betapa ku impikan bukan seorang tapi 10 orang lagi orag seperti Hana Yuri...hiudp dengan penuh kesederhanaan.
ReplyDeleteSya terus menyokong and...
Terima kasih